Anda di halaman 1dari 4

IMAN DAN TAQWA PENCETUS UMMAH GEMILANG

Assalamualaikum wrt.salam integriti pembuka bicara



Yang dimuliakan saudara pengacara majlis, barisan panel hakim yang
menjunjung panji keadilan, penjaga masa yang setia dengan masanya, seterusnya warga
dewan yang dirahmati Allah.

Tampilnya saya di pentas ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang
bertajuk IMAN DAN TAQWA PENCETUS UMMAH GEMILANG. Terlebih dahulu
izinkan saya mendefinisikan satu persatu tajuk syarahan saya pada pagi ini.

Perkataan iman bermakna mengaku dengan lidah, membenarkan di dalam hati dan
mengamalkan segala perintah Allah.

Taqwa pula membawa maksud mengawal diri daripada melakukan perkara yang dimurkai
Allah dengan mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan larangannya.

Frasa Pencetus Ummah Gemilang adalah merujuk kepada ummat Islam yang bermutu dan
cemerlang.




Wacana fikrah pertama "Insan Beriman Dan Bertakwa Teras Masyarakat
Gemilang

Hadhirin-hadhirat, pengabdian diri dengan sepenuh hati terhadap segala perintah Allah sudah
tentu bertitik tolak daripada keimanan yang utuh, kemudian dipancarkan melalui
kesungguhan amalan melahirkan ummah cemerlang bertepatan dengan penegasan Allah
dalam Surah al-Mu'minun ayat 1 :


1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman,

Keimanan dan ketakwaan yang teguh inilah penyelamat Bilal bin Rabah daripada lembah
kekufuran biarpun diazab penuh dahsyat oleh tuannya. Iman yang mantap dan teguh inilah
yang memperkasakan jatidiri ummah dan menyelamatkan mereka daripada gejala negatif
seperti penagihan dadah, pelacuran serta pergaulan bebas.Statistik dadah kebangsaan 2004
menunjukkan 90% penagih terdiri daripada remaja muslim. Nah! terbuktilah iman dan takwa
teras masyarakat cemerlang memacu kecemerlangan ummah.






Wacana fikrah kedua " Insan Berakhlak MuliaTeras Ummah yang
gemilang

Ini amat bertepatan dengan motif utama pengutusan Rasulullah ke muka bumi demi
memurnikan akhlak manusia sebagaimana Sabda Baginda :
( )
Ertinya: Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia

Terpancarlah keutuhan akhlak dan sahsiah terpuji Rasulullah melalui karektor beliau sebagai
seorang pemimpin negara yang beretika, seorang sahabat yang prihatin serta ketua keluarga
yang penyayang. Imbau sahaja keindahan akhlak Rasulullah dengan pemuda Yahudi yang
kencing di dalam Masjid Nabawi, Baginda tidak memarahi pemuda tersebut bahkan baginda
sendiri membasuhnya menyebabkan pemuda tadi memeluk Islam di hadapan Baginda.
Lihatlah hari ini lantaran kerapuhan akhlak, remaja kita dirobek rakus oleh budaya punk ,
black metal memuja syaitan serta vandalisme meranapkan harta benda awam. Ternyata
akhlak mulia tonggak ummah gemilang.





Wacana Fikrah ketiga "Insan Beramanah Dan Jujur Teras Ummah
Gemilang ".

Dengan ketakwaan yang tinggi akan melahirkan rasa muraqabah Allah dalam segenap urusan
hidup lantas tertegaklah konsep Al ihsan:

( )
Yang bermaksud: Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatnya, jika kamu tidak
melihatnya, sesungguhnya dia melihat kamu.

Imbau sahaja betapa jujur dan amanahnya seorang pemimpin bergelar Omar Abdul Aziz ,
yang sanggup bergelap bila membicarakan urusan keluarga kerana tidak mahu menggunakan
harta kerajaan. Bilamana menyuburnya benih amanah dalam jiwa ummah maka lahirlah insan
yang jujur kepada Allah, diri sendiri dan orang lain sekaligus terhindar daripada segala unsur
penipuan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Ingatlah, tanpa jujur dan amanah hancurlah
ummah.

Konklusinya, tidak tertegak rumah tanpa tiang, tidak tertegak agama tanpa iman, dan tidak
tertegak ummah gemilang tanpa peribadi unggul.Justeru hiasi diri dengan senyuman, hiasi
masyarakat dengan peribadi unggul, pasti cerialah hidup.





Meniti wacana fikrah saya yang keempat : ketinggian akidah nucleus
solidarity dan perpaduan ummah

Tema ukhuwwah dan perpaduan bukanlah satu isu lapuk yang dibiarkan diatas lantai sejarah,
bahkan islam telah menobatnya mengisi tampuk keutamaan dan menjadi prinsip asas islam.
Kerana itulah Allah menyeru umat islam agar terus mempertahankan kesatuan
ummah yang ada sebagaimana firmannya dalam surah al hujurat ayat 10.

Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara
dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu;


Lihatlah betapa damai dan utuhnya perpaduan ini andai dibina atas paksi akidah yang jelas.
Marilah kita menyorot generasi awal para sahabat yang mendapat asuhan langsung dari rasul
tercinta, berkumpul dibawah bumbung masjid nabawi dengan penug integrasi tanpa ada
sekelumit rasa perbezaan taraf dan warna kulit. Beitulah kekuatan madinah yang
dipersaudarakan nabi dalam elemen pembentukan kota bercahaya ini dan kiaskan lah
bagaimana negara kita cuba mempraktikkannya dalam penubuhan sekolah wawasan yang
berkongsi misi dan usaha untuk terus gemilang bersama perpaduan dan keamanan.

Tuntasnya integrasi nasional berpaksikan agama teras kegemilangan ummah.





Menuntun bicara hujah saya yang kelima ; keagungan akidah pencetus
semangat jihad dan pengorbanan.

Dengarlah ayat 41 surah at-Taubah

41. Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan
keadaan ringan ataupun Dengan keadaan berat; dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa
kamu pada jalan Allah

ayat ini secara jelas merupakan satu slogan bagaimana kejayaan umat islam kini
dieksprementasikan melalui usaha dan jihad yang berterusan dalam semua lapangan samada
ekonomi, kesihatan, pembangunan mahupun ketenteraan. Dan bagaimana umat terdahulu
persis saidina khalid alwalid dan solahuddin al ayubi mampu menjadi penakluk dunia dan
benteng terampuh menjaga keselamatan agama. Juga persis Abdrahman bin auf melancarkan
jihad ekonomi dalam memecahkan monopoli ekonomi kapitalis yahudi penjajah di madinah
14 dekad yang lalu.

ironinya kekuatan jihad merupakan aspirasi ummah dan daulah berwibawa.





Wacana fikrah keenam Insan Berdaya Saing Teras Ummah Gemilang

Kepercayaan yang teguh terhadap Qadha dan Qadar mencetuskan muslim yang gigih
berusaha, berdaya saing serta tidak menyalahkan takdir semata-mata menjadikan mereka
berdiri sama tinggi, duduk sama sebaris dengan bangsa lain. Keazaman membara serta
keyakinan yang tinggi kepada Allah menjadi kunci kejayaan Datin Paduka Mazlina ,wanita
pertama di dunia belayar secara solo di Benua Antartika ,namanya gah terukir dipersada
dunia. Ini bertepatan dengan seruan Allah:

( ) Ertinya: Dan berlumba-lumbalah kamu melakukan
kebaikan

Sebagai contoh, imbau masa lampau, lantaran suburnya sifat berdaya saing serta berlumba-
lumba dalam penerokaan ilmu muncullah nama besar seperti Ibnu Sina perintis ilmu
matematik, al Khawarizmi perintis ilmu astronomi serta Ibnu Batuta ahli pelayaran tekemuka.
Nama mereka meniti dibibir sepanjang zaman.Justeru, marilah kita suburkan sifat juang serta
daya saing yang tinggi untuk kita berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain.

Konklusi dari hujahan saya tadi, ummah yang gemilang perlu menrealisasikan gagasan
islamisasi ilmu dan pemikiran islam mereka kepada ketamadunan dan peradaban ulung
berteraskan iman an taqwa dan paradigma yang dibawa oleh alquran dan sunnah.

Akhirnya :
Indah mawar kembang bersemi , izinkan saya mengundur diri
Dengan lafaz yang mulia

Wabillahi Taufiq wal hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai