Salam. Minggu lepas saya menziarahi seorang kawan. Beliau terkena sihir yang agak luar biasa. Sekarang sudah beransur pulih. Semua itu berkat pertolongan ALlah kerana beliau suka menyumbangkan masa, tenaga, harta dan jiwa raga untuk perjuangan Islam. Berikut saya paparkan beberapa ayat al-Quran dan doa-doa RasuluLlah saw sebagai "PENDINDING" dari gangguan syaitan, sihir dan ilmu hitam. BACA DOA-DOA BERIKUT DAN BERSERAH BULAT-BULAT PADA ALLAH.
1.
Aku berlindung dengan ALLAH Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam.
2.
Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani .
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar "
4.
Dengan nama ALLAH yang tidak dapat mendatangkan mudarat dengan namaNYA oleh sesuatu yang ada di bumi dan di langit. Dan DIA Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
5.
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah ALlah yang sempurna daripada kejahatan/keburukan apa yang telah DIA cipta.