Anda di halaman 1dari 4

SOALAN TUTORIAL

NAMA: NURUL HUSNA BINTI AZMI

Istilah Etika atau ethic adalah berasal daripada perkata greek ‘ethos‘ yang bermaksud
perwatakan atau keperibadian. Mengikut pengertian Kamus Dewan Edisi keempat, etika
bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Manakala menurut
Islam, etika adalah akhlak seperti tingkahlaku yang memenuhi syarak. Sebagai seorang guru,
sudah semestinya kita akan terikat dengan etika samaada etika di dalam profesion ini mahupun
etika berpakaian. Segala jenis etika ini harus dipatuhi oleh guru sama ada guru novis atau guru
yang sudah berkhidmat pada tempoh yang lama kerana selagi mana mereka masih berkhidmat
pada sesuatu profesion, selagi itu mereka perlu mematuhi garis panduan atau etika yang telah
ditetapkan. Hal ini kerana, penetapan etika ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap kualiti,
produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan. Menurut Sri Sarjana & Nur Khayati (2016), kod etika
perguruan dapat menjaga tingkah laku seorang guru yang patut diamalkan oleh seorang guru,
memahami dengan lebih jelas etika guru iaitu tanggungjawab mereka terhadap pelajar,
masyarakat dan negara, rakan sejawat dan profesion perguruan, dan ibu bapa pelajar,
meningkatkan lagi imej profesion perguruan serta mengekal dan memelihara kepercayaan yang
diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan
perhubungan guru sesama guru.

Antara etika yang perlu dipatuhi oleh guru ialah guru harus menjaga nama baik profesion
keguruan atau nama agensi yang terlibat dengan bidang pendidikan agar tidak hilang
kepercayaan orang luar terhadap profesion keguruan. Hal ini kerana, guru adalah ibarat ibubapa
kedua pelajar di sekolah. Di sekolah, mereka mengharapkan ilmu pengetahuan yang diajarkan
kepada mereka dapat digunakan di dalam masa yang panjang. Tetapi malang sekali, andai
seorang guru telah melakukan kesilapan sehingga menyebabkan ibu bapa pelajar tidak yakin
guru tersebut mampu mengajar anak-anak mereka, hal ini boleh menjatuhkanmartabat perguruan
di mata ibu bapa pelajar. Tambahan pula, guru adalah golongan yang membawa tanggungjawab
mendidik anak bangsa supaya bertingkah laku baik dn berakhlak mulia. Jika guru menunjukkan
contoh yang tidak baik, sudah pasti pelajar akan mengikuti perbuatan tersebut kerana mereka
menjadikan guru mereka sebagai rolemodel. Bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh
Ainun Nisa Simon (2017), yang menyatakan bahawa guru berperan sebagai role model untuk
integrity moral pelajar iaitu sikap dan tindakan yang dilakukan pelajar adalah seperti yang
ditunjukkan oleh guru. Justeru, segala tindak tanduk dan sikap guru menjadi perhatian
masyarakat sekeliling terutama pelajar dan ibubapa. Saya berpendapat bahawa kelakuan guru
yang menyebarkan segala berita di media social adalah tidak wajar kerana menyalahi
tatakelakuan seorang guru iaitu memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan
awam. Tindakan guru tersebut yang telah memburukkan nama JPN dan PPD akan menjejaskan
nama baik agensi tersebut. Sebaliknya, guru tersebut perlu menjaga nama baik agensi tersebut
dan mengelakkan daripada mencemarkan nama agensi tersebut dengan sebaik-baiknya.
Tuntasnya, demi menjamin martabat profesion perguruan dipandang mulia oleh setiap lapisan
masyarakat, semua guru perlulah berusaha untuk menjaga nama baik profesion keguruan
supaya bidang perguruan terus menjadi bidang yang dihormati masyarakat.

Seterusnya, antara etika guru yang perlu dipatuhi adalah menunaikan tanggungjawab
terhadap profesion dan rakan sejawat dengan menjalankan tanggungjawab dengan bersungguh-
sungguh. Seorang guru perlu menerapkan sikap bersedia untuk sebarang kemungkinan yang
berlaku dalam dunia pendidikan. Aspek kesediaan yang dinyatakan adalah kecenderungan
seseorang guru untuk dihantar berkhidmat di pedalaman, kesanggupan menerima beban kerja
yang banyak, kesediaan berhadapan dengan pelbagai masalah keselamatan diri, kesediaan
menghadapi kekurangan kemudahan, kesediaan daripada segi pengorbanan masa untuk
menjalankan aktiviti diluar waktu persekolahan, serta kesediaan untuk membuat hubungan yang
baik dengan masyarakat setempat di pedalaman. Pada pendapat saya, kelakuan guru yang tidak
dapat menerima kedudukan untuk bertugas di luar bandar dan tidak dapat mengajar mengikut
opsyen pilihannya adalah tidak wajar. Hal ini kerana, semua guru pelatih telah didedahkan agar
bersedia untuk ditempatkan di bandar atau luar bandar. Oleh itu, guru pelatih perlu bersedia atas
segala kemungkinan yang bakal dihadapi. Tambahan pula, sikap tidak dapat menerima
keputusan yang telah ditetapkan juga akan menjejaskan akauntabiliti seorang guru. Akauntabiliti
menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, bermaksud sifat bertanggungjawab terhadap sesuatu
tindakan. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa guru bukan sahaja perlu mempunyai sikap
akauntabiliti terhadap ilmu pengetahuan yang disampaikan, malahan juga terhadap sikap,
kefahaman dan tingkahlaku yang ditonjolkan oleh guru tersebut. Sikap guru pelatih yang sentiasa
memandang negative terhadap tugasan yang diterima akan memberi kesan bukan sahaja pada
diri guru tersebut sahaja, bahkan keseluruhan pengajaran dan pembelajaran yang bakal
dijalankan. Sebaliknya, sikap guru pelatih yang positif terhadap tugasan yang diterima walaupun
bukan bidang pilihannya merupakan satu sikap yang sangat mulia dan wajar dicontohi. Menurut
Nazirah (2014), guru yang bersikap positif terhadap kerjanya merupakan seorang yang tekun dan
berdedikasi tidak kira di mana lokasi perkhidmatannya. Seorang guru perlulah memikirkan masa
depan pelajar-pelajar dengan sentiasa ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam menyampaikan
ilmu. Walau bagaimanapun, untuk berkhidmat di kawasan pedalaman terdapat pelbagai cabaran
yang perlu dihadapi. Antaranya kemudahan infrastruktur, masyarakat, keselamatan dan
persediaan diri. Secara kesimpulannya, bakal guru-guru perlulah bersedia dari pelbagai aspek
terhadap penempatan yang ditetapkan tidak kira penempatan yang diberikan adalah pilihan atau
bukan pilihan mereka. Sikap ini perlu dipertingkatkan bagi menghasilkan guru yang berkualiti
yang mampu menyumbang di dalam dunia pendidikan.

Selain itu, antara etika perguruan yang perlu dipatuhi adalah menunaikan tanggungjawab
terhadap pelajar tanpa mengira latar belakang. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia
(2007), pendidikan yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan
pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Berdasarkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, bakal guru perlu menyedari bahawa profesion perguruan adalah satu
bidang yang memegang amanah dan tanggungjawab yang besar. Bakal guru perlu peka dengan
perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan pada masa kini yang berkembang dengan
pesat. Perubahan yang dimaksudkan adalah dari aspek kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang semakin menjurus kepada teknologi berkesinambungan daripada Revolusi Industri 4.0.
selain itu, guru perlu lebih peka terhadap keperluan guru atau penempatan guru. Umumnya, guru-
guru perlu berkemahiran dan pakar dalam semua aspek dan bidang. Pada pendapat saya,
tindakan guru pelatih yang tidak dapat menerima penempatan di Pendidikan Khas adalah tidak
wajar. Hal ini kerana, guru perlu bersedia untuk mengajar terhadap tugasan yang telah diberikan
kepada mereka. Malahan guru berperanan penting dalam memberi pendidikan dan
memperkembangkan potensi individu atau pelajar yang diamanahkan kepada mereka. Justeru,
menjadi satu tugasan kepada guru tersebut untuk berusaha memberi yang terbaik kepada pelajar
tersebut walaupun pelajar itu merupakan Murid Berkeperluan Khas yang tidak selari dengan
opsyen pilihan mereka ketika belajar di IPG sebelum ini. Bersesuaian dengan Falsafah
Pendidikan Guru iaitu menjamin perkembangan individu dimana guru perlu berusaha untuk
memperkembangkan diri guru itu sendiri dan pelajar agar seimbang dari aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelektual. Oleh itu, secara kesimpulannya, dalam dunia pendidikan, guru adalah
antara agen terpenting bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Menurut Muhammad
Nurfahmi, Mohamed Yusof, Rohana & Amirmudin (2011), segala kelemahan yang dirasai dalam
menghayati FPK oleh guru haruslah di atasi segera bagi membolehkan ilmu yang disampaikan
itu telus kepada para pelajar tanpa ada rasa halangan bagi seseorang pelajar itu menerima ilmu
itu sekaligus mempraktikanya. Jika guru tidak menghayati falsafah ini dengan sebaiknya, akan
menyebabkan pembelajaran yang disampaikan tidak berkesan dan sudah pasti akan memberi
impak negatif kepada bidang pendidikan di negara kita.

Secara kesimpulannya, Etika Profesion Perguruan adalah sangat penting untuk menjadi
panduan kepada semua guru dalam menjalankan tugas masing-masing. Demi menjamin
martabat profesion perguruan terus dipandang mulia oleh setiap lapisan masyarakat, semua guru
haruslah mengetahui dan mematuhi kod etika profesion perguruan terutamanya kepadabakal-
bakal guru. Dengan wujudnya panduan ini, semua guru perlulah menjaga tingkahlaku
sebagaimana yang harus diamalkan oleh seorang guru untuk menunjukkan teladan yang baik
kepada para pelajar di sekolah.

Rujukan

Kamus Dewan Edisi Empat. (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Muhammad Nurfahmi Mohamed, Mohamed Yusof, Rohana Hamzah & Amirmudin Udin. (2011).
Kemantapan Penghayatan Guru Terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan Asas
Membangunkan Guru Cemerlang, 1(September), 271–278.

Ainun Nisa Simon.(2017). PENGARUH ROLE MODEL GURU TERHADAP INTEGRITAS


MORAL REMAJA.

Sri Sarjana & Nur Khayati. (2016). TERHADAP INTEGRITAS GURU THE EFFECT OF ETHIC ,
BEHAVIOUR , AND PERSONALITY ON TEACHER ’ S INTEGRITY, 1, 379–393.

Anda mungkin juga menyukai