Anda di halaman 1dari 6

TEKS BERCERITA DARIPADA KISAH AL-QURAN

TAJUK : ISRAK MIKRAJ

Nasi lemak buah bidara


Daun selasih hamba lurutkan
Salam ukhuwwah pembuka bicara
Kepada hadirin hadirat sekalian

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
Yang dihormati Tuan Pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif
lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi dan rakan-rakan seperjuangan
sekalian.

Setahun sebelum Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah, dua


peristiwa berlaku ke atas diri baginda.
Peristiwa pertama, wafatnya Sayyidatina Khadijah isteri tercinta.
Kedua, wafatnya bapa saudara baginda A...bu Tolib.

Dengan pemergian orang yang amat dikasihi, bertambahlah


penderitaan Rasulullah...kerana mereka adalah pembela dan
pendamping Rasulullah ketika baginda menghadapi penentangan
dalam menyebarkan agama Islam, lalu... tahun tersebut dinamakan
sebagai “Tahun Dukacita”.
1|muka surat
Peristiwa yang menyedihkan itu baginda hadapi dengan penuh
kesabaran dan keimanan.

Ya, kawan-kawan sabar adalah kunci kejayaan...setiap halangan pasti


ada hikmahnya. Untuk menghidupkan kembali semangat
Rasulullah, Allah menjemput baginda menemuiNYA melalui
peristiwa Israk dan Mikraj.

“ untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kekuasaan dan


kebesaran kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar,
lagi Maha mengetahui. “ -Surah al-Israk ayat 1 –

Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi


Muhammad pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa,
kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, lalu kembali
semula ke Makkahpada malam yang sama. Ianya berlaku pada malam
27 Rejab tahun ke 11 kerasulan.

Ketika Rasulullah sedang berehat di rumah Ummu Hani, sepupu


Rasulullah. Tiba-tiba datang malaikat Jibril dan Mikail mengangkat Nabi
ke telaga zam-zam. Di sana dada Nabi dibedah dan dikeluarkan hatinya
untuk dicuci dengan air zam-zam.
2|muka surat
Malaikat memasukkan iman dan hikmah ke dalam dada baginda
sebagai persediaan untuk Israk dan Mikraj.
( Lagu ) : “ …Pandangan hati itu yang hakiki... Jika hati itu bersih... “

Ya kawan-kawan, Islam menitikberatkan kebersihan hati. Bagi menjaga


kebersihan hati, kita digalakkan supaya sentiasa mengingati Allah.
Firman Allah dalam Surah ar-ra’d ayat 28
“ ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenanglah hati manusia.”

Kemudian, baginda dipersilakan oleh Jibril menunggang sejenis


kenderaan yang amat canggih. Kepantasannya lebih laju daripada
kereta lumba F1 tetapi tidak menggunakan minyak. Kenderaan itu ialah
seekor binatang yang dipanggil Buraq.

Setelah beberapa ketika, sampailah baginda di beberapa tempat iaitu


Kota Toyibah, Madyan, Bukit Thursina dan Baitul Laham. Di setiap
tempat baginda singgahi itu, Malaikat Jibril menyuruh Nabi melakukan
solat 2 rakaat.

Ya kawan-kawan, kita dituntut mengerjakan solat sunat apabila singgah


di masjid atau di tempat- tempat yang mulia dengan tujuan untuk
memakmurkan tempat tersebut.

3|muka surat
Perjalanan diteruskan lagi. Semasa ke Baitul Maqdis, Nabi telah
diperlihatkan pelbagai peristiwa simbolik yang ganjil. Di antaranya
adalah :
 Jin Ifrit membawa obor, mengejar baginda untuk memperdaya
dan menghalang perjalanan baginda. Kawan-kawan, itulah kerja
Iblis dan syaitan yang tidak akan jemu menggoda dan
memperdayakan manusia dengan pelbagai cara. Jangan mudah
terpedaya tau !
 Seterusnya nabi diperlihatkan satu kaum memecahkan sendiri
kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali
sembuh dan mengulanginya semula.
 Nabi juga melihat pelbagai bentuk penyeksaan yang lain seperti
seksaan manusia yang makan riba, penzina, pengumpat,
penfitnah dan lain-lain lagi. Seperti tagline Astro- macam-macam
ada......
Kawan-kawan nak tak diseksa di dalam neraka? Tentu tak nak
kan?? Oleh yang demikian marilah kita hayati firman Allah dalam
surah at-Tahrim ayat 6:
 “ Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka.”

Selepas menyaksikan peristiwa Israk, akhirnya sampailah baginda di


Baitul Maqdis. Di sana, Baginda telah solat tahiyatul masjid dan
berjemaah bersama para nabi dan rasul terdahulu.
4|muka surat
Setelah itu, baginda diMikrajkan. Ketika inilah, manusia diwajibkan
untuk menunaikan solat lima waktu.

Kawan-kawan tahu tak? Pada mulanya Allah memerintahkan solat


sebanyak 50 waktu sehari semalam. Namun apabila dinasihati oleh nabi
Ibrahim, Baginda menghadap semula Allah dan memohon agar
dikurangkan, dengan alasan bahawa umatnya tidak sanggup
melaksanakan solat 50 waktu itu.

Diringkaskan cerita, setelah beberapa kali Baginda berulang alik


bertemu dengan Allah supaya dikurangkan, akhirnya, Allah
memerintahkan solat hanya 5 kali sahaja sehari semalam itupun masih
ramai umat Islam yang tidak solat. Tak baik tau...!!
Firman Allah dari surah al-Ankabut, ayat 45 :
“Sesungguhnya solat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.”

Ya, kawan-kawan...Solat adalah tiang agama. Jika dilaksanakan, kuatlah


agama, mantap iman di dada. Jika ditinggalkan, runtuhlah agama jiwa
merana.
( Lagu ) Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walau pun hidup seribu tahun
5|muka surat
Kalau tak sembahyang apa guna
Walau pun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa guna......

Sekian....Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh..

6|muka surat

Anda mungkin juga menyukai