Anda di halaman 1dari 6

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

Universiti Sains Malaysia

Perancangan Akademik

JOW 457 KEUSAHAWAN


Sidang Akademik 2011/2012
KELAS SIDANG VIDEO
Sidang Video 1 2 3 4 5
[Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual sidang video sidang akademik 2011/2012 yang boleh dimuat turun dari portal e-pembelajaran.]

TARIKH

Masa

JOW 457/3 KEUSAHAWANAN PENGURUS KURSUS Tel: No. Bilik E-mail KANDUNGAN KURSUS Kursus ini menekankan aspek pemupukan budaya keusahawanan di kalangan pelajar supaya mereka dapat menghayati nilai-nilai keusahawanan. Pelajar akan diberi pendedahan terhadap asas keusahawanan dari segi sejarah, konsep dan teori, dan pembangunan individu usahawan dari segi kemahiran-kemahiran dan gelagat untuk menjadi usahawan yang berjaya. Para pelajar juga didedahkan kepada pembangunan kemahiran kreatif dan inovatif yang membolehkan mereka menjanakan idea dan produk baru yang berdaya saing dalam pasaran. Kursus ini juga akan mendedahkan pelajar kepada penilaian persekitaran, mengenal pasti peluang-peluang perniagaan dan penyediaan rancangan perniagaan serta memahami beberapa kaedah memulakan perniagaan yang boleh diusahakan oleh peniaga-peniaga kecil dan sederhana. OBJEKTIF KURSUS Di akhir kursus, para pelajar akan dapat : * * * * Memahami sejarah, konsep dan teori keusahawanan. Membentuk budaya keusahawanan dalam sebarang profesion. Menghuraikan konsep kreativiti dan inovasi, pengambilan risiko, asas-asas pengurusan perniagaan. Mengenal pasti peluang-peluang keusahawanan dan pendekatan bagi mewujudkan usaha teroka serta menyediakan rancangan perniagaan yang menyeluruh. : : : : DR. NORZIANI DAHALAN 04-6534553 112 Norziani@usm.my

PELAKSANAAN KURSUS: * * * Bahan-bahan kursus boleh diperoleh dari portal PPPJJ http://el.usm.my/pppjj/index.php Pelajar-pelajar dikehendaki merancang pembelajaran & ulangkaji sendiri atau pun Berkumpulan. Pelajar-pelajar boleh berinteraksi dengan Pengurus Kursus melalui e-mel dan telefon.

-1-

KERJA KURSUS Kelas Sidang Video Lima (5) kelas sidang video akan dijalankan oleh Pengurus Kursus. Sidang Video Sidang Video 1 Sidang Video 2 Tarikh & Masa Bab 1 2 5 6 9 8 13 3 dan 4 Mid Term Exam 12 14 15 Mengurus aliran tunai Memilih lokasi dan layout Keusahawanan Global Tajuk Pengenalan Kursus Pengenalan kepada Keusahawanan Kreativiti dan Inovasi dalam Keusahawanan Jenis-jenis pemilikan perniagaan Perniagaan Francais E-commerce dan Usahawan Pelan pemasaran Sumber pembiayaan Rancangan Perniagaan (RP) Pengenalan & Kepentingan Komponen-Komponen RP

Sidang Video 3 Intensive Course 1 Intensive Course 2

Intensive Course 3 Sidang Video 4 Sidang Video 5 Final Exam TUGASAN

Tajuk Tugasan 1: Sila lihat soalan tugasan yang diberikan Tarikh akhir penyerahan tugasan 1: 20 Januari 2012 Tarikh akhir penyerahan tugasan 2: 15 April 2012 Peperiksaan Berterusan Tarikh: Semasa Kursus Intensif Tajuk yang diuji: Akan dimaklumkan kemudian

-2-

Peperiksaan Akhir Tarikh: Akan dimaklumkan kemudian Tajuk yang diuji: Akan dimaklumkan kemudian SUMBANGAN KERJA KURSUS DAN PEPERIKSAAN AKHIR PENILAIAN KURSUS: Tugasan 1 Tugasan 2 Peperiksaan Pertengahan Semester Peperiksaan Akhir 20% 10% 20% 50%

KURSUS INTENSIF Kursus Intensif akan diadakan pada 29 Januari 2012 hingga 11 Februari 2012.
RUJUKAN UTAMA: Scarborough, N.M. (2005). Essentials of Entrepreneurship and Small Business Management: Sixth edition, Pearson Education, Inc., N.J. RUJUKAN TAMBAHAN: Kuratko, D.F. & Hodgetts, R.M. (2004). Entrepreneurship Theory, Process and Practice. (6th ed.). US: Thomson Learning South-Western Rosli Mahmood et. al (2006). Prinsip-Prinsip Keusahawanan. Kuala Lumpur: Thomson Learning Mohd Salleh Hj Din et.al (2004). Asas Keusahawanan. Kuala Lumpur: Thomson Learning

JOW457[PAka&T]2011-12 23.6.2011-ND/sari

-3-

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SIDANG AKADEMIK 2011/2012 JOW 457- KEUSAHAWANAN (TUGASAN 1)

PERHATIAN 1. Tugasan ini mestilah dijawab di atas kertas bersaiz A4, bertaip, double spacing dan perlu dihantar dalam bentuk berjilid. Tebal tugasan tidak melebihi 30 muka surat. Jawapan tugasan berserta muka hadapan hendaklah dihantar ke pusat pengajian Jarak Jauh, USM Pulau Pinang, selewat-lewatnya pada 20 Januari 2012. Tugasan yang diterima lewat daripada tarikh di atas tidak akan dipertimbangkan. Markah 0 akan diberikan kepada tugasan yang sama atau yang mencurigakan tanpa apa-apa amaran.

2.

3.

TUGASAN 1 Tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan. Kumpulan anda mestilah terdiri daripada 4 (empat) atau maksima 5 (lima) orang ahli. Kumpulan anda dikehendaki memilih seorang usahawan yang berjaya dan temu bual usahawan tersebut. Temu bual anda perlu meliputi perkara-pekara berikut:
a) b) c) d) e) f) Latar belakang usahawan tersebut. Perniagaan yang dijalankan. Aset perniagaan tersebut (pulangan modal, pulangan aset) Bagaimana beliau boleh terbabit dalam perniagaan tersebut. Bagaimana beliau mengurus perniagaan tersebut Apakah strategi persaingan yang beliau gunakan untuk berjaya (fokus kepada pengguna, kualiti produk, tumpuan kepada memberi perkhidmatan terbaik, tumpuan kepada inovasi produk) Apakah strategi pemasaran yang beliau gunakan Apakah isu-isu semasa yang beliau hadapi dalam mengurus perniagaan Beri pandangan anda apakah ciri-ciri keusahawanan yang ada pada beliau yang menjadikan beliau usahawan yang berjaya?

g) h) i)

-4-

TUGASAN 2 JURNAL REFLEKSI Tugasan ini merupakan tugasan Individu. Anda dikehendaki menulis jurnal Refleksi (Reflection Journal). Panjang: 700 patah perkataan Tarikh penghantaran: 15 April 2012 Garis Panduan:
Tujuan penilaian ini dibuat untuk membolehkan pelajar menganalisis dan membangunkan kebolehan untuk membuat refleksi kendiri bagi tujuan pembangunan professional. Perincian Tugasan: Pelajar perlu menulis jurnal refleksi berkait dengan pembelajaran yang didapati dalam kelas yang boleh dikaitkan pembangunan kendiri dan professional. Pelajar boleh menulis jurnal refleksi berkait dengan perbincangan sewaktu membuat tugasan, pembacaan berkait dengan tugasan, pembacaan artikel dan juga pengalaman sewaktu membual bicara responden sewaktu menjalan tugasan 1. Setiap refleksi perlu mempunyai elemen berikut; 1. 2. Kesedaran: Deskripsi ringkas tentang situasi pembelajaran, dan peristiwa yang mencetuskan refleksi, gambaran tentang perasaan masa lalu. Analisis kritikal : Analisis kritikal tentang situasi pembelajaran, peristiwa yang berkait dengan konsep yang dipelajari; dan bagaimana anda hubungkan pembelajaran tersebut dengan peningkatan kendiri atau pembelajaran tentang konsep keusahawan (kaitkan dengan masa lalu, masa kini, masa akan datang) Pembelajaran Refleksi: Gambaran tentang pembelajaran, penerangan dan analisis kritikal tentang pembelajaran yang anda dapati, samada dalam kelas, perbincangan dalam kelas atau pengalaman menemubual responden. Daripada refleksi yang anda buat, apakah terdapat kemungkinan berlakunya perubahan pandangan dan perspektif. Contoh; (bagaimana saya boleh menggunakan pengetahuan yang saya dapati untuk pembangunan kendiri? Bagaimana ia mempengaruhi pandangan saya terhadap karier ? Apa perlu lakukan untuk peningkatan diri? Apa yang perlu saya ubah? Bagaimana cara? Bagaimana saya aplikasikan apa yang saya pelajari? Bagaimana saya perlu mengurus atau bertindak pada masa akan datang? Adakah saya berubah? Justifikasi bagaimana perubahan itu berlaku.

3.

Penulisan dan jurnal refleksi adalah berdasarkan dari pengalaman, pemikiran, perasaan, gerak hati, jangkaan, dan impresi anda sendiri. Dalam penulisan jurnal refleksi anda boleh gunakan kata ganti diri pertama iaitu Saya Anda akan mengepos Jurnal Refleksi anda dalam portal. Akan diberitahu kemudian. - oooOooo -

-5-

Anda mungkin juga menyukai