Anda di halaman 1dari 27

Shafiqolbu

Search this Bl

SAMPAIKANLAH WALAUPUN HANYA SATU AYAT !

home about anak al-quran asmaa ul-husna bulan islam doa solat sunat selawat sirah nabi wuduk umrah dan haji dunia

Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat


Posted by Shafi-Q.

Solat Tarawih hanya dilakukan pada malam bulan Ramadhan sahaja. Solat Tarawih dalam bulan Ramadhan (Qiyam Ramadhan) ialah solat Tahajjud atau shalatullail (solat malam)yang dilakukan pada malam-malam bulan lainnya. Tarawih ertinya beristirehat. Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan berehat seketika, Tujuan berhenti rehat sekejap adalah untuk memperolehi keikhlasan dan memberikan ketenangan kepada mereka yang bersolat, khususnya kepada warga emas disamping mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa. Solat Sunat Tarawih ialah ibadat tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah. Ia satu cara untuk menunjukkan keikhlasan, kebaktian dan ketaatan kepada Allah SWT. Jesteru itu Rasulullah SAW menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan, keikhlasan dan kerelaan. Sekiranya tidak mampu melakukan 20 rakaat disebabkan tugas mahu pun kesihatan, memadai dengan lapan rakaat sahaja. . .

Sunnah Rasulullah SAW


. Bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih yang biasa dilakukan Rasulullah SAW adalah 11 rakaat; terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat Solat Sunat Witir. Jumlah ini dipilih oleh kebanyakan umat Islam Malaysia. . Solat sunat Ramadhan lapan rakaat oleh Rasulullah SAW, seperti yang dilihat oleh Aisyah r.a. di rumah, adalah yang minimum kerana Baginda SAW memanjangkan rakaatnya. . Abu Salamah r.a pernah bertanya kepada Aisyah r.a tentang solat malam Rasulullah SAW di bulan Ramadhan. Aisyah menjawab: Rasulullah SAW tidak pernah menambah rakaat solatnya di bulan

Ramadan dan atau bulan lain melebihi sebelas rakaat. Baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat tiga rakaat (witir). Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1147. . Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h menyatakan di dalam kitabnya Majmu al -Fatawa, mengenai solat qiyam Ramadan (solat Tarawih); Nabi SAW tidak pernah menetapkan jumlah rakaatnya . Namun, baginda sendiri tidak pernah mengerjakannya melebihi 11 atau 13 rakaat sama ada pada bulan Ramadan atau bulan lain. Baginda melakukan solat qiyam dengan memanjangkan rakaatnya. . Aishah r.a. meriwayatkan lagi; Rasulullah SAW solat (Tarawih) empat rakaat pada waktu malam, setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga saya kasihan melihatnya. Saya berkata kepadanya: Demi Allah wahai Rasulullah! Dosa-dosamu telah diampuni Allah, sama ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian; maka untuk apakah tuan bersusah payah solat seperti ini? Baginda SAW menjawab: Bukankah lebih baik kalau aku menjadi hamba yang bersyukur? . .

Cara Agihan Solat Lapan Rakaat


. Biasanya Solat SunatTarawih dilakukan sebanyak lapan rakaat yang dipisahkan kepada 2 rakaat demi 2 rakaat (4 kali 2 rakaat) dengan setiap dua rakaat satu salam. 2. Solat SunatTarawih ini juga boleh dikerjakan empat rakaat empat rakaat (2 kali 4 rakaat), iaitu sebagaimana tatacara solat fardhu yang empat rakaat iaitu dengan dua tahiyat. 3. Boleh juga dikerjakan sebanyak empat rakaat sekaligus dengan hanya satu tahiyat dan sekali salam sahaja. Sekiranya ingin dilaksanakan dengan hanya satu tahiyat maka setiap rakaat hendaklah dibaca surah-surah atau ayat-ayat dari al-Quran. # Setiap cara Solat Sunat Tarawih di atas, hendaklah di akhiri dengan tambahan 3 rakaat Solat Sunat Witir, boleh sama ada dilakukan dengan dua salam atau satu salam Witir sahaja. . Malah, ia juga boleh digabungkan dengan hanya satu rakaat Solat Sunat Witir. Abdullah bin Umar r.a berkata: Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimanakah cara melakukan solat malam? Baginda bersabda: Dua rakaat dua rakaat. Apabila engkau bimbang (waktu solat Subuh akan masuk), laksanakan terus solat witir sebanyak satu rakaat. Hadis riwayat al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, no: 1137. Aisyah r.a berkata: Biasanya Nabi s.a.w solat di malam hari sebanyak 13 rakaat termasuk witir dan dua rakaat solat sunat fajar (solat sunat sebelum fardu Subuh). Hadis riwayat Imam alBukhari dalam Sahihnya, no: 1140. . . 1.

Bacaan Surah
. Sesudah membaca Al Fatihah pada setiap rakaat, lalu membaca ayat-ayat atau surah daripada Al Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat. . 1. Sebaik-baik surah yang dibaca selepas al-Fatihah pada solat Tarawih ialah satu juzuk daripada al-Quran pada setiap malam seperti kelaziman seseorang yang hafaz al-Quran (al-Hafiz). 2. Setelah membaca surah Al-Fatihah, bacalah sebarang surah lazim ya n diketahui. Pada rakaat kedua ada baiknya membaca surah al-Ikhlas 3 kali. 3. Kebanyakan orang biasanya hanya membaca surah-surah lazim. Berikut adalah cara tersusun membaca surah lazim Solat Sunat Tarawih lapan rakaat; .

Jadual Surah Solat Tarawih Lapan Rakaat Rakaat Surah Pertama At Takaatsur

Kedua Ketiga Keempat Kelima Keenam Ketujuh Kelapan

Al Ashry Al Humazah Al Fiil Al Quraisy Al Mauun Al Kautsar Al Kaafiruun


. .

Cara Melakukan Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat


. Cara melakukan solat Tarawih sama seperti solat sunat yang lain. Solat Tarawih dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam, ini berlandaskan kepada hadis: Solat malam (solat Tarawih) adalah dua rakaat, dua rakaat. (Riwayat Jamaah) . 1. Niat:

. . 2. Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat Tarawih . 1. Setelah selesai melakukan solat fardu dan solat sunat Badiah Isyak, maka Bilal memulakan Solat Tarawih dengan menyeru: Maha Suci Tuhan Pemiliki (alam) yang disembah (dipatuhi), . 2. Bilal dan jamaah sama-sama membaca:

3. Bilal menyeru dengan lafaz bagi permulaan mendirikan solat sunat Tarawih;

. .

. . 4. Imam dan jamaah sama-sama mendirikan 2 rakaat pertama solat sunat Tarawih; Bacaan selepas Surah Al-Fatihah: Rakaat pertama: Surah At Takaatsur Rakaat kedua: Surah Al Ashry

. 5. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-2; Bilal dan jamaah bersama-sama mengucapkan zikir dberikut:

. . 6. Imam dan jamaah bersama-sama mendirikan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 3 dan 4; Bacaan selepas Surah Al-Fatihah: Rakaat ketiga: Surah Al Humazah Rakaat keempat: Surah Al Fiil . 7. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-4; Bilal dan jamaah membaca Tasbih dan Selawat:

8. Diikuti dengan Imam membaca doa berikut:

. .

. . 9. Sebelum mendirikan 4 rakaat lagi, bilal dan jamaah membaca kalimat:

. . 10. Imam dan jamaah sama-sama meneruskan Solat Sunat Tarawih rakaat yang ke 5 dan 6; Bacaan selepas Surah Al-Fatihah: Rakaat kelima: Surah Al Quraisy Rakaat keenam: Surah Al Mauun . . 11. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-6; Bilal dan jamaah bersama-sama mengucapkan zikir dberikut:

. . 12. Imam dan jamaah bersama-sama meneruskan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 7 dan 8; Bacaan selepas Surah Al-Fatihah: Rakaat ketujuh: Surah Al Kautsar Rakaat kelapan: Surah Al Kaafiruun . . 13. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-8 (akhir); Bilal dan jamaah membaca Tasbih dan Selawat:

14. Apabila selesai mendirikan 8 rakaat Solat Tarawih, membaca doa berikut;

. . .

Doa Solat Tarawih . .


Ya Allah! Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami
.

Muhammad SAW dengan selawat terafdal di mana Dikau berselawat ke atasnya dengan selawat itu; Wahai yang mempunyai Kemuliaan dan Kemurahan, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! Dan keredhaan Allah kepada kesemua sahabatnya dan telah redha kepada kami, kedua ibu bapa kami dan keselurahan orang-orang yang beriman.

Ya Allah! Jadikanlah kami golongan yang imannya sempurna, dapat menunaikan segala kewajipan agama, menjaga solat, menunaikan zakat, menuntut dan mencari segala kebaikan di sisi-Mu, mengharapkan keampunan-Mu, sentiasa berpegang teguh dengan petunjuk-petunjuk-Mu, terhindar dari segala penyelewangan, mencintai keduniaan dikurangkan, terpelihara di akhirat, meredhai ketentuan qadak dan tabah menerima ujian, mensyukuri segala nikmat-Mu dan semoga di akhirat nanti kami dimasukkan sebaris di bawah naungan panji-panji jujungan kami Nabi Muhammad SAW, dapat melalui telaga yang sejuk, dimasukkan ke dalam syurga, terhindar dari api neraka dan duduk di atas Tahta Kehormatan di dampingi bidadari syurga dengan memakai pakaian kebesaran dari sutera yang berwarna-warni, menikmati santapan syurga yang lazat, meminum susu dan madu yang suci lagi bersih di dalam gelas-gelas dan kendi yang tidak kering selamanya, bersama-sama dengan orang yang telah Dikau berikan nikmat pada mereka, daripada

. .

golongan para nabi, para siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh dan baik sekali mereka menjadi teman-teman kami. Demikianlah kemurahan dan kecekapan daripada Allah yang Maha Mengetahui dan segala puji bagi Allah Tuhan Seluruh Alam!

Ya Allah! Yang membezakan batil dan hak, yang menurunkan Al-Quran dengan hikmah serta penjelasan, [berkatilah kami ya Allah di dalam bulan Ramadan ini - (3x)] Kurniakanlah kepada kami ya Allah (Ramadan ini dan Rahmat-Nya), tahun demi tahun atas apa yang Dikau kasihi dan redhai; Wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!
.

[ ])3( . .

Ya Allah! Sesungguhnya Dikau pada malam ini dan pada setiap malam bulan Ramadan membebaskan ahli-ahli neraka. Maka jadikanlah kami Ya Allah, kedua ibu bapa kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, orang-orang tua kami, guru-guru kami, kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami, orang-orang yang masih hidup dan bapa-bapa kami dari kalangan mereka yang Dikau bebaskan dari neraka. [Ya Allah! Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kesejahteraan - (3x)]. Masukkanlah kami dan mereka ke dalam syurga sebagai orang-orang yang sejahtera. [Ya Allah! Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah, Dikau amat suka mengampunkan, maka ampunilah kami! - (3x)].

[. . ])3( ])3( . [

Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas semulia-mulia makhluk, penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarganya

dan para sahabat Baginda kesemuanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam!
. . .

Solat Sunat Witir


. Setelah selesai Solat Tarawih, teruslah dirikan solat sunat Witir. Bilal menyeru: Lakukanlah solat Witir, mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada kamu! . .

Cara Melaksanakannya
. 1. Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:

2. Bacaan selepas Fatihah: Rakaat pertama: Surah Al-Alaa Rakaat kedua: Surah Al-Kafiruun 3. Sesudah salam, Bilal membacakan selawat;

. .

. .

. . 4. Jemaah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi rakaat Witir. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:

. . 5. Selepas bacaan al-Fatihah, pada rakaat terakhir, dibaca pula surah; Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.

. 6. Bemula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca Doa Qunut sebelum melakukan sujud petama.

7. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:

. .

. . 8. Boleh dibaca doa-doa berikut:

. . by; shafiqolbu


. .

Share this:

Twitter7 Facebook414 Reddit Google +1 Print Email LinkedIn Digg StumbleUpon

Like this:

46 responses to this post.


1.
Posted by jie on 21/07/2012 at 5:29 am

terima ksih kerana share. semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan memberkati perjuangan saudara Reply 2.
Posted by Jubaidah Bt Ghani on 22/07/2012 at 8:30 am

nak baca jugakah apa yg bilal baca wlpun solat tarawih bukan jemaah yakni dilakukan di rumah. Reply o

Posted by Shafi-Q on 22/07/2012 at 9:05 am

Diharuskan membaca kesemuanya kecuali B1 (mengajak makmum solat) boleh ditinggalkan Reply 3.
Posted by Mrs Luetkemeier on 22/07/2012 at 9:30 pm

Salambolih saya tanya sedikit soalan? Yaitu bagaimana pula caranya jika kita nak solat terawih ini bersendirian dirumah sebanyak 8 rakaat? Reply o
Posted by Shafi-Q on 23/07/2012 at 10:22 pm

Boleh dilakukan sama seperti entry di atas..cuma bacaan B-1 atau semua bacaan bilal boleh ditinggalkan.. Reply
Posted by Mrs Luetkemeier on 27/07/2012 at 12:36 pm

Salam,trima kasih atas penjelasan dipihak anda dan sangat2 saya hargai semuga anda juga mendapat berkat dari Allah SWT.Amin 4.
Posted by hamba allah on 24/07/2012 at 7:45 am

mohon copy.. Reply 5.


Posted by Azahar on 25/07/2012 at 11:36 am

minta izin untuk di copy..moga2 saudara dirahmati ALLAH Reply 6.


Posted by ainul hamid on 25/07/2012 at 10:27 pm

assalamualaikum. penerangan yang amat bermanafaat. mohon share. Reply 7.


Posted by Mazida aw on 30/07/2012 at 10:24 pm

Assalamualaikum, mohon izin untuk copy dan semoga saudara dirahmati sentiasa krn brkongsi maklumat yg amat brbenafaat serta yg disarankan oleh allah.. Insyaallah.. Reply o
Posted by Shafi-Q on 02/08/2012 at 4:40 pm

Semoga dimanfaatkan sebaiknya. Jazaakillaahu khair.. Reply 8.


Posted by wira on 01/08/2012 at 5:09 pm

sejuk hati saya masuk blog ini.terima kasih Reply o


Posted by Shafi-Q on 08/08/2012 at 8:04 am

Alhamdulillah, syururSelamat berkunjung ke blog shafiqolbu. Reply 9.


Posted by mat on 01/08/2012 at 8:56 pm

salam. maaf bertanya, boleh tak jika ayt yg sama selepas al-fatihah .di baca dlm solat taraweh sampai habis? Reply o
Posted by Shafi-Q on 03/08/2012 at 4:33 pm

Setiap rakaat pertama Solat Tarawih bacalah surah-surah lazim dan pada setiap rakaat kedua boleh dibaca surah Al-Ikhlas. Tapi sekiranya satu surah itu saja yang kita hafal.. dibolehkan membacanya pada keseluruhan Solat Tarawih tersebut.. Reply 10.
Posted by mj mazaran on 02/08/2012 at 6:20 pm

mcm ne ngn solat tarawih 21 rakaat trmasuk ngn solat witir..?? mne lbih afdhal brbanding 11 rakaat solat tarawih trmasuk witir.. just tnye.:).. Reply o
Posted by Shafi-Q on 03/08/2012 at 6:17 pm

Imam Syafie menyatakan Solat Tarawih yang baik dan paling afdhal adalah solat yang dilakukan dengan tenang, tidak tergesa-gesa dan yang paling banyak dibacakan ayat Al-Quran di dalamnya. Reply 11.
Posted by ali on 03/08/2012 at 9:36 am

assalamualaikum, bolehkah lain-lain solat sunat (seperti solat tahajud, solat taubat etc.) dilakukan setelah solat terawih dilakukan dan kemudian diakhiri dengan solat witir Reply

o
Posted by Shafi-Q on 03/08/2012 at 4:42 pm

Boleh dilakukan solat2 sunat tersebut..tapi jika telah didirikan Witir selepas Solat Tarawih, tak perlu dilakukan sekali lagi. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam ada bersabda: Tidak ada dua Witir dalam satu malam. (Hadis riwayat Imam Abu Dawud). Reply 12.
Posted by nort on 06/08/2012 at 3:59 pm

salam.boleh kah sy share entry ni di blog sy? Reply o


Posted by Shafi-Q on 07/08/2012 at 10:12 am

Alhamdulillah boleh sesangat Cikgu Nort, semoga ilmunya dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai lagi.. Jazaakamullah Khairan Kasiran Reply 13.
Posted by Hafizul on 08/08/2012 at 9:37 pm

Mohon utk mengcopy utk kegunaan di surau. Syukran Reply o


Posted by Shafi-Q on 11/08/2012 at 12:48 am

Semoga para jemaah kariah Sdr.Hafizul mengetahui dan memahami makna bacaan Solat Tarawih yang dilakukan selama ini. Reply
Posted by saleh bin othman on 21/08/2012 at 11:58 am

saya pun mohon copy utk kgunaan surau. syukran.


Posted by Shafi-Q on 22/08/2012 at 9:17 am

Semoga amal kebajikannya berpanjangan dan mendapat keredhaan Allah SWT 14.

Posted by miah on 09/08/2012 at 12:06 pm

assalamualaikum..ingin bertye..cmne nk wat solt witir jika solt terawih hnya 8 rakaat sedngkn imam buat 21 rakaat?leh k solt witir dibuat sendirian?jika dibuat sendirian, boleh k trus buat 3 rakaat atau 2 rakaat dn 1 rakaat kemudian? Reply o
Posted by Shafi-Q on 09/08/2012 at 1:59 pm

Sebaiknya dilakukan pada Solat Tahajjud atau sahur nanti dan dipisahkan kepada 2 dan satu rakaat. Dari Abi Hurairah radiallahu anhu, dari Nabi sallallahu alaihi wa - sallam baginda bersabda: Janganlah kamu witir dengan tiga rakaat Dan jang anlah (witir kamu) menyerupai solat Magrib. Reply 15.
Posted by hilmi on 12/08/2012 at 2:41 am

Assalamualaikum bolehkah saya baca kadang2 surah yang pendek sbb saya masih baru solat2 sunat baru belajar kadang2 tak ada kelapangan ke masjid =( Salam Reply o
Posted by Shafi-Q on 12/08/2012 at 11:37 pm

Alhamdulillah Sdr.Hilmi telah berjinak dengan solatteruskan beristiqomah dan Sdr.Hilmi boleh baca sebarang surah mengikut kemampuan diri.. Reply 16.
Posted by seif on 21/10/2012 at 9:39 pm

Assalamualaikum..sedikit lontaran persoalan berkaitan pernyataan akhi pd:3-Boleh juga dikerjakan sebanyak empat rakaat sekaligus dengan hanya satu tahiyat dan sekali salam sahaja. Sekiranya ingin dilaksanakan dengan hanya satu tahiyat maka setiap rakaat hendaklah dibaca surah-surah atau ayat-ayat dari al-Quran. mohon sedikit penjelasan,krna setahu saya,tidak boleh untuk melakukan solat terawih 4 rakat sekaligus,kerana menyalahi sunnah rasulullah.Untuk rujukan,boleh melihat dlm kitab Feqh Minhaji,Syeikh Mustofa Al-Khin,Dr. Mustofa Bugho,,Syiekh Ali Syarbaji,pd fasal yg menyebut solat sunat terawih.. Reply o
Posted by Shafi-Q on 30/10/2012 at 10:10 pm

Mengenai bilangan rakaat yang harus dilakukan dalam Solat Tarawih, Rasulullah SAW tidak pernah menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan. Malahan Rasulullah SAW menggalakkan umatnya untuk bersolat sunat berterus-terusan tanpa ada batasan. Solat Tarawih boleh juga dibuat sebanyak lapan rakaat, sesuai dengan keterangan Aisyah ra: Rasulullah SAW tidak pernah mengerjakan solat sunat dalam bulan

Ramadhan atau bulan lainnya lebih dari empat rakaat, kemudian Baginda kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian Baginda tambah lagi tiga rakaat iaitu Witir. (Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim) Wallahu Alam Bish Shawab Reply 17.
Posted by Rosnani on 12/06/2013 at 11:19 am

Assalamualaikum, mohon copy ilmu yg bermanfaat ini dan semoga saya dapat istiqamah dlm mengamalkannya.. Terima kasih byk2 tuan penulis blog, semoga sentiasa dirahmati ALLAH SWT.. Reply 18.
Posted by mahadzir on 26/06/2013 at 10:21 am

salam mohon copy entry .. moga ilmu di berkati Allah Taala. Reply 19.
Posted by judaidi on 03/07/2013 at 9:23 pm

Alhamdulillah. Salam mohon copy. Reply 20.


Posted by nazlin on 06/07/2013 at 12:27 am

terima kasih semoga allah memberikan kesehatan kepada kita semua Reply 21.
Posted by Khairul on 06/07/2013 at 2:53 pm

Salam, Ijin Mengcopy.Terimakasih Reply 22.


Posted by erwin on 06/07/2013 at 10:18 pm

Assalamualaikum. saya minta ijin buat ngopi ni blog, terima kasih. Reply 23.
Posted by ina on 07/07/2013 at 5:59 pm

Salam.mohon copyTQ Reply 24.

Posted by zaidi on 07/07/2013 at 10:08 pm

Thanks for sharing Reply 25.


Posted by faisal on 08/07/2013 at 12:05 am

Salam.minta izin copy. Reply 26.


Posted by din on 08/07/2013 at 8:50 am

terima kasih dan alhamdullilah diatas penerangandan saya mohon untuk copy.. Reply 27.
Posted by zakie on 08/07/2013 at 2:38 pm

assalam tuan/puan. doa pendek di antara selepas solat tarawih dan sebelum solat witir tak ada ke? Reply o
Posted by Shafi-Q on 08/07/2013 at 11:50 pm

Boleh dibaca doa seperti di no.8(D) ataupun doa2 selamat yang lain. Wallahu Alam Bish Shawab Reply 28.
Posted by Safira on 08/07/2013 at 3:31 pm

Assalammualaikum Saya mohon copy entry ini Reply 29.


Posted by zali on 08/07/2013 at 10:49 pm

Amin..mohon copy..nak try jadi bilal Reply o


Posted by Shafi-Q on 08/07/2013 at 11:41 pm

Alhamdulillah..semoga sukses.. Reply

Leave a Reply

Masa

HOT BULAN SYAABAN


Selamat Datang Syaaban Sejarah Bulan Syaaban Dan Amalannya KJ : Kelebihan Bulan Syaaban Amalan Sunat Dan Fadilat Puasa Bulan Syaaban Qiamullail Dan Amalan Menghidupkan Malam Nisfu Syaaban Keagungan Dan Amalan Malam Nisfu Syaaban Doa Akhir Syaaban dan Doa Awal Ramadhan

HOT BULAN RAMADHAN


Niat & Doa-Doa Puasa Zikir Harian Ramadhan Muhasabah Ramadhan 24 Jam Bilakah Lailatul Qadar? Hebatnya Qiamullail Amalan Pada Lailatul Qadr Iktikaf Solat Sunat Tarawih Solat Tarawih Lapan Rakaat Witir Tarawih

Asmaulhusna Terkini
Pengisytiharan Tarikh Mula Puasa 1434 H / 2013 M Puasa ~ Rukun Islam Ketiga Puasa Hari Syak Bulan Syaban KJ : Ramadhan Dinanti, Al-Quran Dihayati Bagaimanakah Cara Rasulullah SAW Mengawal Kemarahan?

Takwim Jom Solat


Dapatkan Widget Jadwal Sholat!

Kategori

Ayat Pilihan

Menarik
Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat Solat Sunat Tarawih Solat Sunat Tahajjud Solat Sunat Witir Solat Sunat Dhuha Solat Sunat Hajat Solat Sunat Taubat Doa Akhir Syaaban dan Doa Awal Ramadhan Solat Sunat Istikharah Nama Anak Yang Baik Dalam Islam

Statistik
5,484,445 hits

Solat Sunat
o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o Solat Sunat Solat Sunat Aidil Adha Solat Sunat Aidil Fitri Solat Sunat Asyura Solat Sunat Awwabin Solat Sunat Dhuha Solat Sunat Hajat Solat Sunat Istikharah Solat Sunat Isyraq Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan) Solat Sunat Kusuf (Gerhana Matahari) Solat Sunat Lailatul Qadar Solat Sunat Musafir Solat Sunat Nisfu Syaaban Solat Sunat Rawatib Solat Sunat Tahajjud Solat Sunat Tahiyatul Masjid Solat Sunat Tarawih Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat Solat Sunat Tasbih Solat Sunat Taubat Solat Sunat Witir Solat Sunat Wuduk Solat Sunat Zawal

Link
eHalal e-fatwa Tanzil Al-Quran Radio Ikim Fm Quran Tajwid e-kamus

Quran Dan Terjemahan

Arkib shafiqolbu

Al-QUR'ANAMALAN ANAKARTIKEL BULAN ISLAM DOA Doa


Harian Ramadhan DUNIA

Fadhilat Asma'ul HusnaHot

Ramadhan Hot RejabKESIHATAN Khutbah Jumaat KISAH TAULADAN MAKANANPANDUAN PUASA Rabiul Awal Sirah Nabi SOALJAWAB
AGAMA Solat SUNNAH

Tahukah Anda? Tanah

Air TAZKIRAH TipsUMRAH DAN HAJIUncategorized Wordless

Wednesday Zulhijjah
Pengunjung

Free counters

Follow Blog via Email


Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email. Join 1,032 other followers

Follow

Komentar

ida on Doa Akhir Syaaban dan Doa Awal JR on Solat Sunat Witir Azira on Solat Sunat Istikharah Shafi-Q on Solat Sunat Tarawih Lapan Shafi-Q on Solat Sunat Tarawih Lapan
Awan Qolbu
Al-Quran Alhamdulillah

allah swt Al Quran Amalan Bismillah ayat bismillah 7 Ayat Penawar Ayat

PenyembuhAyat Syifa BISMILAH 4 BISMILAH 7Bismillah 5 bismillah 6 Doa Bismillah

doa puasa bahasa arab hari

kiamatibu bapa ilmu pengetahuan

Islam

Istighfar Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia

/JAKIM)Jurus Bismillah kasih sayangKeredhaan Allah SWTKhutbah

Jumaatmasjidil haram menyeru mimbarnabi muhammad Nabi Muhammad


SAW Palestin PUASApuasa alhamdulillah bahasa arab Rasulullah Rasulullah SAW
Islam

religion sallallahu alaihi wasallam Wordless Wednesday Yahudi zikir

Selawat

SOLAT surah al baqarah umat

Zikir Bismillah

Alexa

QR Code

Admin
Register Log in Entries RSS Comments RSS

WordPress.com
Blog at WordPress.com. The Spring Loaded Theme.

Follow

Follow Shafiqolbu
Get every new post delivered to your Inbox.
Join 1,032 other followers
Sign me up

Powered by WordPress.com

Anda mungkin juga menyukai