Anda di halaman 1dari 3

MENELADANI TOKOH ISLAM

KETOKOHAN PENGGERAK ISLAM, MODEL GENERASI UNGGUL


Cetusan barakah buat saudara pengerusi majlis, kombinasi kehakiman yang sentiasa
berpegang dengan panji keadilan, penjaga masa yang setia menjunjung prinsip Surah Al-Asr
dan para pendidik berintelektual yang saya hormati serta para generasi pendukung wawasan
ummah.

Bismillahirahmanirahim sebagai pembuka bicara, Assalammualaikum Warahmatullahi


Wabarakatu dan salam pencetus generasi ummah.

Sebelum bibir menyusun kata, Sebelum suara menjulang hujah izinkan saya memandu
anda dalam meneroka minda, membuka mata di bawah mauduk bicara saya iaitu “Ketokohan
Penggerak Islam, Model Generasi Unggul”

Secara konseptualnya, frasa ini membawa maksud akan keberanian dan ketokohan
yang ada pada para penggerak Islam yang berjuang dalam mempertegakkan Islam sehingga
ke hari ini. Usaha mereka dalam pelbagai aspek telah menjadikan mereka model terbaik
untuk dicontohi oleh para pemuda dan pemudi negara yang bakal memegang tampuk negara.
Sepertimana indahnya firman Allah Ta’ala dalam Surah Ali Imran: 110

‫ُك ْنُتْم َخ ْيَر ُاَّم ٍة ُاْخ ِر َج ْت ِللَّناِس َت ْأُمُر ْو َن ِب اْلَم ْع ُر ْو ِف َو َتْنَه ْو َن َعِن اْلُم ْنَك ِر َو ُتْؤ ِم ُنْو َن‬
‫ِبالّٰل ِهۗ َو َلْو ٰاَمَن َاْه ُل اْلِكٰت ِب َلَك اَن َخ ْيًر ا َّلُه ْم ۗ ِم ْنُه ُم اْلُم ْؤ ِم ُنْو َن َو َاْك َثُر ُه ُم اْلٰف ِس ُقْو َن‬
Maksudnya: Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,
(karena kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan
beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di
antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik.

Berpaksikan warga dewan yang berobligasi,

Wacana fikrah saya yang pertama ialah “Kesetiaan Ummul Mukminin, Model
Generasi Unggul”. Dengan ini, saya ingin mengajak anda semua, tidak kira kaum lelaki dan
kaum wanita untuk sama-sama menyelusuri kisah kehidupan seorang wanita yang
kehidupannya banyak dijadikan sebagai tulang belakang pendokong seorang lelaki.

Saidatina Khadijah binti Khuwailid merupakan wanita pertama memeluk Islam yang
paling dikasihi oleh Rasulullah. Setianya Khadijah saat Rasulullah pergi mengasingkan diri
di Gua Hira’, Saidatina Khadijah sanggup menyediakan makanan kepada baginda. Malah,
ketika Rasulullah pulang dalam ketakutan setelah didatangi Malaikat Jibril alaihi salam.
Saidatina Khadijah menenangkan Rasulullah SAW dengan menyelimut baginda.

Wahai saudara,

Contohilah kesetiaan Saidatina Khadijah. Beliau banyak membantu dan


memperteguhkan tekad Rasulullah SAW melaksanakan risalah dakwah. Beliau sentiasa
berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan yang
dialami oleh suaminya dalam menjalankan tugas dakwah. Inilah keistimewaan dan
keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam.

Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Khadijah bukan sekadar menghasilkan
kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah SAW, bahkan telah menjadi
satu contoh buat pemuda masa kini. Oleh hal yang demikian, sebagai pendukung generasi
ummah kesetiaan kepada sebuah negara yang bernama Malaysia perlulah diutamakan agak
memastikan Malaysia berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Oleh itu kita sama-
sama dapat membuktikan Kesetiaan Ummu Mukminin adalah Model Generasi Unggul.

Hadirin penjana minda berwawasan,


Wacana fikrah saya yang ketiga di bawah lembayung kata “Keluasan Ilmu Ali b. Abi
Talib, Model Generasi Unggul” Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Pepatah ini
adalah bertepatan dengan didikan yang telah diberi oleh Nabi Muhammad kepada Ali b. Abi
Talib semenjak beliau kecil lagi. Oleh yang demikian, beliau merupakan antara sahabat yang
memiliki ketinggian ilmu sehingga dilantik menjadi penulis wahyu.

Nik Nur Madihah seorang pelajar cemerlang SPM 2008 pasti telah mencontohi
Saidina Ali Karamallahu wajhah ini dalam kesungguhan menuntut ilmu selaras dengan hadis
yang diriwayatkan oleh Bukhari,

‫مسلم كل على فريضة العلم طلب‬

Maksudnya : Menuntut ilmu itu wajib kepada setiap orang Islam ( lelaki atau perempuan )
Maka, jelaslah bahawa Keluasan Ilmu Ali b. Abi Talib Model Generasi Unggul.

Sidang hormat yang cakna, ,


Wacana fikrah saya yang terakhir ialah “ Wawasan Akhirat Khalid al-Walid, Model
Insan Bestari”.Matlamat akhir bagi setiap umat Islam adalah untuk mendapat kebahagiaan di
akhirat dan inilah wawasan Khalid al-Walid, sahabat Rasulullah yang mendapat gelaran
pedang Allah. Beliau sangat bercita-cita untuk mati syahid di medan peperangan dan
sikapnya sangat positif dalam menghadapi setiap rintangan perjuangan.
Walaubagaimanapun, impian tersebut tidak tercapai kerana perancangan Allah mengatasi
segalanya. Seprertimana Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 54:

Maksudnya: Mereka merancang, sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang

Khalid telah meninggal dunia di atas katil. Demikianlah kekuasaan Allah dan manusia
akan kembali kepada-Nya sesuai dengan kemahuan-Nya. Namun, wawasan akhirat Khalid
ketika berjuang di medan jihat, wajar dijadikan contoh seterusnya membuktikan bahawa
Wawasan Akhirat Khalid al-Walid, Model Generasi Unggul.

Sidang dewan yang bervisi,

Sebelum saya menoktahkan pidato ini, saya menyeru kepada semua masyarakat
terutamanya golongan remaja untuk sama-sama mencanai minda, memajukan Negara.
Namun kita perlu sedar, gaya hidup remaja yang tidak sihat dan diliputi dengan cara hidup
hidonisme boleh membantutkan pembangunan insaniah remaja. Oleh itu, akhlak mulia yang
telah ditonjolkan oleh tokoh penggerak Islam perlulah dicontohi.. Hal ini demikian kerana,
mereka merupakan pendukung yang bakal memegang tampuk masa hadapan Negara dan
umat. Ayuh, remajaku, gegar dunia mengharumkan nama Negara.

Oleh itu saya menoktohkan hujah saya dengan wabilahitaufik wal hidayah,
assalammualaikum w.t.w.

Anda mungkin juga menyukai