Anda di halaman 1dari 13

Konsep Motivasi

Konsep motivasi
• Sejenis keadaan dalaman yang merangsang,
mengarah dan mengekalkan sesuatu tingkah
laku.
• Memotivasi: satu proses menghasilkan tenaga
atas desakan atau dorongan keperluan yang
diarahkan untuk mencapai sesuatu matlamat.
• Motivasi dapat menggalakkan kejayaan dalam
kehidupan.
Konsep motivasi
• Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran:
– Pelajar tergalak untuk belajar dengan dorongan diri sendiri.
• Kesediaan murid untuk belajar bergantung pada
motivasi yang sesuai, sepertimana yang ditunjukkan
dalam rajah berikut. (Mok Soon Sang:2008)
Pendekatan Motivasi

Pendekatan
Motivasi

Pendekatan Pendekatan Pendekatan Pendekatan


Behavioris Kognitif Humanistik Sosiobudaya
Pendekatan Behavioris
• Berpendapat pembelajaran adalah berkaitan
dengan perubahan tingkah laku.
• Menitikberatkan persekitaran luaran untuk
memotivasikan seseorang (motivasi ekstrinsik)
• Rangsangan perasaan kepuasan 
pengulangan tingkah laku terhadap
rangsangan tersebut
Pendekatan Behavioris
• Untuk mengekalkan pengulangan tingkah laku tersebut,
penggunaan ganjaran, insentif dan peneguhan positif
sebagai motivasi dalam proses pembelajaran.
• Rangsangan yang diikuti dengan perasaan yang kurang
selesa akan dihentikan (hukuman dan dendaan.)
• Untuk menimbulkan kesediaan untuk belajar (motivasi)
dalam murid-murid, guru-guru perlu sentiasa
menyediakan peluang membolehkan murid-murid
untuk menikmati proses pengajaran dan pembelajaran
tersebut.
Pendekatan Behavioris
• Thorndike: motivasi yang sesuai perlu
digunakan untuk meningkatkan tahap
kesediaan belajar murid-murid dan beri peluang
kepada murid untuk menikmati kejayaan.
• Skinner: peneguhan positif membawa
rangsangan untuk menambah keberangkalian
gerak balas pelajar, peneguhan negatif pula
memberi kesan yang tidak menyeronokkan
kepada proses PdP.
Pendekatan Behavioris
• Cox: desakan boleh mempengaruhi dengan
tujuan perubahan tingkah laku melalui
manipulasi persekitaran yang terancang.
Motivasi asas adalah daripada aktiviti sendiri
manakala motivasi sekunder adalah desakan
daripada pengaruh luaran yang tidak berkaitan
langsung dengan motivasi sendiri.
Pendekatan Kognitif
• Motivasi pencapaian dengan kecermelangan
boleh dipupuk melalui proses pembelajaran.
• Tingkah laku manusia boleh dipengaruh oleh
cara seseorang individu memikirkan sesuatu
rangsangan.
• Unsur menarik dan kepentingan dalam
sesuatu rangsangan amat mempengaruhi
motivasi untuk belajar dalam diri murid.
Tokoh mazhab kognitif yang mengaitkan
motivasi dengan teori pengajaran mereka.

• Teori Pengajaran Bruner: menentukan butiran


pengetahuan sedia ada digunakan sebagai motivasi
pelajar.
• BBB perlu distrukturkan secara sistematik untuk
memudahkan pembelajaran.
• Menentukan cara yang sangat berkesan untuk
mengorganisasikan BBB untuk memudahkan
persembahan PdP.
• Mengaitkan naluri ingin tahu dan pencapaian kecekapan
dengan motivasi pelajar dalam teori pengajarannya.
Teori Keperluan Pencapaian Mc Clelland
• McClelland: setiap pelajar mempunyai motivasi untuk mencapai
kejayaan dengan keperluan yang berbeza.
• Ciri-ciri insan berjaya: bersikap positif, berani ambil risiko
munasabah dan menggunakan pemikiran refleksi dan maklum
balas nyata untuk membetulkan kesilapan yang berlaku.
• Pelajar harus dimotivasikan ke arah mencapai kejayaan dalam
pelajarannya.
– Melibatkan mereka dalam pelbagai aktiviti dan pertandingan yang
memerlukan pengetahuan mereka, membimbing mereka supaya
memahami objektif, matlamat, aspirasi dan tahap pencapaian mereka.
– Motivasi pembelajaran dapat ditingkatkan secara beransur-ansur
melalui aktiviti pembelajaran tersebut.
Teori Motivasi Pencapaian Atkinson
• Teori Ekspektansi X Nilai
• Motivasi = gabungan dua kekuatan (harapan
untuk mencapai matlamat yang ditujui dan nilai
matlamat untuk dirinya.)
• Usaha pelajar untuk menyempurnakan tugas
mereka merupakan hasil daripada tahap di mana
mereka diharapkan dalam melakukan tugasan
dengan berjaya dan manfaat yang diperolehi
daripada penyempurnaan tugasan tersebut.
Teori Motivasi Pencapaian Atkinson
• 4 aspek utama: (Hasil memurnikan Teori Motivasi
Pencapaian Mc Clelland).
– Individu berminat mengejar kejayaan terhadap perkara,
benda dan orang.
– 2 jenis motivasi muncul : mengejar kejayaan atau
mengelak kegagalan.
– Keputusan akan dilakukan sama ada melepaskan sasaran
atau menganalisis peluang kejayaannya.
– Kuat lemah motivasi bergantung kepada peribadi
seseorang. Orang yang optimistik selalu memiliki motivasi
mengejar kejayaan yang lebih kuat.

Anda mungkin juga menyukai