Anda di halaman 1dari 3

KETOKOHAN SAHABAT RASULULLAH MODEL INSAN BESTARI

Cetusan barakah buat peneraju acara, saf kehakiman intelektual berkarisma, sidang hadirin yang berwibawa, Assalamualaikum w.b.t dan salam bahagia Sebelum kata membuka bicara , meneroka minda membuka mata untuk kita sama-sama berkongsi cerita dan fakta dibawah tajuk syarahan saya pada hari ini Ketokohan Sahabat Rasulullah Model Insan Bestari. Secara konseptualnya, frasa ini membawa maksud akhlak dan ketokohan yang ada pada sahabat sahabat Rasulullah adalah merupakan model yang terbaik untuk dicontohi dalam membentuk insan bestari yang berguna untuk agama,masyarakat bangsa dan negara. Firman Allah dalam Surah Ali `Imran: 110

Yang bemaksud: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah, serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).

Hadirin yang dikasihi sekalian, Ketokohan sahabat Rasulullah juga dapat melahirkan insan yang dermawan. Sikap dermawan juga amat penting kepada manusia bagi membantu insan yang memerlukan. Pernahkah anda melihat sungai yang airnya mengalir terus menerus mengairi dataran dan lembah ? Begitulah Thalhah bin Ubaidillah yang merupakan seorang yang kaya raya tapi pemurah dan dermawan. Pada suatu hari, Thalhah duduk termenung sedih memikirkan hartanya yang banyak sehingga memeningkan kepala. Isterinya yang berada disisi menasihatkannya untuk mendermakan kepada fakir miskin. Sifat pemurah yang berada dalam diri Thalhah membuatkan beliau mendermakan seluruh hartanya kepada fakir-fakir miskin tanpa meninggalkan sedikitpun hartanya. Sifat yang beginilah yang harus ada dalam diri setiap manusia untuk menambahkan amal kebajikan kita didunia. Sabda Rasulullah S.A.W :

Yang bermaksud: apabila mati seorang anak Adam, maka putuslah amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimafaatkan dan anak soleh yang mendoakannya.

Muslimin muslimat yang dikasihi sekalian, Ketokohan sahabat Rasulullah juga mampu melahirkan insan yang sentiasa ikhlas dan amanah. Fenomena pada hari ini menunjukkan bahawa perbuatanperbuatan seperti pecah amanah, rasuah,fitnah dan lain-lain lagi,semakin membarah dalam jiwa umat Islam. Bagi mengurangkan perbuatan-perbuatan begini,umat Islam pada masa kini harus mencontohi sifat Abu Ubaidah bin Jarrah yang merupakan seorang pemegang amanat umat dan Rasulullah. Rasulullah saw pernah bersabda:

maksudnya, "Setiap umat mempunyai sumber kepercayaan, sumber kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin Jarrah." Itulah penghargaan bintang mahaputra yang diterima oleh Abu Ubaidah dari Rasulullah saw.

Warga dewan yang dikasihi sekalian, Islam menyaksikan kelahiran banyak tokoh-tokoh terkemuka yang berani,hebat dan sanggup bejuang bermati-matian untuk islam antara yang hebat itu adalah Ikramah bin Abu Jahal.Kalau dahulu hidup dan matinya melawan Islam, kini beliau berjuang habis-habisan mempertahankan kalimah tauhid Islam. Ketika peperangan Yarmuk, tentera Islam diserang bertubi-tubi oleh tentera Rom. Ikramah kemudian mara kehadapan dengan berani dan menyerang tentera Rom yang sedang menggila. Meskipun sedemikian, tentera Islam berjaya mendapat kemenangan yang gemilang walaupun Ikramah sendiri yang terkorban. Lihatlah hadirin dan hadirat sekalian,ketokohan sahabat Rasulullah dapat melahirkan seorang pejuang yang berani yang benar-benar memperjuangkan Islam . Lantas dapat melahirkan manusia yang benar-benar bertaqwa. Firman Allah dalam surah AlImran ayat 102:

wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenarbenar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Ikhwanul muslimin rahimakumullah, Ketokohan sahabat Rasulullah juga mampu melahirkan insan yangbertanggunjawab. Sifat sebegini perlu ada dalam setiap diri umat Islam bagi mengukuhkan lagi perjuangan Islam pada masa kini. Membuka lipatan sejarah, bagaimana Jafar bin Abu Thalib yang bertanggungjawab sebagai orang kedua untuk membawa bendera Islam ketika memerangi tentera Romawi di Muktah. Selepas Zaid bin Haritsah gugur, digantikan pula dengan Jafar. Ketika beliau sedang menyerang musuh, tentera musuh telah mengayunkan pedang ke tangan kanannya yang sedang memegang bendera, kemudian dialihnya pula bendera ke tangan kirinya. Pihak musuh juga berjaya mencederakan tangan kirinya dan akhirnya beliau telah ditikam dan gugur syahid demi mengangkat maruah Islam. Demikianlah pengorbanan yang dilakukan oleh para sahabat dalam memperjuangkan Islam.

Hadirin yang dikasihi sekalian, Konklusinya, ketokohan sahabat Rasulullah model insan bestari dapat dicapai dengan lima perkara: 1. 2. 3. 4. Dermawan Ihklas dan amanah Berani Bertanggungjawab

Akhir kata saya melabuhkan tirai syarahan saya dengan renungan kata-kata Luqmanul Hakim kepada anak yang disayanginya. Dunia ini ibarat lautan, Ramai yang karam didalamnya, Belayarlah-belayarlah keimanan dan ketaqwaan, Mudah-mudahan kamu sampai ke seberang.

Anda mungkin juga menyukai