Anda di halaman 1dari 34

TAHUN 6

SIRAH PERJANJIAN
HUDAIBIYAH
HUDAIBIYAH
• Ialah sebuah kampung yang terletak
berhampiran Kota Mekah
• Disitulah berlakunya perjanjian antara umat
Islam dengan kafir Quraisy Mekah
• Peristiwa ini berlaku pada bulan Zulkaedah
tahun ke- 6 hijrah
• Dinamakan Perjanjian Hudaibiyah sempena
tempat perjanjian tersebut
KAWASAN HUDAIBIYAH
FAKTOR MENDORONG
RASULULLAH DAN SAHABAT
KEMBALI KE MEKAH

• Rasulullah telah bermimpi mengunjungi


Baitullah, bercukur rambut, mengambil
anak kunci Baitullah dan wukuf di Arafah

• Kedudukan umat Islam sudah kuat setelah


umat Islam berjaya mengatasi Musyrikin
Quraisy dalam beberapa siri peperangan
dan berjaya mengatasi ancaman Yahudi di
Madinah
• Kekuatan Iman dan azam umat Islam
untuk menziarahi dan menghormati
Baitullah

• Perasaan rindu yang amat sangat


terhadap keluarga, sanak saudara dan
tempat kelahiran mereka di Mekah
(setelah 6 tahun ditinggalkan)
PERSIAPAN MENGERJAKAN UMRAH

• Lebih kurang 1400 membuat persiapan


Umrah
• Membawa bersama binatang al-Hadyu
(unta, lembu, kambing) untuk disembelih
di Tanah Haram
• Tiada membawa senjata kerana bukan
untuk berperang
• Berusaha mengelak peperangan dengan
memilih penyelesaian secara berdamai

• Rasulullah sentiasa bermesyuarat dengan


sahabat dalam membuat sesuatu
keputusan ketika perjalanan
PERJALANAN UMAT ISLAM
ZIL DIRUL
MADINAH
HALIFAH ASYTAT

(SAHABAT)
BASHAR IBNU SUFYAN
➢Dari Kabilah Khuzaah
➢Meninjau ke Mekah
➢Mendapati Quraisy
Mekah bersiap sedia
untuk memerangi umat
Islam
PERJALANAN UMAT ISLAM
TSANI’AT
DIRUL HUDAIBI
UL
ASYTAT YAH
MARAR

(SAHABAT)
BANU ASLAM
➢Membawa jalan
tidak dilalui orang
➢Melalui jalan lekuk,
berliku di celah bukit
SETIBANYA DI TSANI’ATUL MARAR

• Unta tunggangan Rasulullah berhenti


dengan kehendak Allah
• Unta itu berjalan menuju perigi kecil dan
air perigi itu sangat sedikit tidak
mencukupi untuk diminum
• Rasulullah meletakkan sebilah anak
panah dalam perigi itu dan air kembali
penuh
• Budail ibnu Warqa al-Khuza’ei
memberitahu Rasulullah beliau baru
bertemu dengan Kaab ibn Luai dan Amir
ibn Luai yang sedang menuju ke
Hudaibiyah dengan tujuan menghalang
umat Islam memasuki Mekah

• Rasulullah menyuruh Budail ibnu Warqa


al-Khuza’ei bertemu dengan Quraisy
Mekah untuk memberitahu tujuanNya
adalah untuk melakukan Umrah bukan
untuk berperang
• Rasulullah juga berharap dapat diwujudkan
perdamaian di antara kedua-dua belah pihak
satu tempoh tertentu
• Urwah ibnu Masud ialah Quraisy Mekah
datang berjumpa Rasulullah untuk berunding
damai dengan Rasulullah. Tetapi gagal
mencapai sebarang persetujuan
• Urwah pulang dengan menasihati kaum
Quraisy Mekah agar menerima pendamaian
tersebut
BAI’ATUR RIDHWAN

• Sebelum perjanjian Hudaibiyah berlaku


Rasulullah mengutuskan Uthman bin Affan
ke Mekah, untuk berunding dengan pihak
Quraisy Mekah

• Beliau ditahan sementara waktu

• Khabar angin mengatakan Uthman bin


Affan telah dibunuh
• Rasulullah dan rombonganNya telah
bermesyuarat dan bersetuju membuat
sumpah setia untuk menuntut bela
kematian Uthman bin Affan

• Sumpah setia ini dinamakan Bai'atur


Ridhwan / Bai'atus Syajarah , sempena
tempat janji setia itu diadakan di bawah
pokok bernama "Ridhwan"
• Setelah itu Rasulullah mendapati khabar itu
adalah palsu

• Setelah Quraisy Mekah mengetahui


keputusan rombongan Islam untuk
membela kematian Uthman bin Affan,
mereka membuat keputusan
membebaskannya semula
SETIBANYA DI HUDAIBIYAH
• Quraisy Mekah mengutuskan pula Suhail ibn
Amru
• Bertujuan untuk perjanjian damai
• Setelah disepakati lalu tertulislah perjanjian
tersebut
• Perjanjian ini dikenali dengan nama perjanjian
Hudaibiyah, sempena tempat termetrinya
perjanjian tersebut
HURAIAN PERJANJIAN HUDAIBIAH

• Genjatan senjata antara kedua-dua pihak


selama 10 tahun
• Umat Islam tidak boleh mengerjakan Haji pada
tahun itu tetapi dibenarkan pada tahun hadapan
dengan syarat tidak membawa peralatan perang
dan berada di Mekah tidak lebih daripada 3 hari
• Orang Mekah yang memasuki Madinah tanpa
kebenaran keluarganya, hendaklah dihantar
pulang ke Mekah walaupun telah memeluk
Islam
Sambungan

• Jika orang Madinah datang ke Mekah


tidak perlu dihantar pulang ke Madinah

• Kedua pihak tidak boleh mencuri


mengkhianati dan memungkir janji

• Kedua pihak tidak boleh membantu mana-


mana kaum yang bersengketa berperang
Sambungan

• Orang Islam Madinah dan orang Quraisy


Mekah dibenarkan membuat perjanjian damai
dengan mana-mana kaum

• Pada dasarnya perjanjian ini berat sebelah,


ramai dikalangan para sahabat yang tidak
bersetuju dengan perjanjian itu tetapi demi
mentaati pemimpin, mereka akur. Hal ini dalam
jangka masa panjang, telah memberi banyak
faedah kepada umat Islam
SEBAB BERLAKU PERJANJIAN
HUDAIBIYAH

• Ketaatan dan kepatuhan sahabat kepada


kepimpinan Rasulullah
• Sikap umat Islam yang cintakan keamanan
dan berusaha mengelakkan peperangan
• Kebijaksanaan Rasulullah mengatur
strategik menghadapi kaum Musyrikin
Quraisy
• Sikap toleransi Rasulullah dan sahabat
• Keputusan Rasulullah dan sahabat untuk
mengerjakan umrah dihalang
KESAN-KESAN PERJANJIAN
HUDAIBIAH
• Perjanjian Hudaibiah merupakan
pengiktirafan rasmi kaum Quraisy
terhadap Rasulullah, umat Islam serta
kewujudan sebuah negara Islam
• Persetujuan mengadakan gencatan
senjata telah digunakan oleh Rasullullah
untuk menyebarkan dakwah
• Dakwah Islam disebarkan kepada raja
Parsi, Habsyah, Mesir. Islam juga
disebarkan di Mekah dan luar mekah
• Ramai orang Quraisy telah memeluk Islam
termasuk panglima Quraisy yang terkenal
iaitu Khalid al-Walid
• Memberi peluang kepada orang Islam
bergaul bebas dengan kabilah-kabilah
arab dan menyebarkan Islam kepada
mereka
• Telah membuka jalan kepada
pembebasan Mekah daripada orang
Quraisy
• Orang Islam dan orang Quraisy dapat
berinteraksi antara satu sama lain
• Membuka peluang kepada umat Islam
Madinah untuk menyusun strategi untuk
membebaskan Mekah dari cengkaman
jahiliyah
• Dapat menghindar dan mengelakkan
pertumpahan darah antara kedua pihak
• Ramai orang kafir Quraisy memeluk agama
Islam secara terang
• Orang Islam Madinah yang masuk ke
Mekah, tidak perlu dihantar pulang ke
Madinah

• Pihak Musyrikin Mekah & Islam Madinah


boleh / bebas membuat perjanjian
dengan mana-mana pihak yang mereka
sukai
HIKMAH PERJANJIAN HUDABIAH
• Dengan adanya perjanjian ini maka secara
tidak langsung pihak kafir Quraisy telah
mengakui kewujudan dan kekuatan kerajaan
Islam Madinah
• Hasil daripada perjanjian ini jugalah umat
Islam bertambah dan keimanan umat Islam
dapat dimantapkan melalui majlis ilmu dan
dialog bersama-sama Rasulullah dan
sahabat
• Faktor utama pembukaan Kota Mekah
• Orang Islam dan Musyrikin Quraisy bebas
berinteraksi
• Orang Islam bebas berdakwah
SURAT RASULULLAH
DAN COP RASMI
ORANG QURAISY MELANGGAR
PERJANJIAN HUDAIBIYAH
• Peristiwa ini berlaku apabila Bani Bakr dalam
naungan Quraisy Mekah menyerang Bani
Khuzaah dalam naungan Islam pimpinan
Rasulullah

• Serangan Bani Bakr dibantu pihak Quraisy Mekah

• Tindakan ini menimbulkan kemarahan orang Islam


kerana dengan pertolongan itu, pihak Quraisy
telah melanggar perjanjian Hudaibiyah yang telah
dipersetujui
• Serangan itu juga menyebabkan hampir 20 orang
daripada Bani Khuzaah terbunuh

• Amru bin Salim bersama rakannya daripada Bani


Khuzaah bergegas ke Madinah untuk
memberitahu dan meminta bantuan daripada
Rasulullah

• Mereka begitu menyesal lalu menghantar Abu


Sufian bin Harb bertemu Baginda untuk merayu
dan memohon maaf

• Rasulullah SAW dan sahabat tidak


menghiraukannya, beliau pulang dengan
perasaan hampa dan kecewa ke Mekah
PEMBUKAAN KOTA MEKAH TANDA
KEJAYAAN PERKEMBANGAN SYIAR ISLAM
• Berlaku pada Ramadan, tahun ke-8 hijrah

• Keberangkatan Rasulullah dan sahabat ke Mekah


dapat dijangka oleh pihak Quraisy

• Pembukaan kota Mekah dilihat sebagai kejayaan


penting dalam perkembangan syiar Islam

• Rasulullah menyiapkan angkatan Muslimin


dengan jumlah mencecah hingga 10,000 orang
berangkat ke Mekah
• Setiba Rasulullah di Mekah, orang Islam
berjaya memasukinya tanpa tentangan
sengit
• Walaupun pertempuran berlaku, ia dapat
dipatahkan oleh Khalid Ibn Walid dan
sahabat lain
• Baginda menghancurkan menghancurkan
360 berhala di sekeliling Kaabah sebagai
berakhirnya penyembahan berhala di
Mekah.
• Dengan musnahnya berhala di Kaabah,
maka berakhirlah penyembahan berhala
• Setelah itu Rasulullah mengambil kunci
Kaabah yang mulia dari tangan Uthman
bin Thalhah, kemudian Rasulullah masuk
dan solat 2 rakaat di dalamnya
• Maka dengan itu secara rasminya
pembukaan kota Mekah dan ia makmur
dengan syiar Islam hingga kehari ini

Anda mungkin juga menyukai