Anda di halaman 1dari 8

Modul

Touchy
Dough
Kemahiran membaca dan menulis huruf
Bahasa arab melalui dough dan template
Disediakan oleh:
Nurul husna binti azmi
Touchy Dough
Perkembangan Psikomotor halus dalam kalangan kanak-kanak pada peringkat awal adalah
sangat penting. Terdapat kanak-kanak yang kurang cekap menggunakan jari-jemari untuk
membuat kerja tangan, kurang bersedia menggunakan sensori dan kurang sensitive terhadap
deria yang ada. Keadaan ini tidak dititikberatkan oleh ahli keluarga dan guru di sekolah, sedikit
sebanyak akan memberi kesan terhadap kebolehan dan kecekapan kanak-kanak dalam urusan
seharian. Kegagalan kanak-kanak dalam menambahbaik kemahiran psikomotorhalus dalam diri
mereka akan memberi kesan terhadap pembelajaran terutama kemahiran menulis kerana
kemahiran ini sangat berkait rapat dengan penggunaan psikomotorhalus.

Produk Inovasi yang dinamakan Touchy Dough dihasilkan untuk membantu


merangsang penggunaan jari-jemari kanak-kanak. Bahan asas yang digunakan adalah
bersumberkan bahan makanan iaitu tepung, pewarna makanan dan bahan makanan semulajadi
yang selamat untuk digunakan. Kaedah main sambil belajar menggunakan dough pelbagai
warna yang dihasilkan dengan menggunakan bahan berasaskan makanan akan lebih
meyakinkan dari aspek keselamatan kanak-kanak. Penggunaan bahan yang tiada unsur kimia
akan dapat meyakinkan lagi ibubapa dan guru apabila menggunakan inovasi ini.

Menggunakan bahan maujud dalam aktiviti hands-on akan membuatkan kanak-kanak


berasa lebih seronok. Bermula dari aktiviti menggaul, meramas, menggentel dan membentuk
dough, kanak-kanak dapat menambahbaik kemahiran psikomotorhalus dalam diri mereka.
manakala dengan aktiviti pembentukan huruf di atas template yang disediakan dapat membantu
dan membimbing kanak-kanak dalam membentuk huruf hijaiyah tunggal dengan baik dan betul.
Hal ini kerana, sebelum kanak-kanak membentuk dough di atas template, guru telah
menayangkan satu video tentang cara pembentukan huruf di hadapan kelas. Oleh itu, pelajar
dapat melihat sendiri bagaimana pembentukan huruf terbentuk. Dengan aktiviti ini, kemahiran
menulis huruf hijaiyah tunggal dalam kalangan kanak-kanak dapat ditingkatkan.

Kepentingan kanak-kanak dalam membentuk huruf di atas template yang disediakan


dan selepas melihat video yang ditayangkan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid
tentang kaedah menulis huruf dengan cara yang betul. Pembentukan huruf tanpa bimbingan
yang betul daripada guru akan menyebabkan kesalahan daripada murid terutama dari aspek
arah menulis huruf hijaiyah tunggal. Cara pembentukan huruf melalui video dapat
mendedahkan kepada pelajar tentang cara menulis huruf dengan betul. Seterusnya,
penyediaan template yang mempunyai anak panah juga dapat dijadikan rujukan oleh pelajar
dalam menulis huruf dengan betul selepas pembentukan dough di atas template tersebut.
Touchy Dough secara ringkasnya dapat digambarkan seperti berikut:

1) Mengguli Dough

5) Aktiviti Pengayaan:
Kuiz Interaktif
2) Membentuk bentuk asas
( menggunakan perisian Power Point) menggunakan dough
Lembaran Kerja

4) Membentuk Dough di atas Template 3) Tayangan Video pembentukan huruf


huruf yang disediakan dan latihan membentuk huruf bersama
guru

BAHAN MEMBUAT TOUCHY DOUGH

1. Bahan menghasilkan Dough.


Tepung Garam halus Pewarna Minyak masak
gandum Makanan
1 kg Garam- 4 2 Camca 2 camca
Cawan

2. Video Pembentukan Huruf


Link:

3. Template Huruf
Seperti di Lampiran A

CARA MENYIMPAN TOUCHY DOUGH

1. Dalam bekas plastic pada suhu bilik, boleh tahan selama satu bulan.
2. Dalam peti dingin beku, tahan lebih enam bulan

CARA MENDAPAT MODUL TOUCHY DOUGH

1. Scan melalui QR Code ( Lampiran B)


2. Melalui Aplikasi Flip Book

PERANCANGAN MELAKSANAKAN TOUCHY DOUGH DALAM BENGKEL.

Aktiviti Langkah Peranan Fasilitator Catatan

Agihan Semua peserta berada didalam Pastikan semua pelajar  Alatan telah
Kumpulan. kumpulan dan fasilitator memberi memakai apron atau disusun
( 5-10 minit ) taklimat ringkas dan arahan kepada pakaian yang sesuai. mengikut
pelajar. jumlah
kumpulan
 Alatan telah
diletak
mengikut
sukatan yang
ditetapkan.
Bahan / Peralatan:
- Bahan asas
dough
berasaskan
resepi.
Penyediaan Fasilitator membimbing peserta Peserta akan menggaul, Gunakan dulang bulat
Dough dalam menyediakan dough meramas dan mengguli supaya semua peserta
( 20 minit ) mengikut resepi yang telah diberi. dough mudah dan selesa
Pastikan setiap peserta menjalankan aktiviti.
berpeluang
melaksanakan aktiviti.
Pertandingan Ketua fasilitator memberi arahan. Fasilitator membimbing Bentuk di atas papan
Membentuk Kumpulan yang dapat menyiapkan peserta dalam alas/ kertas keras/
Dough bentuk yang dikehendaki perlu membentuk dough dan dulang/ alat yang
(10 minit ) angkat tangan dan menunjukkan menyebutkan bentuk sesuai.
bentuk yang telah dibuat. yang dibina supaya
Kumpulan yang awal dapat pelajar tahu bentuk yang
membentuk dough berdasarkan dihasilkan.
bentuk yang dikehendaki dikira
sebagai pemenang.

Bentuk yang dihasilkan:


- Bentuk bulat
- Bentuk panjang seperti
sosej
- Bentuk melegkung
Agihan Setiap kumpulan mendapat satu Fasilitator memastikan Template huruf
template set template huruf. setiap kumpulan Kertas (lembaran
( 3 minit ) Setiap pelajar mendapat kertas mendapat template kerja)
kosong. huruf.
Ketua fasilitor bersoal jawab Setiap pelajar mendapat
dengan peserta tentang huruf yang helaian kertas
terdapat di template
Tayangan Ketua fasilitator menayangkan Fasilitator memastikan
Video video tentang cara pembentukan peserta membentuk
pembetukan huruf di hadapan kelas. huruf dengan arah yang
huruf dan Ketua fasilitator menunjukkan cara betul.
aktiviti membentuk huruf di hadapan.
membentuk Peserta mencuba untuk
huruf. membentuk huruf di atas kertas
( 10 minit) dengan bantuan fasilitator.
Membentuk Membentuk dough menjadi bentuk Fasilitator membimbing Touchy Dough
Huruf bermakna. pelajar dalam ( Dough + Template)
menggunakan Peserta membentuk dough membentuk huruf dan
Touchy Dough mengikut template huruf yang telah mengaitkan dengan
( 20 minit ) diagihkan secara berkumpulan tayangan video cara
pembentukan huruf yang
betul.
Setiap pelajar boleh
membentuk huruf
berbeza mengikut
template huruf yang
disediakan bagi setiap
kumpulan.
Aktiviti Ketua fasilitator meneyebutkan Fasilitator memastikan
Membentuk satu huruf dan peserta diminta pelajar bekerjasama
Huruf membentuk huruf di atas template dalam membentuk huruf.
Menggunakan secara berkumpulan. Fasilitator memastikan
Touchy Kumpulan yang paling awal siap cara pembetukan huruf
Dough. dikira sebagai pemenang. adalah betul terutama
( 10 minit ) dari aspek arah.
Rumusan dan Dilaksana oleh fasilitator dan Aktiviti dibimbing Huruf yang dibentuk
Refleksi peserta. fasilitator dalam menggunakan Touchy
( 10 minit ) kumpulan. Dough boleh dipamer.
Mengemas Satukan dough mengikut warna Plastic pembungkus
dan dan diasingkan di dalam bekas makanan.
Menyimpan plastik
Dough
( 10 minit )

KOS MENGHASILKAN TOUCHY DOUGH

Bahan Asas Bahan Asas Bahan Asas


Tepung Gandum Pewarna Makanan Garam Halus
RM 1.70 (850g) RM 1.99 (25g) RM 1.20 ( 1 paket)

Bahan Asas
Template Huruf Helaian Kertas
Minyak Masak
RM 3 (1 Set) RM 10 (1 Rim)
RM 3.00 ( 1 Paket)

RUMUSAN
Aktiviti Touchy Dough boleh dilaksanakan secara berkumpulan atau secara individu. Selain itu,
aktiviti ini juga boleh dijadikan pertandingan untuk menghasilkan huruf yang paling baik dan
betul. Setiap kumpulan akan berlumba-lumba untuk menunjukkan bentuk yang paling cantic
dan betul dalam kalangan mereka. keadaan ini akan mewujudkan suasana yang ceria, aktif dan
menyeronokkan dalam kalangan kanak-kanak.

Tambahan pula, ibubapa dan guru-guru tidak akan merasa terbeban dalam penyediaan
aktiviti Touchy Dough ini kerana kos penyediaan dough dan template dalam kadar yang
berpatutan. Penggunaan video dan kuiz interaktif dalam pelaksanaan Touchy Dough ini juga
tidak menggunakan sebarang kos.

Penggunaan Dough oleh guru dalam amalan pengajaran dan pembelajaran boleh
menjadi terapi awal menulis untuk melembutkan anggota jari-jemari kanak-kanak supaya boleh
memegang pensil dan alat tulis dengan kemas. Secara tidak langsung dapat membantu kanak-
kanak dalam meningkatkan kemahiran menulis huruf hijaiyah tunggal khususnya.

Anda mungkin juga menyukai