About
Blog Stats
244,413 hits
Day 1: Jakun!
By Faiz
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Aku berlindung
dengan Allah daripada segala fitnah dan sifat mazmummah. Semoga
pengalaman umrah yang mahu dikongsikan dalam entry-entry selepas ini
menjadi ilmu yang berguna. Ya Allah, ikhlaskanlah hatiku menulis hanya untuk
mencari redhaMu dan demi sunnah nabiMu dalam menyampaikan ilmu, dan
jadikanlah aku orang yang bermanfaat.
Khamis, 31 Januari 2013.
Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu sampai juga. Preparation, rasanya semua
dah dibuat sesempurna mungkin. Mandi sunat ihram siap-siap kat rumah, pukul
9.30am bertolak keluar. Adik ipar datang semalam lagi, nak temankan Yanie balik
kampung dengan Qaid n Iffah.
Email Subscription
Dah dekat-dekat nak sampai KLIA, call mama, check diaorang kat mana. Sebab
diaorang straight dari Ipoh terus ke KLIA. Mama cakap ramai yang nak
menghantar kami. Yang dah sampai KLIA pun ada. Huhu. Terharu pulak. Terima
kasih yea semua yang susah payah datang nak hantar kami. Memang penuh
dengan saudara-mara dan kawan-kawan je kat airport. :)
Sign me up!
Recent Comments
idh on Geram
CAHAYA MATA on Geram
Faiz on Geram
Khai on Geram
Faiz on Geram
Faiz on Geram
Faiz on Geram
Faiz on Geram
CAHAYA MATA on Geram
jeet006 on Geram
Recent Posts
Geram
Jentik
Aku dan Cengkerik
Berani Macam IronMan
Multiplier Effect
My Budget Wishlist
Third Strike
converted by Web2PDFConvert.com
Culture shock
Anak Dua?
Sembang Neraka
Bodoh?
PTPTN, lagi!
Monday Blues
Kenapa Morsi ditolak?
Maaf
Blogroll
Jimah Jaemi
Khai
Knowlee
Kuhadzrill
Mama Lynd
Moonchild
Nabila Bella
Nad
Nur.sa
Surimaya
Syitah
Wan Fahmi
Like!
Aidid Muaddib
Genta Rasa
iluvislam
Imam Muda Asyraf
Jeet
Pakdi
Srikandi
Matgwar
Hazard Ali
Huserk
Imaan09
Ms. Blume
Takako
Whiteapple
Archives
Select Month
search
go
RSS - Posts
RSS - Comments
Meta
Register
Log in
Entries RSS
Comments RSS
converted by Web2PDFConvert.com
WordPress.com
converted by Web2PDFConvert.com
Pukul 12.30pm ada briefing by mutawif Andalusia. Tengok gaya, muda lagi.
Muda daripada aku. Nama pun sama dengan adik aku, Akmal. Flight yang
sepatutnya pukul 3.30pm delay ke 7.30pm. Habis briefing, aku terus pergi kat
Yanie, suruh dia bawak budak-budak tu balik dulu. Takkan nak tunggu je kat
airport. Pukul berapa pulak nak bertolak balik Slim River.
Sebab kapal terbang delay, Saudi Airlines bagi lunch coupon. Seorang RM25. Pilih
la nak makan kat Delifrance ke, Burger King ke, KFC ke, (ada few options yang
kita boleh pilih).
Dah makan, kami pun duduk la menung sementara nak tunggu pukul 7.30pm.
Haha.
Flight kami ni ke Jeddah, dan kami akan masuk terus ke Mekah. Maknanya kami
buat umrah dulu, baru ziarah Madinah.
Jadi, kena berniat di miqat dalam kapal terbanglah. Nama tempat miqat kami
nanti Qarnul Manazil. Dan untuk berniat, kena dalam pakaian ihram. Sebab tu
ramai yang dah pakai kain ihram siap-siap dari rumah. Leceh kalau nak tukar
baju dalam flight nanti.
Tapi kami relaks je. Dah petang-petang sikit baru salin baju. :p
Bila dah salin pakai kain ihram, disunatkan solat sunat dua rakaat.
Tapi bila dah masuk, jakun la pulak sekejap bila tengok depan seat masingmasing ada touchscreen LCD monitor. Sempat la godek-godek game apa, movie
apa, yang ada. Teruja.
converted by Web2PDFConvert.com
Tapi sekejap je la. Lepas tu memang tak larat dah nak buka mata. Terus lelap.
Perjalanan dari KLIA ke Jeddah ambil masa lebih kurang 9 jam. Bila aku bukak
mata, stewardess tengah hidang makanan. Aku pun makanlah dengan laparnya.
Sedap jugak. Hehe. Licin semua. :p
Dah kenyang, sambung tidur balik.
Bangun, tengok stewardess tengah hidang makanan lagi! Hahaha.
Maaakannnnnn. Perlukan energy sampai kat Mekah nanti sebab terus nak buat
umrah. Bila tengok monitor, dah 6 jam setengah rupanya dalam flight. Ada lagi
converted by Web2PDFConvert.com
converted by Web2PDFConvert.com
Teragak-agak, bila nak niat ihram ni. Karang niat kang, awal sangat pulak. Bila
dah berniat ihram, automatic kita kena jaga pantang larang dalam berihram. Ada
13 perkara semuanya.
1. Lelaki: Tak boleh tutup kepala. Pakai songkok, kopiah, semua tak
boleh.
2. Lelaki: Tak boleh pakai pakaian yang bercantum, berjahit dan
bersarung. Tu sebab kena pakai kain ihram je. Dua helai. Satu untuk
tutup bahagian atas badan, satu lagi untuk bawah. Tapi tali pinggang,
jam, boleh pakai. Satu lagi nak kena careful, slipper. Kena pakai yang
nampak jari kaki n nampak tumit. Kebanyakan Malaysian yang aku
perasan, pilih brand Fipper. Maybe sebab selesa, agak stylo dengan
color yang macam-macam, dan affordable. :)
3. Perempuan: Tak boleh tutup muka.
4. Sarung tangan pun tak boleh pakai. Lelaki dan perempuan.
5. Tak boleh pakai bau-bauan, pada badan dan kain ihram. Kalau
tercium, cepat-cepat kena tinggalkan. Sebab tu kalau dalam ihram,
tidak digalakkan untuk cium Hajarul Aswad. Sebab Hajarul Aswad
dilumurkan dengan minyak wangi.
6. Minyak rambut pun tak boleh pakai.
7. Tak boleh saja-saja cabut atau gugurkan rambut dan bulu di badan.
8. Tak boleh cabut atau tebang pokok yang ada di Tanah Haram.
9. Potong kuku pun tak boleh.
10. Memburu binatang, tak boleh.
11. Dilarang bersetubuh (suami isteri).
12. Tak boleh melakukan permulaan untuk persetubuhan (bercumbu).
13. Tak boleh akad nikah.
So, start je kita berniat ihram, terus automatic nak kena jaga 13 perkara ni.
Kena ingat-mengingatkanlah takut-takut ada yang terlupa or tak perasan.
Yang aku rasa kena extra careful, maybe bab rambut gugur tu. Jagalah, selagi
yang termampu.
Yang lain, macam dah jadi habit pakai perfume, minyak rambut, tutup kepala,
semua tu boleh jaga kot, insyaallah.
Eh, jangan salah faham. Larangan ni start daripada kita berniat di miqat, sampai
selesai umrah saja. Bukanlah untuk sepanjang masa kita berada di Tanah Haram.
Macam ni, mula-mula, sebelum masuk Tanah Haram, kita niat di tempat miqat
yang telah ditetapkan.
Lepas tu, masuk Tanah Haram, kita dah boleh dah buat umrah. Kita start
dengan tawaf kaabah 7 pusingan, lepas tu saie, lepas tu bertahallul (cukur atau
converted by Web2PDFConvert.com
Sunat untuk berniat ihram dalam keadaan berwudhu. Aku try masuk toilet.
What do you expect kat toilet kapal terbang? Memang minimalis habis la. Hehe.
Takkan nak celup kaki dalam sink yang kecik tu?
Masa ni, boleh la practic ambil wudhu pakai botol spray. Alah botol spray apaapa pun boleh. Kat kedai RM5 tu pun rasanya ada jual. Beli, then masukkan air
bersih dalam tu.
Spray air kat anggota wudhu (aku ambil anggota wajib je Muka, tangan,
ubun-ubun, kaki). Spray sampai agak-agak cukup basah. Then ratakanlah air
dengan tangan.
Trick dia, jangan angkat tangan selagi tak habis rata kat semua kawasan. Katalah
kita nak basuh muka. Dah basah dah muka kena spray tadi, then ambil tangan,
ratakan air ke seluruh muka, tanpa mengangkat tangan selagi belum habis
semua tempat kat muka tu.
Kenapa tak boleh angkat tangan? Bila kita angkat tangan, then sambung balik,
itu dah jadi tak sah.
Sebab, air tu dah jadi air mustamal. Air yang sudah digunakan. Tak boleh la kita
guna balik air tadi nak sambung ratakan kat tempat yang belum kena. Kan?
Jadi, nak selamat, buat one shot. Basahkan anggota wudhu dengan spray, then
bila ratakan, ratakan sampai yakin habis semua dah kena, baru angkat tangan
pindah ke anggota wudhu yang lain.
Selesai wudhu, niat la.
Bersambung
Day 2: Menyesal
Rate this:
1 Votes
Share this:
78
Tw itter
Related
This entry was posted on Friday, February 15th, 2013 at 4:24 pm and posted in Uncategorized. You
can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
converted by Web2PDFConvert.com
Day 2: Menyesal
Khai
February 15th, 2013 at 5:01 pm
Reply
Faiz
February 22nd, 2013 at 4:21 pm
Khai
February 24th, 2013 at 5:32 am
Aminn :)
Ajanurinadrina
February 16th, 2013 at 10:21 am
Faiz
February 22nd, 2013 at 4:21 pm
Most welcome. :)
Reply
reyust
February 16th, 2013 at 10:50 am
Faiz
February 22nd, 2013 at 4:22 pm
Hazard Ali
February 17th, 2013 at 9:22 am
Faiz
February 22nd, 2013 at 4:22 pm
jiejah
February 18th, 2013 at 8:10 am
converted by Web2PDFConvert.com
Faiz
February 22nd, 2013 at 4:22 pm
jeet
February 18th, 2013 at 8:45 am
Faiz
February 22nd, 2013 at 4:23 pm
Sha Ila
February 27th, 2013 at 11:45 pm
Sgt teruja baca blog ni..sya pun bru je blik dpd umrah awl bln 2
aritu..sme travel agency..andalusia kan..kdg2 pglmn x dpt
digmbarkan dgn kata2..terasa tenang dan kalau ade rezeki rasa
nak je pegi lgi..insyaallah
Reply
Faiz
March 1st, 2013 at 9:28 am
Ohh ye ke? Ntah2 kita ada selisih kat sana. Haha. Itulah,
semoga kita direzekikan lagi untuk menjadi tetamu Allah
dan penziarah rasulullah. Amin.
Reply
[...] 5 minit sebelum Isya. Nak ambil wudhu, kena turun escalator
bagai. Malas pulak rasa. So, guna la teknik spray macam haritu.
Spray guna air zam zam lagi. [...]
Reply
Leave a Reply
Enter your comment here...
converted by Web2PDFConvert.com
converted by Web2PDFConvert.com