Anda di halaman 1dari 9

Bacaan Dalam Solat Ketika Rukuk

Bacaan tasbih semasa rukuk adalah:

Bacaan dalam rukuk


Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji

Bacaan Dalam Solat Ketika Iktidal


(Bangun Dari Rukuk)

Bacaan iktidal
Sami Allahu liman hamidah. Rabbana lakal hamdh

Maksudnya:

Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu


segala pujian.
Bacaan Dalam Solat Ketika Sujud

Bacaan sujud
Subhana rabbiyal a’la wabihamdih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Bacaan Dalam Solat Ketika Duduk


Diantara Dua Sujud
Bacaan dalam solat duduk diantara dua sujud adalah seperti berikut:

Bacaan antara dua sujud


Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah
darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan
ampunilah aku.

Bacaan Doa Qunut


Bacaan doa qunut untuk solat bersendirian adalah seperti berikut:

Doa Qunut dalam Rumi:

Allahhumma dinii fiiman hadait,


Wa’aa finii fiiman ‘aafait,

Watawallanii fiiman tawal-laiit,

Wabaariklii fiimaa a’thait,

Waqinii syarramaa qadhait,

Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik,

Wainnahu laayadzilu man walait,

Walaa ya’izzu man ‘aadait,

Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait,

Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait,

Astaghfiruka wa’atuubu ilaik,

Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi,

Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.

Berikut adalah makna terjemaah doa qunut baris demi baris:

Allah humah dini fiman hadait.


Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.

Watawallani fiman tawalait.


Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.

Wabarikli fimaa a’tait.


Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.

Waqinii syarramaa qadhait.


Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan.

Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alait.


Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.

Wainnahu layadziluman walait.


Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.

Walaa ya’izzuman ‘adait.


Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

Tabaa rakta rabbana wata’alait.


Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi

Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.


Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.

Astaghfiruka wa’atubu ilaik.


Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.

Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi


wasalam.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi
Muhammad dan keluarganya.

Bacaan Dalam Solat Ketika Tahiyat Awal


Bacaan dalam solat tahiyat awal adalah seperti berikut:
Bacaan Ketika Tahiyat Awal dalam Rumi:

Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah,

Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh,

Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin.

Asyhadu allaa ilaaha illallaah,

Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah.

Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad

wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad

Makna Tahiyat Awal:

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau
wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-
hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik
saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke
atas Nabi Muhammad.

Bacaan Tahiyat Akhir


Bacaan tahiyat akhir adalah seperti berikut:
Bacaan Tahiyat Akhir dalam Rumi

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah.

Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh.

Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin.


Asyahadu alla illaha illallah.

Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.

Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.

Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala ali Ibrahim.

Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.

Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.
Maksudnya:

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan,
rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap
kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah
melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.

Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina
Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga
Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga
Penghulu kami Sayidina Muhammad.

Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi
Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling
Mulia.

Anda mungkin juga menyukai