Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT TUNGGAL

21200 KUALA TERENGGANU

KERTAS KERJA KEM TEKNIK MENJAWAB


PENDIDIKAN ISLAM
SPM 2016

TARIKH:
7 MEI 2016
(SABTU)

TEMPAT:
DEWAN AL ARIF,SMK BUKIT TUNGGAL

ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

KERTAS KERJA KEM TEKNIK MENJAWAB SPM 2016


1.0

PENDAHULUAN

Program yang disusun dengan teliti dan terancang perlu diadakan untuk menjamin
peningkatan tahap akademik pelajar dan seterusnya berupaya mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam peperiksaan. Selain proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku
dalam kelas seharian, satu bentuk program secara intensif dijangka dapat membawa
perubahan kepada pelajar dan berupaya menangani pelbagai masalah dalam mengejar
kecemerlangan. Justeru itu, Panatia Pendidikan Islam SMK Bukit Tunggal telah bersepakat
untuk mengadakan satu kem/kursus
dengan harapan usaha murni ini mampu
merealisasikan impian pelajar dan sekolah selama ini.
2.0

RASIONAL

Dalam usaha untuk mencapai pencapaian terbaik dalam peperiksaan SPM 2016,
satu program telah dibentuk untuk membimbing pelajar secara intensif dengan mengubah
suasana belajar secara rutin di dalam kelas kepada pembelajaran secara berkumpulan.
Program ini dijangka dapat menimbulkan semangat dan daya saing yang tinggi dalam
kalangan pelajar. Di samping itu, para pelajar berpeluang untuk mendekati guru mata
pelajaran masing-masing untuk membantu
mengatasi kelemahan dan melakukan
penambahbaikan dalam menyusun atur strategi bagi mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan.

3.0

OBJEKTIF

1.

Persediaan menghadapi PPT SPM 2016

2.

Mendedahkan kaedah pembelajaran yang lebih sistematik.

3.

Menyuntik kesedaran tentang peperiksaan yang akan di lalui oleh pelajar.

4.

Membangkitkan semangat dan motivasi dalam diri pelajar untuk berjaya dalam
peperiksaan.

5.

Meyakinkan diri pelajar bahawa mereka berupaya untuk mencapai markah yang
lebih baik dalam peperiksaan.

4.0

SASARAN
Semua calon Pendidikan Islam SPM 2016

5.0

TARIKH
7 Mei 2016 (Sabtu)

6.0

TEMPAT
Dewan Al Arif, SMK Bukit Tunggal

7.0

JAWATANKUASA KEM
Penasihat

: Tuan Hj Ismail bin Kusri


Pengetua SMK Bukit Tunggal

Pengerusi

: En. Mohd Talib bin Abdul Wahab


Penolong Kanan Pentadbiran

Pengarah Program

: Ustaz Hj Khuzaimi bin Yusof


GKMP Kemanusiaan

Setiausaha

: Pn.Norhafiza bt Mustafa
Ketua Panatia Pendidikan Islam

Bendahari

8.0

: Pn.Hajah Zainab bt Ab.Rahman

METODOLOGI
8.1

Seminar teknik menjawab

8.2

Bengkel

9.0

ANGGARAN BELANJAWAN

9.1 PERBELANJAAN:
Makan /Minum/(pelajar)

RM 3 x 220 orang

RM 660.00

Alat Tulis/bahan

RM 2 x 220 orang

RM 440.00

Jumlah keseluruhan

RM1100.00

9.2 SUMBER KEWANGAN:


Panatia Pendidikan Islam

10.0

PENUTUP

Kertas kerja ini merupakan satu cadangan dalam usaha mengajar, mendidik dan
membimbing para pelajar. Namun demikian,perancangan ini akan terbantut dan berkubur
seandainya pihak yang terlibat tidak memberi perhatian yang sewajarnya serta komitmen
yang menyeluruh. Pihak penganjur perlu optimis dengan jangkaan hasil tetapi tidak boleh
dinilai dalam masa yang terlalu singkat kerana menjana manusia bukanlah tugas yang
mudah dan hasilnya tidak pula 100% semerta. Keikhlasan tehadap tanggungjawab juga
menjadi faktor kejayaan sesuatu aktiviti termasuklah program ini . Semua pihak terlibat perlu
mempunyai keyakinan yang tinggi di samping tatacara kerja yang sistematik. Sokongan dan
kerjasama dengan penuh keikhlasan diharap akan membuahkan hasil yang membanggakan
anak didik dan ibu bapa , pihak sekolah dan komuniti sekitarnya.

Disediakan oleh:

Diluluskan oleh,

.
( Norhafiza bt Mustafa)
Ketua Panatia Pendidikan Islam
SMK Bukit Tunggal

(Hj Ismail bin Kusri)


Pengetua
SMK Bukit Tunggal

Anda mungkin juga menyukai