Anda di halaman 1dari 18

TOKOH-TOKOH FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Imam Al-Ghazali (1058-1111)

Imam Al-Ghazali
Nama sebenar : Gelaran : Tempat dan tarikh Lahir : Latar belakang keluarga : Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali at-Tusi Hujjatul Islam Tus, Khurrasan pada tahun 450H. Ayahnya merupakan seorang ahli sufi yang sangat warak dan kerjanya memintal dan menjual benang yang ditenun daripada bulu biri-biri dan turut mendedahkan anak-anaknya dengan asas ilmu tasawuf.Imam al-Ghazali mempunyai seorang saudara lelaki bernama Ahmad.

Latar belakang pendidikan :


beliau mendapat pendidikan awal di kampungnya sendiri dalam bidang Fikah dan kemudian meneruskan kembara ilmu ke Jurjan. Beliau pernah berguru dengan beberapa orang ulama terkenal pada zamannya, misalnya Imam al-Juwaini di Naisabur dan Nizam al-Muluk di Muaskar. Melalui Nizam al-Muluk, al-Ghazali diterima mengajar di Madrasah Nizamiyah di Kota Baghdad disokong kemahiran bermuhadharah sehingga menjadikan dirinya seorang Ilmuwan yang amat terkenal dalam bidang Fikah, Ilmu Kalam dan Falsafah pada zaman tersebut. Sebagai seorang ulama yang cintakan ilmu, beliau juga sering bermusafir dan mengembara dari sebuah negara ke negara yang lain bagi menambah ilmu dan menyebarkannya. Tidak hairanlah jika beliau sangat dihormati oleh pemerintah Bani Saljuk dan Abbasiah kerana ilmunya yang mendalam dan mempelopori bidang ilmu falsafah.

Prinsip hidup beliau :


Ilmu dan keistimewaan para sufi tidak dapat dipelajari melalui buku-buku sahaja kecuali melalui pengalaman atau merasainya sendiri.

Sumbangan

Beliau menghasilkan lebih daripada 400 buah karya dalam pelbagai bidang seperti teologi, falsafah, sains, dan ilmu Sufi. Antaranya :
Tahafut al-Falasila (The Incoherence of The Philosophers) menolak sepenuhnya pandangan ahli-ahli falsafah Barat seperti Plato dan Aristotle ; Ihya al-Ulum al-Din or Ihyaul Ulumuddin merangkumi bidang sains Islam yang luas : fiqh, kalam (biologi) dan ilmu sufi. Makasid al falasila membentangkan teori-teori asas falsafah. Miyar al-Ilm fi fan al-Mantiq ( Criterion of Knowledge in the Art of Logic); Mihak al-Nazar fi al-mantiq (Touchstone of Reasoning in Logic); Al-Qistas al-mustaqim (The Correct Balance)

Ibn Khaldun (1332 1406)

Ibn Khaldun (1332-1406)


Nama sebenar : Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun. Gelaran : Tarikh lahir: bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. 27 Mei 1332 (meninggal pada 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir.)

Tempat lahir :

Tunisia

Latar belakang pendidikan :


Pendidikan awal beliau berbentuk tradisional yang merangkumi mata pelajaran seperti Quran, Hadith, Tatabahasa, Retorik dan Puisi. Beliau meneruskan pelajaran sehingga usia beliau meningkat 19 tahun apabila dunia dilanda The Great Plaque bermula di Samarkand sehingga Maritania. Adalah dilaporkan bahawa bencana alam tersebut merupakan satu titik tolak yang amat penting dalam kehidupan Ibn Khaldun. Seterusnya beliau menceburi bidang politik.

Latar belakang kerjaya :


Ibn Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan Morocco dan pada tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam Castile "the Cruel of Castile". Ibn Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, dimana beliau menghabiskan riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. Ibn Khaldun juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387. Ibn Khaldun menyertai orang-orang Mesir dalam kempen mereka memerangi Tamerlane, pemerintah Mongol, dan bertanggung jawab mengatur penyerahan diri bandar Damsyik semasa ketiadaan Sultan Faraj.

Sumbangan :
Pandangan beliau terhadap falsafah sama dengan Al-Ghazali di mana beliau juga berfokuskan kepada ilmu mystic dan teologi. Sumbangan utama beliau adalah dalam bidang falsafah sejarah dan sosiologi (umraniyat). Beliau berusaha menulis mengenai sejarah dunia di mana naskah pertama beliau mengandungi analisis peristiwa-peristiwa sejarah (al Muqaddimah atau Prolegomena. Beliau juga menganalisis tentang dinamika hubungan kelompok serta menunjukkan al-asabiyya (perasaan kekitaan ) bagi mewujudkan tamadun baru serta meningkatkan kuasa politik dalam kalangan masyarakat.

Hasil karya Ibn Khaldun dalam bidang sejarah dan agama : Bidang sejarah :
Universal History Sejarah Maghrib.

Bidang keagamaan :
Lubab al-Mahsul (Summary of the Result) Shifa as-Sail (Healing of the Inquirer)

Ibnu Rushd (520- 595 hijrah)

Ibnu Rushd
Nama sebenar : Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad Gelaran : Tarikh lahir : Tempat lahir : Pendita Abu Al Walid 1126 (meninggal pada 1198 di Maghribi) Kota Cordova di Tanah Andalusia atau Sepanyol beliau berasal daripada keluarga kaum terpelajar dan keturunan ahli-ahli islam yang terkenal.

latar belakang keluarga :

Prinsip hidup beliau :


Hidup sederhana dan bersahaja tanpa mempedulikan tentang pakaian, harta benda atau masa depan;
Bersifat pemurah kepada semua orang meskipun mereka yang pernah memusuhi atau menghina dirinya; Bersifat rendah diri terutama kepada orang-orang yang miskin, tetapi mengambil berat tentang harga diri dan maruah dirinya dan pantang merendah diri kepada orang-orang yang berpangkat besar.

Latar belakang pendidikan :

Beliau telah dihantar untuk berguru dengan Ibnu Zuhr yang kemudiannya menjadi rakan karibnya.
Ibnu Rushd mempelajari ilmu fiqh dan perubatan daripada rakannya yang juga merupakan tokoh perubatan yang terkenal di Sepanyol, Ibnu Zuhr yang pernah bertugas di sebagai doktor istana di Andalusia.

Latar belakang kerjaya :


Selain menjalin perhubungan yang akrab dengan Ibnu Zuhr, Ibnu Rushd juga mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Islam Muwahidin. Hubungan ini telah membolehkan Ibnu Rusyd dilantik sebagai hakim di Sevilla pada tahun 1169. Dua tahun kemudian, beliau dilantik menjadi hakim di Cordova. Selepas beberapa waktu menjadi hakim, beliau dilantik sebagai doktor istana pada tahun 1182 berikutan persaraan Ibn Tufail. Ramai yang berasa cemburu dan dengki dengan kedudukan Ibnu Rusyd. Kerana desakan dan tekanan pihak tertentu yang menganggapnya sebagai mulhid, beliau dibuang ke daerah Alaisano. Setelah selesai menjalani tempoh pembuangannya, beliau pulang semula Cordova. Kehadirannya di Cordova bukan sahaja tidak diterima, tetapi beliau telah disisihkan oleh orang ramai serta menerima pelbagai penghinaan daripada masyarakatnya. Pada lewat penghujung usianya, kedudukan Ibnu Rusyd dipulihkan semula apabila Khalifah Al-Mansor Al-Muwahhidi menyedari kesilapan yang dilakukannya. Namun, segala kurniaan dan penghormatan yang diberikan kepadanya tidak sempat dikecapi kerana beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1198.

Sumbangan : Antara karya besar yang beliau hasilkan ialah :


Mabadil Falsafah ( Pengantar Ilmu Falsafah) Tafsir Urjuza mengenai perubatan dan tauhid. Taslul. Kasyful Adillah mengenai ilmu kalam dan mengungkap persoalan falsafah dan agama. Tahafatul Tahafut mengulas buku Imam Al-Ghazali berjudul Tahafatul Falaisafah. Muwafatil Hikmah Wal Syaria membicarakan persamaan Antara falsafah dengan agama.

Anda mungkin juga menyukai