Anda di halaman 1dari 42

1

Penafian

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan


mengeluar ulang semula mana-mana
bahagian di dalam ebook ini sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik atau
rakaman tanpa kebenaran pencipta. Modul
Kelompok Bimbingan Integrasi REBT-
Tazkiyah An-Nafs telah didaftarkan
bertarikh: 21 Oktober 2019 dengan
No. Pendaftaran: CRLY00024141 dibawah
Hak Cipta 1987 (Akta 332).

2
Pengakuan

Ebook ini adalah karya Dr. Mohd Zaharen


Md Zahir KB, PA. Isi kandungan ini adalah
berkenaan tentang Tazkiyah An-Nafs Al-
Ghazali Dalam Proses Menolong
berdasarkan kajian ilmiah yang telah
diaplikasikan berdasarkan Modul Kelompok
Bimbingan Integrasi Tazkiyah-An-Nafs.

3
Biodata

DR. MOHD ZAHAREN BIN MD ZAHIR KB,


PA memiliki Ijazah Doktor Falsafah - PhD
(Bimbingan dan Kaunseling), di Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Ijazah
Sarjana (Master) dalam bidang Kaunseling
dari Universiti Islam Antarabangsa Sultan
Abdul Halim Mu’adzam Shah (UNISHAM).
Selain itu, beliau juga mempunyai Ijazah
dalam bidang Kesihatan Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pernah
berkhidmat di Institut Latihan Kementerian
Kesihatan Malaysia (ILKKM). Penulis
merupakan Kaunselor Berdaftar dari
Lembaga Kaunselor Malaysia No.
Pendaftaran: KB05563 / PA04903. Beliau
merupakan pengasas Integrasi Teori REBT-
Tazkiyah An-Nafs pertama di Malaysia.

4
Penghargaan

Syukur kepada Allah SWT kerana dengan


rahmat dan inayahNya saya dapat
menyiapkan EBook seumpama ini.
Dikesempatan ini saya ingin rakamkan
penghargaan dan terima kasih kepada ibu
bapa saya iaitu Md Zahir bin Zainol Abidin
dan Jahara binti Ismail yang sentiasa
mendoakan kejayaan saya. Buat isteri
tercinta, Che Sum binti Mat Daud dan anak-
anak saya Nureen Umairrah dan Muhammad
Nazreen Uzairr yang tidak pernah jemu
memberi sokongan. Semoga Allah SWT
akan menganugerahkan balasan kebaikan
untuk kalian semua.

Dr. Mohd Zaharen bin Md Zahir @ (DDMZ)


Penulis dan Pengasas Integrasi Teori Spiritual

5
Isi Kandungan

Muka Surat

Penafian 2

Pengakuan 3

Biodata diri 4

Penghargaan 5

Isi Kaunsungan 6

Bab 1: Pengenalan Imam Al-Ghazali 7

Bab 2: Model Tazkiyah An-Nafs


Al-Ghazali 14
Bab 3: Tazkiyah An-Nafs Kaunseling
Dalam Proses Menolong 35

6
Bab 1: Pengenalan Imam Al-Ghazali

Imam Al-Ghazali merupakan seorang tokoh


ilmuwan Islam yang terkenal bukan sahaja di
kalangan umat Islam bahkan juga dari
kalangan bukan Islam. Ketokohan beliau
telah memberikan kesan yang amat
mendalam kepada jiwa kaum Muslimin dari
segi pemikiran dan juga budi pekerti.

Keilmuwannya yang sangat luas dalam


pelbagai bidang ilmu pengetahuan
khususnya dalam bidang falsafah, usul al-
fiqh, ilmu kalam, tasawuf, kemasyarakatan,
pendidikan, akhlak, politik dan sebagainya
tidak dapat dinafikan lagi sehingga beliau
diingati sepanjang zaman sama ada di Timur
mahupun Barat.

7
Imam Al-Ghazāli dilahirkan pada tahun
450H. bersamaan dengan 1058 Masihi di
sebuah kampung bernama Ghazalah iaitu
sebuah kampung di pinggir Kota Tūs sebuah
daerah dalam wilayah Khurasan.

Nama sebenar Imam Al-Ghazāli ialah


Abū Hāmid Muhammad Ibn Muhammad Ibn
Muhammad Ibn Ahmad al-Ghazāli al-Tūsi.

Gelaran Abū Hāmid di permulaan


namanya adalah dinisbahkan kepada anak
lelaki beliau yang meninggal dunia ketika
masih bayi. Namun begitu terdapat di
kalangan sarjana yang mengatakan bahawa
gelaran tersebut (Abu Hāmid) adalah
panggilan semata-mata kerana beliau tidak
mempunyai anak lelaki.

8
Beliau telah diberikan dengan
beberapa gelaran selepas kewafatannya
seperti Hujjat al-Islām (The Proof of Islam)
dan Zayn al-Din (The Ornament of Religion).
Selain itu terdapat juga di kalangan pengkaji
yang menggelarkannya sebagai “The
Greatest Muslim” selepas Nabi Muhammad
s.a.w.

Gelaran yang diberikan kepada beliau


melambangkan penghormatan yang tinggi
terhadap sumbangannya dalam bidang
keilmuwan dan pemikiran Islam.

Al-Ghazāli dibesarkan dalam


lingkungan keluarga yang sederhana. Akan
tetapi kedudukan tersebut tidak menghalang
keluarganya untuk menghayati ajaran Islam
dalam kehidupan seharian mereka.
9
Bapanya bekerja sebagai pemintal
benang daripada bulu binatang untuk
dijadikan pakaian yang didagangkan di Kota
Tūs, Khurasan. Bapanya merupakan
seorang yang alim, ahli tasawuf dan tidak
makan makanan selain daripada usahanya
sendiri. Selain itu juga, bapanya mempunyai
kecintaan yang mendalam terhadap ilmu
pengetahuan dan menghormati orang-orang
yang berilmu.

Mengikut catatan sejarah, al-Ghazāli


adalah berbangsa Parsi walaupun
sebahagian besar daripada karyanya ditulis
dalam bahasa Arab. Beliau juga mempunyai
saudara lelaki yang lain yang bernama
Ahmad dan beberapa saudara perempuan.

10
Al-Ghazāli telah berkahwin sebelum
umurnya mencecah 20 tahun, namun
catatan sejarah tidak menjelaskan nama
isterinya. Hasil perkahwinan tersebut beliau
dikurniakan empat orang anak, seorang
lelaki dan tiga perempuan.

Pendidikan

Al-Ghazāli dan adiknya Ahmad mendapat


didikan awal daripada seorang tokoh sufi
yang menerima wasiat ayahnya sebelum
bapanya meninggal dunia ketika itu beliau
masih lagi kecil. Melalui tokoh sufi inilah
Imam Al-Ghazāli dan Ahmad mula mendapat
pendidikan asas-asas menulis dan
membaca serta asas-asas dalam pengajian
al-Qur’an dan Hadith.

11
Al-Ghazāli mendapat pendidikan
secara formal ketika beliau memulakan
pengajian di sebuah madrasah di dalam Kota
Tūs. Institusi tersebut menawarkan biasiswa
kepada setiap penuntutnya. Keadaan ini
memberi peluang kepada al-Ghazāli untuk
mendapat pendidikan yang sempurna
sebagaimana kanak-kanak lain yang
sezaman dengannya.

Bukan itu sahaja, ketika al-Ghazāli


masih lagi dalam usia remaja, beliau telah
mengembara ke Jurjan bagi menyambung
pengajiannya dalam bidang Fiqh di bawah
bimbingan al-Imam Abi Nasr al-Ismā‘ili.

12
Selepas itu, beliau berhijrah pula ke
Naysabur iaitu ketika umurnya hampir
mencecah 20 tahun. Ketika di sinilah beliau
berjumpa dan menjadi anak murid kepada
Abū al-Ma‘ali al-Juwayni (m. 478H./1047M.)
yang juga dikenali sebagai al-Imam al-
Haramayn.

Al-Ghazāli berguru dengan al-Imam al-


Haramayn sehinggalah gurunya itu
meninggal dunia pada tahun 478H./1085M.
*(Gelaran Haramayn (dua Tanah Haram)
adalah kerana beliau pernah menetap dan
mengajar di dua tanah suci iaitu Makkah al-
Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah).

13
Bab 2 : Model Tazkiyah An-Nafs
Al-Ghazali

Tazkiyah bermaksud suatu usaha gigih dan


bersungguh-sungguh untuk membersih dan
menyucikan diri daripada sifat-sifat buruk
dan keji (mazmumah) yang menjadi
penghalang kepada penyuburan akhlak
mulia (mahmudah).

Menurut Kamus al Mawrid


(1997), berasal dari perkataan
‘zakka’, ‘yuzzaki’, ‘tazkiyah’
daripada kata kerja yang membawa
maksud penyucian diri manusia
atau penyucian nafsu daripada sifat
tercela.

14
Siti Nur Aafifah (2020) menyatakan, al
tazkiyah ialah asas ilmiah yang ketiga dalam
dakwah salafiah, yang membawa maksud
membaiki dan menyucikan jiwa. Kata lawan
kepada al tazkiyah ialah al tadsiyyah,
memperkecilkan dan menghina jiwa menjadi
hina dina.

Tazkiyah ialah pertumbuhan,


pertambahan, percambahagn,
menaik taraf, dan percambahan.
Ianya juga membawa maksud
disiplin, pembentukan, baik pulih,
pembersihan dan penyucian. (Abu
Dardaa Mohamad 2017).

15
Seterusnya penyucian diri itu diikuti
dengan usaha pengisian diri supaya proses
tersebut menjadi lebih sempurna (Karzon,
2010). Oleh itu, dapatlah difahami bahawa
tazkiyah melibatkan usaha kesungguhan
individu dalam menyelesaikan masalah yang
melanda dalam jiwanya.

Menurut Che Zarrina dan Nor Azlinah


(2016), Al-tazkiyah dapat dijelaskan sebagai
menyucikan jiwa daripada pelbagai
kecenderungan buruk dan dosa. Ia
mengembangkan fitrah yang baik dalam
dirinya serta dapat menegakkan prinsip
ketekalan dan konsistensi untuk mencapai
darjat ihsan yang bertakwa.

16
Manakala Al-nafs sebagaimana
yang ditafsirkan oleh Imam al-
Ghazali dalam melibatkan dua
pengertian iaitu pertamanya
meliputi sifat marah dan hawa nafsu
dalam diri manusia, menjadi punca
timbulnya segala sifat kecelaan
dalam diri manusia dan makna.

Kedua membawa maksud hakikat diri


serta zat sebenar diri manusia itu sendiri.
Secara umumnya, jiwa (nafs) boleh difahami
sebagai jirim halus (jawhar al-fird) yang
bergerak memberi kekuatan kepada
kehidupan, perasaan dan kehendak pada diri
manusia.

17
Ia merupakan suatu hasrat yang
mencetuskan nilai-nilai kekuatan pada diri
seseorang insan bagi mencapai naluri
kemahuannya (Salasiah Hanin Hamjah,
2017).

Nafs ialah jiwa, darah, badan, tubuh,


dan orang. Kamus Bahasa Indonesia
menyatakan bahawa nafs sebagai dorongan
hati yang kuat untuk melakukan kejahatan.
Kamus al munjid, jama’ perkataan nafs ialah
nufus dan anfus, ertinya roh dan ‘ain (diri
sendiri). Lisan al ‘Arab, Ibn Manzur (2012)
nafs membawa maksud roh, darah, jasad,
saudara dan di sisi.

18
Menurut Quraish Shibab, nafs di dalam
al Quran mempunyai pelbagai maksud,
antaranya nafs merujuk kepada apa yang
terdapat di dalam diri manusia yang
mengahsilkan tingkah laku. Ianya merujuk
kepada sisi manusia yang mana ianya
berpotensi untuk menjadi baik dan buruk.
(Paisol Burlian 2013)

Abu Dardaa Mohamad et. Al (2017)


menyatakan bahawa al nafs terbahagi
kepada dua bahagian. Pertama ialah aspek
luaran manusia yang merangkumi fizikal dan
derianya. Kedua ialah aspek dalaman
manusia yang merangkumi mental dan
spiritual.

19
Justeru, al-nafs bermaksud sesuatu
yang terdapat di dalam diri manusia, yang
tidak dapat diketahui wujudnya, yang dapat
menerima arahan kebaikan atau keburukan,
memiliki pelbagai sifat dan karakter
kemanusiaan, juga memiliki pengaruh yang
nyata kepada perilaku manusia.

Jiwa dengan makna ini mencakupi roh


dan hati, dan segala yang ada pada
manusia, terdiri daripada potensi
pengetahuan yang mampu memisahkan
perkara baik dan buruk (Che Zarrina & Nor
Azlinah, 2016).

Tazkiyah al-nafs merupakan satu


usaha gigih dan bersungguh-sungguh dalam
membersihkan dan menyucikan jiwa dari
sifat-sifat yang tercela.
20
Menurut Che Zarrina dan Nor Azlinah
(2016), Tazkiyah al-nafs adalah satu proses
peralihan daripada jiwa yang kotor, ternoda
dan tercemar dengan dosa-dosa dibaiki
menjadi jiwa yang suci bersih.

Seperti hati yang tidak


mengikut peraturan syariat kepada
hati yang mengikut kepada tuntutan
syariat, daripada hati yang kafir
kepada hati yang mukmin, daripada
munafik kepada bersikap jujur,
amanah dan berintegriti, dari sifat
dendam digantikan dengan pemaaf,
tawaddu’, tawakkal, terkawal dan
sebagainya.

21
Sa’id Hawwa (2017) di dalam
bukunya Intisari Ihya Ulumuddin
menyatakan bahawa menyucikan
diri (tazkiyatun nafs) adalah
membersihkan diri daripada
perbuatan syirik dan cabang-
cabangnya, seperti sombong, riak
dan sebagainya. menanam semula
di dalam diri nilai-nilai kecintaan
kepada Allah, dan menerapkan
perbuatan yang bersesuaian dengan
Asma al Husna, yang mana ianya
diiringi dengan ibadah dan ikhlas
kerana Allah, dan mengikut Sunnah
Rasul SAW.

22
Menurut Mohd Zaharen et al.
(2019b), Rational-Emotive Behaviour
Theraphy (REBT) dalam teori
kaunseling disimbolisasikan bersama
Tazkiyah An-Nafs dalam merawat
tingkah laku secara bersepadu disusuli
beberapa pendekatan praktikal terapis
dan amalan kerohanian.

Dengan adanya usaha


mengintegrasikan konsep REBT
dengan Tazkiyah An-Nafs, ianya dapat
menghasilkan satu kemahiran dalam
menyelesaikan masalah secara
komprehensif dari pelbagai aspek
tingkah laku, emosi dan spiritual.

23
Menurut Che Zarrina dan Nor
Azlinah (2016), Tazkiyah An-Nafs
merupakan penyucian (al-Tazkiyah)
dalam bahasa Arab berasal daripada
perkataan zaka’ yang bererti suci. Al-
Tazkiyah bererti tumbuh, suci dan
berkat.

Oleh itu, Tazkiyah merupakan


satu perbuatan kearah penyucian
diri luaran dan dalaman seperti
memberi zakat sebagai menyucikan
harta, membersihkan jiwa daripada
sifat kikir, bangga diri, sombong dan
sebagainya dalam kehidupan.

24
Imam al-Ghazali melihat pembinaan
personaliti seseorang merangkumi
keseluruhan individu secara holistik. Ianya
meliputi dua aspek utama iaitu aspek
jasmani dan rohani (Imam Ghazali, 2004).

Kedua-dua aspek ini saling


mempengaruhi antara satu sama lain.
Namun demikian, aspek kerohanian lebih
mempunyai pengaruh terhadap
perkembangan dan perlakuan personaliti
seseorang.

Menurut Salasiah Hanin Hamjah


(2008) dan Md Noor (2012) model Tazkiyah
An-Nafs Al-Ghazali merupakan satu
pendekatan kepada proses pembentukan
diri melalui kesedaran dan celik akal untuk
membuang sifat dan tingkah laku negatif,
25
yang bercanggah dengan norma masyarakat
serta kehendak agama di mana ianya juga
boleh menimbulkan kecelaruan dan
ketidaktenteraman kepada jiwa manusia.

Dalam Model Tazkiyah An-Nafs Al-


Ghazali ianya menyentuh aspek mengenali
diri, mengenal kekuatan dan kelemahan diri
serta mengenal tingkah laku negatif yang
merosakkan seterusnya mengenal pasti
tindakan untuk menghindari sifat berkenaan.
Model Tazkiyah An-Nafs Al-Ghazali dapat
dilihat dalam Rajah

26
27
Menurut Md Noor (2012) dalam
kajiannya, model penyucian diri Al-
Ghazali (Tazkiyah An-Nafs)
meletakkan lima konstruk utama
iaitu mengenali diri (ma’rifah an-
nafs), pembersihan hati (takhalli),
pengisian hati (tahalli), penilaian
kendiri (muhasabah) dan matlamat
kebahagiaan (al-saadah).

Ianya merupakan satu proses rawatan


yang melalui beberapa tahap bagi
mewujudkan kesejahteraan kepada klien.
Ma’rifah an-nafs merupakan penyucian diri
bermula dengan kefahaman yang mendalam
tentang diri klien itu sendiri.

28
Klien disedarkan tentang kekuatan dan
potensi diri di samping kelemahan diri
sendiri. Klien diajak untuk menetapkan
matlamat dalam kehidupan, mengetahui
kelemahan dan masalah yang melingkari
hidup, seterusnya dapat melakukan tindakan
untuk perubahan diri mereka. Proses asas ini
sangat penting bagi menimbulkan keyakinan
tentang gambaran kehidupan diri buat masa
kini dan kelangsungan kehidupan mereka.

Proses ini memerlukan iltizam,


kesungguhan dan ketekunan yang tinggi
untuk menggerakkan diri klien memenuhi
matlamat yang ingin dicapai. Proses ini perlu
bersesuaian dengan profil dan tahap klien
agar ianya mampu untuk dilakukan.

29
Proses seterusnya ialah membuang
sifat tercela (takhalli). Tindakan klien
membuat perubahan diri dengan berusaha
membuang sifat-sifat negatif yang menjadi
punca kepada permasalahan dalam diri.
Sifat-sifat negatif ini juga dikenali sebagai
sifat-sifat tercela (mazmumah). Proses ini
memerlukan iltizam, komitmen dan
kesungguhan (mujahadah an-nafs) yang
tinggi.

Menurut Salasiah Hanin Hamjah


(2008), proses takhalli termasuk dalam
kaedah mujahadah an-nafs kerana ia
merupakan satu usaha berjuang dan
melawan nafsu secara bersungguh-sungguh
bagi menghapuskan segala sifat-sifat dan
perbuatan buruk (mazmumah) yang terhasil
dari hawa nafsu.
30
Tahalli merupakan proses pembinaan
pemantapan keperluan kendiri klien yang
membangunkan roh dan jasad mereka.
Tahalli sebagai internalisasi kejiwaan
dengan sifat-sifat terpuji dan melatih untuk
meniggalkan sifat-sifat terkeji (Faudzinaim
Badaruddin, 2006).

Proses tahalli juga merujuk


kepada proses pengisisan dan
penghayatan hati dengan sifat-sifat
atau akhlak terpuji (mahmudah)
seperti taubat, zuhud, khawf, raja’,
sabar, syukur, ikhlas, tawakkal,
redha dan zikr maut (mengingati
mati).

31
Dalam melakukan proses tahalli
memerlukan satu latihan bertahap dan
berterusan (riyadhah an-nafs) untuk menuju
kebaikan secara beransur-ansur sehingga
sampai ke satu tahap di mana sesuatu yang
berat serta payah untuk dilakukan pada
peringkat awalnya, akhirnya menjadi mudah
dan ringan untuk dilaksanakan.

Ianya adalah satu latihan yang


tersusun sehingga sesuatu yang menjadi
amalan kebiasaan akan mudah untuk
dilaksanakan seterusnya membawa kepada
perubahan diri yang diinginkan.

32
Proses terakhir ialah penilaian
kendiri (muhasabah) iaitu menilai
terhadap proses yang telah
dilakukan pada setiap proses
penyucian diri (tazkiyah an-nafs).
Ianya termasuklah adakah individu
itu telah benar-benar mengenal diri,
melihat kekuatan dan kekurangan
seterusnya apakah sifat terkeji yang
harus dibuang. Strategi terhadap
perubahan untuk membuang sifat
terkeji harus dilihat dengan teliti
berdasarkan kekuatan dan
kelemahan diri.

33
Penilaian seterusnya adalah untuk
melihat apakah tindakan untuk mengisi jiwa
dengan sifat mahmudah. Justeru itu, proses
timbang tara untuk melihat modal, untung
dan rugi perlu dilakukan.

Matlamat dalam proses penyucian


jiwa adalah menuju kelangsungan hidup
yang bahagia (al Saadah) di dunia dan di
akhirat. Ianya merupakan hubungan
spiritual secara transcendental terhadap
Maha Pencipta untuk melahirkan
ketakwaan. Takwa bermotif melahirkan
kebaikan dan menimbulkan kesedaran
serta suatu keinsafan dan keinginan
untuk meningkatkan kemurniaan swadiri
klien (Othman Mohamed, 2005).

34
Bab 3: Tazkiyah An-Nafs Kaunseling
Dalam Proses Menolong

Dalam proses menolong, terdapat tujuh


kaedah yang sesuai dilakukan bagi
membantu klien yang berhadapan dengan
motivasi, kecerdasan emosi dan resiliensi
rendah. Antaranya dalam konsep A:
Tazkiyah An-Nafs, klien diajak untuk melihat
kembali tentang elemen terhadap hakikat
kejadian manusia (sharf an-nafs).

Sebagai manusia yang diciptakan


Allah SWT, klien disedarkan bahawa
sesuatu kejadian atau peristiwa itu
merupakan penguasaan dalam
kehidupan dirinya.

35
Manusia yang Allah SWT ciptakan
adalah sebaik-baik kejadian. Manusia adalah
unik dan istimewa. Oleh sebab itulah
peristiwa yang dialami memberi gambaran
kepada klien bagaimana mengenali
kelebihan dan kelemahan diri (uyub al-Nafs).

Tazkiyah An-Nafs dalam konsep B


melihat kepada soal hati berbanding
pemikiran. Hati yang dimaksudkan
barangkali berupa seketul daging yang
berada di dalam anggota tubuh badan
kita. Walau bagaimanapun, sesetengah
kajian menyatakan hati merupakan raja
atau spirit atau roh yang mengarahkan
anggota tubuh badan melakukan sesuatu
perbuatan.

36
Rasullullah SAW sebelum
diangkat menjadi nabi dan rasul
telah dibawa oleh Malaikat Jibril
untuk menyucikan hati Baginda.
Setelah itu, baharulah baginda
diminta untuk membaca (iq’rak).
Surah Al-Alaq yang merupakan
surah pertama diturunkan
wahyu kepada Nabi Muhammad
SAW.

37
Di dalam konsep C Tazkiyah An-Nafs
pula menerangkan tentang seseorang klien
yang berhadapan dengan tanda-tanda
penyakit hati. Kesan emosi negatif dapat
dilihat apabila seseorang itu cepat marah,
nafsu syahwat yang bergelora, hasad
dengki, tamak haloba, suka kebendaan,
tergesa-gesa, kikir dan takut menjadi miskin.

Tazkiyah An-Nafs di dalam konsep D,


klien diajar dengan melakukan perjuangan
jiwa (mujahadah an-nafs) seperti melawan
nafsu dari perbuatan tercela. Klien juga
diberi rawatan jiwa dengan membaca
isti’azah iaitu “aku berlindung daripada
syiatan yang direjami”. Jika dalam keadan
marah, klien diminta untuk duduk.

38
Seseorang yang berada dalam
keadaan duduk, dapat mengawal perasaan,
fikiran dan emosi. Dengan kedudukan yang
rendah, ia akan menstabilkan poster badan
90 darjah. Ini dapat mengawal fikiran dan
tingkah laku yang cenderung ke arah agresif.
Menurut Fatimah et al. (2008), keadaan
duduk seperti meditasi dapat mencapai
ketenangan mental.

Tazkiyah An-Nafs dalam konsep E,


kaunselor akan mengajar klien dengan
menilai untung dan rugi sesuatu perkara
yang dilakukan. Untung dan rugi berkisar
kepada perbuatan yang baik contohnya
seperti bersabar. Sabar itu separuh daripada
iman.

39
Orang yang sentiasa bersabar akan
untung kerana dapat mengawal emosi,
pemikiran dan tingkah laku.

Manakala rugi pula seperti berasa


kesedihan melampau sehingga berkeinginan
untuk membunuh diri. Membunuh diri amat
ditegah dalam Islam. Orang yang
mencederakan diri mahupun membunuh diri
amat rugi dan sia-sia dalam kehidupan.

Dalam mengenal pasti masalah


diri, klien dibantu untuk melihat yang
manakah ada kelebihan atau
kekurangan dirinya. Melalui kenal pasti
masalah diri, klien akan dibimbing
untuk memperbetulkan hati dan
pemikiran.

40
Apabila hati itu bersih, pemikiran juga
akan menjadi bersih dan secara tidak
langsung akan memberikan tingkah laku
yang positif. Klien juga dibimbing dengan
pembersihan hati daripada sifat tercela.
Antara pembersihan hati adalah seperti
berzikir, berpuasa, solat sunat dan menjaga
pemakanan. Pengisian hati dengan
melakukan perkara-perkara baik.

Hasil daripada proses menolong


berdasarkan menggunakan pendekatan
Tazkiyah An-Nafs akan membentuk
memberi kekuatan jiwa kepada klien dengan
menimba ilmu. Dengan adanya ilmu, akan
bertambahlah amalan. Strategi amalan
kebaikan contohnya solat.

41
Amalan melalukan ibadah
seperti solat dapat memberikan
ketenangan emosi, fikiran lebih
tenang, tingkah laku bersandarkan
kepada maha pencipta serta khafiat
solat dapat menguatkan kesihatan
jasmani.

Oleh itu, kesan daripada sesi REBT-


Tazkiyah An-Nafs berdasarkan Konsep A, B,
C, D, E, dan F dapat menjadikan klien
berfikiran rasional, emosi stabil dan tingkah
laku positif secara tidak lansung dapat
meningkatkan motivasi, kecerdasan emosi
dan resiliensi dalam berhadapan dunia yang
mencabar.

42

Anda mungkin juga menyukai