Anda di halaman 1dari 7

Salam, Bolehkah para panel nyatakan hadis yang menyokong kenyataan mengenai solat ini,disebabkan artikel asal tidak

menyatakan walau sebuah hadis pun mengenai solat ini?

SOLAT SUNAT TASBIH Solat sunat tasbih bertujuan mengakui kesucian Allah S.W.T dari segala yang tidak layak bagiNya atau kekurangan padaNya. Rasulullah SAW menganjurkan umat Islam mengamalkannya setiap malam. Jika tidak dapat setiap malam, amalkan seminggu sekali, atau setahun sekali, ataupun paling kurang sekali seumur hidup. Fadilat atau kelebihan solat Tasbih ini ialah ia dapat mengampunkan dosa yang lama atau yang baru, dosa yang dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja dan dosa yang tersembunyi atau terang. Bilangan rakaatnya ialah empat. Jika dilakukan waktu siang lakukan 4 rakaat 1 salam. Jika dilakukan pada waktu malam, 4 rakaat 2 salam. Niat solat Tasbih : Sahaja aku solat sunat Tasbih dua/empat rakaat kerana Allah Taala. Surah-surah yang elok dibaca selepas bacaan Fatihah : Rokaat 1 : At-Takaathur (Alha kumuttaka) Rokaat 2 : Al Asr (Wal ashri) Rokaat 3 : Al Kafiruun (Qul ya ai yuhal kaafiruun...) Rokaat 4 : Al Ikhlas (Qul huwallah hu ahad) Bacaan tasbih adalah seperti berikut:

Bilangan tasbih yang dibaca berjumlah 300 kali iaitu 75 kali bagi satu-satu rakaat. Masa Bacaan Bacaan Tasbih Selepas membaca Surah sebelum rukuk 15 kali Dalam rukuk selepas membaca Tasbih biasa 10 kali Selepas bangun dari rukuk dan sebelum sujud dan selepas membaca Tahmid dalam iktidal 10 kali Dalam sujud selepas membaca Tasbih biasa 10 kali Semasa duduk antara dua sujud selepas membaca Doa 10 kali Dalam sujud ke dua selepas membaca Tasbih biasa 10 kali Duduk sebelum bangun bagi rokaat pertama dan ketiga dan selepas tahiyat awal dan akhir bagi sembahyang 4 rokaat 1 salam. Duduk sebelum bangun bagi rokaat pertama dan selepas tahiyat akhir bagi sebahyang 4 rokaat 2 salam 10 kali Jumlah 75 kali Secara ringkasnya, tasbih tersebut perlu dibaca pada penghujung pergerakkan solat sebelum melakukan pergerakkan yang berikutnya. Doa selepas solat tasbih : Ya Allah, ya Tuhan Kami, kami memohon taufik daripada-Mu sepertimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjukdan jadikan amalan kami ini sepertimana amalan ahli yakin dan jadikan kami dari golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami sepertimana orang-orang yang sabar dan gementar kami sepertimana orang-orang yang takut dan kami memohon sepertimana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat seperti ibadat orang-orang yang warak dan jadikan pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada Engkau. Ya

Allah, kami memohon kepada-Mu, jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu, sebagaimana amalan yang kami merasa perlu mendapat keredaan-Mu dan juga sehingga kami betul-betul ikhlas dan bertawakkal kepada-Mu dalam setiap perkara dan kami memohon supaya menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau sebagai Pencipta.

Solat Sunat Tasbih


Posted by Shafi-Q.

Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak300 kali dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah SAW bersabda: Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali . ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah ) . Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun tersembunyi. . Sabda Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib: Wahai Abbas bapa saudaraku, Aku ingin memberikan padamu, aku benar-benar mencintaimu, aku ingin engkau melakukan sepuluh sifat jika engkau melakukannya Allah akan mengampuni dosamu, baik yang pertama dan terakhir, yang terdahulu dan yang baru, yang tidak sengaja maupun yang disengaja, yang kecil maupun yang besar, yang tersembunyi maupun yang terang-terangan. Sepuluh sifat adalah: Engkau melaksanakan solat empat rakaat; engkau baca dalam setiap rakaat Al-Fatihah dan surah, apabila engkau selesai membacanya di rakaat pertama dan engkau masih berdiri, maka ucapkanlah: Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar 15 kali, Kemudian rukuklah dan bacalah doa tersebut 10 kali ketika sedang rukuk, kemudian sujudlah dan bacalah doa tersebut 10 kali ketika sujud, kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali kemudian sujudlah dan bacalah 10 kali kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali. Itulah 75 kali dalam setiap rakaat, dan lakukanlah hal tersebut pada empat rakaat. Jika engkau sanggup untuk melakukannya satu kali dalam setiap hari, maka lakukanlah, jika tidak, maka lakukanlah satu kali seminggu, jika tidak maka lakukanlah sebulan sekali, jika tidak maka lakukanlah sekali dalam setahun dan jika tidak maka lakukanlah sekali dalam seumur hidupmu. (H.R. Abu Daud) . . Cara mengerjakan solat Sunat Tasbih Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam ( 2 rakaat, 1 salam). Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama (lebih kurang 4 minit) kerana ia diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat jumlah tasbihnya 75 kali, maka jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih X 4 rakaat = 300 kali. . Caranya; 1. Niatnya:

Daku menunaikan solat sunatTasbih dua rakaat kerana Allah Taala. . 2. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah: 1. Rakaat 1: Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha 2. Rakaat 2: Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah 3. Rakaat 3: Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar 4. Rakaat 4: Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr. . 3. Bacaan Tasbihnya ialah:

Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar; Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Nota; *Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja. . 4. Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan seterusnya. . 5. Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah: Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih Rukuk - 10 kali tasbih Iktidal - 10 kali tasbih Sujud pertama - 10 kali tasbih Duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih Sujud kedua - 10 kali tasbih Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, - 10 kali tasbih. . 6. Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih . Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih. . 7. Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya. . 8. Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam. . 9. Membaca doa solat tasbih;

By; shafiqolbu

SEMBAHYANG SUNAT TASBIH - KERJAKANLAH ! WALAUPUN SEKALI SEUMUR HIDUP


Fadhilat Sembahyang Sunat Tasbih

Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam ada mengajarkan kepada bapa saudaranya bahawa kelebihan sembahyang sunat Tasbih itu sangatlah besar sebagaimana hadis Ibnu Abbas Radhiallahu anhuma: Maksudnya: Jika engkau membuat yang sedemikian itu, Allah menghapuskan dosamu, baik yang terdahulu, yang sekarang, yang sudah lama, yang baru, yang tidak disengaja, yang sengaja, yang kecil, yang besar, yang tersembunyi mahupun yang terang-terangan. (Hadits riwayat Abu Daud) Menurut Imam Taj as-Subki dan ulama-ulama yang lain, apabila orang telah mendengar kelebihan sembahyang sunat Tasbih itu, dan ia tinggalkan yakni tidak membuatnya maka ia tergolong daripada orang yang mencuaikan agama. Bolehkah Sembahyang Sunat Tasbih Diqadha? Sebagaimana yang dijelaskan terdahulu bahawa sembahyang sunat Tasbih adalah sembahyang sunat mutlak yang tidak berkaitan dengan waktu dan sebab dan sunat melakukan di waktu malam dan siang selain waktu yang diharamkan bersembahyang, ia juga boleh dilakukan pada setiap masa dan dianjurkan supaya selalu mengerjakannya walaupun dalam masa yang berdekatan kerana ia mempunyai fadhilat yang sangat besar. Dari itu, sembahyang sunat Tasbih tidaklah dapat diqadha disebabkan ianya adalah sembahyang sunat mutlak yang tidak ada waktu tertentu. Hukum Bacaan Tasbih Dalam Sembahyang Sunat Tasbih Dan Dalam Sembahyang-Sembahyang Sunat Selainnya Bacaan tasbih dalam sembahyang sunat Tasbih itu adalah dikategorikan sebagai sunat haiah seperti bacaan takbir dalam sembahyang dua Hari Raya. Jika tertinggal bacaan tasbih tersebut itu dalam sembahyang, tidaklah disunatkan menggantikannya dengan sujud sahwi. Begitu juga jika seseorang berniat untuk mengerjakan sembahyang sunat Tasbih, akan tetapi dia tidak membaca tasbih tersebut semasa sembahyang, sembahyangnya adalah dikira sah dengan syarat tempoh masa itidal, dan duduk di antara dua sujud dan duduk istirahah tidak dipanjangkan, kerana perkara sedemikian boleh membatalkan sembahyang. Dengan demikian menjadilah ia sembahyang sunat mutlak sahaja bukanlah sembahyang sunat Tasbih. Jika sekiranya seseorang berniat untuk sembahyang sunat biasa sahaja, kemudian mendatangkan bacaan tasbih-tasbih tersebut dalam sembahyangnya itu, maka dalam perkara ini diharuskan baginya membaca tasbih berkenaan selagi dia tidak memanjangkan rukun yang pendek seperti itidal kerana niatnya itu niat sembahyang sunat biasa sahaja bukan sembahyang sunat Tasbih. Dengan demikian ianya tetap dianggap sebagai sembahyang sunat mutlak biasa bukannya sembahyang sunat Tasbih. Selain itu, disunatkan mengisrarkan (tidak menyaringkan) bacaan tasbih itu, sama ada ianya dilakukan di waktu malam ataupun di waktu siang. Adapun bacaan-bacaan lain dalam sembahyang sunat Tasbih itu disunatkan juga membaca dengan israr jika dilakukan di waktu siang akan tetapi disunatkan membaca dengan bacaan pertengahan antarajahr (dinyaringkan) dan israr jika dikerjakan di waktu malam sepertimana sembahyang sunat-sunat yang lain. Akan tetapi jika bernazar untuk menyaringkan bacaan tasbih itu dalam sembahyang sunat Tasbih tersebut, maka menjadilah bacaan jahr itu wajib disebabkan nazar itu, sepertimana yang disebutkan dalam bab nazar.

Jika sekiranya terlupa membaca tasbih dalam rukun tertentu sehingga berpindah pada rukun selepasnya, tidak harus kembali kepada rukun tersebut untuk membacanya. Sekiranya dia tahu akan perkara itu dan dengan sengaja mengulang rukun itu, maka batallah sembahyangnya. Oleh kerana tidak dapat mengulang rukun tasbih tersebut untuk membaca tasbih, maka gantilah bacaan tasbih itu pada rukun seterusnya selain semasa itidal, duduk antara dua sujud dan dudukistirahah. Ini kerana memanjangkan tiga rukun ini boleh membatalkan sembahyang walaupun dalam sembahyang sunat Tasbih, sebab bacaan tasbih dalam tiga rukun tersebut di dalam sembahyang sunat Tasbih hanyalah dikhususkan untuk bacaan yang asal sahaja. Oleh itu, jika sekiranya terlupa membaca tasbih ketika rukuk, maka janganlah diganti bacaan tasbih yang tertinggal itu semasa itidal, kerana tidak boleh memanjangkan bacaan padanya akan tetapi gantilah bacaan itu semasa sujud, kerana sujud adalah dikategorikan sebagai rukun yang panjang sebagaimana yang dikatakan oleh al-Baghawi. Manakah Yang Lebih Afdhal, Washl Atau Fashl? Washl ialah sembahyang sunat Tasbih dikerjakan secara bersambung iaitu empat rakaat dengan satu salam.

Sementara fashl ialah sembahyang sunat Tasbih dikerjakan secara bercerai iaitu setiap dua rakaat sekali salam.

Ibnu Hajar mengatakan dalam kitabnya Fatawa Kubra al-Fiqhiyah, kedua cara tersebut ada diterangkan di dalam hadis. Oleh yang demikian, harus melakukan kedua cara tersebut, akan tetapi Imam Ghazali mengatakan dalam kitabnya Ihya Ulumiddin, jika dikerjakan di waktu siang sambungkanlah empat rakaat dengan satu salam, dan jika dikerjakan di waktu malam ceraikanlah empat rakaat dengan dua salam, sepertimana sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wasallamapabila Baginda ditanya oleh seorang lelaki tentang bagaimana sembahyang malam itu, Baginda pun menjawab: Maksudnya: Sembahyang malam itu dua rakaat dua rakaat. (Hadis Imam Ahmad) Haruskah Sembahyang Sunat Tasbih Dilakukan Secara Berjemaah? Selain daripada sembahyang fardhu, ada juga sembahyang sunat yang disebut dalam kitab fiqh sebagai sembahyang attathawwu dan an-nawafil. Sembahyang-sembahyang an-nawafil itu menurut pengertiannya dari segi bahasa ialah tambahan, kerana ia merupakan tambahan ke atas sembahyang-sembahyang yang telah difardhukan oleh AllahSubhanahu wa Taala. Ia terbahagi kepada dua bahagian: 1. Yang sunat dilakukan secara berjemaah, seperti sembahyang Hari Raya, sembahyang Gerhana Bulan dan Matahari, sembahyang Witir pada bulan Ramadhan. 2. Yang tidak sunat dilakukan secara berjemaah, seperti sembahyang ar-rawatib yang mengiringi sembahyangsembahyang fardhu, sembahyang Witir bukan di bulan Ramadan dan sembahyang Dhuha, sembahyang Tahajjud, sembahyang Tasbih. Ketika mengulas tentang sembahyang sunat yang tidak disunatkan berjemaah, asy-Syeikh Muhammad al-Khathib asySyarbini dalam kitab beliau Mughni al-Muhtaj menjelaskan, adapun sebab ianya tidak disunatkan berjemaah kerana muwazhabah (kebiasaan) Baginda Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam melakukannya secara bersendirian. Adapun sunatnya itu hendaklah tidak dilakukan secara berjemaah, tetapi tidak dihukumkan makruh, kerana Ibnu

AbbasRadhiallahu anhuma pernah mengikut Nabi Shallallahu alaihi wasallambersembahyang sunat Tahajjud di rumah emak saudaranya, Maimunah.

Imam Jalaluddin al-Mahalli dalam Syarh al-Minhaj berkata ketika menjelaskan bahagian sembahyang sunat yang tidak disunatkan berjemaah: Ertinya: Bahagian yang tidak disunatkan berjemaah itu, jika dilaksanakan secara berjemaah tidaklah makruh. Demikian menurut Imam an-Nawawi di dalam kitab ar-Raudhah.

Asy-Syeikh Qalyubi di dalam Hasyiyatan ketika mengulas perkataan Imam Jalaluddin al-Mahalli tidaklah makruh di atas, katanya:

Ertinya: Bahkan ia (bersembahyang sunat yang tidak disunatkan berjemaah jika dilakukan secara berjemaah) menyalahi yang utama (khilaf al-awla) dan maksudnya, tidak disunatkan dilakukan berjemaah secara berterusan. Dengan penjelasan di atas, maka dapatlah dirumuskan bahawa sembahyang sunat Tasbih walaupun tidak disunatkan berjemaah, namun apabila ia dilakukan secara berjemaah tidaklah ia makruh, dan jauh sekali dianggap sebagai bidah, hanyalah ia khilaf al-awla yakni menyalahi yang utama sahaja.

Orang ramai boleh memilih melakukannya secara berjemaah ataupun bersendirian. Melakukannya secara berjemaah itu tetaplah mendapat pahala kerana berjemaah. Sebagaimana telah dinaqal oleh asy-Syeikh Abdul Hamid asy-Syarwani daripada Ali asy-Syabramallisi katanya: Ertinya: Dan diberi ganjaran pahala berjemaah secara mutlak, akan tetapi adalah awla (lebih utama) meninggalkannya yakni berjemaah itu.

Penutup

Dari penjelasan yang di atas dapatlah difahami bahawa sembahyang sunat Tasbih mempunyai fadhilat yang tersendiri selain dapat mendekatkan diri kita kepada Allah Taala dengan bertasbih, tahmid, tahlil dan takbir, sembahyang sunat Tasbih juga dapat menghapuskan segala dosa.

Oleh yang demikian, janganlah kita abaikan, kerana sesiapa yang mengetahui akan fadhilat dan kelebihan sembahyang sunat Tasbih ini tetapi tidak mengerjakannya, maka orang itu tergolong di antara orang yang mencuaikan agama sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Taj as-Subki dan ulama-ulama yang lain. Dari itu, kerjakanlah sembahyang sunat Tasbih itu walaupun sekali seumur hidup.

Anda mungkin juga menyukai