Anda di halaman 1dari 10

AT-TAFSIR (QSI 20302)

TEMA KISAH:
MENGHORMATI GURU DAN
MENCINTAI ILMU

TAJUK E-BUKU CERITA:


PENGEMBARAAN SEORANG
PEMIMPIN

AHLI KUMPULAN:

Huzaifah Bin Mohd Nadzri (068265)


Muhammad Hilman Bin Sariman (066531)
Nik Ahmad Hazieq Bin Ahmad Bokhari (068042)
Muhammad Aizzat Bin Abd Kadir (065383)
Mohamad Ridwan Bin Tuan Ab Fatah (068345)
PENGEMBARAAN
SEORANG PEMIMPIN
MENGHORMATI GURU DAN MENCINTAI ILMU
Pada suatu hari, Nabi Musa
berdiri di khalayak Bani Israil
dan bertanya “Siapakah orang
yang paling berilmu?”. Maka
dijawabnya sendiri “aku”.
Kemudian Nabi Musa ditegur
oleh Allah S.W.T bahawa ada
seorang hamba lebih berilmu
daripadanya di pertemuan dua
lautan. Maka Nabi Musa pun
mengambil keputusan untuk
berangkat ke lokasi yang
diperintahkan oleh Allah S.W.T
bersama anak muridnya iaitu
Yusha Bin Nun.

Nabi Musa membawa bersama


bekal ikan goreng yang
diletakkan di dalam bekas. Nabi
Musa berpesan pada Yusha
supaya memberitahunya
sekiranya ikan di dalam bekas
tersebut hidup kembali dan
berenang ke laut semula. Setelah
menempuh perjalanan yang jauh
dan tiba di sebuah batu, Nabi
Musa memutuskan untuk berehat.
Ketika mereka berdua berehat,
ikan yang berada di dalam bekas
itu tadi tiba-tiba bergerak dan
akhirnya terjatuh ke dalam air
dan terus berenang ke arah laut.
Yusha terpegun melihat kebesaran
Allah S.W.T menghidupkan semula
ikan yang telah mati itu.
Akibat kepenatan Yusha akhirnya dia tertidur dan
terlupa untuk menceritakan kepada Nabi Musa akan
peristiwa yang dilihatnya. Kemudian mereka
meneruskan perjalanan dan sampailah di suatu
kawasan, Nabi Musa berkata kepada Yusha untuk
membawakan makanan padanya. Ketika itulah Yusha
teringat dan menceritakan mengenai peristiwa ikan di
dalam bekas hidup kembali dan berenang ke dalam
lautan. Mendengar kata-kata Yusha, sedarlah Nabi Musa
bahawa di situlah tempat pertemuannya dengan Nabi
Khidir. Lalu Nabi Musa dan Yusha kembali semula ke
tempat batuan tersebut. Setelah tiba semula di sana,
mereka berdua melihat seorang hamba Allah S.W.T
memakai jubah berwarna putih bersih.

Lalu Nabi Musa memberi salam dan kemudian


memberitahu tujuannya mencari Nabi Khidir adalah
untuk mempelajari ilmu dan kebijaksanaan yang dimiliki
oleh Nabi Khidir. Nabi Khidir bimbang Nabi Musa tidak
akan mampu bersabar dengannya. Akan tetapi, Nabi
Musa menjawab dengan yakinnya bahawa dia pasti
mampu bersabar. Akhirnya Nabi Khidir memberi
kebenaran kepada Nabi Musa untuk mengikutinya
dengan syarat bahawa Nabi Musa tidak boleh
mengajukan sebarang soalan tentang perbuatannya
sehingga Nabi Khidir sendiri yang akan menerangkan
pada Nabi Musa.
Maka kembara Nabi Khidir dan Nabi Musa bermula dan
berlakulah beberapa peristiwa yang menguji kesabaran
dan janji Nabi Musa untuk tidak mempersoalkan
perbuatan Nabi Khidir. Kemudian apabila tiba di sebatang
sungai, mereka berhajat untuk menyeberangi sungai
tersebut. Secara kebetulan, ada seorang pemilik perahu di
situ yang mengenali Nabi Khidir dan menawarkan mereka
untuk menaiki perahunya menyeberangi sungai tanpa
sebarang bayaran. Mereka pun menaiki perahu tersebut.
Setibanya di pertengahan sungai tersebut, Nabi Khidir
melubangi perahu tersebut.

Melihat keadaan tersebut, Nabi Musa pun terkejut lantas


bertanya “Mengapakah kau melubangi perahu ini?” Nabi
Musa berfikir perkara itu mampu menyebabkan
penumpang di atasnya tenggelam. Nabi Khidir pun segera
mengingatkannya dan menjawab “Bukankah sudah aku
katakan kau tidak akan mampu bersabar dengan
perbuatanku?” Ketika itu Nabi Musa teringat kembali akan
syarat Nabi Khidir dan berkata “Maafkan aku. Baiklah,
aku berjanji selepas ini kau akan dapati aku bersabar
dengan perbuatanmu”.
Apabila Nabi Khidir dan Nabi Musa sampai di daratan,
mereka berdua pun meneruskan perjalanan mereka ke
sebuah kampung yang mempunyai penduduk. Nabi Khidir
dan nabi Musa berjalan sambil memerhatikan sekeliling
mereka. Di saat mereka berdua berjalan menelusuri tempat
itu, mereka tidak menjumpai seorang pun penduduk yang
ada di kawasan tersebut. Kemudian, mereka berdua pun
kembali meneruskan perjalanan sehingga tiba di suatu
tempat yang jauh dari kawasan penduduk kampung
tersebut. Pada ketika itulah Nabi Musa dan Nabi Khidir
menjumpai seorang budak. Kemudian, tanpa berkata
sepatah apapun Nabi khidir yang pada Ketika itu berjalan
pergi menghampiri budak itu lalu membunuhnya.

Nabi Musa yang terkejut dengan perbuatan Nabi Khidir itu


lantas berkata “ Wahai Khidir, mengapa kamu membunuh
budak itu,adakah budak itu membunuh orang lain?
Sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang
mungkar. “Setelah mendengar kata-kata yang diucapkan
oleh nabi Musa itu tadi, Nabi Khidir pun berkata kepada nabi
musa. “ Bukankah aku sudah katakan tadi bahawa kamu
tidak akan dapat sabar bersamaku? Nabi Musa terdiam
apabila mendengar kata-kata Nabi Khidir itu. Kemudian,
Nabi Musa menyedari bahawa dia telah melanggar
penjanjian sewaktu mereka berdua memulakan perjalanan
mereka sebelum yang mana Nabi Musa tidak boleh
membantah dan menegur atas setiap apa yang dilakukan
oleh Nabi Khidir.
Peristiwa terakhir adalah Nabi Musa dan Nabi Khidir tiba
disebuah kampung dan mereka meminta untuk dijamukan
makanan dari penduduk kampung namun penduduk
kampung itu tidak ingin menjamu Nabi Musa dan Nabi
Khidir. Lalu Nabi Musa dan Nabi Khidir meneruskan
perjalanan mereka sehingga mereka menemui ada sebuah
rumah yang dindingnya telah roboh. Langkah kaki Nabi
Khidir terhenti setelah melihat rumah yang dindingnya
roboh itu dan Nabi Khidir terus menegakkan kembali
dinding rumah tersebut.

Akibat berasa tidak puas hati dengan sikap yang


diberikan oleh orang kampung tadi, Nabi Musa tidak ingin
membantu Nabi Khidir menegakkan dinding tersebut.
Nabi Musa juga berkata kepada Nabi Khidir “Penduduk
kampung ini tidak ingin menyambut dan menjamu kita.
Kalau kamu mahu membaiki dinding ini, sebaiknya kamu
meminta upah dari hasil pembaikan dinding ini”. Akhirnya
Nabi Khidir menegaskan bahawa Nabi Khidir tidak dapat
menerima Nabi Musa sebagai muridnya lagi dan mereka
harus berpisah.
Setelah tiga kali Nabi Musa mempersoalkan perbuatan
Nabi Khidir, maka Nabi Khidir pun memutuskan untuk
berpisah dengannya. Tetapi sebelum itu, Nabi Khidir
menceritakan sebab di atas segala perbuatannya itu.
Berkenaan peristiwa pertama berkaitan perahu yang
dibocorkan. Nabi Khidir melubangi perahu tersebut kerana
perahu itu milik orang miskin. Sedangkan di hadapan tidak
jauh darinya terdapat raja yang merampas setiap perahu.
Maka, hal itu dilakukan bagi menyelamatkan perahu
tersebut daripada dirampas. Kemudian, peristiwa kedua
berkaitan anak muda yang dibunuh. Nabi Khidir
membunuhnya kerana dia seorang kasyaf dan terlihat
tulisan kafir pada anak tersebut sedangkan kedua orang
tuanya adalah mukmin.

Jadi, Nabi Khidir bimbang anak kecil ini mampu membawa


orang tuanya kepada kekafiran. Nabi Khidir juga
mendoakan supaya keluarga tersebut dikurniakan anak
yang lebih baik. Dan peristiwa terakhir pula adalah
berkaitan Nabi Khidir yang membaiki dinding rumah
tanpa meminta upah. Menurutnya rumah tersebut dimiliki
oleh dua orang anak yatim dan di bawahnya tersimpan
harta bagi mereka berdua. Ayahnya merupakan orang
yang soleh. Allah S.W.T pun menghendaki agar pada
waktu anak itu dewasa harta itu dapat dikeluarkan
dengan aman. Maka, setelah itu mengertilah Nabi Musa
alasan di setiap perbuatan Nabi Khidir tadi. Kemudian
mereka pun berpisah di situ.
PENGAJARAN

1. Keperluan mengamalkan sifat merendah diri


terutamanya kepada guru yang perlu ada
dalam diri setiap pelajarnya walaupun orang
yang memberi ilmu itu lebih muda daripadanya.
Oleh yang demikian, kita hendaklah sentiasa
menghormati guru kita agar kita memperoleh
keberkatan ilmu daripadanya.
2. Hendaklah menanamkan dalam diri kita sifat
pemaaf dan bertolak ansur atas setiap apa yang
dilakukan oleh orang sekeliling kita. Seperti
contoh ketika mana Nabi Khidir A.S memaafkan
kesalahan pertama dan kedua yang dilakukan
oleh Nabi Musa A.S.
3. Kesungguhan dalam menuntut ilmu. Kita
perlulah bersungguh-sungguh dan bersemangat
di dalam usaha untuk menuntut ilmu serta tidak
mudah berputus asa di dalam setiap ilmu yang
ingin kita pelajari. Kesungguhan menuntut ilmu
ini hendaklah diteruskan selagi kita masih hidup
tidak kira muda, mahupun tua.
RUJUKAN
1. Al-Quran.
2. Anas, F. (2014). Kisah Nabi Khidir Membunuh Seorang
Ghulam • BangkitMedia. [online] BangkitMedia. Available at:
https://islam.bangkitmedia.com/kisah-nabi-khidir-membunuh-
seorang-ghulam/ [Accessed 21 Jun. 2022].
3. Bidadari.My. (2019). Kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa Yang
Boleh Kita Pelajari (Misteri Dan Mukjizat). [online] Available
at: https://bidadari.my/kisah-nabi-khidir-dan-nabi-musa/.

Anda mungkin juga menyukai