Anda di halaman 1dari 21

1.Perkataan Solat dalam Bahasa Arab ialah Doa memohon kebajikan dan pujian.

Maka, solat Allah SWT kepada NabiNya ialah pujian Allah SWT kepadaNabiNya. Sebelum Islam, orang Arab menggunakan perkataan solat dengan maksud yang sedemikian dan erti itu terdapat juga pada beberapa tempat di dalam al-Quran. 2. Solat merupakan satu kewajipan dan syiar yang paling utama dalam kehidupan seorang Muslim. Pemisah antara garisan iman dan kufur dan menjadi perbezaan antara orang yang beriman dan orang yang kafir adalah solat. Di dalam Al-quran, solat turut dijadikan sebagai pembukaan sifat-sifat orang yang beriman yang akan memperolehi kebahagiaan dan sekaligus menjadi penutup kehidupan. Al-quran turut menganggap orang yang meninggalkan solat adalah orang yang sesat dan menyimpang. Adapun yang meninggalkan solat secara berterusan termasuk dalam ciri2 orang yang kafir. Solat juga akan menjadi ibadah pertama yang akan dipersoal dan dihisab untuk seorang mukmin pada hari kiamat kelak. Ini menunjukkan pentingnya solat dalam kehidupan seharian masyarakat Islam. Antara perkataan yang menjadi rukun dalam solat adalah takbiratulihram, membaca Al-Fatihah (termasuk basmalah), tasyahud akhir, selawat ke atas nabi dan salam yang pertama. Selain itu, perbuatan yang merupakan rukun di dalam solat adalah berdiri tegak jika mampu, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, duduk pada rakaat terakhir dan tertib. Ia juga melibatkan hati iaitu melalui niat. Dan pada asalnya, perkataan solat itu adalah merujuk kepada doa atau untuk mengemukakan permohonan di dalam bahasa Arab. Perkara-perkara yang membatalkan solat: 1.Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.2.Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.3.Makan/minum walau sedikit.4.Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).5.Berniat keluar dari solat (mufaraqah).6.Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.7.Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).8.Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.9.Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.10.Meninggalkan rukun solat.11.Murtad Kesimpulan Konsep ibadah dalam Islam adalah amat luas dan menyeluruh, merangkumi tingkah laku dan amalan manusia seluruhnya yang dikerjakan menurut ajaran Islam. Ibadah mempunyai kaitan yang rapat dengan akhlak. Menerusi ibadah yang betul akan melahirkan kelakuan yang baik bersopan dan berakhlak mulia. Nilai akhlak berpunca daripada agama ditetapkan oleh al Quran dan al sunnah. Setiap amalan yang memenuhi syarat-syarat berkenaan boleh menjadi ibadah. Solat merupakan ibadat yang sangat penting dan dituntut dalam Islam. Solat juga merupakan rukun Islam yang kedua dan merupakan pertanyaan berkaitan ibadat yang akan mulu-mula ditanya oleh Allah S.W.T di padang Mahsyar kelak.
Pengertian solat dari segi bahasa ialah doa. Manakalah dari segi istilah ialah ibadat yang mengandungi perkataanperkataan dan perbuatan-perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratulihram dan di akhiri dengan salam.

Cara sembahyang yang betul adalah penting bagi memastikan ibadah solat kita diterima oleh Allah. Oleh yang demikian, kami menyediakan panduan ringkas tentang cara2 mengerjakan solat dengan kaedah yang betul sebagai panduan umum kepada kita semua.

Panduan dibawah ini adalah contoh rukun bagi solat EMPAT RAKAAT (isya', zohor dan asar). Bagi solat maghrib dan subuh, hendaklah menurut bilangan rakaat solat tersebut iaitu tiga dan dua rakaat masingmasing.

NIAT SEMBAHYANG (EMPAT RAKAAT)

Usalli fardhaz 'isya'i arba'a raka'atin (*) adaan lillahi ta'ala Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu (isyak) empat rakaat (*)tunai kerana Allah Ta'ala. # gantikan dengan asri (asar) atau #zuhri (zohor) * tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

Selaraskan dan rapatkan kedua-dua kaki, tangan juga hendaklah dirapatkan ke arah badan.

Hendaklah berdiri betul menghadap kearah Kiblat, Kaabah (Arah bagi orang-orang Islam bersembahyang, tempat di mana arah matahari terbenam di Malaysia atau arah Barat) Untuk lebih Khusyuk dalam sembahyang hendaklah tumpukan perhatian kepada sembahyang dan ketahuilah anda sekarang berhadapan dengan Allah serta pandanglah kearah tempat Sujud.

Rapatkan kedua-dua tangan ke paha ketika memasang niat dalam sembahyang yakni sebelum mengangkat takbir.

TAKBIRATUL IHRAM BERDIRI SAMBIL MENGANGKAT TAKBIR

Allahu Akbar Maksudnya: Allah Maha Besar

Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga selepas memasang niat dalam sembahyang sambil itu bertakbir seperti di atas.

Lintaskan didalam hati ketika waktu yang sama mengangkat takbir niat kita bersembahyang. Lelaki - di bawah telinga Perempuan - di bawah paras bahu

BERDIRI RAKAAT PERTAMA (DO'A IFTITAH) TANGAN DI LETAKKAN DI ATAS PERUT (PUSAT)

Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila. Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin. La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin. Maksudnya: Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyakbanyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim(Islam).

Perempuan - Tangan di atas

Lelaki - Tangan memegang

Letakkan kedua tangan selepas mengangkat takbir (tangan kanan di atas tangan kiri, beratkan ke sebelah kiri bagi lelaki).

TERUSKAN DENGAN MEMBACA

A'uzubillahi minassyaitanir rajim. Maksudnya: Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang kena rejam.

SURAH AL-FATIHAH

Bismilla hirrahma nirrahim. Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Arrahma nirrahim. Maliki yaumiddin.Iyyaka na'kbudu waiyyaka nasta'in. Ihdinassiratal mustaqim. Siratal lazina an'amta'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladdhalin. Amin (*). Maksudnya: Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekalian alam. Yang maha pemurah lagi maha pengasih. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau sahajalah tempat kami meminta pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orangorang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan

bukan pula jalan orang-orang yang sesat. Amin (*) (Perkenankanlah permintaan Kami) * Sambutlah perkataan Amin bersama-sama jika sembahyang jemaah, tunggu selepas imam membacanya kemudian anda baca fatihah.(jika sembahyang zohor dan asar anda dikehendaki membaca sendiri selepas bacaan do'a iftitah).

KEMUDIAN BACA SEBARANG SURAH CONTOHNYA:

Bismilla hirrahma nirrahim. Inna a'ktainakal kautsar. Fasalli lirabbika wanhar. Innasya niakahual abtar. Maksudnya: Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Sesungguhnya Kami (Allah) telah kurniakan kepadamu (Muhammad) nikmat yang banyak. Maka dirikanlah sembahyang kerana (syukur kepada) Tuhanmu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.

TAKBIR KERANA RUKUK BERDIRI SAMBIL MENGANGKAT TAKBIR

Allahu Akbar Maksudnya: Allah Maha Besar

Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga sambil itu bertakbir seperti di atas.

RUKUK TUNDUK DALAM KEADAAN 90 DARJAH

Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali) Maksudnya: Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.

Anda boleh juga membacanya lebih dari 3 Kali dengan kiraan ganjil contohnya 5X, 7X, 9X, 11X ataupun sekali dan sebagainya.

Kedudukan tangan bagi muslimat ketika melakukan rukuk, siku dirapatkan ke badan.

IK'TIDAL (KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKUK) BERDIRI SAMBIL MEMBACA DOA

Sami'allahu liman hamidah. Maksudnya: Allah mendengar orang yang memujinya.

Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga dan baca ayat diatas.

IKTIDAL SELEPAS RUKUK BERDIRI KEMBALI SEBELUM SUJUD

Rabbana lakalhamdu. Ertinya: Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji. * Rabbana lakalhamdu mil assamawati wamil ardhi wamil a'maasyita min syai i'nba'du.(Ya Tuhan kami, bagimu segala puji seisi langit dan bumi dan sebanyak yang Engkau kehendaki).

Teruskan dari kedaan diatas menuju sujud yang pertama.

SUJUD PERTAMA TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI

Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali). Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.

Kedua tangan paras lantai, dahi juga hendaklah berkeadaan seperti di sebelah.

Allahu Akbar Maksudnya: Allah Maha Besar

DUDUK ANTARA DUA SUJUD DUDUK SEPERTI MELUTUT

Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni wahdini wa'afini wa'kfu 'anni. Maksudnya: Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.

SUJUD YANG KEDUA (RUJUK KE LANGKAH KELAPAN) TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI

BERDIRI PADA RAKAAT KEDUA (RUJUK KE LANGKAH KETIGA) TANPA MENGANGKATANGAN TERUS BACA

SUJUD PERTAMA RAKAAT KEDUA (RUJUK KE LANGKAH KELAPAN) TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI

13

DUDUK ANTARA DUA SUJUD RAKAAT KEDUA (LANGKAH 9) DUDUK SEPERTI MELUTUT

SUJUD KEDUA RAKAAT KEDUA (RUJUK KE LANGKAH KELAPAN) TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI

BANGUN DAN SILA ULANGI LANGKAH YANG SAMA SETERUSNYA SEHINGGA RAKAAT KEEMPAT

TAHYAT AWAL DUDUK BERSIMPUH SAMBIL MEMBACA TAHIYAT AWAL

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala Muhammad. Maksudnya: Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dasn kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad.

Apabila bacaan sampai kepada "Asyhadualla ilaha illallah" dan seterusnya, hendaklah mengangkat jari telunjuk sebelah kanan sehingga tahiyat awal berakhir.

TAHYAT AKHIR DUDUK BERSIMPUH SAMBIL MEMBACA TAHIYAT AKHIR

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad. Kama sollaita'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Wabarik 'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad. Kama barakta 'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Fil 'alamina innaka hamidummajid. Maksudnya: Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dasn kepada segenap hambahambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi

Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.

SALAM KE KANAN

Assalamualaikum warahmatullah Ertinya: Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah.

Hendaklah berpaling ke arah kanan sambil memberi salam. * jika sembahyaang berjemaah hendaklah tunggu sehingga imam memberi salam terlebih dahulu.

SALAM KE KIRI

Assalamualaikum warahmatullah Ertinya: Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah.

Berpaling ke arah kiri sambil memberi salam

Solat perlu dilakukan secara tertib mengikut rukun-rukun yang telah ditetapkan. Solat tersebut akan terbatal sekiranya tidak dilakukan mengikut tertib tersebut. Selain itu, setiap rukun yang dikerjakan perlu dilakukan dengan thomakninah.

Anda mungkin juga menyukai