Anda di halaman 1dari 18

Maksud Bacaan Dalam Solat – Lebih Khusyu’

Jika Tahu Makna!


Maksud Bacaan Dalam Solat

Solat merupakan ibadah wajib dan merupakan keutamaan yang sangat besar bagi seorang Muslim.

Allah berfirman di dalam surah Al-‘Ankabut ayat-45 yang bermaksud:

“Bacalah kitab (Al-quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat.
Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan)keji dan mungkar, dan (ketahuilah) mengingat Allah
(solat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

Dalam kita mengerjakan solat saban hari, sudahkah kita dalami maksud bacaan dalam solat yang dilafazkan
pada setiap lima waktu ?

Mari kita semak bacaan solat serta maknanya agar kita dapat tunaikan ibadah solat dengan lebih khusyuk
dan penuh penghayatan.

Maksud Bacaan Dalam Solat


1. Takbiratul-Ihram

‫ُهّٰللا َأْك َبر‬

Maksud : Allah Maha Besar


2. Doa Iftitah

. ‫ ِأِّن َو َّج ْه ُة َو ْج ِهَي ِ للِذْي َفَطَر الَّس َم َو اِت َو ْاَآلْر َض َح ِنِيْيًفا ُم ْسِلًم ا َو َم ا َأَنا ِم َن اْلُم ْش ِر ِكْيَن‬.‫َاُهلل َاْك َبْر َك ِبْيًر ا َو اْلَح ْم ُدِ ِهلل َك ِثْيًر َو ُسْبَح اَن ِهللا ُبْك َر ًة َو َأِصْيًال‬
‫ َالَش ِر ْيَك َلُه َو ِبَذ ِلَك ُأِمْر ُت َو َأَنا ِم َن اْلُم ْسِلِم ْيَن‬. ‫ِإَّن َص َالِتْي َو ُنُسِكْي َو ْم ْح َياَي َو َمَم اِتْي ِ ِهلل َر ِّب اْلَعاَلِم ْيَن‬

Maksud : Allah Maha Besar dengan dengan kebesaran yang tidak terduga, dan segala pujian bagi Allah
dengan pujian yang sangat banyak, dan Maha Suci Allah pada pagi dan petang hari, sesungguhnya aku
hadapkan mukaku kepada (Allah) yang menciptakan langit dan bumi dengan kepatuhan dan aku bukanlah
dari kaum yang menyekutukan Allah, sesungguhnya solatku ibadahku hidupku dan matiku hanyalah milik
Allah, Tuhan pemilik alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan demikianlah aku diperintahkan dan aku
termasuk dari golongan kaum muslimin.

3. Al-Fatihah

1. ‫ِبْس ِم ِهّٰللا الَّرْح ٰم ِن الَّرِحْيِم‬

2. ‫َاْلَح ْم ُد ِهّٰلِل َر ِّب اْلٰع َلِمْيَۙن‬

3. ‫الَّرْح ٰم ِن الَّرِح ْيِۙم‬

4. ‫ٰم ِلِك َيْو ِم الِّدْيِۗن‬

5. ‫ِاَّياَك َنْعُبُد َو ِاَّياَك َنْس َتِع ْيُۗن‬

6. ‫ِاْه ِد َنا الِّصَر اَط اْلُم ْس َتِقْيَم‬

7. ‫ِصَر اَط اَّلِذ ْيَن َاْنَعْم َت َع َلْيِهْم ۙە َغ ْيِر اْلَم ْغ ُضْو ِب َع َلْيِهْم َو اَل الَّض ۤا ِّلْيَن‬
Maksud :

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4. Yang Menguasai hari Pembalasan (hari akhirat).
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon
pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-
orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

4. Bacaan Ketika Rukuk

‫ُسْبَح اَن َر ِّبَي اْلَعِظ ْيِم َو ِبَح ْم ِدِه‬

Maksud : Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung, dan dengan pujian untuk-Nya.

5. Iktidal

‫َسِمَع ُهللا ِلَم ْن َح ِمَدُه‬

‫َر َّبَنا َلَك اْلَح ْم ُد‬

Maksud : Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

6. Doa Qunut

‫َو َتَو َّلِنْى ِفْيَم ْن َتَو َّلْيَت‬, ‫َو َعاِفِنى ِفْيَم ْن َعاَفْيَت‬, ‫َالّلُهَّم اْه ِدِنْى ِفْيَم ْن َهَدْيَت‬
‫َفِا َّنَك َتْقِض ْى َو َال ُيْقَض ى َع َلْيَك‬، ‫َو ِقِنْي َشَّر َم ا ََقَض ْيَت‬, ‫َو َباِر ْك ِلْى ِفْيَم ا َاْع َطْيَت‬
‫َو َال َيِع ُّز َم ْن َعاَدْيَت‬, ‫َو ِا َّنُه َال َيِذ ُّل َم ْن َو اَلْيَت‬
‫َفَلَك اْلَح ْم ُد َع َلى َم ا َقَض ْيَت‬, ‫َتَباَر ْك َت َر َّبَنا َو َتَعاَلْيَت‬
‫َو َاْس َتْغ ِفُر َك َو َاُتْو ُب ِاَلْيَك‬
‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى َس ِّيَد َنا ُم َح َّم ٍد الَّنِبِّي ْاُالِّمِّي َو َع َلى آِلِه َو َصْح ِبِه َو َس َّلَم‬

Maksud :

Ya Allah berikanlah kami hidayah sebagaimana mereka yang sudah Engkau beri hidayah.
Dan berikanlah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau sudah beri kesihatan.
Dan peliharalah aku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan.
Dan berilah keberkatan bagiku pada segala apa yang Engkau sudah kurniakan.
Dan lindungi aku dari segala kejahatan yang Engkau sudah pastikan.
Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukanya yang kena hukum.
Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.
Dan tidak mulia orang yang mana Engkau memusuhinya.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi. Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa
yang Engkau hukumkan. Dan kami memohon ampun dari-Mu dan kami bertaubat kepada-Mu. Dan semoga
Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad. Dan ke atas
keluarganya serta para sahabatnya.

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


7. Sujud

‫ُسْبَح اَن َر ِّبَي اَأْلْع َلى َو ِبَح ْم ِدِه‬

Maksud : Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

8. Duduk di antara Dua Sujud

‫رب اْغ ِفرلي َو اْر َح ْم ِنى واجبرني َو اْر َفْعِني َو اْر ُز ْقِنى َو اْه ِدِنى َو َعاِفِنى َو اْعُف َع ِّنى‬

Maksud : Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku,
rezekikan daku, berilah daku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah daku.

9. Tahiyat Awal

‫ َأْش َهُد َاْن آل ِإَلَه‬، ‫ الَّسَالُم َع َلْيَنا َو َع َلى ِع َباِدِهللا الَّص اِلِح ْيَن‬،‫ الَّسَالُم َع َلْيَك َاُّيَها الَّنِبُّي َو َر ْح َم ُة ِهللا َو َبَر َكاُتُه‬،‫َالَّتِحَّياُت اْلُم َباَر َك اُت الَّص َلَو اُت الَّطِّيَباُت ِِهلل‬
‫ َاللُهَّم َص ِّل َع َلى َسِّيِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َع َلى آِل َسِّيِد َنا ُم َح َّم ٍد‬،‫ِإَّالُهللا َو َاْش َهُد َأَّن ُم َح َّم ًدا َر ُسْو ُل ُهللا‬

Maksud : Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas
hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu
adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan Kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

10. Tahiyat Akhir

‫الَّتِحَّياُت اْلُم َباَر َك اُت الَّص َلَو اُت الَّطِّيَباُت ِهَّلِل الَّساَل ُم َع َلْيك َأُّيَها الَّنِبُّي َو َر ْح َم ُة ِهَّللا َو َبَر َكاُتُه الَّساَل ُم َع َلْيَنا َو َع َلى ِع َباِد ِهَّللا الَّص اِلِح يَن َأْش َهُد َأْن اَل إَلَه‬
‫إاَّل ُهَّللا َو َأْش َهُد َأَّن ُم َح َّم ًدا َر ُس وُل ِهللا‬

‫َأْش َهُد َأْن اَل إَلَه إاَّل ُهَّللا َو َأْش َهُد َأَّن ُم َح َّم ًدا َر ُس وُل ِهللا‬

‫ َو َع َلى آِل ُم َح َّم ٍد‬، ‫الَّلُهَّم َص ِّل َع َلى ُم َح َّم ٍد‬

‫ َو َع َلى آِل‬، ‫ َك َم ا َباَر ْك َت َع َلى ِإْبَر اِه يَم‬، ‫ َو َع َلى آِل ُم َح َّم ٍد‬، ‫ الَّلُهَّم َباِر ْك َع َلى ُم َح َّم ٍد‬، ‫ ِإَّنَك َح ِم يٌد َمِج يٌد‬، ‫َك َم ا َص َّلْيَت َع َلى ِإْبَر اِه يَم َو َع َلى آِل ِإْبَر اِه يَم‬
‫ ِإَّنَك َح ِم يٌد َمِج يٌد‬، ‫ِإْبَر اِه يَم‬

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas
hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu
adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan Kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau
selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.

Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas
keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
MAKNA BACAAN DALAM SOLAT (INFOGRAFIK)
Begitulah maksud bacaan yang kita selalu bacakan dalam solat 5 waktu. Berdasarkan maksud bacaan doa,
dapatlah kita rangkumkan bahawa bacaan doa terkandung banyak doa-doa yang kita sendiri mungkin tidak
sedar apabila dibaca.

Sebagai hamba Allah yang lemah, pemahaman kepada bacaan solat adalah pendekatan yang baik untuk kita
dapatkan solat yang lebih berkualiti walaupun terdapat kekangan bahasa yang berbeza.

Marilah kita hayati makna bacaan doa dengan lebih mendalam agar amalan wajib yang kita kerjakan setiap
hari ini menjadi lebih bermakna dan mendapat keberkatan di sisi Allah insya-Allah.

Sumber : Zayan.my, Iluminasi.com

Anda mungkin juga menyukai