Anda di halaman 1dari 3

TAJUK:IMAN MEMBENTUK GENERASI BERTAKWA

Assalamualaikum wr Yang dimuliakan saudara pengacara majlis, barisan panel


hakim yang menjunjung panji keadilan, penjaga masa yang setia dengan masanya,
seterusnya warga dewan yang dirahmati Allah.

Tampilnya saya di pentas ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk
IMAN MEMBENTUK GENERASI BERTAKWA. Terlebih dahulu izinkan saya
mendefinisikan satu persatu tajuk syarahan saya pada pagi ini. Perkataan iman
bermakna mengaku dengan lidah, membenarkan di dalam hati dan mengamalkan
segala perintah Allah Taqwa pula membawa maksud mengawal diri daripada
melakukan perkara yang dimurkai Allah dengan mengerjakan segala suruhannya
dan meninggalkan larangannya. Frasa MEMBENTUK GENERASI BERTAKWA adalah
merujuk kepada ummat Islam mengawal diri daripada melakukan perkara yang
dimurkai Allah dengan mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan
larangannya

Wacana fikrah pertama "Insan Beriman Teras Generasi Bertakwa


Hadhirin-hadhirat,
pengabdian diri dengan sepenuh hati terhadap segala perintah Allah sudah tentu
bertitik tolak daripada keimanan yang utuh, kemudian dipancarkan melalui
kesungguhan amalan melahirkan ummah cemerlang bertepatan dengan penegasan
Allah dalam Surah al-Mu'minun ayat 1 : 1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang
Yang beriman, Keimanan dan ketakwaan yang teguh inilah penyelamat Bilal bin
Rabah daripada lembah kekufuran biarpun diazab penuh dahsyat oleh tuannya.
Iman yang mantap dan teguh inilah yang memperkasakan jatidiri ummah dan
menyelamatkan mereka daripada gejala negatif seperti penagihan dadah,
pelacuran serta pergaulan bebas.Statistik dadah kebangsaan 2004 menunjukkan
90% penagih terdiri daripada remaja muslim. Nah! terbuktilah iman adalah teras
masyarakat bertakwa

Wacana fikrah kedua " Iman menganjurkan akhlak mulia Ini amat bertepatan
dengan motif utama pengutusan Rasulullah ke muka bumi demi memurnikan akhlak
manusia sebagaimana Sabda Baginda : ( ) Ertinya:
Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia
Terpancarlah keutuhan akhlak dan sahsiah terpuji Rasulullah melalui karektor
beliau sebagai seorang pemimpin negara yang beretika, seorang sahabat yang
prihatin serta ketua keluarga yang penyayang. Imbau sahaja keindahan akhlak
Rasulullah dengan pemuda Yahudi yang kencing di dalam Masjid Nabawi, Baginda
tidak memarahi pemuda tersebut bahkan baginda sendiri membasuhnya
menyebabkan pemuda tadi memeluk Islam di hadapan Baginda. Lihatlah hari ini
lantaran kerapuhan akhlak, remaja kita dirobek rakus oleh budaya punk , black
metal memuja syaitan serta vandalisme meranapkan harta benda awam. Ternyata
akhlak mulia tonggak ummah gemilang.

Wacana Fikrah ketiga "Iman membentuk sifat amanah". Dengan keimanan yang
tinggi akan melahirkan rasa muraqabah Allah dalam segenap urusan hidup lantas
tertegaklah konsep Al ihsan: ( ) Yang
bermaksud: Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatnya, jika kamu tidak
melihatnya, sesungguhnya dia melihat kamu. Imbau sahaja betapa jujur dan
amanahnya seorang pemimpin bergelar Omar Abdul Aziz , yang sanggup bergelap
bila membicarakan urusan keluarga kerana tidak mahu menggunakan harta
kerajaan. Bilamana menyuburnya benih amanah dalam jiwa ummah maka lahirlah
insan yang jujur kepada Allah, diri sendiri dan orang lain sekaligus terhindar
daripada segala unsur penipuan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Ingatlah, tanpa
jujur dan amanah hancurlah ummah.

Konklusinya, tidak tertegak rumah tanpa tiang, tidak tertegak agama tanpa iman,
dan tidak tertegak generasi bertakwa tanpa keimanan yang unggul.Justeru hiasi
diri dengan senyuman, hiasi masyarakat dengan iman unggul, pasti cerialah hidup.

Wacana fikrah yg keempat Iman membentuk daya saing Kepercayaan yang


teguh terhadap Qadha dan Qadar mencetuskan muslim yang gigih berusaha,
berdaya saing serta tidak menyalahkan takdir semata-mata menjadikan mereka
berdiri sama tinggi, duduk sama sebaris dengan bangsa lain. Keazaman membara
serta keyakinan yang tinggi kepada Allah menjadi kunci kejayaan Datin Paduka
Mazlina ,wanita pertama di dunia belayar secara solo di Benua Antartika ,namanya
gah terukir dipersada dunia. Ini bertepatan dengan seruan Allah: (
) Ertinya: Dan berlumba-lumbalah kamu melakukan kebaikan Sebagai
contoh, imbau masa lampau, lantaran suburnya sifat berdaya saing serta berlumba-
lumba dalam penerokaan ilmu muncullah nama besar seperti Ibnu Sina perintis
ilmu matematik, al Khawarizmi perintis ilmu astronomi serta Ibnu Batuta ahli
pelayaran tekemuka. Nama mereka meniti dibibir sepanjang zaman.

Justeru, marilah kita suburkan sifat juang serta daya saing yang tinggi untuk kita
berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain. Konklusi dari hujahan saya tadi,
ummah yang gemilang perlu menrealisasikan gagasan islamisasi ilmu dan pemikiran
islam mereka kepada ketamadunan dan peradaban ulung berteraskan iman an
taqwa dan paradigma yang dibawa oleh alquran dan sunnah. Akhirnya : Indah
mawar kembang bersemi , izinkan saya mengundur diri Dengan lafaz yang mulia
Wabillahi Taufiq wal hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai