Anda di halaman 1dari 20

1.

0 PENDAHULUAN

Ilmu kalam adalah ilmu yang membincangkan tentang sifat ketuhanan. Ilmu ini diambil berat
oleh para ulama setelah pelbagai bidaah mula tersebar ke seluruh negara. Bagi mengelakkan
berlaku salah faham akidah yang semakin meruncing, ulama’-ulama’ muncul untuk
membahaskan tentang ilmu ini.

2.0 SEJARAH MAZHAB AKIDAH SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH

Pada awalnya, tidak terdapat perbahasan tentang ilmu kalam pada zaman Rasulullah s.a.w.
malahan baginda melarang sahabat-sahabat untuk berbahas tentang ketuhanan. Setiap
permasalahan yang wujud terus diajukan kepada baginda. Namun, perdebatan ini semakin
rancak selepas zaman sahabat. Hal ini kerana menurut Faizuri Abdul Latif & Ahmad Faisal
Abdul Hamid (2012), medan perdebatan secara terbuka dalam persoalan akidah telah
berleluasa dalam kalangan ulama-ulama Islam. Secara ringkasnya, cabang aliran ini muncul
pada peperangan Siffin yang berlaku antara golongan Muawiyah dan Saidina Ali bin Abi Talib.
Pada saat Muawiyah meminta perdamaian dan khalifah Ali menyetujui perdamaian ini,
muncullah golongan yang tidak bersetuju dengan tindakan Saidina Ali. Mereka keluar dari
kelompok saidina Ali dan membentuk kumpulan mereka sendiri dan dikenali dengan nama
Khawarij. Manakala golongan yang menyokong tindakan Saidina Ali dikenali dengan Syiah dan
golongan yang mengambil keputusan untuk berada di tengah-tengah dikenali sebagai
Mu’tazilah. Dan akhirnya daripada pengaruh agama lain, muncul golongan yang
mempertikaikan tentang Qudrat dan Iradat Allah iaitu Qadariyyah dan Jabariyyah..

2.1 JABARIYAH

Secara bahasa jabariyah berasal dari kata ‫ َجبَ ََر‬yang mengandung pengertian memaksa.
Menurut Kamus Besar Arab-Melayu Dewan dikatakan berasal dari perkataan َ -‫ َجبرا‬-‫ َيجبر‬-‫جبر‬
َ ‫ جبورا‬yang membawa maksud memaksakan ke atasnya. Salah satu sifat dari Allah adalah al-
Jabbar yang berarti Allah Maha Memaksa. Sedangkan dari istilah bermaksud segala perlakuan
manusia adalah dengan kudrat dan iradat Allah sehingga manusia tidak bertanggungjawab
atas apa yang dilakukannya kerana Allah yang melakukan segala gerak-gerinya (Mustaffa
Suhaimi, 2007).

Selain itu, nama al-Jabariyyah adalah berasal kepada perkataan yang berkait rapat pula
dengan perbuatan manusia (af`al al-`ibad) dan hubungannya dengan perbuatan Allah (af`al
Allah) (Wan Z. Kamaruddin Wan Ali, 2000). Hal ini kerana, mereka mengatakan bahawa Allah

1
adalah Pencipta semua benda dan aspek termasuk manusia dan segala yang berkait rapat
dengan manusia seperti perbuatan. Oleh itu, mereka berpendapat manusia tidak mempunyai
kuasa untuk melakukan perbuatan sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Manusia
diibaratkan seperti bola yang hanya mengikut arah sepakan orang yang menyepaknya iaitu
hanya mengikuti gerakan orang yang menggerakkannya.

Kemunculan fahaman ini dapat dilihat dari dua aspek iaitu aspek geografi dan politik.
Menurut Rasyid Rizani, (2013), kedudukan bangsa Arab yang dikelilingi dengan gurun pasir
Sahara memberi kesan yang besar kepada mereka. Keadaan Pasir sahara yang besar
menyebabkan muncul sikap menyerahkan diri kepada alam. Dengan keadaan yang tidak selesa
dengan keinginan mereka, mereka merasa lemah dan akhirnya bergantung kepada alam
secara total.

Namun begitu, aspek kedua iaitu aspek politik dilihat merupakan faktor utama
kemunculan aliran pemikiran Jabariyah. Menurut Wan Z. Kamaruddin Wan Ali (2000) ia muncul
ketika perselisihan politik yang berlaku pada pemerintahan Bani Umaiyah. Perubahan yang
dilakukan oleh mereka dari pelbagai aspek kehidupan dan keagamaan menyebabkan umat
Islam menenteng mereka. Malah, sebahagian umat Islam bertindak untuk memberontak dan
berusaha menumbangkan mereka. Kemudian, ia berterusan sehingga pada zaman Bani
Abassiyah yang digerak oleh Bisyr Bin Giyath Al-Mansi dan generasinya. Pada zaman
pemerintahan ini, golongan awal yang menentang fahaman ini adalah Imam Ahmad bin Hanbal,
Ibn Qutaybah , Ibn Khuzaymah dan Nu’aim bin Hammad. Namun begitu, Nu’aim bin Hammad
telah meninggal di dalam penjara kerana beliau ditangkap dan dipenjara akibat menafikan
bahawa Al-Quran itu makhluk.

Fahaman Jabariyah terpecah ke dalam dua kelompok, ekstrim dan moderat. Ja'ad ibn
Dirham dan Jahm ibn Shafwan mewakili kelompok eksirim. Sedang Husain al-Najjar dan Dirar
ibn 'Amr mewakii kelompok Jabariyah sederhana iaitu tidak ekstrim.

2
2.2 QADARIYAH

Qadariyah berasal dari bahasa arab, yaitu dari kata qadara yang artinya kemampuan dan
kekuatan. Adapun menurut pengertian terminologi Qadariyah adalah suatu aliran yang percaya
bahwa segala tindakan manusia tidak ditentukan oleh tuhan. Aliran ini berpendapat bahwa tiap-
tiap orang adalah pencipta bagi segala perbuatannya.

Seharusnya, sebutan qadariyah diberikan kepada aliran yang berpendapat bahwa qadar
menentukan segala tingkah laku manusia, baik yang bagus maupun yang jahat. Namun,
sebutan tersebut telah melekat kaum sunni, yang percaya bahwa manusia mempunyai
kebebasan berkehendak. Firqah Qadariyah adalah golongan yang menyatakan bahawa segala
perbuatan manusia adalah hasil dorongan dan gerakan diri manusia itu sendiri. Mereka percaya
bahawa kudrat Allah tiada sangkut paut pada perbuatan mereka.

Menurut Harun Nasution (1991) dalam Khairunnas Rajab & Wan Muhammad Fariq
(2013), Qadariyah memberi pandangan yang berbeza dengan fikiran Jabariyah. Hal ini kerana,
bagi Qadariyah, manusia bebas berkehendak dan menentukan takdirnya sendiri. Tuhan tidak
turut campur tangan terhadap perbuatan manusia dan ini adalah wujud dari keadilan Tuhan.

Menurut Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali ( 2002) ,tokoh al-Qadariyyah pertama yang
dikatakan memainkan peranan utama menggerakkan aliran ini ialah Ma„bad al-Juhani, salah
seorang sahabat al-Hasan al-Basri. Hal ini disokong oleh Farid Zainal Effendi (2010) pemimpin
aliran ini yang pertama adalah Ma'bad al- Juhani dan Ghailan ad-Dimasyqiy. Mereka adalah
golongan terawal yang mempersoalkan tentang Qadr. Keduanya dihukum mati oleh penguasa
karena dianggap menganut paham yang salah. Menurutnya lagi, Ma’bad Al Juhaimi merupakan
sahabat kepada Ghaylan Al-Dimasyqi. Mereka mengambil fahaman daripada seorang Kristian
yang berasal daripada Irak.Noraine Abu (2012) dalam bukunya Sifat 20 menjelaskan bahawa
Ma’bad Al Juhaimi merupakan golongan yang mahir dalam Al-Quran dan Hadis tetapi menjadi
sesat dan membuat pendapat yang salah dan batil. Tambahan pula, Al-Zahabi dalam Aisyah
(2014), Ma’bad dikatakan sebagai seorang tabi’in pada awalnya namun beliau masuk ke
lapangan politik dan memihak kepada Abdul Rahman Al-Asy’as yang merupakan gabenor
Sajistan. Gabenor ini menenteng Bani Umayyah dalam pertempuran dengan Al-Hajjaj sewaktu
pemerintahannya. Ma’bad mati terbunuh dan Ghaylan terus menyebarkan kefahaman ketika
pemerintahan Khalifah Umar ‘Abd Aziz. Setelah Umar wafat, Ghaylan semakin aktif
menyebarkan kefahaman sehingga dia ditangkap dan dihukum bunuh ketika pemerintahan
Hisham bin Abdul Malik.

3
Menurut Ghailan, manusia berkuasa atas perbuatan-perbuatannya (Aisyah, 2014).
Manusia melakukan segala perbuatan baik atas kehendak dan kekuasaan dirinya. Juga begitu
dengan perbuatan jahat, semuanya bergantung pada diri manusia itu sendiri.. Di sini tidak
terdapat faham yang mengatakan bahawa nasib manusia telah ditentukan terlebih dahulu, dan
bahawa manusia dalam perbuatan-perbuatannya hanya bertindak menurut nasibnya yang telah
ditentukan semenjak azali..

2.3 SYIAH

Menurut kamus Dewan Besar Arab-Melayu ,Perkataan Syiah adalah bermaksud pengikut atau
pembantu. Menurut Wan Zahidi Wan Teh & Mahmood Sa’ad Nasih (2014), pada awalnya,
perkataan Syiah adalah digunakan untuk makna asal seperti kata Az-Zubaidi dalam kitabnya
Taj Al-Arus:

...‫َوكلَمنَعاونَإنساناَوتحزبَلهَفهوَشيعةَله‬،‫كلَقومَاجتمعواَعلىَأمرفهمَالشيعة‬

َ"setiap kaum yang berkumpul bagi sesuatu tujuan maka mereka merupakan Syiah dan setiap
orang yang menolong seseorang dan menyebelahinya maka ia disebut Syiah kepadanya”

Pada awalnya, setiap kelompok digelar sebagai Syiah seperti Syiah Ali dan Syiah
Muawiyah. Namun, lama kelamaan berkembang kepada penggunaan yang khusus iaitu untuk
pengikut setia Saidina Ali dan Ahlul Bait (Wan Zahidi Wan Teh & Mahmood Sa’ad,2014).

Perkataan Syiah adalah banyak digunakan pada pertikaian Muawiyah dan Saidina Ali
selepas kewafatan Saidina Uthman. Pada awalnya, isu Syiah tidak menyentuh soal akidah dan
hanya berkaitan isu politik namun lama kelamaan ia mula menyentuh persoalan akidah dan
pegangan agama. Konflik politik bermula pada waktu ketika akhir pemerintahan Saidina
Uthman iaitu ketika Saidina Uthman dibunuh oleh pemberontak.

Pendapat pertama berkembang ketika Saidina Ali bercampur dengan umat Islam dalam
melaksanakan tugas khalifah, kebanyakan para sahabat telah berasa ta`ajjub terhadap
kehebatan kepimpinannya dan kelebihan yang Allah kurniakan kepadanya (Mohd Fauzi Hamat
&Mohd Sobri Ellias, 2011). Oleh demikian, mereka menyebarkan pemikiran mereka yang
kadang-kadang terlalu mengagungkan Saidina Ali.

Pendapat kedua menyatakan bahawa pengikut-pengikut Syiah adalah hasil terpengaruh


dengan pemikiran-pemikiran Yahudi,Majusi dan Nasrani serta menganut akidah yang asing
diseludupkan ke dalam Islam. Sirajuddin Abas dalam bukunya I’itiqad Ahulssunnah Wal-

4
Jamaah menguraikan bahwa Abdullah bin Saba’ adalah pendeta Yahudi dari Yaman yang
sengaja masuk Islam (Moh Hasim, 2012). Dikatakan beliau berhijrah ke Madinah dan kurang
mendapat sambutan. Akibatnya, Abdullah cuba untuk menjatuhkan Islam dengan
mengagungkan Saidina Ali.

Pendapat ketiga pula mengatakan Syiah muncul ketika Saidina Ali menjadi khalifah
keempat. Tetapi kemudiannya beliau dibunuh oleh golongan Khawarij, para penyokong Saidina
Ali kehilangan tempat bergantung. Nasib golongan ini semakin tidak menentu apabila Saidina
Hussein bin Ali yang dilantik menggantikan Saidina ali syahid dalam pertempuran kecil dengan
Bani Umaiyah. Akhirnya, golongan ini bergerak secara rahsia kerana menjadi buruan Bani
Umaiyah. Dalam usaha mereka menyelamatkan diri mereka, beberapa fatwa dan konsep telah
direka oleh para pemimpin mereka seperti konseep yang menghalalkan mereka berdusta dan
berpura-pura kepada musuh seperti konsep At-Taqiyah. Menurut Mustaffa Suhaimi (2000),
fatwa yang dicipta ini adalah beransur-ansur merubah dari politik kepada akidah mereka yang
asal. Bagi menguatkan lagi hujah mereka, mereka telah mencipta hadis-hadis yang ganjil
seperti kononya Rasulullah melantik Saidina Ali ketika baginda masih hidup. Secara beransur,
konflik politik ini dibawa oleh para pemimpin Syiah Ali menjadi mazhab akidah. Mereka juga
berjuang untuk menjayakan gerakan politik mereka iaitu merebut kembali jawatan khalifah.

2.4 MU’TAZILAH

Sejarah penamaan Mu’tazilah mempunyai dua pendapat yang berbeza. Pendapat


pertama mengatakan berasal dari pihak luar dan pendapat kedua mengatakan berasal dari
pihak dalam iaitu dari kalangan mereka sendiri. Pendapat pertama berasal dari situasi yang
berlaku ketika majlis ilmu yang dipimpin oleh Hasan Al-Basri. Ketika Hasan Al-Basri
dipertanyakan soalan oleh salah seorang hadirin tetang status mukmin yang melakukan dosa
besar, Washil bin ‘Atha bangun dan memberi pendapatnya tanpa simpat mendengar pendapat
daripada Hasan Al-Basri. Menurut pendapat Wasil bin ‘Atha,: "Saya berpendapat bahwa ia
bukan mukmin dan bukan kafir, tetapi mengambil posisi diantara keduanya". Kemudian ia
menjauhkan diri dari majlis al-Hasan dan pergi ketempat lain dan mengulangi pendapatnya.
Maka al-Hasan menyatakan : Washil menjauhkan diri dari kita (I'tazal 'anna)(Farid Zainal
Effendi, 2010). Manakala pendapat kedua dinyatakan oleh yang Ahmad ibn al- Murtadha (w.850
M) dalam Mawardy Hatta (2013) seperti dalam Aliran Mu’tazilah Dalam Lintasan Sejarah
Pemikiran Islam mengatakan bahwa kaum Mu’tazilah itu sendiri yang memberikan nama
tersebut dan mereka tidak menyalahi kesepakatan, bahkan memakai apa yang telah disepakati

5
pada masa awal Islam. Kalau mereka menyalahi sesuatu, maka pendapat-pendapat yang baru
dan bid’ah-bid’ah itulah yang mereka jauhi (I’tazaluha).

Namun begitu, Ahmad Amin dalam Mawardy Hatta (2013) mengemukakan pendapat
penamaan Mu’tazilah adalah berlandaskan tiga pendapat yang secara keseluruhannya adalah
bertemakan agama bukan politik. Antara pendapat beliau adalah penamaan Mu’tazilah adalah
kerana peristiwa Wasil bin ‘Atha yang memisahkan diri dari pengajian Hasan Al-Basri. Orang
yang memisahkan diri dinamakan Mu’tazilah. Adapun pendapat kedua, mengatakan mereka
menjaguhi pendapat lain yang berkembang pada waktu itu dan seterusnya pendapat ketiga
yang mengatakan dinamakan Mu’tazilah atas asbab menjauhkan diri dari Mukmin yang
sempurna kerana mereka meletakkan pelaku dosa besar antara mukmin dan kafir.

2.5 AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah mereka yang berpegang kuat dengan Al-Quran dan Al-
Sunnah dan juga bersepakat ke atas kedua-duanya. Mereka tidak berpaling kepada kedua-dua
sumber itu sama ada dalam urusan akidah ataupun amalan harian. Dalam istilah Ahlul Sunnah
wal Jamaah ini, membawa kepada dua perkataan yang memerlukan pemahaman yang sebenar
bagi mengelak salah faham. Sunnah mengikut ulama-ulama hadis adalah apa yang
ditinggalkan Nabi daripada ucapannya, perbuatannya, penetapannya, kelakuan
peribadinya,akhlaknya dan riwayatnya sama ada sebelum baginda Nabi Muhammad diangkat
menjadi rasul ataupun selepas itu. Manakala istilah Jamaah pula membawa maksud yang
pelbagai. Tetapi, kebanyakan ulama menafsirkan Jamaah membawa maksud pendapat umum
yang terbanyak daripada zaman nabi sehingga sekarang (Aboebakar Acheh,1982).

Dikatakan istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah ini telah digunapakai sewaktu zaman
Rasulullah lagi, namun begitu, menurut Mohd Fauzi Hamat & Mohd Sobri Ellias (2011),
penggunaan istilah Ahli Sunnah tidak begitu popular disebabkan golongan yang hidup pada
zaman tersebut lebih dikenali dengan panggilan sahabat, tabien dan tabi' tabien. Secara
ringkasnya, permulaan fahaman ini adalah sangat berbeza dengan fahaman lain kerana ia tidak
berpunca daripada konflik politik seperti yang berlaku pada Syiah dan Khawarij. Perkembangan
fahaman ini adalah bermula pada kurun kedua dan ketiga hijrah iaitu ketika umat Islam dalam
kalangan Ahlul Sunnah ditentang hebat oleh golongan-golongan fahaman lain.

6
Menurut Abdul Shukor Husin (1998), sejarah muncul Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dapat
disimpulka seperti berikut :

Zaman Sahabat

muncul masalah tentang kehidupan

masalah siasah hingga muncul Khawarij, Syiah dan fahaman lain.

Khawarij

meneruskan usaha untuk kelirukan akidah dengan membawa isu dosa besar

Falsafah-falsafah barat muncul

Banyak fahaman muncul untuk pertahankan kesucian akidah dan membahaskan fahaman-fahaman

contoh : Mu'tazilah cuba serang melallui logik akal

situasi semakin teruk akibat pelbagai fahaman

muncul Ahli Sunnah Wal Jamaah


tokoh-tokoh ulama bangkit pertahankan berdasarkan Quran dan
karya-karya dinukilkan untuk menjawab persoalan
Sunnah

Imam Ahmad bin Hanbal


muncul nama kerana buku yang popular buku yang membahaskan banyak perkara
buku Risalah Ahli Sunnah wal Jamaah
berdasarkan berdasarkan Quran dan Sunnah.

7
Setelah berakhir era Imam Ahmad Hanbal. Muncul Imam Abu Hasan al-Ash’ari pada akhir
ketiga hijrah ketika pemerintahan Mu’tazilah membawa fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Pada awalnya, Imam al-Ash’ari adalah pengikut golongan Mu’tazilah tetapi mengambil
keputusan untuk keluar daripada Mu’tazilah dan menyertai Ahlul Sunnah wal Jamaah. Menurut
Muhammad Rashidi Wahab & Syed Hadzrullathfi Syed Omar (2013), dua faktor penyebab
Imam al-‘Ashari keluar daripada ajaran Mu’tazilah adalah kerana keraguan terhadap pegangan
Mu’tazilah dan mimpi beliau berjumpa rasulullah.

Yang pertama, perasaan ragu Imam Al-Ash’ari pada pegangan Mu’tazilah yang terlalu
mengutamakan akal berbanding al-Quran dan Sunnah rasulullah. Oleh itu, Imam Al-Ash’ari
mengambil keputusan untuk melakukan perdebatan dengan gurunya, al-Jubba’I bagi
menjelaskan lagi keraguan dan kecelaruan pemikiran beliau. Akibat gurunya tidak dapat
menjawab persoalan itu menambahkan lagi keraguan pada diri beliau.Kedua, pada bulan
Ramadan, Imam al-Ash’ari telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Dalam mimpi
tersebut, Rasulullah s.a.w. meminta Imam al- Ash’ari menjaga kesucian al-Quran dan sunnah
baginda daripada dipermain-mainkan oleh aliran bidaah terutamanya Mu’tazilah. Setelah
meninggalkan Mu’tazilah, Imam Abu Hassan al-Ash’ari bergiat aktif menjalankan aktiviti dakwah
beliau dengan mengajar di masjid dan menghadiri majlis-majlis perdebatan dengan golongan
Mu’tazilah. Hal ini kerana, menurut beliau, perdebatan ini dilakukan untuk membuka mata
mereka tentang kebenaran Ahlul Sunnah wal Jamaah. Bermula era Abu Hassan al-Ash’ari
inilah menjadikan aliran ini terus berkembang dan bertahan hingga hari ini.

8
3.0 FAHAMAN PELBAGAI MAZHAB TENTANG SIFAT ALLAH.

Pada awalnya, perbahasan ilmu sifat-sifat Allah adalah sama sekali tidak wujud. Namun, pada
penghujung zaman sahabat telah muncul tanda-tanda perpecahan umat Islam kerana ada
golongan yang ingin mentakwilkan ayat-ayat al-Quran sewenang-wenangnya dan
menghubungkait dengan sifat- sifat Allah. Individu yang berperanan besar dalam menyebarkan
fahaman sifat ialah Ghaylan al-Dimasyq yang telah menafikan sifat bagi Allah SWT (Faizuri
Abdul Latif & Ahmad Faisal Abdul Hamid, 2012). Beliau adalah orang pertama yang
mempertikaikan tentang sifat Qadar Allah dan membawa fahaman Qadariyah.

Secara umumnya, berlaku pertentangan fahaman antara aliran Mu’tazilah dan


Asy’ariyah tentang persoalan adakah tuhan mempunyai sifat atau tidak. Fahaman Mu’tazilah
menafikan bahawa tuhan mempunyai sifat. Mereka mengandaikan bahawa tuhan tidak
mempunyai pengetahuan, kekuatan, kehendak dan lain-lain. sendiri. Aliran ini menafikan sifat-
sifat-Nya yang berdiri sendiri, sebab dengan adanya sifat bagi Allah, maka hilanglah keesaan-
Nya (Faizuri Abdul Latif & Ahmad Faisal Abdul Hamid, 2012).

Aliran Jabariyah pula mempunyai pandangan mereka sendiri tentang sifat-sifat Allah.
Jabariyah Jahmiyah membawa pemikiran bahawa Allah tidak mempunyai sifat yang azali iaitu
al-sifat al-azaliyyah. (Wan Z. Kamaruddin Wan Ali, 2000). Mereka tidak mengharuskan sifat
kerana bagi mereka ia adalah ibarat seperti menyamakan Pencipta dengan makhluk. Mereka
menetapkan pengetahuan yang baru kepada Allah. Allah bagi mereka adalah tidak boleh dilihat
selain tidak mempunyai wajah, pendengaran, penglihatan , berkata-kata dan mempunyai
tangan. Manakala Jabariyah Al-Dirariyah pula membawa fahaman bahawa Allah tidak
mempunyai sifat iaitu ta`til Allah `an sifati-hi (Wan Z. Kamaruddin Wan Ali, 2000). Mereka
mengatakan bahawa Allah Allah Hidup, Mengetahui, Berkuasa dengan membawa fahaman
bahawa Allah bukan mati,jahil, lemah dan sifat-sifat ini tidak kembali kepada zat Allah. Secara
ringkasnya, mereka mengasingkan zat dan sifat Allah.

Manakala aliran Qadariyah berpegang kepada pendapat yang mengatakan zat dan sifat
Allah adalah satu dan sama(Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali, 2002). Perkara yang
membezakan adalah mereka menafikan sifat Allah. Mereka mengatakan bahawa Allah tidak
mempunyai sifat yang azali seperti ilmu, kudrat, hidup, mendengar dan melihat. Mereka
menolak fahaman bahawa Allah bersifat edngan sifat yang Qodim adalah kerana bagi mereka

9
perbuatan ini adalah seperti berbilang zat Allah iaitu secara jasmani Allah sedangkan itu adalah
bagi mereka suatu perkara yang mustahil diterima sama sekali. Oleh itu, mereka diberi gelaran
Al-Mu’attilah (golongan yang menafikan sifat Allah) oleh Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

4.0 FAHAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH TENTANG SIFAT ALLAH

Ketiga-tiga fahaman di atas membawa fahaman yang sangat berbeza dengan fahaman
Ahlu lSunnah Wal Jamaah. I’tiqad Ahlul Suunah Wal Jamaah berpegang dengan yakin bahawa
Allah SWT bersama nama-Nya dan sifat-Nya semuanya qadim, karena nama dan sifat itu
berdiri di atas zat yang qadim, maka dengan demikian semua nama dan sifat Allah SWT adalah
qadim, tidak ada pemulaannya (Sirajuddin Abbas, 2012). Sifat 20 ini dibahagikan kepada 4
bahagian iaitu nafsiyyah, salbiyyah, ma’ani dan ma’nawiyah. Sifat nafsiyyah adalah sifat yang
wujud ke atas zat Allah tanpa penambahan dan pengurangan tentang makna yang sebenar.
Sifat Allah yang terkandung dalam sifat Allah adalah satu iaitu wujud. Wujud bererti Allah itu
ada dan tidak didahului dan diakhiri dengan tiada.

Manakala sifat salbiyah adalah sifat bertentangan yang langsung tidak dimiliki oleh
Allah. Apa yang terkandung dalam sifat ini adalah lima iaitu Wahdaniyah, Qidam, Baqa’, Qiyam
binafsihi dan Mukhalafat Lilhawadis. Qidam bererti Allah itu sedia dan Baqa’ iaitu kekal pada erti
kata lain tiada istilah akhir. Menurut Norainie Abu (2012), Allah taala itu Baqim (zat yang kekal).
Manakala Qiyamuhu binafsih pula membawa erti bahawa Allah itu berdiri dengan sendiri. Allah
tidak berkehendak pada zat kerana pada Allah itu sendiri adalah zat.Mukhalafatuhu Lilhawadis
bererti berlawanan dengan perkara baru. Makhluk itu adalah bukan tuhan dan tuhan itu berbeza
dengan makhluk. Justeru, Af’al Allah itu berbeza dengan Af’al Ibad. Af’al ibad tidak memberi
kesan kepada apa-apa melainkan terletak pada usaha dan ikhtiar. Berbeza dengan Af’al Allah
yang menunjukkan bahawa setiap perbuatan Allah memberi kesan kepada makhluk sama ada
mengadakan sesuatu ataupun mentiadakan sesuatu.

Sifat maani adalah sifat yang telah tersedia dari zat Allah yang menyatakan pengertian
tertentu tentang-Nya. Al-Ilm, Al-Iradah, Al-Qudrat, AL-Sama’, Al-Basar, Al-Kalam dan Al-Hayat
adalah sifat-sifat di bawah sifat Ma’ani. Wahdaniyah itu bererti Allah Maha Esa. Allah itu tidak
berbilang. Manakala Qudrah dan Iradah membawa maksud kuasa dan kehendak Allah. Allah
menghadirkan sesuatu kepada makhluk dengan kehendak dan membetulkan dengan Iradah.
Qudrah itu adalah Ta’alluq Mengadakan iaitu daripada ada kepada tiada dan tiada kepada ada.
Manakala Iradat itu adalah Ta’alluq Menentu. ‘Ilmu, Sama’ dan Basar adalah merupakan
Ta’alluq inkishaf yang membawa erti terang dan nyata tapi berlainan. Ilmu bermaksud terang

10
pengetahuan dengan sifat ‘ilmu-Nya, Sama’ bererti terang pendengaran dengan Sama’-Nya
dan Basar bererti terang penglihatan dengan Basar-Nya.

Manakala yang terakhir iaitu sifat Ma’nawiyah iaitu sifat yang menerangkan sifat Ma’ani.
Sifat Ma’nawiyah adalah sifat yang mulazimah Sifat ini terdiri dari tujuh sifat iaitu Kaunuhu
Qadiran, Kaunuhu Muridan, Kaunuhu Aliman, Kaunuhu Hayyan, Kaunuhu Sami’an, Kaunuhu
Bashiran dan Kaunuhu Mutakalliman. Oleh itu, Menurut al-Buti lagi, segala sifat Allah SWT
yang terdapat pada al-Quran dan hadis telah terangkum dalam huraian Sifat 20 dan ini
bermakna mempelajari Sifat 20 secara tafsili sudah memadai untuk mengenali segala sifat Allah
SWT secara ijmali (Muhammad Rashidi Wahab & Syed Hadzrullathfi Syed Omar, 2013).

5.0 PANDANGAN MAZHAB TENTANG SIFAT ALLAH

5.1 Sifat Qudrat Allah

Qudrat bererti Allah Maha Berkuasa. Firman Allah:

dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan


mereka; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

( Al-Baqarah:20 )

Menurut aliran Jabariyah ini, semua perbuatan manusia adalah di bawah kekuasaan
tuhan. Manusia sama sekali tidak mempunyai kuasa untuk menentukan perbuatan baik ataupun
buruk. Menurut Mustaffa Suhaimi (2000), fatwa Jabariyah adalah jauh lebih terpesong apabila
perbuatan maksiat manusia juga adalah dengan kuasa Allah. Maka, kata mereka orang yang
berzina ataupun melakukan kejahatan tidak boleh disalahkan kerana perbuatan itu adalah
sepenuhnya disebabkan Allah.

Menurut Aliran Qadariyah pula, Allah membekalkan manusia qudrat dan iradat kepada
mereka iaitu kemampuan untuk mewujudkan perbuatan-perbuatan mereka sendiri. Golongan ini
telah membawa ayat-ayat Quran yang ditafsirkan menurut fahaman mereka sendiri bagi
menyokong hujah mereka. Contohnya sura A-Ra’d ayat 11:

ََ َ َ َ َ َ 


َ َََََََ

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka
mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri.

11
Mereka mengatakan dengan yakin bahawa manusia bertanggungjawab atas nasib mereka dan
Allah tiada kena mengena dengan perbuatan mereka. Ini dibuktikan oleh Nik Abdul Rahim Nik
Abdul Ghani(2008), mazhab Qadariah menyatakan manusia adalah bebas dalam perbuatannya
sama ada baik atau jahat.

Aliran Muktazilah juga mendatangkan konsep fahaman yang hampir serupa dengan
Qadariyah untuk perbuatan-perbuatan tuhan. Sebahagian ulama Muktazilah berpendapat
bahawa Allah menjadikan yang baik sahaja bagi manusia sedangkan perbuatan buruk adalah
berdasarkan manusia itu sendiri. Namun, kebanyakan daripada mereka berpendapat bahawa
fahaman Muktazilah adalah disebabkan manusia itu sendiri dari segala aspek. Menurut Farid
Zainal Effendi (2010), tuhan bersifat bijaksana dan adil, tidak dapat berbuat jahat dan zalim.
Manusia sendirilah yang memiliki kekuatan untuk mewujudkan perbuatannya perbuatannya,
yang baik dan jahat, iman dan kufurnya, ta'at dan tidaknya.Menurut Abu Hassan (1996) dalam
Zulhelmi(2013) menunjukan perbuatan manusia tidaklah diciptakan oleh Tuhan , namun yang
diciptakan Tuhan hanyalah daya, dan manusia menggunakan daya tersebut dalam mewujudkan
perbuatan.

Pada fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah pula, manusia mempunyai kehendak dan
keinginan. Mereka tidak mencipta perbuatan dan tidak dipaksa untuk melakukan sesuatu.
Malah, mereka bebas bertindak tetapi masih mengikut kehendak Allah. Menurut Mustaffa
Suhaimi (2000), manusia diberikan ikhtiar, usaha dan kasab kepada mereka hingga mereka
diberi ganjaran diatas ikhtiar, kasab atau amalan itu sendiri dengan sifat Rahman dan Rahim-
Nya. Semuanya bergantung kepada mereka sendiri untuk memilih jalan yang baik atau
sebaliknya. Seperti di dalam firman-Nya:

ََ َ َ َ 


َ َََََ

kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) Sesungguhnya Kami telah menunjukkan
kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan Yang salah; maka
terserahlah kepadaNya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku
kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).

( Al-Insan:3)

12
Secara kesimpulannya, keimanan dan keyakinan yang betul tidak dapat ditentukan melainkan
jika mengeali sifat-sifat Allah yang Maha Mulia dan menyerahkan diri kepada Allah di samping
berlapang dada dan percaya kepada Allah tanpa sebarang keraguan dan syubhah.

5.2 Sifat Iradat Allah.

Allah s.w.r. mempunyai sifat Iradat, iaitu berkehendak, maksudnya bahawa Allah s.w.t. dalam
menciptakan segala sesuatu berdasarkan kepada kehendak-Nya. Surah Al-Qasas ayat 68:

dan Tuhanmu menciptakan apa Yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga Yang memilih
(satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah
layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah). Maha suci Allah
dan Maha Tinggilah keadaannya dari apa Yang mereka sekutukan dengannya.

Fahaman Qadariyah juga menafikan sifat Iradat Allah. Seperti yang diterangkan di atas,
fahaman ini adalah fahaman yang nasib manusia bergantung seratus peratus adalah daripada
usaha dirinya sendiri tanpa campur tangan Allah. Prinsip Qadariyah yang menafsir surah Ar-
Ra’d seperti di atas menyebabkan fahaman mereka terpesong. Firman Allah ini dijadikan bukti
pegangan mereka.

Fahaman Jabariyah yang membawa pegangan yang bertentangan dengan Qadariah


juga menyalah tafsirkan sifat Iradat Allah. Mereka mempunyai pegangan yang hampir sama
dengan iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu bahawa Allah berkuasa atas segala sesuatu.
Namun, yang membezakan adalah mereka menafikan adanya usaha dan ikhtiar manusia yang
menyebabkan mereka terpesong.

Fahaman Muktazilah mengamalkan lima prinsip asas iaitu Tauhid, Adil, Al-Wa’du wal
wa’id. Almanzilah Baina Manzilatain dan Amar Makruf Nahi Munkar. Dalam prinsip Adil,
Mu’tazilah berpendapat bahawa Allah bersifat ‘Adl bermakna Allah mesti bersifat baik kepada
makhluk. Mereka berpendapat lagi bahawa Allah tidak mencipta keburukan malahan keburukan
hanya dicipta oleh manusia itu sendiri. selain itu, prinsip Al Wa’du wal Wa’Id juga menafikan
sifat Iradat Allah. Hal ini kerana mereka mengatakan bahawa sesiapa yang berbuat kebaikan,
berhak mendapat Syurga daripada Allah dan perbuatan buruk pasti neraka balasannya,
tambahan pula mereka berpendapat bahawa Allah tidak campur tangan dalam urusan baik dan
buruk manusia.

13
Ahlul Sunnah Wal Jamaah berpegang bahawa segala perkara baik dan buruk adalah
daripada Allah. Malahan urusan syurga neraka adalah di bawah kekuasaan dan kehendak
Allah. Tambahan pula, manusia ditempatkan di syurga adalah dengan rahmat Allah dan bukan
dengan amalan mereka. Allah tidak dipengaruhi atau dipaksa untuk melakukan sesuatu. Seperti
yang terkandung dalam Surah Al-Qasas, ayat 68:

“dan Tuhanmu menciptakan apa Yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga Yang
memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan);
tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah).”

Fahaman Mu’tazilah bertentangan dengan sifat Iradat Allah. Selain itu, sifat golongan
Qadariyah yang memberi kebebasan sepenuhnya kepada manusia seolah-olah memberi syarat
kepada kuasa Iradat Allah. Begitu juga Jabariyah yang menyerahkan semuanya kepada Allah.
Ahlul Sunnah wal Jamaah berpendapat Allah sudah menetapkan kepada manusia tentang
masa hadapan mereka namun manusia masih diberi Ikhtiar iaitu pilihan dengan dipandu akal
yang perlu diguna sebaik-baiknya dan berdasarkan had akal tertentu.

. Tambahan pula, mereka juga diberi pilihan untuk membuat usaha. Maksiat itu adaah perkara
yang ditegah oleh Allah. Tidak harus bagi manusia untuk reda dengan maksiat yang dilakukan
walaupun hakikat sebenar tidak dapat dinafikan bahawa segala perkara baik dan buruk datang
daripada Allah. Namun begitu, wajib di’it

5.3 : Sifat Al-‘Ilm Allah.

Al-‘Ilm bermaksud Allah bersifat Maha Mengetahui. Jika ada perkara yang tidak diketahui oleh-
Nya bererti sama dengan makhluk. Namun, ia adalah perkara mustahil bagi Allah. Firman Allah:

dan ia Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

( Al-Baqarah:29 )

Syiah berpegang rapat pada fahaman mereka bahawa Allah bersifat dengan sifat Al-
Bada’. AlBada’ bermaksud makna yang zahir selepas tersembunyi. Menurut Muhammad Abdul
Sattar Al-Tunsawi (2012), Al-Bada’ membawa maksud timbulnya pandangan baru yang berbeza
dengan sebelumnya sebagaimana firman Allah:

14
ََ َ َ َ َ َ 
َََََََ

“Kemudian timbul fikiran bagi suami perempuan itu, serta orang-orangnya hendak
memenjarakan Yusuf sesudah mereka nampak tanda-tanda (yang menghendaki supaya Yusuf
dijauhkan) hingga kesuatu masa.” (Surah Yusof: 35)

Menurut akidah Syiah, al-Bada' ialah Allah mengetahui sesuatu perkara setelah berlaku
peristiwa berkenaan yang sebelum itu dianggap tersembunyi daripada-Nya. Secara jelasnya
dapat dilihat bahawa golongan Syiah menganggap itu Jahil dan tidak mempunyai ilmu yang
meliputi semuanya. Menurut artikel berjudul Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah yang
dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang memberi bukti bahawa fahaman Syiah
ini membawa unsur Al-Bada’ seperti yang dinukilkan An-Naubakhti bahawa Ja'far bin
Muhammad Al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai imam secara nas semasa
hidupnya lagi. Tetapi Ismail meninggal dunia, sedangkan bapanya Ja'far bin Muhammad al-
Baqir masih hidup. Oleh itu, Jaafar berkata:

Tidak ternyata kepada Allah mengenai sesuatu perkara sebagaimana tersembunyi kepada-Nya
mengenaiperistiwa anakku Ismail".

Berdasarkan Buku Kebatilan Akidah Syariah, Muhammad Abdul Sattar Al-Tunsawi


(2012), menjelaskan bahawa Al-Kulaini juga menukil bahawa Allah baru tahu Musa al-Kadzim
menjadi imam selepas Ismail. Secara ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa Syiah membuat
pendapat mereka sendiri mengikut hawa nafsu mereka semata-mata. Mereka bersangka buruk
kepada Allah sebagaimana mereka menyatakan bahawa Allah menginginkan Ismail untuk
menjadi imam pada awalnya namun Allah mengetahui sesuatu yang baru dan mengubah
kepada Musa untuk menjadi imam. Pelbagai keburukan mereka lakukan terhadap Allah akibat
mereka lupa bahawa Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Berkuasa.

Manakala Fahaman Mu’tazilah juga membahaskan tentang sifat ‘ilmu Allah. Jahm bin
Sofwan yang merupakan anak murid kepada Ja’d bin Dirham membawa fahaman gurunya
bahawa Allah tidak layak untuk disifatkan dengan sifat makhluk. Tiada dalam diri Allah sifat
hidup (hayy) dan mengetahui (‘ālim)(Jamaluddin, 2015). Jahm menegaskan bahawa Allah
mencipta sifatnya dan dengan itu Dia Maha Mengetahui. Ini adalah yang dimaksudkan dengan
‘Ilm Allah menurut fahaman Mu’tazilah.

15
Menurut Ahlul Sunnah wal Jamaah, pendapat yang mengatakan bahawa ilmu Allah
berubah-ubah mengikut situasi semasa manusia adalah jauh bertentangan dengan nas Al-
Quran dalam Surah al-An'am ayat 59:

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang
mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut
dan tidak gugur sehelai daunpun melainkan In mengetahuinya dan tidak gugur sebutir bijipun
dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering melainkan (semuanya) ada
tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata."

Tambahan pula, Al-Bada’ ini ibarat menisbahkan Allah kepada Jahil yang merupakan
sifat mustahil bagi Allah. Bahkan,Allah itu bersifat Al-‘Ilm. Ahli Sunnah bersepakat bahawa Ilmu
Allah adalah satu dengan Ilmu itulah Ia mengetahui semua maklumat secara terperinci tanpa
pancaindera, cara badihiah, dan mengambil dalil.(Muhammad Uthman el-Muhammady, 2011)

5.4 Sifat Kalam Allah

Kalam Allah bermaksud Allah itu berkata-kata dan tidak bisu seperti sifat lemah bagi
sesetengah manusia. Firman Allah:

dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa Dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada
perantaraan).

( An-Nisa’:164)

Golongan Mu’tazilah adalah golongan yang menafikan sifat Kalam Allah. Mereka
berpegang pada keyakinan bahawa Al-Quran adalah bukan kalam Allah dan adalah makhluk.
Hal ini kerana, bagi mereka kalam bermakna satu huruf yang tersusun dan suara yang terputus-
putus yang diucapkan dengan lisan dan juga sesuatu yang tersusun dari huruf-huruf. Oleh itu,
mereka mengatakan bahawa Quran adalah diciptakan kerana perbuatan adalah sesuatu yang
diciptakan. Justeru, mereka menegaskan bahawa Al-Quran adalah sesuatu yang diciptakan
serta baru atau memberi maksud lain bahawa ia adalah tidak Qadim. Fahaman ini
mempercayai bahawa jika Al-Quran itu Qadim, maka ada yang Qadim selain Allah sedangkan
mereka memahami bahawa Allah itu Maha Esa dan satu-satunya yang bersifat Qadim. Tiada
yang Qadim selain Dia. Tambahan pula, mereka menafikan sifat kalam Allah ini kerana seperti
menyifatkan Allah dengan sifat yang baru sedangkan sifat yang baru bagi Allah itu adalah

16
mustahil. Dengan ini jelaslah Mu’tazilah berpegang bahawa Al-Quran itu adalah sesuatu yang
tidak kekal atau tidak Qadim.

Manakala menurut Ahli Sunnah wal Jamaah mneyebut bahawa Al-Quran adalah kalam
Allah dan bukan makhluk. Pada erti kata yang lain bahawa Kalamullah yang Qadim itu tidak
bercerai dari Zat-Nya yang Qadim yang tiada berhuruf dan tiada bersuara. Menurut Imam al-
Tahawi seperti yang dijelaskan dalam Muhammad Soleh Al-Munajjid et.al (2006):

“Sesungguhnya al-Quran adalah Kalam Allah. Sumbernya daripada Allah. Tidak perlu
menentukan bentuknya. Ia diturunkan kepada rasul-Nya melalui wahyu. Orang-orang mukmin
wajib meyakini perkara itu dengan seyakin-yakinnya. Ia bukan makhluk. Jadi,sesiapa yang
mendengar Al-Quran dan menyangka ia adalah perbuatan manusia biasa, maka dia kafir dan
neraka adalah balasannya.

Secara ringkasnya dapat difahamkan bahawa Al-Quran itu adalah Kalamullah tanpa huruf dan
tanpa suara dan ia adalah Qadim. Manakala yang disebut sebagai Hadis adalah huruf-huruf Al-
Quran kerana ia adalah makhluk.

17
6.0 ANALISIS PENDAPAT SEBAGAI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Setelah membuat pembacaan tentang fahaman Ilmu Kalam yang muncul selepas
kewafatan Rasulullah s.a.w., saya dapat menyimpulkan bahawa fahaman Ahli Sunnah Wal
Jamaah adalah satu-satunya aliran yang berbeza fahaman dengan aliran-aliran yang lain
seperti Mu’tazilah, Jabariyah, Qadariyah dan lain-lain. Jika diimbau sejarah muncul fahaman-
fahaman ini, dapat dilihat bahawa mereka muncul hasil daripada perselisihan politik yang
akhirnya mebawa kepada persoalan akidah. Berbeza dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang
muncul hasil daripada kesedaran akidah oleh seorang tokoh Islam tentang masalah akidah
yang melanda umat sekeliling pada waktu itu.

Seterusnya, berdasarkan fahaman setiap Ilmu Kalam, Fahaman Mu’tazilah menafikan


bahawa sifat dan zat Allah adalah sama manakala iktikad Jabariyah pula menegaskan bahawa
Allah tidak mempunyai sifat. Fahaman Qadariyah membawa fahaman yang hampir sama
dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah tetapi yang membezakan adalah mereka menafikan sifat
Allah.

Di samping itu, dalam memahami konsep perbahasan sifat 20 Allah ini, tidak dapat tidak
harus diiringi dengan kepercayaan beriman kepada Allah. Menurut Mohamad Soleh Al-Munajjid
et. al (2006), dalam buku Fatwa Iman menegaskan bahawa beriman kepada Allah meliputi
kepercayaan sepenuhnya kepada konsep Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’ wa Sifat. Jaalan
mengenal Allah adalah berbeza dari setiap manusia. Ada yang mengenal hanya berdasar
kepada pemerhatian dan menggunakan akal fikiran. Abu Bakar Jaabir Al-Jazaari (1986)
mengatakan antara kaedah untuk mengenal Allah adalah dengan tidak menimbulkan keraguan
zat dan sifat serta segala amal perbuatan. Dapat dilihat bahawa golongan Mu’tazilah, Jabariyah
dan Qadariyah mengambil berat tentang zat dan sifat Allah sedangkan Ahli Sunnah wal Jamaah
bertindak untuk berpegang bahawa zat dan sifat Allah adalah sama dan seterusnya tidak
membahas lagi tentang perkara ini. Bertepatan dengan firman Allah dalam surah As-Syura ayat
11:

tiada sesuatupun Yang sebanding Dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan
Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

18
Selain itu, beriman kepada Asma’ wal Sifat bererti meyakini semua nama dan sifat telah
ditetapkan di dalam Al-Quran mengikut cara yang layak dengan keagungan-Nya tanpa
sebarang takwil (perubahan), ta’til (penafian), takyif( bertanya bagaimana) dan tahrif
(persamaan dengan makhluk). Sebahagian fahaman melakukan penafian kepada sifat Allah
seperti fahaman Qadariyah, Jabariyah dan Mu’tazilah yang menafikan sifat Qudrat, Iradat dan
Kalam Allah. Begitu juga dengan fahaman Syiah yang mengatakan bahawa ‘Ilmu Allah adalah
perkara yang baru. Oleh itu, saya dapat menyimpulkan bahawa fahaman Ahli Sunnah Wal
Jamaah adalah satu-satunya fahaman yang bertepatan dengan Al-Quran dan Sunnah. Hal ini
kerana, ia merupakan fahaman yang mengambil keputusan untuk berdiam diri apabila tiada
penjelasan dalam Al-Quran dan Hadis tanpa memberi takwil, ta’til, takyif dan tahrif.

Selain itu, perbahasan ilmu kalam yang membahaskan tentang sifat Qadar Allah juga
menjadi punca utama munculnya pelbagai fahaman dalam Ilmu Kalam. Sebahagian ulama
berpendapat bahawa taqdir sudah ditiupkan dalam roh manusia yang dilahirkan. Namun begitu,
mereka diberi ikhtiar dan usaha untuk menentukan kedudukan mereka sama ada pengakhiran
yang baik atau buruk. Fahaman Qadariyah dan Jabariyah adalah golongan yang menafikan
tentang sifat ini. Pada pemegang aliran Qadariyah, takdir manusia boleh berubah apabila
manusia ingin tanpa sebarang halangan. Berbeza pula dengan Jabariyah yang menyerahkan
sepenuhnya kepada Allah dengan menyatakan bahawa semua kehendak ditentukan Allah dan
manusiatiada hak langsung. Sekali lagi ditegaskan bahawa I’tiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah
adalah manusia mempunyai pilihan dan usaha untuk melakukan amalan di dunia. Namun,
penentuan pengakhiran nanti akan ditentukan oleh Rahmat Allah. Dunia hanya sebagai tempat
persinggahan dan tempat diuji tentang keimunan manusia. Tugas manusia sebagai hamba
Allah adalah dengan melakukan usaha sehabis baik untuk mencapai Rahmat dan redha-Nya.

7.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, perbahasan tentang sifat Allah adalah suatu ‘Ilmu yang sangat luas.
I’tiqad Ahlul Sunnah wal Jamaah juga dilihat sebagai I’tiqad yang diiktiraf dalam negara
Malaysia. Oleh tiu, bersama-samalah kita berpegang pada I’tiqad ini yang berpegang kukuh
pada Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Semoga Allah sentiasa memelihara kita semua
daripada tergolong dalam golongan yang berpaling daripada kebenaran sifat-sifat Allah dan
memberi pengampunan kepada diri saya sendiri andai tersilap dalam mencari bukti dan dalil
kewujudan-Nya serta dalam memahami sifa-sifat dan nama-nama Allah. Amin.

19
UMAT ITU SELALU BERSELISIAH SIAPA DAPAT RAHMAT DIA TERPELIHARA

20

Anda mungkin juga menyukai