Anda di halaman 1dari 4

MAN DAN TAQWA PENCETUS UMMAH GEMILANG

Assalamualaikum wrt….salam integriti pembuka bicara

‫بِس ِْم هللاِ الرَّحْ َم ِن ال َّر ِحي ِْم‬

‫م َعلَى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه‬3ُ َ‫صالَة ُ َوال َّسال‬ َّ ‫ َوال َعاقِ َبة ل ِْل ُم َّتقِي َْن َوال‬, ‫هلل َربِّ ال َعالَ ِمي َْن‬
ِ ‫اَ ْل َحمْ ُد‬
َ‫َوَأصْ َحابِ ِه َأجْ َم ِع ْين‬
Yang dimuliakan saudara pengacara majlis, barisan panel hakim yang
menjunjung panji keadilan, penjaga masa yang setia dengan masanya, seterusnya warga dewan yang
.dirahmati Allah

Tampilnya saya di pentas ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang


bertajuk ‘IMAN DAN TAQWA PENCETUS UMMAH GEMILANG’. Terlebih dahulu izinkan saya
.mendefinisikan satu persatu tajuk syarahan saya pada pagi ini

Perkataan iman bermakna mengaku dengan lidah, membenarkan di dalam hati dan mengamalkan
segala perintah Allah

Taqwa pula membawa maksud mengawal diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah
dengan mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan larangannya.

Frasa “Pencetus Ummah Gemilang” adalah merujuk kepada ummat Islam yang bermutu dan
cemerlang.

Wacana fikrah pertama "Insan Beriman Dan Bertakwa Teras Masyarakat Gemilang

Hadhirin-hadhirat, pengabdian diri dengan sepenuh hati terhadap segala perintah Allah sudah tentu
bertitik tolak daripada keimanan yang utuh, kemudian dipancarkan melalui kesungguhan amalan
melahirkan ummah cemerlang bertepatan dengan penegasan Allah dalam Surah al-Mu'minun ayat 1 :

  
1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman,

Keimanan dan ketakwaan yang teguh inilah penyelamat Bilal bin Rabah daripada lembah kekufuran
biarpun diazab penuh dahsyat oleh tuannya. Iman yang mantap dan teguh inilah yang memperkasakan
jatidiri ummah dan menyelamatkan mereka daripada gejala negatif seperti penagihan dadah,
pelacuran serta pergaulan bebas.Statistik dadah kebangsaan 2004 menunjukkan 90% penagih terdiri
daripada remaja muslim. Nah! terbuktilah iman dan takwa teras masyarakat cemerlang memacu
kecemerlangan ummah.

Wacana fikrah kedua " Insan Berakhlak MuliaTeras Ummah yang gemilang’

Ini amat bertepatan dengan motif utama pengutusan Rasulullah ke muka bumi demi memurnikan
akhlak manusia sebagaimana Sabda Baginda :
( ‫ األخالق‬3‫) إنما بعثت ألتمم مكارم‬

Ertinya: Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia

Terpancarlah keutuhan akhlak dan sahsiah terpuji Rasulullah melalui karektor beliau sebagai seorang
pemimpin negara yang beretika, seorang sahabat yang prihatin serta ketua keluarga yang penyayang.
Imbau sahaja keindahan akhlak Rasulullah dengan pemuda Yahudi yang kencing di dalam Masjid
Nabawi, Baginda tidak memarahi pemuda tersebut bahkan baginda sendiri membasuhnya
menyebabkan pemuda tadi memeluk Islam di hadapan Baginda. Lihatlah hari ini lantaran kerapuhan
akhlak, remaja kita dirobek rakus oleh budaya punk , black metal memuja syaitan serta vandalisme
meranapkan harta benda awam. Ternyata akhlak mulia tonggak ummah gemilang.

Wacana Fikrah ketiga "Insan Beramanah Dan Jujur Teras Ummah Gemilang ".

Dengan ketakwaan yang tinggi akan melahirkan rasa muraqabah Allah dalam segenap urusan hidup
lantas tertegaklah konsep Al ihsan:

( ‫) أن تعبد هللا كأنك تراه وإن لم تكن تراه فإنه يراك‬

Yang bermaksud: Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatnya, jika kamu tidak
melihatnya, sesungguhnya dia melihat kamu.

Imbau sahaja betapa jujur dan amanahnya seorang pemimpin bergelar Omar Abdul Aziz , yang
sanggup bergelap bila membicarakan urusan keluarga kerana tidak mahu menggunakan harta
kerajaan. Bilamana menyuburnya benih amanah dalam jiwa ummah maka lahirlah insan yang jujur
kepada Allah, diri sendiri dan orang lain sekaligus terhindar daripada segala unsur penipuan,
penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Ingatlah, tanpa jujur dan amanah hancurlah ummah.
Konklusinya, tidak tertegak rumah tanpa tiang, tidak tertegak agama tanpa iman, dan tidak tertegak
ummah gemilang tanpa peribadi unggul.Justeru hiasi diri dengan senyuman, hiasi masyarakat  dengan
peribadi unggul, pasti cerialah hidup.

Meniti wacana fikrah saya yang keempat : ketinggian akidah nucleus solidarity dan
perpaduan ummah

Tema ukhuwwah dan perpaduan bukanlah satu isu lapuk yang dibiarkan diatas lantai sejarah,
bahkan islam telah menobatnya mengisi tampuk keutamaan dan menjadi prinsip asas islam.
Kerana itulah Allah menyeru umat islam agar terus mempertahankan kesatuan
 ummah yang ada sebagaimana firmannya dalam surah al hujurat ayat
 
10. Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua
saudara kamu (yang bertelingkah) itu;
Lihatlah betapa damai dan utuhnya perpaduan ini andai dibina atas paksi akidah yang jelas.
Marilah kita menyorot generasi awal para sahabat yang mendapat asuhan langsung dari rasul
tercinta, berkumpul dibawah bumbung masjid nabawi dengan penug integrasi tanpa ada
sekelumit rasa perbezaan taraf dan warna kulit. Beitulah kekuatan madinah yang
dipersaudarakan nabi dalam elemen pembentukan kota bercahaya ini dan kiaskan lah
bagaimana negara kita cuba mempraktikkannya dalam penubuhan sekolah wawasan yang
berkongsi misi dan usaha untuk terus gemilang bersama perpaduan dan keamanan.

Tuntasnya integrasi nasional berpaksikan agama teras kegemilangan ummah.

Menuntun bicara hujah saya yang kelima ; keagungan akidah pencetus semangat jihad dan
pengorbanan.

Dengarlah ayat 41 surah at-Taubah

41. Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan
ringan  ataupun Dengan keadaan berat; dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan
Allah

ayat ini secara jelas merupakan satu slogan bagaimana kejayaan umat islam kini
dieksprementasikan melalui usaha dan jihad yang berterusan dalam semua lapangan samada
ekonomi, kesihatan, pembangunan mahupun ketenteraan. Dan bagaimana umat terdahulu
persis saidina khalid alwalid dan solahuddin al ayubi mampu menjadi penakluk dunia dan
benteng terampuh menjaga keselamatan agama. Juga persis Abdrahman bin auf melancarkan
jihad ekonomi dalam memecahkan monopoli ekonomi kapitalis yahudi penjajah di madinah
14 dekad yang lalu.

ironinya kekuatan jihad merupakan aspirasi ummah dan daulah berwibawa.

Wacana fikrah keenam “Insan Berdaya Saing Teras Ummah Gemilang “

Kepercayaan yang teguh terhadap Qadha’ dan Qadar mencetuskan muslim yang gigih berusaha,
berdaya saing serta tidak menyalahkan takdir semata-mata menjadikan mereka berdiri sama tinggi,
duduk sama sebaris dengan bangsa lain. Keazaman membara serta keyakinan yang tinggi kepada
Allah menjadi kunci kejayaan Datin Paduka Mazlina ,wanita pertama di dunia belayar secara solo di
Benua Antartika ,namanya gah terukir dipersada dunia. Ini bertepatan dengan seruan Allah:

( ‫ ) فاستبقوا الخيرات‬Ertinya: Dan berlumba-lumbalah kamu melakukan kebaikan


Sebagai contoh, imbau masa lampau, lantaran suburnya sifat berdaya saing serta berlumba-lumba
dalam penerokaan ilmu muncullah nama besar seperti Ibnu Sina perintis ilmu matematik, al
Khawarizmi perintis ilmu astronomi serta Ibnu Batuta ahli pelayaran tekemuka. Nama mereka meniti
dibibir sepanjang zaman.Justeru, marilah kita suburkan sifat juang serta daya saing yang tinggi untuk
kita berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain.

Konklusi dari hujahan saya tadi, ummah yang gemilang perlu menrealisasikan gagasan islamisasi
ilmu dan pemikiran islam mereka kepada ketamadunan dan peradaban ulung berteraskan iman an
taqwa dan paradigma yang dibawa oleh alquran dan sunnah.
Akhirnya :
Indah mawar kembang bersemi , izinkan saya mengundur diri
Dengan lafaz yang mulia

”Wabillahi Taufiq wal hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”

Anda mungkin juga menyukai