Anda di halaman 1dari 5

IMAN DAN TAQWA PENCETUS UMMAH GEMILANG

Assalamualaikum wrt….salam integriti pembuka bicara ‫الر ِحي ِْم‬ َّ ‫الرحْ َم ِن‬ َّ ِ‫بِس ِْم هللا‬
‫سالَ ُم َعلَى َس ِيّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آ ِل ِه‬ َّ ‫ َوال‬  َ‫ َوالعَاقِبَة ِل ْل ُمت َّ ِقيْن‬ ,  َ‫ا َ ْل َح ْمدُ هللِ َربّ ِ العَالَ ِميْن‬
َّ ‫صالَة َُوال‬
َ‫َأجْ َم ِعيْن‬ ‫ص َحابِ ِه‬
ْ ‫َوَأ‬

Yang dimuliakan saudara pengacara majlis, barisan panel hakim yang


menjunjung panji keadilan, penjaga masa yang setia dengan masanya,
seterusnya warga dewan yang dirahmati Allah. Tampilnya saya di pentas ini
adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘IMAN DAN TAQWA
PENCETUS UMMAH GEMILANG’.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Terlebih dahulu izinkan saya mendefinisikan satu persatu tajuk syarahan saya
pada pagi ini. Perkataan iman bermakna mengaku dengan lidah, membenarkan
di dalam hati dan mengamalkan segala perintah AllahTaqwa pula membawa
maksud mengawal diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah
dengan mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan larangannya. Frasa
“Pencetus Ummah Gemilang” adalah merujuk kepada ummat Islam yang
bermutu dan cemerlang.
Tuan-tuan dan puan-puan,

Pragmatik pertama "Insan Beriman Dan Bertakwa Teras Masyarakat


Gemilang

Hadhirin-hadhirat, pengabdian diri dengan sepenuh hati terhadap segala


perintah Allah sudah tentu bertitik tolak daripada keimanan yang utuh,
kemudian dipancarkan melalui kesungguhan amalan melahirkan ummah
cemerlang bertepatan dengan penegasan Allah dalam Surah al-Mu'minun ayat 1
yang membawa maksud ”Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang
beriman”.

Hakikatnya, keimanan dan ketakwaan yang teguh inilah penyelamat Bilal bin
Rabah daripada lembah kekufuran biarpun diazab penuh dahsyat oleh tuannya.
Iman yang mantap dan teguh inilah yang memperkasa jati diri ummah dan
menyelamatkan mereka daripada gejala negatif seperti penagihan dadah,
pelacuran serta pergaulan bebas.Statistik dadah kebangsaan 2019 menunjukkan
90% penagih terdiri daripada remaja muslim. Nah! terbuktilah iman dan takwa
teras masyarakat cemerlang memacu kecemerlangan ummah.
Warga maya sekalian,
Pragmatik kedua " Insan Berakhlak Mulia Teras Ummah yang gemilang’

Pragmatik ini amat bertepatan dengan tujuan utama pengutusan Rasulullah ke


muka bumi demi memurnikan akhlak manusia sebagaimana Sabda Baginda:
Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia

Realitinya, terpancarlah keutuhan akhlak dan sahsiah terpuji Rasulullah melalui


karaktor beliau sebagai seorang pemimpin negara yang beretika, seorang
sahabat yang prihatin serta ketua keluarga yang penyayang. Imbau sahaja
keindahan akhlak Rasulullah dengan pemuda Yahudi yang kencing di dalam
Masjid Nabawi, Baginda tidak memarahi pemuda tersebut bahkan baginda
sendiri membasuhnya menyebabkan pemuda tadi memeluk Islam di hadapan
Baginda. Lihatlah hari ini lantaran kerapuhan akhlak, remaja kita dirobek rakus
oleh budaya punk , black metal memuja syaitan serta vandalisme meranapkan
harta benda awam. Ternyata akhlak mulia tonggak ummah gemilang.
Tuan-tuan dan puan-puan,

Pragmatik ketiga "Insan Beramanah Dan Jujur Teras Ummah Gemilang".

Dengan ketakwaan yang tinggi akan melahirkan rasa muraqabah Allah dalam
segenap urusan hidup lantas tertegaklah konsep Al ihsan yang menekankan
“Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatnya, jika kamu tidak
melihatnya, sesungguhnya dia melihat kamu”

Imbau sahaja betapa jujur dan amanahnya seorang pemimpin bergelar Omar
Abdul Aziz , yang sanggup bergelap bila membicarakan urusan keluarga kerana
tidak mahu menggunakan harta kerajaan. Bilamana menyuburnya benih amanah
dalam jiwa ummah maka lahirlah insan yang jujur kepada Allah, diri sendiri
dan orang lain sekaligus terhindar daripada segala unsur penipuan,
penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Ingatlah, tanpa jujur dan amanah hancurlah
ummah.

Rangkumannya, tidak tertegak rumah tanpa tiang, tidak tertegak agama tanpa
iman, dan tidak tertegak ummah gemilang tanpa peribadi unggul.Justeru hiasi
diri dengan senyuman, hiasi masyarakat  dengan peribadi unggul, pasti cerialah
hidup.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Pragmatik saya yang keempat :Ketinggian Akidah Nukleus Solidariti Dan
Perpaduan Ummah

Tema ukhuwwah dan perpaduan bukanlah satu isu lapuk yang dibiarkan diatas
lantai sejarah, bahkan islam telah menobatnya mengisi tampuk keutamaan dan
menjadi prinsip asas islam. Kerana itulah Allah menyeru umat islam agar terus
mempertahankan kesatuan ummah yang ada sebagaimana firmannya dalam
surah al hujurat ayat 10 yang membawa maksud, sebenarnya orang-orang Yang
beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu
(yang bertelingkah) itu;

Lihatlah betapa damai dan utuhnya perpaduan ini andai dibina atas paksi akidah
yang jelas. Marilah kita menyorot generasi awal para sahabat yang mendapat
asuhan langsung dari rasul tercinta, berkumpul dibawah bumbung masjid
nabawi dengan penug integrasi tanpa ada sekelumit rasa perbezaan taraf dan
warna kulit. Beitulah kekuatan madinah yang dipersaudarakan nabi dalam
elemen pembentukan kota bercahaya ini dan kiaskan lah bagaimana negara kita
cuba mempraktikkannya dalam penubuhan sekolah wawasan yang berkongsi
misi dan usaha untuk terus gemilang bersama perpaduan dan keamanan.

Kesimpulannya, kesemua hujah saya membawa mesej yang sama, yakni,


sesungguhnya Iman dan Taqwa pencetus umah gemilang. Akhir kata,
”Wabillahi Taufiq wal hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh”. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai