Anda di halaman 1dari 14

TAHAP PENGUASAAN BACAAN AL-QURAN DI KALANGAN

GURU PELATIH BUKAN PENGKHUSUSAN PENGAJIAN AGAMA ISLAM


Nasir B. Mohamad
Rubiyah Bt. Haron
Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral
Abstrak
Kajian ini bertujuan meninjau tahap penguasaan bacaan al-Quran di kalangan
guru-guru pelatih Islam kursus Diploma Perguruan Malaysia , Semester Satu
( 1997 ) bukan Pengkhususan Pengajian Agama Islam , Institut Perguruan
Darulaman,. Seramai 80 orang guru pelatih dipilih secara rawak daripada 8
kumpulan kuliah, pelbagai pengkhususan. Kajian ini melihat secara menyeluruh
tentang kebolehan membaca al-Quran yang meliputi aspek mengenali Huruf
Hijaiyah , tanda-tanda bacaan , Hukum Tajwid , pengetahuan tentang lagu-lagu
dan suara dalam pembacaan al-Quran dan penglibatan semasa di sekolah dalam
pelbagai aktiviti yang berkaitan . Kajian ini juga bertujuan melihat sejauh mana
pelatih dapat menghafaz surah-surah pendek . Data kajian ini diperolehi melalui
soal selidik yang digubal sendiri oleh penyelidik sendiri dengan bantuan
pensyarah yang berpengalaman. Pentadbiran soal selidik dijalankan secara
kumpulan mengikut pengkhususan dengan dibantu oleh pensyarah-pensyarah
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Kajian ini mendapati kebolehan membaca
al-Quran di kalangan guru pelatih umumnya masih di tahap yang rendah
khasnya aspek pembacaan al-Quran yang lebih mencabar yang memerlukan
kemahiran yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan wujudnya perbezaan
signifikan tahap kebolehan membaca al-Quran guru pelatih lelaki dan guru
pelatih perempuan (t = - 2.13, P<.05) serta guru pelatih berpencapaian tinggi
dan berpencapaian rendah dalam mata pelajaran Agama Islam SPM ( l = 13.8, df
= 6, p <.05 ) . Beberapa cadangan di kemukakan untuk meningkatkan tahap
kebolehan membaca al-Quran di kalangan guru pelatih.
Pengenalan
Kajian ini bertujuan meninjau penguasaan bacaan al-Quran di kalangan guru
pelatih Islam Kursus Diploma Perguruan Malaysia, Semester Satu ( ambilan Jun
1997 ) bukan Pengkhususan Pengajian Agama Islam, Institut Perguruan
Darulaman. Sebagaimana termaklum , pembelajaran dan penguasaan bacaan alQuran adalah merupakan kewajipan setiap muslim . Allah telah
memerintahkannya melalui firmanNya dalam Surah al-Muzammil (4) :
Maksudnya :
" Hendaklan kamu mentartilkan bacaan al-Quran seberapa tartil yang boleh. "
Berhubung makna Tartil , Saiyidina Ali Karramallah Wajhah telah menjelaskan
bahawa ia bermaksud mengelokkan sebutan huruf di samping menjaga hukum
bacaan( Hukum Tajwid ).Bagi seorang muslim , mempelajari Ilmu Tajwid adalah
tanggung jawab Fardhu Kifayah , sementara membaca al- Quran mengikut

Hukum Tajwid adalah Fardhu Ain. Membaca al-Quran tanpa mengambil kira
Hukum Tajwid adalah satu pencemaran dan penghinaan terhadap Kitab Suci alQuran . Dalam Islam , sebarang bentuk pencemaran dan penghinaan terhadap
al- Quran hukumnya haram jika disengajakan , lebih-lebih lagi pencemaran pada
lafaz al-Quran kerana ianya boleh membawa kepada kekufuran .Di maktab
perguruan , Pendidikan Islam adalah mata pelajaran yang wajib diambil dan
diwajibkan lulus . Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam didahulukan dengan
Pendidikan al-Quran yang meliputi Surah al-Kahfi , Surah Qaf , Surah ad-Dukhan ,
Surah al-Waqiah , Surah al-Mulk , Surah al-Muzammil dan Surah al-Hasyr ( BPG,
1993 ). Mulai tahun 1996 , Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam telah diubah
untuk memberi penekanan kepada pembacaan al-Quran secara Qiraati . (BPG ,
1996)
Pengubahsuaian sukatan pelajaran ini dilakukan kerana didapati tahap
penguasaan bacaan al-Quran di kalangan guru pelatih amat mendukacitakan
sehingga memerlukan pelajaran yang asas dalam pembacaan al-Quran ( Qiraati )
. Pengubahsuaian ini selaras dengan objektif Pendidikan Islam maktab perguruan
yang berbunyi , " Sukatan Pelajaran Dinamika Guru Pendidikan Islam merupakan
satu usaha yang berterusan dalam menyampaikan ilmu , membentuk kemahiran
dan memupuk budaya al-Quran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran
dan as-Sunnah . Ia bertujuan untuk melahirkan insan yang berilmu ,
berkeperibadian mulia , berkemahiran dan bersikap positif untuk membangun
diri , masyarakat ,alam sekitar dan agama ke arah mencapai kebaikan di dunia
dan kesejahteraan di akhirat ." ( BPG , 1996 : 1 )
Melalui interaksi kuliah Dinamika Guru Pendidikan Islam , pengkaji mendapati
ramai guru pelatih Semester Satu ( KDPM ) yang tidak boleh membaca al-Quran
dengan baik . Ini menyebabkan pelatih-pelatih kurang berminat mengikuti kuliah
Dinamika Guru Pendidikan Islam Setengah-setengah pelatih pula merasa rendah
diri dan terpinggir . Apa yang lebih membimbangkan ialah keadaan akan
bertambah buruk sekiranya masalah ini dibiarkan berpanjangan tanpa sebarang
usaha untuk memperbaikinya samada daripada diri pelatih itu sendiri atau pihakpihak yang terbabit. Sebagai langkah awal untuk mengatasi masalah tersebut ,
satu kajian empirikal untuk mengumpul data persepsi guru pelatih terhadap
tahap penguasaan bacaan al-Quran dijalankan . Adalah menjadi harapan
pengkaji agar kajian yang bertujuan meninjau penguasaan bacaan al-Quran di
kalangan guru pelatih Islam Institut Perguruan Darulaman ini dapat
membekalkan maklumat berguna kepada pensyarah berkenaan dalam usaha
mengatasi masalah penguasaan bacaan al-Quran . Dapatan kajian juga diharap
dapat menyedarkan guru pelatih tentang kelemahan mereka dalam membaca
ayat-ayat al-Quran dan seterusnya meningkatkan keupayaan mereka ke tahap
yang lebih baik dan sempurna .
Soalan kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut :
1. Apakah latar belakang guru pelatih berkaitan dengan pembelajaran alQuran ?
2. Apakah persepsi guru pelatih terhadap keupayaan diri dalam menguasai
kemahiran asas membaca al-Quran ?

3. Apakah persepsi guru pelatih terhadap tahap kebolehan diri membaca


dengan betul beberapa Ayat Lazim atau Surah yang pendek mengikut
Hukum Tajwid ?
4. Adakah wujudnya perbezaan dari segi tahap penguasaan bacaan al-Quran
di kalangan guru pelatih daripada aspek:
o

Jantina

kelulusan akademik

pencapaian mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dalam SPM dan

pengkhususan

Definisi istilah
Penguasaan Bacaan al-Quran
Kebolehan membaca al-Quran mengikut cara yang betul dari segi sebutan
( Fasahah ) mengikut Makharijil-Huruf dan Hukum Tajwid .
Tahap penguasaan bacaan al-Quran yang rendah
Sekadar boleh membaca beberapa ayat al- Quran yang pendek ( Ayat Lazim )
tanpa mematuhi peraturan yang betul dari segi sebutan ( Fasahah ) dan Hukum
Tajwid .
Tahap penguasaan bacaan al-Quran yang sederhana
Hanya boleh membaca beberapa ayat tertentu ( khasnya Ayat Lazim ) mengikut
cara yang betul dari segi sebutan ( Fasahah ) dan Hukum Tajwid.
Tahap penguasaan bacaan al-Quran yang tinggi
Boleh membaca ayat-ayat al-Quran dengan baik mengikut cara yang betul dari
segi sebutan Makharijil-Huruf ( Fasahah ) dan Hukum Tajwid .
Batasan kajian

i.

Dapatan kajian terbatas kepada persepsi guru pelatih Islam IPDA ( KDPM )
Semester Satu ambilan Jun 1997 bukan pengkhususan Pengajian Islam
terhadap keupayaan diri dalam menguasai kemahiran asas membaca alQuran . Ia tidak bertujuan untuk digeneralisasikan bagi kumpulan guru
pelatih Islam yang lain.
Tahap penguasaan al-Quran yang diukur terbatas kepada kebolehan
menyebut dan melafaz kalimah-kalimah al-Quran dengan makhraj yang
betul dan membaca beberapa Ayat Lazim atau Surah yang pendek
mengikut Hukum Tajwid .

Sifat Pendidikan Islam


Pendidikan Islam bersifat menyatukan semua ilmu pengetahuan di bawah
autoriti dan pengendalian al-Quran dan as- Sunnah yang merupakan teras di
dalam sistem pendidikan dan kebudayaan Islam seluruhnya ( Wan Rahimah binti
Othman , 1990 ) . Beliau telah menggambarkan kedudukan sifat Pendidikan
Islam Modul Konseptual Pendidikan Guru ini menekankan akauntabiliti guru
kepada tiga dimensi utama iaitu kendiri , kemasyarakatan dan ketuhanan ( 3K ) .
Citra ketiga-tiga dimensi ini dijelmakan dalam program yang dirancang seperti
berikut :
Ketuhanan : menganjurkan peningkatan ilmu , penghayatan dan amalan individu
sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama .
Kemasyarakatan : menekankan peranan guru sebagai pendidik , pemimpin dan
sebagai agen perubahan.
Kendiri : menekankan pembinaan daya ketahanan , patriotisme , pemupukan
budaya ilmu pembentukan sahsiah dan pekerti mulia .
( BPG , 1996 )
Sukatan pelajaran Pendidikan Islam
Sukatan Pelajaran Dinamika Guru Pendidikan Islam memperlihatkan satu usaha
yang berterusan dalam menyampaikan ilmu , membentuk kemahiran dan
memupuk penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah . Ia
bertujuan untuk melahirkan insan yang berilmu , berperibadi mulia ,
berkemahiran dan bersikap proaktif untuk membangun diri , masyarakat , alam
sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi
di akhirat . Tujuan ini sesuai dengan kehendak Bahagian Pendidikan Guru yang
ingin melahirkan insan guru yang berakhlak mulia , berpandangan progresif dan
saintifik , bersedia menjunjung aspirasi budaya dan negara untuk menjamin
perkembangan individu dan memelihara masyarakat yang bersatupadu ,
demokratik , progresif dan berdisiplin .
Sukatan Pelajaran Asas Dinamika Guru Pendidikan Islam DPM digubal untuk
melahirkan insan guru yang berkelibar dalam semua aspek ; sahsiah , ilmu
pengetahuan dan nilai kerohanian yang positif selaras dengan Falsafah
Pendidikan Islam . Setelah mengikuti program ini , guru lulusan Kursus Diploma
Perguruan Malaysia ( KDPM ) diharap mempunyai pengetahuan asas mengenai
Islam secara teoris dan praktis serta menghayati " Amar Maaruf dan Nahi
Mungkar " dan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Mereka diharapkan
menjadi model yang baik kepada murid dan masyarakat , juga di samping
melaksanakan tanggungjawab sebagai Khalifah Allah serta menyumbangkan
bakti kepada negara . Selain itu , pelajaran Pendidikan Islam mempunyai
matlamat khusus iaitu selepas mengikuti kursus ini pelatih dapat mengetahui ,
memahami dan membaca Ayat al-Quran dengan betul dan mengamalkan
pengajaran daripada Ayat yang dibaca . ( BPG , 1996 )

METOD
Sampel kajian
Sampel kajian terdiri daripada guru pelatih Semester Satu ( KDPM ) ambilan Jun
1997 daripada pelbagai pengkhususan kecuali pengkhususan Pengajian Islam .
Seramai 80 orang guru pelatih ( 41 orang lelaki dan 39 orang perempuan ) dipilih
secara rawak daripada pelbagai pengkhususan untuk menjawab soal selidik
.Butiran sampel boleh didapati dalam Jadual ( 1 ) .
Jadual (1) :Taburan Sampel Kajian mengikut Pengkhususan dan Jantina.
Pengkhusu
san

Lela
ki

Perempu
an

Jumla
h

Perat
us

MT/SN 1

10

12.5

MT/SN 2

10

12.5

MT/PJK

10

12.5

SN/KH

10

12.5

PRA/PM

10

12.5

SN/KT

10

12.5

MT/KH

10

12.5

PM/PS

10

12.5

JUMLAH

41

39

80

100

Instrumen kajian
Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik yang dibina oleh pengkaji sendiri
dan dimurnikan oleh seorang pensyarah yang berpengalaman dalam pembinaan
soal selidik .Soal selidik mengandungi 28 item . Item-item dibahagikan kepada
tiga bahagian iaitu Bahagian A , B dan C . Bahagian A bertujuan mengumpul
maklumat tentang latar belakang guru pelatih dalam pembelajaran al-Quran .
Manakala Bahagian B pula berbentuk Skala Likert yang terdiri daripada 5
peringkat . Peringkat 4 dan 5 melambangkan penilaian yang tinggi , 3 bagi
melambangkan penilaian sederhana , sementara 2 dan 1 menunjukkan penilaian
yang rendah terhadap item-item berkenaan . Manakal Bahagian C merupakan
item Ya / Tidak.
Kebolehpercayaan soal selidik telah diuji dan didapati berada di paras yang
tinggi ( Alpha = .90) . Soal selidik ditadbirkan oleh pensyarah Jabatan Pendidikan
Islam Dan Moral ke atas guru-guru pelatih Islam yang dipilih secara rawak
mengikut pengkhususan
Analisis data

Data yang dikumpul dikod dan diproses dengan menggunakan perisian komputer
SPSS PC+. Untuk Soalan Kajian (1) yang berkaitan dengan latar belakang guru
pelatih dalam pembelajaran Al Quran data dianalisis dengan menggunakan
peratus kekerapan.. Begitu juga dengan Soalan Kajian (2) dan (3) yang meninjau
persepsi guru pelatih terhadap keupayaan diri dalam menguasai kemahiran asas
membaca al-Quran dan kebolehan membaca dengan betul beberapa Ayat Lazim
atau Surah pendek mengikut Hukum Tajwid. Manakala untuk Soalan Kajian (4)
yang menguji sama ada wujudnya perbezaan signifikan tahap penguasaan
bacaan al-Quran dari aspek (i) jantina (ii) kelulusan akademik (iii) pencapaian
mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dalam SPM dan (iv) pengkhususan ujiant dan ujian Khi Kuasa Dua digunakan.

KEPUTUSAN KAJIAN
Latar belakang guru pelatih berkaitan dengan pembelajaran al-Quran
Berdasarkan Jadual ( 2 ) , guru pelatih yang mempunyai kelulusan SPM ialah 63.8
% . Ini menunjukkan jumlah kelulusan SPM lebih ramai daripada kelulusan STPM .
Bagi kelulusan mata pelajaran Pendidikan Islam peringkat SPM , pelatih yang
memperoleh kepujian mencapai 93.7 % . Ini menunjukkan bahawa pencapaian di
peringkat SPM bagi mata pelajaran Pendidikan Islam adalah tinggi di kalangan
guru pelatih .
Ditinjau dari sudut usia mula mempelajari al-Quran , didapati 66.2 % adalah
pada umur 6 - 10 tahun . Jumlah pelatih yang memiliki Kitab al- Quran ialah
sebanyak 63.8 % . Dapatan juga menunjukkan 85 % daripada mereka pernah
mendapat pendedahan Ilmu Tajwid . Kajian ini juga mendapati bahawa 87.5 %
daripada mereka mempelajari Ilmu Tajwid secara sambilan sahaja .
Dari segi tempat mempelajari Ilmu Tajwid , didapati 2.5 % mempelajarinya di
sekolah-sekolah pondok , 26.2 % mempelajari di sekolah-sekolah agama , 32.5 %
belajar di rumah Tok Guru dan 38.8 % mempelajarinya di tempat selain yang
dinyatakan di atas seperti di rumah sendiri atau di sekolah rendah.
Kajian ini menunjukkan peratus yang paling besar bagi mereka yang
mempelajari al- Quran di tempat lain termasuk rumah sendiri . Mempelajari alQuran di rumah Tok Guru mendapat peratus yang kedua terbesar jumlahnya .
Hasil kajian menunjukkan , 62.5 % guru pelatih membaca al-Quran sekali sekala
sahaja . Ini jelas menunjukkan bahawa kebanyakan guru pelatih tidak
menjadikan membaca al-Quran amalan hidup seharian mereka
Jadual ( 2 ) : Latar belakang guru pelatih berkaitan dengan pembelajaran alQuran.

PERKARA
Kelulusan SPM
STPM

KEKERAPAN

PERATUS

51
29

63.8
36.8

Kelulusan Mata Pelajaran Pendidikan Islam


Peringkat SPM
1-2
3-6
7-8
9

34
41
4
1
20
53
7

Mula mempelajari al-Quran


1 - 5 tahun
6 - 10 tahun
11 - 15 tahun
Memiliki al-Quran sendiri
51
Ya
29
Tidak
Pernah mempelajari Ilmu Tajwid
68
Ya
12
Tidak
Jika Ya , Cara Mempelajarinya
10
Sepenuh masa
70
Sekali sekala
Tempat Mempelajari Ilmu Tajwid
2
Sekolah Pondok
21
Sekolah Agama
26
Rumah Tok Guru
31
Lain-lain
Kekerapan Membaca al-Quran
18
Kerapkali
50
Sekali Sekala
11
Jarang Sekali
1
Tidak Pernah
Persepsi guru pelatih Islam terhadap keupayaan diri dalam
Quran :

42.5
51.3
5.0
1.3
25.0
66.3
8.8
63.8
36.5
85.0
15.0
12.5
87.5
2.5
26.3
32.5
38.8
22.5
62.5
13.8
1.3
membaca al-

Berdasarkan Jadual ( 3 ) , 56.3% guru pelatih menganggap kebolehannya


mengenali Huruf Hijaiyah adalah baik, 28.8 % sederhana , manakala 15.1 %
adalah lemah . Walaupun begitu terdapat perbezaan kebolehan dalam menyebut
Huruf Hijaiyah dengan betul (43.8% baik, 32.5 % sederhana, 23.8 % lemah).
Berdasarkan kajian, hanya 36.3% daripada mereka beranggapan berkebolehan
menyebut Kalimah al-Quran dengan baik. Sehubungan dengan itu , mereka agak
sukar menyebut Kalimah al-Quran yang bersambung iaitu 28.8 % sahaja yang
boleh menguasai sebutan berkenaan . Dapatan kajian juga menunjukkan 36.3 %
sahaja yang boleh mengenal tanda dengan baik, manakala 22.5 % tidak
berkeupayaan mengenal tanda-tanda bacaan dengan betul . Berhubung dengan
pengetahuan pelatih terhadap Hukum Tajwid , hanya 16.3 % sahaja yang tahu
tentang Hukum Tajwid .
Kajian juga menunjukkan bahawa 13.8 % sahaja yang mampu mengaplikasikan
pengetahuan Ilmu Tajwid dalam bacaan al-Quran . Ditinjau dari aspek
pengetahuan tentang lagu dan suara dalam pembacaan al-Quran , didapati
hanya 5 % sahaja guru pelatih yang mempunyai pengetahuan asas dan
berkemampuan dalam bidang tersebut . Ini dibuktikan dengan dapatan bahawa

hanya 6.3 % daripada responden yang boleh membaca al-Quran dengan berlagu.
Secara purata 34.54 % guru pelatih menganggap kebolehan membaca alQurannya berada pada tahap yang lemah, 37.51 % sederhana, manakala 27.05
% baik. Walaupun dapatan-dapatan di atas menunjukkan pelatih kurang
menguasai Hukum Tajwid , tanda-tanda bacaan dan sebutan kalimah
bersambung , tetapi pada keseluruhannya mereka mempunyai keyakinan
membaca Surah al-Fatihah dengan betul . Kajian menunjukkan 75 % daripada
mereka beranggapan demikian. Namun begitu , kumpulan ini kurang
berkeyakinan untuk tampil ke hadapan membaca Ayat-ayat Suci al-Quran dalam
suasana yang lebih terbuka . Hal ini dibuktikan dengan jelas apabila kajian
mendapati 81.3 % pelatih tidak pernah membaca al-Quran dalam sebarang
majlis tertentu , samada secara formal atau tidak formal .
Jadual ( 3 ) : Persepsi Guru Pelatih Islam Terhadap Keupayaan Diri Dalam
Membaca Al-Quran
Bi

PERKARA

%
Lem
ah
LLLe
mah
Lem
ah
15.1
23.8

%
Sederh
ana

%
Bai
k
Bai
k

28.8
32.5

56.3
43.8

11.3
18.8

52.5
52.5

36.3
28.8

22.5

41.3

36.3

30

42.5

27.6

46.3
46.3

37.5
40.0

16.3
13.8

67.5

27.5

5.0

63.8

20.0

6.3

34.54
3434.
54

37.51

27.0
5

PERKARA

Ya

Yakin Bacaan Surah Al-Fatihah Adalah


Betul
Pernah Mengajar Orang Lain Membaca AlQuran

75.0

Tida
k
25.0

35.0

65.0

1.
2.
3.
4.
5.

6.
7.
8.
9.
10
.

11
.
13
.

Kebolehan Mengenal Huruf Hijaiyah


Kebolehan Menyebut Huruf Hijaiyah
Mengikut Makhraj Yang Betul
Kebolehan Menyebut Kalimah Al-Quran
Kebolehan Menyebut Kalimah Al-Quran
Yang Bersambung.
Keupayaan Mengenal Tanda-tanda
Bacaan
Yang Terdapat Dalam Al-Quran
Keupayaan Membaca Al-Quran Dengan
Betul
Pengetahuan Tentang Hukum Tajwid
Kebolehan Membaca Al-Quran Mengikut
Hukum Tajwid Yang Betul
Pengetahuan Lagu Dan Suara Dalam
Pembacaan Al- Quran
Kebolehan Membaca Al-Quran Dengan
Berlagu
PURATA KESELURUHAN

Persepsi guru pelatih Islam terhadap tahap kebolehan diri menghafaz


Ayat-Ayat Lazim dan Surah-Surah panjang
Kebanyakan responden hanya boleh menghafaz satu Surah hingga lima Surah
sahaja . Dapatan kajian menunjukkan 50 % dari kalangan responden
beranggapan demikian . ( Sila rujuk Jadual 4).Selain daripada itu, dapatan kajian
juga menunjukkan 2.5 % sahaja daripada guru pelatih terbabit yang
berkeupayaan menghafaz Surah Yaasin secara keseluruhannya .
Jadual ( 4 ) : Persepsi guru pelatih Islam terhadap tahap kebolehan diri
menghafaz ayat- ayat Lazim dan Surah-surah panjang.
B
il
1.

2.

PERKARA
Boleh Menghafaz Surah-surah Lazim
Yang Pendek
1 - 5 Surah
6 - 10 Surah
11- 15 Surah
16- 20 Surah
Boleh Menghafaz Surah Yaasin
Keseluruhan
Sebahagian
Sedikit Sahaja

KEKERAPA
N

PERATU
S

40
33
6
1

50
41.3
7.5
1.3

2
13
65

2.5
16.3
81.3

Secara keseluruhan adalah diperhatikan tahap kebolehan membaca al-Quran di


kalangan guru pelatih untuk aspek-aspek tertentu adalah memuaskan.
Contohnya kebolehan mengenal Huruf Hijaiyah dan menyebut huruf tersebut
mengikut Makhraj, manakala kebolehan membaca al-Quran untuk aspek-aspek
yang lain seperti kebolehan membaca al-Quran mengikut Hukum Tajwid yang
betul, pengetahuan tentang lagu dan suara dalam pembacaan al-Quran dan
kebolehan membaca al-Quran dengan berlagu didapati pada tahap yang lemah.
Begitu juga kebolehan menghafaz ayat-ayat Lazim dan Surah-surah panjang.
Sementara itu ramai yang yakin boleh membaca surah al-Fatihah dengan betul.
Bagaimanapun hanya segelintir guru pelatih yang pernah membaca al-Quran
dalam majlis tertentu dan mengajar orang lain belajar al-Quran.
Ringkasnya, guru pelatih didapati hanya menguasai kemahiran-kemahiran atau
pengetahuan yang rendah dalam membaca al-Quran. Kebolehan yang tinggi dan
lebih mencabar masih berada di tahap yang sederhana atau lemah
Perbandingan tahap penguasaan bacaan al-Quran dari aspek jantina
Jadual ( 5 ): Ujian - t TahapPenguasaan Bacaan Al-Quran
Mengikut Jantina .(N=80)
JANTIN
A

Bil

Min

S.P

df

Nilai
t

Keb.

Lelaki

41

Peremp
uan
k<.05**

39

1.8
0
2.1
8

0.7
8
0.7
9

78

2.13

0.036**

Berdasarkan Jadual ( 5 ) , didapati guru pelatih perempuan mempunyai tahap


pengua-saan membaca al-Quran yang lebih tinggi ( min = 2.18 ) berbanding
guru pelatih lelaki ( min = 1.80 ) . Keputusan Ujian t membuktikan wujudnya
perbezaan signifikan di antara kedua-dua min tersebut ( t = - 2.13 , k< . 05 ) . Ini
menunjukkan , guru pelatih perempuan mempunyai kemahiran membaca alQuran yang lebih baik daripada guru pelatih lelaki .
Perbandingan tahap penguasaan bacaan al-Quran dari aspek kelayakan
akademik :
Jadual ( 6 ) : Ujian t Tahap penguasaan al-Quran Mengikut Kelayakan Akademik
(N=80)

Kelayak
an
SPM

Bil

Min

S.P

df

Nilai t

Keb.

51

.785

78

- 0.69

. 507

STPM

29

1.94
12
2.06
90

. 842

k<.05
Guru pelatih yang berkelayakan akademik STPM didapati menunjukkan tahap
penguasaan membaca al-Quran yang tinggi (min = 2.0690 ) berbanding dengan
mereka yang memiliki SPM ( min = 1.9412 ) . Namun , Ujian t yang dijalankan
menunjukkan perbezaan antara kedua-dua min tersebut adalah tidak signifikan
( t = -0.69 , k = .507 ) . Ini bererti tidak wujud sebarang perbezaan dari segi
tahap penguasaan bacaan al-Quran di kalangan guru pelatih yang berkelayakan
SPM dan STPM .
Perbandingan tahap penguasaan bacaan al-Quran dari aspek
pencapaian mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dalam SPM
Jadual ( 7 ) :Tahap Penguasaan Bacaan Al-Quran mengikut Gred Mata Pelajaran
Pendidikan Agama Islam dalam SPM.

Gred/Tah
ap
Penguasa
an

1
2

3
6

7
8

JUMLA
H

Rendah
Sederhan
a
Tinggi

8
14

18
11

0
4

0
0

26
29

12

12

25

34

41

80

Tahap penguasaan bacaan al-Quran mengikut gred mata pelajaran Pendidikan


Agama Islam dalam SPM ditunjukkan dalam Jadual ( 7 ) . Analisis Khi. Kuasa Dua
mendapati wujudnya perbezaan signifikan tahap penguasaan bacaan al-Quran
mengikut gred mata pelajaran Pendidikan Agama Islam SPM (l = 13.8 , df = 6,
p< .05 ) . Ini bererti wujudnya perbezaan signifikan tahap penguasaan bacaan
al-Quran mengikut pencapaian gred pencapaian Pendidikan Islam SPM .
Perbandingan tahap penguasaan bacaan al-Quran dari aspek
pengkhususan
Jadual ( 8 ) : Tahap Penguasaan Bacaan Al-Quran Mengikut Pengkhususan

Pkhusus
an/
T.Pengua
saan
Rendah
Sederhan
a
Tinggi
Jumlah

MTS
N

MTK
H

MTPJ
K

SNK
H

PRAP
M

SNK
T

PM
PS

Ju
m

6
9

3
4

3
3

5
3

4
3

2
2

3
5

26
29

5
20

3
6

4
6

2
10

3
10

6
10

2
10

25
80

Jadual ( 8 ) menunjukkan tahap penguasaan bacaan al-Quran mengikut


pengkhususan . Analisis Khi. Kuasa Dua mendapati tidak wujud perbezaan
signifikan tahap penguasaan bacaan al-Quran mengikut pengkhususan ( l=
7.69 , df = 12 , p = 0.81 ). Ini bererti tidak ada perbezaan signifikan tahap
penguasaan bacaan al-Quran di kalangan guru pelatih mengikut pengkhususan .

PERBINCANGAN
Tahap kebolehan membaca al-Quran

Dapatan kajian menunjukkan guru pelatih hanya menguasai kemahiran atau


pengetahuan yang rendah dalam membaca al-Quran. Mereka didapati kurang
menguasai kemahiran atau pengetahuan yang lebih tinggi dan mencabar.
Contohnya, ilmu tajwid dan tanda-tanda bacaan, menghafaz ayat-ayat al-Quran
dan membaca al-Quran di khalayak ramai. Masalah-masalah tersebut boleh
dikaitkan dengan faktor-faktor berikut :i.

Faktor Pembimbing

Sebahagian besar guru pelatih mendapat pendedahan awal pembelajaran


membaca al-Quran daripada pembimbing yang tidak bertauliah. Ramai
dibimbing oleh tok-tok guru dan ibu bapa sendiri yang tidak dilatih khas untuk
membimbing membaca al-Quran. Ini bererti guru pelatih tersebut tidak
dibimbing secara teratur ketika mula belajar membaca al-Quran. Ini
mengakibatkan tahap kebolehan membaca al-Quran yang rendah di kalangan
guru pelatih tersebut.
i.

Faktor Peruntukan Masa Mata Pelajaran Pendidikan Agama Islam

i.

Di sekolah rendah, Pendidikan Agama diperuntukkan 180 ninit seminggu.


Sementara sukatan pelajarannya adalah luas. Ia termasuk aspek Tilawah
Quran(bacaan, hafazan dan tafsir), asas Ulumul Syariah( ibadah, akidah
dan sirah), asas Akhlak Islamiyah dan amali. Di samping itu, guru
pendidikan Islam dikehendaki menyempurnakan Perkara Asas Fardhu
Ain(PAFA) dalam waktu yang sama. Memandangkan sukatan Pendidikan
Agama adalah berat dan pelbagai, peruntukan masa 180 minit seminggu
sudah tentu tidak memungkinkan pembelajaran membaca al-Quran
disempurnakan sepenuhnya.

i.

Faktor Kurang Penekanan Terhadap Ilmu Tajwid

i.

Walaupun dapatan kajian menunjukkan kebanyakan respoden pernah


mendapat pendedahan Ilmu Tajwid tetapi ianya hanya berlaku secara
tidak sengaja. Akibatnya tidak ramai di kalangan mereka yang benarbenar menguasai Ilmu Tajwid. Malah ada yang langsung tidak tahu hukumhukum asas yang terdapat dalam Ilmu Tajwid, apatah lagi
mengaplikasikannya dalam bacaan al-Quran. Keadaan ini berpunca dari
kurangnya penekanan terhadap Ilmu Tajwid semasa mereka belajar
membaca al-Quran. Pembelajaran dan pengajaran yang tidak sistematik
turut menjadi punca . Keadaan ini menjadi bertambah parah apabila
dalam pendidikan Islam di sekolah, Ilmu Tajwid hanya disampaikan melalui
penggabungjalinan

kemahiran Tilawah al-Quran sahaja. Peruntukan masa khas untuk Ilmu Tajwid
tidak disediakan. Ia lebih banyak bergantung kepada budi bicara guru Pendidikan
Islam sendiri. Adalah malang bagi ibu bapa yang beranggapan Pendidikan Islam
di sekolah sudah membebaskan mereka dari tanggungjawab memberi ilmu
kepada anak-anak mereka khususnya yang berkaitan dengan ilmu Fardhu Ain,
termasuk Ilmu Tajwid.
i.

Faktor Sikap Ibu Bapa

Sikap
ibu
bapa
yang
mengutamakan
pencapaian
akademik
dan
membelakangkan kebolehan membaca al-Quran juga turut memainkan

peranannya . Ramai ibu bapa akan terkilan sekiranya anak mereka tidak
mecapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan awam tetapi tidak ramai yang
terkilan jika anak mereka tidak boleh membaca al-Quran mengikut hukum tajwid.
i.

Faktor Kurang Penekanan Terhadap Amalan Membaca Al-Quran


Dalam Kehidupan.

Kajian mendapati hanya sebilangan kecil guru pelatih kerap kali membaca alQuran. Ramai yang tidak menjadikan membaca al-Quran sebahagian daripada
amalan hidupnya . Sikap sambil lewa terhadap perkara tersebut telah
menyebabkan tahap kebolehan membaca al-Quran yang rendah dan kurang
keyakinan membaca al-Quran di khalayak ramai di kalangan guru pelatih.
Perbandingan tahap kebolehan
beberapa aspek tertentu

membaca

al-Quran

berdasarkan

Perbandingan tahap kebolehan membaca al-Quran di kalangan guru pelatih


berdasarkan aspek (i) Jantina , (ii) Kelayakan akademik , (iii)Pencapaian Mata
Pelajaran Agama Islam dalam SPM dan (iv)Pengkhususan , mendapati tidak
wujud perbezaan signifikan kecuali aspek jantina dan pencapaian mata pelajaran
Agama Islam dalam SPM. Ujian t yang dikendalikan menunjukkan guru pelatih
perempuan mempunyai tahap kebolehan membaca al-Quran yang lebih tinggi
daripada guru pelatih lelaki . Ini selaras dengan dapatan kajian yang dijalankan
oleh Razali Ismail (1996). Sementara ujian khi kuasa Dua mendapati guru pelatih
yang berpencapaian tinggi dalam mata pelajaran Agama Islam lebih tinggi tahap
kebolehan membaca al-Quran daripada mereka yang berpencapaian rendah
dalam mata pelajaran Agama Islam SPM.
Perbezaan tahap kebolehan membaca al-Quran antara guru pelatih perempuan
dan lelaki kemungkinan besar disebabkan oleh sikap mereka terhadap kewajipan
mempelajari membaca al-Quran. Guru Pelatih perempuan lebih tekun dan sabar
manakala guru pelatih lelaki cenderung bersikap sambil lewa.
Perbezaan tahap kebolehan membaca al-Quran antara guru pelatih yang
berpencapaian tinggi dan berpencapaian rendah dalam keputusan mata
pelajaran Agama Islam SPM boleh dikaitkan dengan perbezaan tahap
pengetahuan
al-Quran
di
kalangan
guru
pelatih
tersebut.

CADANGAN
Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan dikemukakan untuk
meningkatkan tahap kebolehan membaca al-Quran di kalangan guru pelatih.
i.

Pihak Bahagian Pendidikan Guru sepatutnya mengasingkan mata


pelajaran al-Quran dengan Mata Pelajaran Pendidikan Islam. Ini
membolehkan perhatian yang lebih diberi kepada mata pelajaran tersebut.

ii.

Pihak Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) peringkat Institut perlu
mengadakan bengkel Quran dan kelas bimbangan al-Quran khususnya
untuk pelatih yang tidak mengenal huruf-huruf al-Quran.

iii.

Kelas membaca al-Quran secara intensif diadakan pada hari tertentu.

iv.

Bahagian Pendidikan Guru perlu mengadakan bengkel dan kursus


kemahiran al-Quran untuk semua pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan
Moral di Institut Perguruan Darulaman.

v.

Selain mempelajari al-Quran secara Talaqi Musafahah, pembelajaran


pengajaran al-Quran dengan menggunakan pelbagai media seperti
komputer juga boleh diperkenalkan supaya lebih menarik minat guru
pelatih.

vi.

Sukatan pelajaran Dinamika Pendidikan Islam yang hanya


memperuntukkan lima jam satu semester untuk kaedah Iqrak adalah
belum mencukupi bagi mengatasi kemahiran membaca al-Quran . Oleh itu
, tambahan masa untuk perkara tersebut perlu dipertimbangkan.

KESIMPULAN
Secara keseluruhan , kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kebolehan
membaca al-Quran
di kalangan guru pelatih Kursus Diploma Perguruan Malaysia yang bukan
pengkhususan Pendidikan Islam Institut Perguruan Darulaman . Dapatan kajian
menunjukkan tahap kebolehan membaca al-Quran guru pelatih tersebut agak
rendah khasnya aspek pembacaan al-Quran yang lebih mencabar yang
memerlukan kemahiran yang lebih tinggi . Juga didapati wujudnya perbezaan
signifikan tahap kebolehan membaca al-Quran di kalangan guru pelatih
perempuan dan lelaki. Beberapa cadangan dikemukkan untuk pihak berkenaan
meningkatkan tahap kebolehan membaca al-Quran di kalangan guru pelatih.

RUJUKAN
Al-Quranul
Karim
Bahagian Pendidikan Guru (1996) , Sukatan Pelajaran Diploma Pendidikan
Malaysia
,
Kementerian
Pendidikan
malaysia
,
Kuala
Lumpur.
Hajah Wan Rahimah binti Othman (1990), Pencapaian pendidikan Islam di
kalangan
guru
pelatih
Islam
, Jurnal
Akademik ,
Jilid
2
.
Jamaluddin Haji Ridzwan (1995) , Penyelidikan Penguasaan Ilmu Tajwid Di
Kalangan guru-guru Pendidikan Islam, Laporan Penyelidikan Maktab Perguruan
Islam
Bangi
,
Selangor.
Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1997 ) , Sukatan pelajaran Pendidikan Islam
di sekolah rendah kerajaan , Dewan bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur .
Mohd Yassin bin Haji Sulaiman (1995) , Menjadikan Pendidikan Islam di sekolah
rendah lebih bermakna , Laporan Penyelidikan Maktab Perguruan Islam Bangi
,Selangor .
Razali bin Ismail (1991) , Kemahiran Tajwid , Jurnal Wacana Pendidikan Islam 97,
Maktab Perguruan Pasir Panjang , Kuala Terengganu.

Anda mungkin juga menyukai