Anda di halaman 1dari 2
TUGASAN 2 (SEMINAR) KOD KURSUS TAJUK KURSUS : HBEF2803 : PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN SOALAN TUGASAN

TUGASAN 2 (SEMINAR)

KOD KURSUS

TAJUK KURSUS

: HBEF2803

: PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

SOALAN TUGASAN

Seminar dan konferen adalah salah satu saluran ilmu yang penting. Setiap organisasi sama ada badan berkanun, swasta ataupun institusi pendidikan sentiasa menganjurkan seminar ataupun konferen bagi memastikan peserta mendapat input yang bermanfaat.

Seminar merupakan persidangan yang membahaskan suatu masalah secara ilmiah dan mempelajari sesuatu topik yang khusus. Persidangan dan seminar biasanya menampilkan satu atau beberapa pembicaraan dan pembentangan kertas kerja. Peserta seminar berperanan untuk menyampaikan pertanyaan, ulasan, dan pembahasan sehingga menghasilkan pemahaman tentang kertas kerja yang telah dibentangkan. Pendidik perlulah sentiasa melibatkan diri dalam seminar- seminar yang berkaitan dengan pendidikan.

Sebagai seorang guru anda perlu mengetahui secara menyeluruh aspek-aspek yang berkaitan dengan seminar bagaimana ianya dijalankan, sebelum, semasa dan selepas seminar. Mengurus seminar yang terbukti efektif justeru anda akan mengetahui:

Cara mengendalikan seminar dan konferens yang dinamik dan efektif

Peruntukan belanjawan bagi menganjurkan sesebuah seminar

Perancangan dalam memilih tarikh, masa dan lokasi program

Promosi terbaik bagi menarik kehadiran peserta

Aspek keselamatan semasa program dan Penilaian kualiti atau pun matlamat program

Fakulti Pendidikan dan Bahasa telah menganjurkan satu Seminar Perkembangan Profesionalisme Keguruan yang bertempat di kampus induk Open University Malaysia. Dua kertas kerja seperti berikut telah dibentangkan dalam seminar tersebut.

Kertas kerja 1

:

Pembangunan Profesionalisme Berterusan:

Pembentang

:

Kebertanggungjawab Inisiatif Kendiri Dr. Nasaruddin b. Basar Ketua Penolong Pengarah, Sektor Peningkatan Ilmu Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia

Kertas kerja 2

:

Motivasi Pelajar

Pembentang

:

Tuan Haji Ibrahim b. Sakimin Ketua Penolong Pengarah, Sektor Standard dan verifikasi Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia

Pembentangan kertas kerja seminar tersebut telah di muat naik ke dalam portal EPIC (sila klik pautan video pembentangan yang terdapat pada ruangan Description). Pelajar disarankan untuk membuat analisis dan ulasan secara kritis berdasarkan kepada aspek-aspek berikut sebagai keperluan tugasan serminar ini.

Aktiviti 1 Anda dikehendaki untuk mendokumentasikan aspek-aspek yang berkaitan dengan cara-cara untuk menjalankan dan melaksanakan seminar berdasarkan faktor persediaan, perlaksanaan dan selepas seminar.

Hadkan rumusan tersebut kepada 3-5 muka surat sahaja.

Aktiviti 2 : Ulasan dan rumusan kertas kerja 1 Berdasarkan kepada video seminar yang telah dimuat naik dalam portal EPIC, anda dikehendaki membuat rumusan terperinci kertas kerja yang bertajuk Pembangunan Profesionalisme Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri” dengan mengulas, merumus dan menganalisis DUA aspek daripada empat sub-tajuk yang berkaitan seperti :

Pembangunan Profesionalisme, Pembangunan Profesionalisme Kendiri

Kebertanggungjawaban Guru dan Laluan Kerjaya.

Analisis dan rumusan anda perlulah disertakan contoh-contoh dan rujukan yang berkaitan.

Hadkan rumusan tersebut kepada 3-5 muka surat sahaja.

Aktiviti 3 : Ulasan dan rumusan kertas kerja 2 Membuat ulasan dan rumusan secara terperinci kertas kerja yang bertajuk Motivasi Pelajar berdasarkan kepada peningkatan positif motivasi pelajar, sumbangan kepada profesion keguruan dan faedah yang didapati setelah mengikuti program Pensiswazahan Guru.

Hadkan rumusan tersebut kepada 3-5 muka surat sahaja.

Aktiviti 4 : Jurnal Reflektif Mengimbas kembali faktor-faktor penting yang dapat anda perolehi dan amalkan hasil daripada pembentangan kertas kerja tersebut, Sejauh manakan saranan-saranan tersebut dapat dilaksanakan untuk meningkatkan kerjaya anda sebagai pendidik yang berkesan dan berguna kepada masyarakat.

Hadkan rumusan tersebut kepada 3 muka surat sahaja.