Anda di halaman 1dari 6

PENDAHULUAN

Dakwah adalah suatu usaha mengajak, memujuk, memandu dan menjelaskan berkenaan Islam
sebagai agama yang benar dan syumul kepada seluruh manusia. Usaha dakwah ini tidak
tertumpu kepada satu golongan tertentu sahaja, tetapi untuk seluruh umat manusia kerana
tuntutan ini bersifat obligatori bagi setiap muslim untuk melaksanakannya dengan metod
metod yang sesuai sebagaimana dinyatakan dalam al-Qur’an dan al-Sunah. (Ghalūsh, 1978)

Tanggungjawab untuk melaksanakan dakwah tidak terbatas dengan had dan masa tertentu,
malah menjadi kemestian untuk dilaksanakan dalam setiap keadaan yang mempunyai peluang
untuk melaksanakannya. (Zaydān, 1998) Bagi mencapai matlamat tersebut, tarikan
merupakan aspek yang penting dalam menentukan keberkesanan penerimaan mawdu’ dan
mesej Islam. Oleh itu, tulisan ini membincangkan tentang faktor-faktor tarikan dalam
pelaksanaan dakwah.

Tarikan pelaksanaan dakwah melalui pendakwah adalah berhubung dengan sifat-sifat


pendakwah itu sendiri. Di antara sifat-sifat pendakwah ialah sifat kenabian (khusus untuk para
nabi dan rasul), keadilan, meletakkan sesuatu pada tempatnya, menahan marah, sesuatu yang
tidak memperlihatkan kejahilan iaitu ilmu pengetahuan dan pengalaman luas, dan
pengetahuan yang sebaik-baiknya. (Wan Hussien, 1984)

Pendakwah mestilah terdiri daripada golongan yang berilmu pengetahuan dan berketrampilan,
Memahami selok belok berdakwah, menjadi model kepada sasaran dan memiliki sifat-sifat
yang terpuji. Pendakwah perlu berlandaskan kepada sumber-sumber asasi (al-Quran dan
al-Sunnah), sirah al-salaf al-solih, pandangan fuqaha serta pengalaman pendakwah.
Pendakwah di lihat mempunyai kredibaliti atau keupayaan serta kelayakkan bagi seseorang
untuk menguasai dakwah.

Pendakwah yang berkredibaliti mampu mendapat kepercayaan di kalangan golongan sasaran,


khususnya non-muslim. Faktor ini dirujuk kepada penguasaan pendakwah terhadap semua
aspek yang berkaitan dengan dakwah dan latar belakang golongan non-muslim. Malah
kredibaliti turut membina profesionalisme seseorang pendakwah di dalam dakwah. Terdapat
sekurang-kurangnya lima aspek kredibaliti bagi seseorang pendakwah iaitu keimanan,
berilmu, beramal saleh, berakhlak dan kemahiran lisan. (Mohd Yusof, 2009)

1
TARIKAN MELALUI PENAMPILAN DIRI PENDAKWAH

Perkara yang menjadikan tarikan sasaran terhadap dakwah ialah penampilan diri yang
menyenangkan. Penampilan imej bersifat sederhana, tidak berlebihan, sentiasa kemas dan
bersih. Contohnya pakaian yang bersih dan kemas, keterampilan, dan berwangi-wangian.
Menurut Rozmi Ismail (2011), penampilan menarik dilihat sebagai berpengaruh dalam tarikan
interpersonal dan keutamaan dalam interpersonal. Walaupun faktor kecantikan dianggap
mudah disukai, namun keadaan fizikal seseorang seperti kekemasan, penampilan dan pakaian
turut menarik perhatian. Kajian Anita Abdul Rani (2002) menujukkan faktor tarikan yang
dikenal pasti ialah keperibadian dan keterampilan penceramah. Manakala kajian Nasruddin
Sidi (2010) menunjukkan faktor tarikan yang dikenal pasti ialah keperibadian seperti tahap
akademik, gambaran tentang akhlak dan sebagainya.

Penampilan diri pendakwah merupakan sebahagian imej yang perlu ditonjolkan bagi
membina keyakinan mad’u. Penampilan seorang pendakwah wanita juga perlu terdiri
daripada yang menjaga tubuh badannya daripada tontonan khalayak ramai. Agama Islam telah
mengajar para wanita Islam untuk menutup tubuh badan dan menjaga aurat mereka daripada
pandangan orang lain. Malah, di dalam Islam juga memerintahkan para wanita untuk berhijab
iaitu berpakaian mengikut agama dan mengharamkan wanita menggunakan pakaian yang
mendedahkan aurat mereka (Kaulah, 1997).

Di dalam al-Quran, Allah s.w.t. telah berfirman: Dan Katakanlah kepada


perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada
memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka. (Surah al-Nur: 31)

Kita diajar mencintai kebersihan. Bahkan, Allah SWT sendiri Maha Indah dan menyukai
keindahan. Kerana itu, kita hendaklah berusaha mengindahkan penampilan diri dengan
kebersihan dan kekemasan. Namun, perlu sentiasa bersihkan hati daripada riak, bangga diri,
memandang rendah pada orang lain, melabel orang yang tidak kemas dan sebagainya. Kita
juga perlu berwaspada dengan sikap membazir dan menghabiskan banyak masa bersolek dan
bersiap. Oleh itu, hiasilah diri dengan akhlak yang terpuji, penampilan yang baik, etika
pergaulan yang bersopan dan sifat-sifat mulia yang lain supaya tidak tergolong dalam
kalangan orang yang hanya bercakap kosong tetapi tidak mengamalkannya.

2
TARIKAN MELALUI PERSONALITI DIRI PENDAKWAH

personaliti peribadi yang baik juga perlu ditampilkan oleh pendakwah untuk menjadi
pendakwah yang dapat menarik perhatian sasaran. Peribadi merujuk kepada sifat-sifat,
kelakuan, sikap dan tingkah laku seseorang yang sudah sebati dengan dirinya sendiri untuk
merupakan wataknya. ( Noresah Baharom,2005 ) Personaliti merupakan keseluruhan cara
bertindak, berfikir dan merasa yang biasa bagi seseorang yang menjadikan seseorang itu
berbeza dengan kesemua individu yang lain dan yang mencirikan seseorang itu. ( Ma’rof
Redzuan & Haslinda Abdullah, 2004)

Personaliti seseorang dapat dikenali melalui gaya percakapan, cara bertindak, tingkah laku
dan cara bekerja. Personaliti merujuk kepada kemahiran sosial iaitu ia dinilai cara seseorang
berjaya mendapatkan tindak balas positif daripada orang lain dalam pelbagai situasi. ( Mohd
Salleh Leber, 1994 ) Dalam konteks ini, seseorang yang dapat berhubung secara menarik
dengan orang lain di katakan mempunyai personaliti menarik.

Fakta-fakta di atas dapat difahami personaliti diri pendakwah adalah seseorang yang
menonjolkan sikap, akhlak atau tingkah laku yang baik ketika berhubung dengan orang lain.
Personaliti diri pendakwah yang baik inilah dapat menarik perhatian orang lain. Dalam
dakwah personaliti seseorang pendakwah amatlah penting kerana sasaran akan memerhatikan
kelakuan pendakwah terlebih dahulu sebelum menerima mesej yang disampaikan. Terdapat
ramai pendakwah yang bijak pandai menyeru ke arah kebenaran dan kemuliaan namun
sasaran tidak menghiraukannya, kerana mereka tidak memenuhi tuntutan keperibadian yang
terpuji. (Wan Hussein Azmi ,1988)

Antara cara yang penting dalam dakwah dan dapat menarik perhatian orang ramai kepada
Islam ialah pendakwah yang mempunyai budi pekerti yang terpuji, mempunyai perbuatan
yang baik dan sifat-sifat yang unggul dan boleh menjadi contoh teladan yang baik seperti
kitab yang dapat dibacakan dan difahamkan oleh semua orang tentang Islam. Ini kerana
akhlak yang mulia itu lebih berkesan daripada kata-kata atau ucapan pendakwah sahaja.
( Zaydan, 1993 )

pendakwah yang mempunyai peribadi yang menarik akan diterima dan disukai oleh sasaran
kerana jika pada peringkat awal sasaran telah menunjukkan tanda menolok dan menentang
disebabkan bencinya kepada pendakwah, maka akan sukar bagi pendakwah untuk
meneruskan langkah-langkah seterusnya. ( Mohd Amin, 2001 )

3
Kenyataan-kenyataan di atas merupakan hujah yang membuktikan kepentingan penampilan
peribadi yang baik. Oleh yang demikian, penampilan peribadi yang baik akan meningkatkan
imej seseorang pendakwah yang dapat menarik perhatian sasaran supaya mendengar dan
menerima apa yang disampaikan. Untuk memastikan apakah penampilan peribadi yang perlu
ditampilkan oleh pendakwah supaya dapat menarik perhatian dan menawan hati sasaran.
Sifat-sifat terpenting yang perlu ditampilkan oleh pendakwah untuk menarik perhatian sasaran
iaitu memahami agama Allah SWT dengan mendalam, menjadi contoh teladan yang baik,
bersabar, lemah lembut, memudahkan bukan menyusahkan, tawaduk dan rendah diri, manis
muka dan manis tutur kata, pemurah, menafkahkan harta kepada orang ramai, memberi
khidmat kepada orang lain dan menyempurnakan keperluan mereka. ( Fathi Yakan, 1986)

Antara sifat yang perlu ditampilkan oleh pendakwah dalam melaksanakan tugas dakwah
dengan bersungguh-sungguh iaitu jujur, ikhlas, berdakwah kepada Allah SWT dengan cara
yang jelas dan terang, kemurahan hati, mesra, lemah-lembut, belas kasihan, pemaaf, tawaduk,
tepat janji, mementingkan orang lain, keberanian, kecerdasan, beramanah, malu kepada
keburukan, takwa, pemurah, keazaman yang kuat, berdisiplin, terperinci dan menjaga masa,
beramal dengan apa yang di sampaikan, menjadi contoh teladan yang baik, zuhud, adil warak,
beristiqamah, memahami situasi, sikap pertengahan, merasa diri sentiasa bersama Allah SWT,
keyakinan kepada Allah SWT, bertahap-tahap dan melaksanakan perkara yang lebih penting.
( Al-Qahtani,1421H )

Selain itu, antara sifat-sifat asasi yang perlu ditampilkan oleh pendakwah ialah beriman
kepada Allah SWT, kuat berhubung dengan Allah SWT, ikhlas, berilmu, beristiqamah,
menjadi contoh teladan yang baik, memuliakan agama Islam, lemah lembut, peramah,
tawaduk, berkorban, jauh dari sifat cemburu, mengharap dan mempercayai pertolongan Allah
SWT, benar, memudahkan dan bersabar. (Ahmad b.Nasir,2003)

Berdasarkan fakta-fakta di atas menunjukkan menampilkan sifat-sifat yang terpuji seperti


keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT yang tinggi, keikhlasan, kesabaran,
kesungguhan, amanah, adil, berani, disiplin, pemurah, peramah, pemaaf, menguasai ilmu
agama yang dalam, menjadi contoh teladan yang baik dan lain-lain. Melalui sifat-sifat
tersebut, pendakwah dapat menarik perhatian sasaran kerana sasaran akan memerhati
perbuatan dan tingkah laku pendakwah serta menilai kebaikan dan keburukannya terlebih
dahulu sebelum menerima yang disampaikan. Melalui penampilan peribadi yang baik mereka
lebih mudah untuk memahami Islam daripada kata-kata atau ucapan.

4
PENUTUP

Pendekatan dakwah merupakan suatu perkara yang sangat penting yang perlu diambil
perhatian sepenuhnya oleh pendakwah atau organisasi dakwah dalam menjalankan dakwah.
Ini kerana pendekatan dakwah merupakan metode atau cara yang terdekat digunakan bagi
melaksanakan dakwah untuk menarik perhatian dan mempengaruhi sasaran supaya menerima
ajaran Islam yang disampaikan dan mempraktikkannya. Sebaliknya, pendakwah atau
organisasi dakwah yang bergerak tanpa pendekatan dakwah akan memberi kesan yang negatif
kepada sasaran.

Dalam masa yang sama, pendakwah tidak akan dapat mencapai matlamat yang telah
digariskan bahkan kemungkinan akan tersasar daripada matlamat. Di samping itu juga, para
pendakwah akan kerugian masa, tenaga dan material yang digunakan. Asas pendekatan
dakwah yang perlu diambil perhatian oleh pendakwah atau organisasi dakwah dalam
melaksanakan dakwah ialah pendekatan melalui penampilan diri pendakwah dan personaliti
diri pendakwah.

Manakala tarikan dakwah adalah antara salah satu pendekatan dakwah yang sangat penting
dan perlu diambil berat oleh pendakwah kerana tarikan dakwah merupakan langkah awal
dalam dakwah sebelum melaksanakan langkah-langkah seterusnya. Sebaliknya, jika langkah
awal tidak dapat menarik perhatian atau memikat hati sasaran adalah sangat sukar bagi
sasaran untuk menerima apa yang akan disampaikan oleh pendakwah. Oleh itu, dakwah yang
mempunyai tarikan lebih menarik perhatian sasaran.

Justeru itu, para pendakwah amatlah perlu sentasa berwaspada dan sentiasa mengingatkan diri
pendakwah sendiri untuk sentiasa menjaga penampilan diri sebagai seorang pendakwah serta
sentiasa menjaga personaliti yang baik supaya dapat menarikperhatian mad’u atau asyarakat
untuk mendengar dakwah atau kebaikan yang disampaikan oleh seorang pendakwah.
Kebersediaan seorang pendakwah untuk menjaga penampilan dan personaliti diri ini sedikit
sebanyak dapat menyumbang kepada tarikah masyarakat untuk mengenali agama islam
dengan lebih baik dan mendalam yang dapat dimanfaatkan oleh seluruh masyarakat di duni
dan akhirat.

5
RUJUKAN

Ghalūsh, Ahmad Ahmad. (1978). Al-Da’wah al-Islamiyyah Usūliha wa Wasa iluha. Kaherah:
Dār al-Kitab al-Misriy.

Wan Hussien Azmi. (1984). Ilmu Dakwah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Mohd Yusof Hussain, (2009). Method in Contemporary Islamic Da‘wah. Mohd. Yusof
Hussain. ed. Readings in Islamic Da‘wah. Kuala Lumpur: International Islamic
University Malaysia (IIUM) Press.

Kaulah Abdul Latief Al-Atiqi. (1997). Wanita Islam Hari Ini: Kerja & Fungsinya. Kuala
Lumpur: Pustaka Ilmi.

Noresah bt. Baharom et al. (2005), op.cit., h. 1184.

Ma‟rof Redzuan & Haslinda Abdullah (2004), Psikologi, c. 2. T.T.P.: Mc Graw Hill, h. 141.

Mohd Salleh Leber (1994), Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur: Utusan
Publication Sdn. Bhd., h. 171.

Habibah Elias Noran Fauziah Yaakub (1997), Psikologi Personaliti. Kuala Lumpur: DBP, h.
151.

Wan Hussein Azmi (1988), Panduan Dakwah Islamiah, Kuala Lumpur: DBP, h. 85.

Zaydan (1993), op.cit., h. 485.

Mohd Amin Abdul Rahim (2001), Panduan Pendakwah Secara Praktikal. Kuala Lumpur:
Darul Fikir, h. 44.

Fathi Yakan (1986), Konsep Penguasaan dalam Kehidupan Dakwah dan Pendakwah. Alias
Othman (terj,), c. 2. Kuala Lumpur: Pustaka Salam, h. 17-79.

Al-Qahtani (1421H), op.cit., h. 121.

Ahmad b. Nasir b. „Abd al-Rahman al-„Ammar (2003), Sifat al-Da„iyah, c. 3. Riyad: Dar
Ishbiliyya, h. 25- 78.

Anda mungkin juga menyukai