Anda di halaman 1dari 2

SOLAT TANPA RUKUK, SUJUD & SERU GURU, AJARAN SESAT YAYI SERANG

JOHOR

Latar Belakang Ajaran Sesat Yayi

Pengasas fahaman ajaran Yayi adalah Prida Biti Jayos. Seorang wanita berusia 60’ an tahun, warga
Singapura dan tiada pekerjaan. Dia juga digelar sebagai Intan atau ibu oleh pengikut-pengikutnya.
Kediaman ajaran tersebut terletak di Blok 540 Bedok North Street 3, Singapura dan juga di Jalan
Sungai Sendok, Tangkak, Johor, Malaysia. Fahaman ajaran tersebut beroperasi di Singapura dan
juga di Johor.

Perbahasan Tajuk

Dalam al-Quran hanya memerihtahkan untuk menunaikan solat, namun tidak menjelaskan cara-
cara atau kaifiyah melaksanakan solat. Namun dalam hadith Imam Bukhari, Imam Muslim dan
Imam Ahmad, Nabi Muhammad ada menjelaskan tentang tersebut, baginda SAW bersabda
“solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat”. Para sahabat melihat keadaan tersebut
(solat) bahawa kewajiban solat itu memiliki rukun-rukun dan kaifiyyat yang tersendiri yang telah
ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Rukun-rukun ini wajib dilaksanakan dengan betul agar
menepati kehendak Allah SWT seperti mana yang telah diwahyukan kepada Nabi-Nya. Pun
begitu, Syarak tidak menurunkan syariat melainkan mengikut kadar kemampuan manusia dan
manusia dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan ibadat sesuai dengan kemampuan dirinya.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) juga menegaskan bahawa amalan-
amalan Fahaman Yayi adalah melanggar syariat Islam dan umat Islam diminta menjauhkan diri
daripada kumpulan terbabit.

Pejabat Kadi Daerah Kulai mengeluarkan kenyataan bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor
yang bersidang pada 24 Januari 2018 dan membuat keputusan Fahaman Yayi itu "adalah ajaran
sesat dan bertentangan dengan ajaran Islam".

Ulasan

Berdasarkan ciri-ciri di atas ajaran Yayi ini jelas bercanggah daripada ajaran Islam. Hal ini juga
bertentangan dengan hadith Nabi Muhammad SAW, sedangkan bahawa baginda SAW telah
menjelaskan dalam hadith mengenai kaifiyyat atau cara-cara serta rukun-rukun melaksanakan
solat. Oleh itu jelaslah bahawa ajaran yang dibawa Yayi adalah berlawanan dengan ajaran islam
yang sebenar.

Rumusan

Berdasarkan isu di atas, dapat saya rumuskan bahawa dalam kita menuntut ilmu, kita perlulah
mengetahui rujukan atau sumber-sumber perundangan Islam iaitu al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan
Qias yang menjadi dasar pegangan umat Islam. Hal ini amat penting kerana melalui sumber-
sumber tersebut mampu menjadi kaedah penyelesaian masalah-masalah yang berkaitan kehidupan
dunia dan juga pegangan agama agar menepati kehendak Allah SWT.

Rujukan

Faris (2018). Oh Bulan. Solat Tanpa Rukuk, Sujud & Seru Guru, Ajaran Sesat Yayi Serang Johor.
Di akses pada 21 Oktober 2019 daripada https://ohbulan.com/solat-tanpa-rukuk-sujud-seru-guru-
ajaran-sesat-yayi-serang-johor/

Anda mungkin juga menyukai