Anda di halaman 1dari 5

IMAN DAN TAQWA ASAS KEJAYAAN

Assalam qablal kalam,salam itu datangnya sebelum kalam



, ,

Terima kasih tuan bentara bicara,yang saya hormati barisan saf
kehakiman,yang arif berpaksikan tunjang tunjang
keadilan.Penjaga masa yang sentiasa setia dengan
randiknya,seterusnya warga dewan yang saya hormati
sekalian.
Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan syarahan
islamik yang
bermauduk IMAN DAN TAQWA ASAS KEJAYAAN. Terlebih dahulu
izinkan
saya mendefinisikan satu persatu tajuk syarahan saya pada
hari ini.
Perkataan iman bermakna mengaku dengan lidah,
membenarkan di dalam
hati dan mengamalkan segala perintah Allah. Taqwa pula
membawa
maksud mengawal diri daripada melakukan perkara yang
dimurkai Allah
dengan mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan
larangannya.
Asas Kejayaan adalah merujuk kepada kunci dan rahsia
menjadi insan
yang bermutu dan cemerlang di dunia serta akhirat.
Hadirin dan hadirat,
Pengabdian diri dengan sepenuh hati terhadap segala perintah
Allah sudah
tentu bertitik tolak daripada keimanan yang utuh, kemudian
dipancarkan
melalui kesungguhan amalan melahirkan insan cemerlang
bertepatan
dengan firman Allah dalam Surah al-Mu'minun ayat 1 :


1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman,
Keimanan dan ketakwaan yang teguh inilah penyelamat Bilal
bin Rabah
daripada lembah kekufuran biarpun diazab penuh dahsyat oleh
tuannya.
Iman yang mantap dan teguh inilah yang memperkasakan
jatidiri ummah
dan menyelamatkan mereka daripada gejala negatif seperti
penagihan
dadah dan pergaulan bebas. Statistik dadah kebangsaan 2004
menunjukkan 90% penagih terdiri daripada remaja muslim.
Nah! terbuktilah
iman dan takwa teras masyarakat cemerlang memacu
kecemerlangan

ummah.
Sabda Rasulullah S.A.W :

Ertinya: Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan
akhlak yang
mulia
Terpancarlah keutuhan akhlak dan sahsiah terpuji Rasulullah
melalui
karektor beliau sebagai seorang pemimpin negara yang beretika,
seorang
sahabat yang prihatin serta ketua keluarga yang penyayang.
Imbau sahaja
keindahan akhlak Rasulullah dengan pemuda Yahudi yang kencing
di
dalam Masjid Nabawi, Baginda tidak memarahi pemuda tersebut
bahkan
baginda sendiri membasuhnya menyebabkan pemuda tadi
memeluk Islam

di hadapan Baginda. Lihatlah hari ini lantaran kerapuhan akhlak,


remaja
kita dirobek rakus oleh budaya punk , black metal memuja
syaitan serta
vandalisme meranapkan harta benda awam. Ternyata akhlak
mulia
tonggak kejayaan insan.
Sidang hadirin yang dimuliakan Allah sekalian,
Dengan ketakwaan yang tinggi akan melahirkan rasa muraqabah
Allah
dalam segenap urusan hidup lantas tertegaklah konsep Al ihsan:

Yang bermaksud: Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu
melihatnya,
jika kamu tidak melihatnya, sesungguhnya dia melihat kamu.
Imbau sahaja betapa jujur dan amanahnya seorang pemimpin
bergelar
Omar Abdul Aziz , yang sanggup bergelap bila membicarakan
urusan
keluarga kerana tidak mahu menggunakan harta kerajaan.
Bilamana
menyuburnya benih amanah dalam jiwa ummah maka lahirlah
insan yang
jujur kepada Allah, diri sendiri dan orang lain sekaligus terhindar
daripada
segala unsur penipuan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
Ingatlah,
tanpa jujur dan amanah hancurlah ummah.
Konklusinya, tidak tertegak rumah tanpa tiang, tidak tertegak
agama tanpa
iman, dan tidak tertegak ummah gemilang tanpa peribadi
unggul.Justeru
hiasi diri dengan senyuman, hiasi masyarakat dengan peribadi
unggul,
pasti cerialah hidup.

Menuntun bicara hujah saya yang seterusnya ialah keagungan


akidah pencetus semangat jihad dan pengorbanan.
Dengarlah maksud firman Allah pada ayat 41 surah at-Taubah :
41. Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan
Allah), sama
ada Dengan keadaan ringan ataupun Dengan keadaan berat; dan
berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah
Ayat ini secara jelas merupakan satu slogan bagaimana kejayaan
umat
islam kini dieksprementasikan melalui usaha dan jihad yang
berterusan
dalam semua lapangan samada ekonomi, kesihatan,
pembangunan
mahupun ketenteraan. Dan bagaimana umat terdahulu persis
saidina
khalid alwalid dan solahuddin al ayubi mampu menjadi penakluk
dunia dan
benteng terampuh menjaga keselamatan agama. Juga persis
Abdrahman
bin auf melancarkan jihad ekonomi dalam memecahkan monopoli
ekonomi
kapitalis yahudi penjajah di madinah 14 dekad yang lalu. Jadi..
manakan
mungkin ini dapat direalisasikan tanpa keimanan dan ketaqwaan
yang
tinggi di sematkan dalam diri kita untuk mendapat kejayaan di
dunia dan
juga di akhirat kelak.
Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama pada hari ini, mulai
saat ini
beriltizam dalam diri kita, memperkukuhkan keimanan dan
ketaqwaan kita
kepada Allah S.W.T sebagai asas kepada kejayaan kita kepada
agama,
bangsa dan Negara yang kita cintai.

Akhirnya :
Indah mawar kembang bersemi , izinkan saya mengundur diri
Dengan lafaz yang mulia
Wabillahi Taufiq wal hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai