Anda di halaman 1dari 3

TOOL KIT 1: SesiPerkongsian Guru

(Teacher Sharing Sessions)

Sesi Perkongsian Guru


Nama Ahli Kumpulan:
1. Pn. Vasundara Devi A/P Perumal
2. Pn. Noreen Azna Bt. Mohd Hassan
3. Pn. Vellachy A/P Narayanasamy
4. Pn. Nuryana Bt. Naupal
5. Pn. Nasuha Bt. Masor@ Ibrahim
6. Pn. Norhidayah Bt. Muzakir
7. Pn. Liza Aryana Bt. Mat Ripin
8. Pn. Norazizan Bt. Abd. Gani
9. Pn. Nurrliana Bt. Soradin

Tempat/Tarikh/Masa:
Bilik Multimedia / 14 Januari 2019 / Jam 1 Petang

Fokus: Nyatakan fokus perkongsian yang dijalankan

Perkongsian memfokuskan pendapat guru-guru tentang masalah tingkah laku murid yang hendak
dikurangkan supaya proses pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Perkongsian juga memberi
maklumat tentang cara mengisi borang keberhasilan PBPPP yang betul oleh Penolong Kanan
Pentadbiran SMK Jugra, Puan Hajah Noraishah Bt. Sanat.

Interpretasi: Apakah aspek yang paling penting/menarik/relevan yang dibincangkan? Adakah


perkongsian ini boleh memberi impak kepada pembelajaran murid? Bagaimana?

Hasil perbincangan, guru-guru mendapat maklumat tentang masalah tingkah laku murid, seterusnya
dapat memikirkan strategi untuk mengurangkan masalah tersebut supaya proses pembelajaran dapat
berjalan dengan lancar. Dengan usaha ini, murid secara individu dapat fokus pada pembelajaran,
murid lain pula tidak terganggu dengan masalah tingkah laku rakan yang lain.

Hasil: Apa yang saya pelajari? Bagaimanakah perbincangan ini boleh memberi kesan kepada
profesionalisme saya?

Perkongsian tentang cara mengisi borang keberhasilan memberi panduan dan memudahkan para
guru untuk mengisi borang tersebut dengan betul pada masa akan datang.

Perkongsian tentang masalah tingkah laku murid serta strategi yang sesuai untuk mengatasinya akan
memudahkan para guru melaksanakan Rancangan Pelajaran Individu bagi setiap murid yang telah
ditetapkan.
TOOL KIT 1: SesiPerkongsian Guru
(Teacher Sharing Sessions)

Laporan Bergambar

~ Semasa sesi perkongsian guru ~


TOOL KIT 1: SesiPerkongsian Guru
(Teacher Sharing Sessions)

Anda mungkin juga menyukai