Anda di halaman 1dari 3

Bissmillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.h.b.
Terima kasih buat saudara pimpinan majlis, yang dimuliakan barisan para hakim
yang arif lagi bijaksana seterusnya para hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

Alhamdulilah bersyukur kita kehadrat Allah tatkala kita dipertemukan dalam satu
majlis keilmuan yang mana para malaikat turut berpusu-pusu duduk bersama kita,
berzikir dan mendengar fikrah islamiyyah.

Insya-allah, pada hari ini saya akan cuba membawa hati-hati para hadirin agar turut
serta bersama saya menyelami, mendalami akan satu mauduk islami iaitu.

Namun sebelum itu ayuh kita perdengarkan dahulu apakah definisi di sebalik tajuk
syarahan saya. Frasa Pimpinan Terulung merujuk kepada ketua Negara yang
memerintah Negara dengan sifat-sifat mahmudah dan begitu hebat dari segi politik,
social dan ekonomi yang tidak dapat diatasi oleh pemimpin-pemimpin lain.
Hadirin yang dimuliakan Allah sekalian,
Meniti fikrah saya yang pertama iaitu Keagungan Rasulullah sebagai pemimpin
negara.
Rasulullah s.a.w merupakan ketua Negara yang sangat bijak. Bagi mengukuhkan
kestabilan politik baginda telah mempersaudarakan antara ansar dan muhajirin di
madinah. Bahkan baginda juga merupakan Pemimpin yang sangat berani. ini kerana
beliau telah menjadi pemimpian 27 perang yang disertai baginda dan mengatur
strategi yang membawa kemenangan kepada pasukan tentera Islam.
Hadirin sekalian,
Fikrah saya yang kedua ialah Keagungan Rasulullah dalam bid.

Benarlah beliau telah diutuskan sebagai rahmat sekalian alam. Seperti firman Allah
dalam surah al Anbiyak ayat 107
Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk
menjadi Rahmat bagi sekalian alam. (Quran s. al- Anbiya : 107)
Hadirin sekalian,
Wacana fikrah saya yang kedua ialah Kepatuhan dan Kesetiaan Abu Bakar As-
Siddiq Model Insan Bestari.
Abu Bakar merupakan tokoh sahabat yang paling akrab dan dikasihi oleh
Rasulullah. Setianya Abu Bakar saat menutup lubang ular dalam Gua Thur dalam
peristiwa hijrah dan patuhnya beliau apabila sanggup menderma seluruh hartanya
untuk perjuangan Islam.
Firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 59,

Maksudnya : Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan pemerintah di antara kamu
Kakitangan awam negeri Perlis haruslah mematuhi seruan Menteri Besarnya, Datuk
Dr. Mad Isa b. Sabu yang berharap agar kualiti kerja dan ketepatan masa menjadi
keutamaan dalam bekerja. Oleh itu, ternyata Kepatuhan dan Kesetiaan Abu Bakar
As-Siddiq Model Insan Bestari

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


Wacana fikrah saya yang ketiga di bawah frasa Kepimpinan dan Ketegasan
Umar al-Khattab, Model Insan Bestari .
Sikap keberanian Umar al-Khattab terbukti ketika beliau mengisytiharkan
keislamanya secara terang-terangan. Pemimpin berjiwa rakyat ini juga sanggup
menyamar sebagai rakyat marhaen untuk meninjau keadaan rakyatnya. Keberanian
Dato Dr Sheikh Muzaffar dalam mengambil risiko meneroka angkasa lepas wajar
dicontohi kita. Sikap pemimpin yang sebegini harus menjadi contoh generasi baru
kini untuk menjadi bijaksana dalam segenap aspek. Hal ini bersesuaian dengan
hadis Rasulullah,

Maksudnya Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan
atas kepimpinannya.
Terbukti di sini bahawa, Kepimpinan dan Ketegasan Umar al-Khattab Model
Insan Bestari.

Hadirin penjana minda berwawasan,


Wacana fikrah saya yang keempat di bawah lembayung kata Keluasan Ilmu Ali b.
Abi Talib, Model Insan Bestari
Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Pepatah ini adalah bertepatan dengan
didikan yang telah diberi oleh Nabi Muhammad kepada Ali b. Abi Talib semenjak
beliau kecil lagi. Oleh yang demikian, beliau merupakan antara sahabat yang
memiliki ketinggian ilmu sehingga dilantik menjadi penulis wahyu. Nik Nur Madihah
seorang pelajar cemerlang SPM 2008 pasti telah mencontohi Saidina Ali
Karamallahu wajhah ini dalam kesungguhan menuntut ilmu selaras dengan hadis
yang diriwayatkan oleh Bukhari,

Maksudnya : Menuntut ilmu itu wajib kepada setiap orang Islam ( lelaki atau
perempuan )
Maka, jelaslah bahawa Keluasan Ilmu Ali b. Abi Talib Model Insan Bestari.

Hadirin penjana transformasi negara,


Wacana fikrah saya yang kelima ialah Ketinggian Akhlak dan Sikap Dermawan
Uthman b. Affan Model Insan Bestari
Sikap dan keperibadian Saidina Uthman yang dermawan dan mulia terbukti apabila
beliau telah membeli sebuah sumur Bir Raumah lantas mewakafkan bagi keperluan
umat Islam. Rasulullah sangat mengasihi Uthman sehingga menyifatkanya sebagai
teman baginda di dalam syurga. Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, seorang jutawan
Malaysia telah menubuhkan Yayasan Bukhari yang berperanan membantu golongan
miskin dan menyokong perkembangan seni dan budaya Islam bertepatan dengan
firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 2 ,

dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa, dan
janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan pergaduhan..

Hadirin yang dihormati sekalian,


Wacana fikrah saya yang terakhir ialah Wawasan Akhirat Khalid al-Walid, Model
Insan Bestari.
Matlamat akhir bagi setiap umat Islam adalah untuk mendapat kebahagiaan di
akhirat dan inilah wawasan Khalid al-Walid, sahabat Rasulullah yang mendapat
gelaran pedang Allah. Beliau sangat bercita-cita untuk mati syahid di medan
peperangan dan sikapnya sangat positif dalam menghadapi setiap rintangan
perjuangan. Walau bagaimanapun, impian tersebut tidak tercapai kerana
perancangan Allah mengatasi segalanya.
Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 54

Mereka merancang, sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang

Khalid telah meninggal dunia di atas katil. Demikianlah kekuasaan Allah dan
manusia akan kembali kepada-Nya sesuai dengan kemahuan-Nya. Namun,
wawasan akhirat Khalid ketika berjuang di medan jihat, wajar dijadikan contoh
seterusnya membuktikan bahawa Wawasan Akhirat Khalid al-Walid, Model Insan
Bestari.

Akhir kalam, dengan mengambil keenam-enam wacana fikrah saya sebentar tadi,
Maka dapatlah deduksikan bahawa ketokohan para sahabat yang dijanjikan syurga
oleh Allah ini dapat melahirkan seorang muslim yang bestari.
Seandainya segala isi yang telah saya kupaskan tadi dibumikan dan dicontohi oleh
masyarakat mutakhir ini, maka impian kita untuk melihat Negara yang cemerlang,
gemilang dan terbilang pasti akan menjadi kenyataan.
Sekian.

Read more: http://izzatul-


haq.blogspot.com/2012/04/ketokohan-sahabat-rasulullah-
model.html#ixzz4ZpY85Ct8

Anda mungkin juga menyukai