Anda di halaman 1dari 18

SOLAT SUNAT MINTA HUJAN (ISTISQA)

Istisqa menurut bahasa adalah meminta turun hujan. Manakala dari segi
istilah adalah meminta kepada Allah Subhanahu Wa Taala agar menurunkan
hujan dengan cara tertentu ketika diperlukan oleh hambaNya.
Hukum Solat Istisqa adalah Sunat Muakkad bagi yang terkena musibah
kekurangan air untuk minum dan keperluan lainnya. Ianya juga dianjurkan kepada
kaum Muslimin lainnya yang masih mendapatkan air, sebagai membentuk
ukhuwwah dan tolong menolong dalam kebaikan dan ketakwaan.
Dalil Shalat Istisqa
Allah SWT berfirman:




( 10)
( 11)

(12)

Maka aku katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada


Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun,niscaya Dia
akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan
harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan
mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (QS. Nuh:
10-12)

Hadits Rasulullah SAW menyebutkan:




:







-




Ibnu Abbas Radhiyallaahu anhu berkata: Nabi Shallallaahu alaihi wa
Sallam keluar dengan rendah diri, berpakaian sederhana, khusyu,
tenang, berdoa kepada Allah, lalu beliau shalat dua rakaat seperti pada
shalat hari raya, beliau tidak berkhutbah seperti pada shalat hari raya,
beliau tidak berkhutbah seperti khutbahmu ini.
(Riwayat Imam Lima dan dinilai shahih oleh Tirmidzi, Abu Awanah, dan Ibnu Hibban).

KAEDAH-KAEDAH SOLAT ISTISQA


Istisqa memiliki tiga kaedah, yaitu:
1. Istisqa yang paling ringan, yaitu doa tanpa solat dan tidak juga setelah solat di
masjid atau selain masjid, samada secara bersendirian atau berjamaah. Dan
sebaiknya dilakukan oleh orang-orang yang shalih.
2. Istisqa pertengahan, yaitu doa setelah solat sunat atau solat Fardhu termasuk
shalat Jumat.
3. Istisqa yang paling utama adalah Istisqa dengan di dahului shalat dua rakaat
dan dua khutbah. Dilakukan oleh Muslim, baik musafir atau muqim, penduduk
kampung atau kota.

Waktu Istisqa
1.
2.
3.

Jika hanya doa, maka dapat dilakukan bila-bila masa sahaja, dan lebih baik
jika dilakukan saat khutbah Jumat.
Jika doa dan shalat maka dapat dilakukan bila-bila masa sahaja, tetapi
jangan dilakukan pada waktu yang dimakruhkan solat.
Waktu yang utama adalah pada waktu Dhuha sampai Zhuhur sebagaimana
Solat Hari Raya.

Tempat Shalat Istisqa


Solat Istisqa boleh dilakukan di masjid atau di luar masjid.
Adab Sebelum Shalat Istisqa
1. Memperbanyak istighfar dan taubat sama ada dalam bentuk perbuatan
mahupun perkataan yang berkait dengan hak-hak Allah SWT dan makhluk.
2. Menghindari perbuatan zhalim dan mengembalikan hak-hak orang yang
dizalimi.

3. Bersegera mendamaikan di antara mereka yang bermusuhan kerana sebab


duniawi dan kepentingan peribadi.
4. Berpuasa tiga hari berturut-turut sebelum keluar ke tempat istisqa, juga
berpuasa pada hari tersebut (hari keempat).
5. Memperbanyakkan bersedekah.
6. Sebelum pelaksanaan, disunnahkan melakukan toharah seperti, mandi,
bersiwak dan memakai baju yang sederhana.
7. Berangkat ke tempat dalam keadaan tawadhu, khusyu, berharap pada Allah.

Perkara-perkara yang dilakukan ketika keluar untuk solat istisqa


1. Keluar beramai-ramai ke kawasan lapang dalam keadaan berpuasa.
2. Menyedikitkan makan dan minum pada malam tersebut.
3. Keluar tanpa berwang-wangian dan tidak berhias-hias, bahkan hanya memakai
pakaian yang biasa-biasa.
4. Merendah diri pada percakapan, berjalan dan duduk.
5. Pergi melalui jalan lain dan pulang melalui jalan lain.
6. Dianjurkan datang berjalan kaki dan tidak berkasut (jika tidak menyusahkan)
juga mendedahkan rambut (tidak memakai kopiah dan seumpamanya bagi
lelaki).
7. Keluar pada perhimpunan ini semua golongan termasuk kanak-kanak, orang
tua, para wanita dan seumpamanya.
8. Membawa bersama binatang-binatang.
9. Memisahkan di antara para ibu dan anak-anak kecil supaya banyaklah tangisan
dan rintihan, maka ia lebih hampir kepada diperkenankan doa.
10.Setiap orang bertawassul dengan amalan saleh dengan menyebutnya secara
rahsia.
11.Minta orang-orang saleh berdoa.

TATA CARA PELAKSANAAN SOLAT ISTISQA


1. Solat dua rakaat, sebagaimana solat Hari Raya, rakaat pertama 7 kali takbir dan
rakaat kedua 5 kali takbir.
2. Rakaat pertama disunnahkan membaca surat Al-Ala dan rakaat kedua surat
Al-Ghasiyah
3. Setelah solat, diteruskan dengan khutbah dua kali.
4. Berdoa menghadap kiblat dan mengangkat dua tangan.
5. Dianjurkan doa Istisqa dibacakan oleh Ahli Bait dan orang soleh.
6. Bertawasul dengan amal soleh.

7. Khusus untuk kaum lelaki disunnahkan memindahkan dan membalikkan


selendang atau serbannya.
8. Dianjurkan imam keluar bersama masyarakat.
9. Dianjurkan membawa binatang ternak.

Rakaat Pertama
1) Berniat untuk mengerjakan solat Istiqa
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Takbir tujuh kali dan diselangi membaca zikir seperti berikut :

5)
6)

Membaca surah al-Fatihah secara jahar (kuat)


Membaca surah al-Quran secara jahar. Seeloknya surah Qaf atau surah alAla.
7) Rukuk
8) Iktidal
9) Sujud
10) Duduk antara dua sujud
11) Sujud kali kedua
12) Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1) Takbir Lima kali dan diselangi membaca zikir seperti berikut :

2)
3)
4)
5)
6)

Membaca surah al-Fatihah secara jahar(kuat)


Membaca mana-mana surah secara kuat. Seelok-eloknya Surah al-Qamar
atau Surah al-Ghasyiah.
Rukuk
Iktidal
Sujud

7)
8)
9)
10)

Duduk antara dua sujud


Sujud kali kedua
Duduk untuk tahiyyat akhir
Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Kaedah Khutbah
1. Memulakan kedua-dua khutbah dengan istighfar.
2. Membanyakkan ketika khutbah membaca ayat 10 hingga 12 surah Nuh:

Pohonlah keampunan daripada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha


Pengampun. Akan dikirimkan oleh Allah kepada kamu awan yang
menurunkan hujan lebat. Diberikan oleh Allah S.W.T kepada kamu
kekayaan harta dan anak-anak serta diadakan kebun-kebun dan
sungai-sungai untuk kamu
3. Bagi khatib, menghadap ke arah kiblat kira-kira 2/3 daripada khutbah kedua
dan membalikkan selendang ketika menghadap kiblat; menjadikan yang kanan
ke kiri dan sebaliknya; yang atas ke bawah dan sebaliknya (hanya khatib dan
makmum lelaki).
4. Memperbanyakkan doa di dalam kedua-dua khutbah. Kadang-kadang secara
sir(perlahan) dan kadang-kadang secara jahar(kuat).
5. Para makmum mengangkat tangan mereka ketika berdoa dengan tapak tangan
menghadap ke langit.
6. Menyertakan istighfar, selawat ke atas Nabi SAW di dalam doa.

Doa Istisqa :



.




.




.




.

Segala puji bagi Allah Rabbul alamin yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
yang merajai hari pembalasan, tidak ada Tuhan selain Allah yang melakukan apa
yang Ia kehendaki, ya Allah Engkaulah Allah tidak ada Tuhan selain Engkau,
Engkau Mahakaya dan kami orang-orang fakir, turunkanlah pada kami hujan, dan
jadikan apa yang Engkau turunkan sebagai kekuatan dan bekal hingga suatu batas
yang lama.
Ya Allah, turunkan bagi kami hujan 3x, Ya Allah, turunkan bagi kami hujan yang
menyuburkan, menyejahterakan, bermanfaat, mengalir dari atas ke bawah merata,
dan terus-menerus kebaikannya bagi negeri dan penghuninya. Ya Allah pada
pegunungan, Shalallahu Alaihi wa Sallamah ladang dan danau-danau. Ya Allah
kami beristighfar kepada-Mu, sesungguhnya Engkau penerima ampun, turunkan
kepada hujan dari langit yang terus menerus memberikan kebaikan. Ya Allah
turunkanlah hujan dan jangan jadikan kami termasuk orang-orang yang putus asa.
Ya Allah negeri dan penduduknya mengalami kesulitan, kesengsaraan, kesempitan
dan kami tidak mengadu kecuali kepada-Mu. Ya Allah tumbuhkanlah bagi kami
tanaman, suburkanlah susu-susu ternak kami, turunkanlah hujan dari keberkahan
langit dan tumbuhkanlah tanaman dari keberkahan bumi. Ya Allah angkatlah dari
kami kesusahan, kelaparan, dan terbukanya aurat, singkapkan dari kami musibah
dan tidak ada yang dapat menyingkapkannya kecuali Engkau.
Ya Allah turunkanlah hujan dan tolonglah kami atas musuh. Ya Allah Engkau
telah memerintahkan kami untuk berdoa, dan berjanji untuk mengabulkan. Dan
kami telah berdoa sebagaimana engkau perintahkan, maka kabulkanlah
sebagaimana Engkau telah janjikan. Ya Allah berikanlah anugerah ampunan-Mu
atas kesalahan kami, dan kabulkan hujan untuk kami dan kelapangan rezeki.

Doa Ketika Hujan Telah Turun

. .


Ya Allah jadikan hujan yang menyejahterakan dan bermanfaat. Ya Allah turunkan
di sekeliling kami bukan adzab bagi kami.
Dan jamaah mengucapkan:




Hujan turun dengan karunia dan rahmat Allah.

Khutbah Solat Sunat Istisqa

( 9 )


.


.

Marilah kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada


Allah Subhanahu Wataala dengan sebenar-benar taqwa, iaitu istiqamah dalam
mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dengan
yang demikian, mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik dan unggul
serta mendapat keredaan Allah di dunia dan di akhirat.
Sidang hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Firman Allah S.W.T dalam ayat 27-13 surah as-Syura :


.

Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka
akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan
tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu
sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan
mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata. Dan Dia
lah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Ia pula
menyebarkan rahmatNya merata-rata. Dan (ingatlah) Dia lah pengawal (yang
melimpahkan ihsanNya), lagi Yang Maha Terpuji. Dan di antara tanda-tanda
kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Ia biakkan pada
keduanya dari makhluk-makhluk yang melata; dan Ia Maha Kuasa
menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendaki (melakukannya). Dan apa
jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia
adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah
dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosadosa kamu. Dan kamu tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah (daripada
menimpakan kamu dengan bala bencana, walaupun kamu melarikan diri di mana
sahaja) di muka bumi (atau di langit); dan kamu juga tidak akan beroleh
sesiapapun yang lain dari Allah sebagai pelindung atau pemberi pertolongan

Hadirin yang dirahmati Allah,


Alhamdulillah pada hari ini kita berkumpul di sini bagi sama-sama
memohan kasih sayang dan rahmat daripada Allah agar terus memberi kepada kita
semua nikmat yang berkat yang dapat menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan
akhirat. Kita semua faham dan yakin bahawa nikmat anugerah Allah S.W.T kepada
umat manusia amat banyak sehingga tidak terhitung jumlahnya. Anugerah nikmat
ini mestilah disambut dengan penuh kesyukuran serta digunakannya dalam
memperbanyakkan lagi ibadat kepada Allah S.W.T paada setiap masa dan tempat.
Kita juga mesti ingat bahawa segala kebaikan yang diturunkan oleh Allah S.W.T

ke atas hambaNya bergantung kepada baiknya amalan kita terhadap Allah S.W.T.
Begitu juga dengan curahan keberkatan dan kebaikan dari langit disebabkan umat
manusia berusaha menjauhkan diri daripada jalan-jalan kesesatan yang
memesongkan mereka daripada landasan Islam yang sebenar. Kita sentiasa berdoa
agar rezeki yang diperolehi adalah suatu nikmat yang datang bersama dengan
keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T sehingga kita mampu meraih
kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Disamping itu, kita juga sentiasa
memohon perlindungan daripada Allah S.W.T agar jangan jadikan rezeki yang
diterima sebagai suatu pemberian yang tiada bersamanya keberkatan apatah lagi ia
bertujuan untuk melalaikan kita daripada mendapatkan keredhaan Allah S.W.T
sehingga menjadikan kita umat yang rugi di dunia dan akhirat.

Sidang muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah S.W.T,


Ketika kita mendapat rezeki yang bermacam-macam maka ada masanya di
mana Allah S.W.T menahan nikmatNya sebagai suatu ujian untuk menguji tahap
kesabaran dan kerelaan manusia dalam menghadapi bala atau pun ia merupakan
suatu peringatan dan pengajaran kepada mereka yang melakukan kezaliman dan
lalai daripada mematuhi perintah Allah S.W.T.
Antara bala daripada Allah S.W.T ialah Dia tidak menurunkan hujan
dengan cuaca panas yang begitu terik sebagaimana yang sedang kita hadapi
sekarang ini. Ia menyebabkan manusia dan binatang menghadapi kesukaran, pokok
dan tanaman turut kekeringan dan sebagainya. Islam sentiasa memberi tunjuk ajar
yang sempurna kepada umatnya agar mencari jalan dalam menghadapi sebarang
ujian yang datang. Kita mesti memperbanyakkan istighfar bagi memohon
keampunan daripada Allah S.W.T di atas segala dosa dan kesilapan yang
dilakukan. Jangan campur adukkan antara ibadat dan maksiat sehingga lebih
banyak bala Allah S.W.T yang turun seumpama suburnya program maksiat
samada dalam rumahtangga, masyarakat, Negara serta melalui kemudahan
maklumat seperti TV, radio, media cetak, internet dan sebagainya yang
melambangkan sebahagian daripada kita tidak bersungguh untuk bertaubat kepada
Allah S.W.T.

Ingatlah kita kepada suatu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah
daripada Abdullah ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :


Wahai kaum Muhajirin! Ada 5 perkara di mana jika telah menimpa kamu maka
tiada lagi kebaikan bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T agar
kamu tidak menemui zaman itu. Antaranya adalah. Dan tidak menahan mereka
akan zakat harta benda melainkan ditahan juga untuk mereka air hujan dari
langit. Jika tiada binatang yang hidup di muka bumi ini nescaya mereka tidak
diturunkan hujan oleh Allah S.W.THadis Hasan riwayat Ibnu Majah

Sidang muslimin dan muslimat yang dimuliakan Allah,


Pada hari ini saya memperingati diri saya sendiri dan muslimin muslimat
sekalian agar kita sama-sama memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat kepada
Allah atas dosa dan kesalahan yang dilakukan samada secara terang-terangan atau
sembunyi, sedar atau tidak. Sesungguhnya amalan banyak istighafar dijanjikan
dengan begitu banyak kelebihan oleh Allah.
Firman Allah S.W.T dalam ayat 10-12 surah Nuh :

Pohonlah keampunan daripada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun.


Akan dikirimkan oleh Allah kepada kamu awan yang menurunkan hujan lebat.
Diberikan oleh Allah S.W.T kepada kamu kekayaan harta dan anak-anak serta
diadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu

Sidang muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah S.W.T,


Melihat kepada arahan dan amaran daripada Allah S.W.T dan rasulNya
agar kita sentiasa bertaubat dengan segala dosa serta mematuhi segala perintah dan
menjauhi segala apa yang ditegah maka sepatutnya kita lebih sedar tentang
kesalahan kita yang menyebabkan turunnya sesuatu bala daripada Allah S.W.T.
Kita juga mesti sentiasa istiqamah dan berada di atas landasan Islam yang sebenar
dengan menghindarkan segala jalan yang membawa kepada kesesatan.
Firman Allah S.W.T dalam ayat 16 surah al-Jin :






Dan sesungguhnya jika mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas
landasan Islam maka sudah tentu Kami menurunkan hujan lebat kepada mereka
Kita mesti tegas dalam melawan kebatilan dan maksiat sehingga datangnya
kemenangan dan keredhaan daripada Allah S.W.T. Kita jangan takut untuk
menegur kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita kerana sebarang dosa bakal
mengundang bala dan bala apabila telah turun maka ia menyeluruh bukan
tertentu kepada pelakunya sahaja.

Khutbah Kedua



( 7 )





.
Firman Allah dalam ayat 55-57 surah al-Araf :







)Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara
perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah
menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya
dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan

terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat


kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya. Dan Dia lah (Allah) yang
menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum
kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan
mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang),
lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air
hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami
mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu
beringat (mengambil pelajaran daripadanya).

Sidang muslimin dan muslimat yang dimuliakan Allah,


Sekali saya memperingati diri saya sendiri dan muslimin muslimat sekalian
agar kita sama-sama memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat kepada Allah
atas dosa dan kesalahan yang dilakukan. Semoga Allah menerima segala taubat
kita dan seterusnya menurunkan rahmat dan kebaikan dari pelbagai aspek.
1)

Khatib mula menghadap qiblat (membelakangi


makmum)
2) Bagi khatib dan sekalian makmum membalikkan
selendangnya atau serbannya dengan menjadikan
yang sebelah atas menjadi kebawah dan yang
sebelah kanan menjadi ke kiri. Jika memakai baju 2
lapis seperti baju kot diterbalikkan juga

Marilah kita sama-sama menadah tangan memohon kepada Allah segala


kebaikan dan dihindari daripada kita segala keburukan


.




Segala puji bagi Allah pemelihara alam semesta, Allah Yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang. Raja hari kiamat, tiada Tuhan selain Allah, Yang berbuat menurut
kehendak-Nya. Ya Allah, Engkaulah Allah yang tiada Tuhan selain-Mu. Engkaulah
Maha Kaya, sedangkan kami adalah papa, turunkanlah kepada kami hujan, dan
jadikanlah apa yang Engkau turunkan itu menjadi bekal sampai beberapa lama.



Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami

Ya Allah siramilah kami dengan hujan yang menyuburkan dan yang baik
kesudahannya yang bertapis-tapis yang memberi manafaat tidak memberi mudharat
segera tidak berlambat-lambat








Ya Allah siramilah hambaMu dan haiwan-haiwan ternakanMu dan sebarkanlah
rahmatMu dan hidupkanlah negeriMu yang mati
Kemudian berpaling semula oleh khatib membelakangi
kiblat menghadap kepada makmum sebagaimana
biasa pada akhir khutbah yang kedua ini.


.
.

Anda mungkin juga menyukai