Anda di halaman 1dari 12

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN JJ201 2020/2021

PERANCANGAN AKADEMIK
SEMESTER JULAI SESI 2020/2021 (JJ201)

SADE 1013
ASAS KEUSAHAWANAN

PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

1
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN JJ201 2020/2021

KOD KURSUS : SADE1013


KURSUS : ASAS KEUSAHAWANAN
JAM KREDIT : 3

SINOPSIS

Kursus ini menekankan aspek pemupukan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar supaya mereka
dapat menghayati nilai-nilai keusahawanan dalam kehidupan seharian. Pelajar akan diberi pendedahan
terhadap asas-asas keusahawanan dari segi sejarah, konsep, teori dan pembangunan individu usahawan dari
segi kemahiran-kemahiran dan gelagat untuk menjadi usahawan yang berjaya. Para pelajar juga didedahkan
kepada pembangunan kemahiran kreatif dan inovatif yang membolehkan mereka mengenal pasti peluang-
peluang perniagaan, membangunkan dan melaksanakan idea-idea dan rancangan perniagaan. Kursus ini juga
akan mendedahkan pelajar kepada beberapa kaedah memulakan perniagaan yang dapat dimanfaatkan oleh
usahawan / perusahaan kecil dan sederhana.

OBJEKTIF

Di akhir kursus, para pelajar akan dapat :

1.1 Memahami sejarah, konsep dan teori keusahawanan.


1.2 Membentuk budaya keusahawanan dalam sebarang profesion.
1.3 Menghuraikan konsep kreativiti dan inovasi, pengambilan risiko, asas-asas pengurusan perniagaan.
1.4 Mengenal pasti peluang-peluang keusahawanan dan pendekatan bagi mewujudkan usaha teroka.
1.5 Mengenal pasti kaedah-kaedah kontemporari untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

PENGENDALIAN KURSUS

Kursus ini dikendalikan secara pembelajaran kendiri di mana pelajaran akan dibekalkan dengan modul khusus
sebagai rujukan utama. Di dalam modul ini pelajar telah pun dilengkapkan dengan soalan latihan dan penilaian
kendiri sebagai tambahan kepada nota. Bagi memperolehi pemahaman yang berkesan, pelajar dinasihatkan
untuk membaca rujukan lain (sebarang buku berkenaan Asas Keusahawanan). Pelajar juga dinasihatkan untuk
menjawab soalan-soalan tambahan yang selalunya disediakan di hujung setiap bab di dalam modul kursus dan
buku rujukan. Cara ini akan dapat menolong pelajar untuk memahami dengan lebih jelas serta dapat
meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan teori-teori yang dipelajari dalam menganalisa hal yang
berkaitan.

Rentetan berlakunya “Penularan Wabak Coronavirus Disease 2019 (COVID-19), Pengumuman Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 18 Mac
2020 hingga 31 Ogos 2020 serta Pemakluman Perlaksanaan Pengajaran, Pembelajaran dan Pentaksiran oleh
UUM dan PACE, LIMA SESI PERJUMPAAN MENGIKUT KAEDAH REMOTE LEARNING (RL) telah di gubal
bagi Perlaksanaan Pengajaran, Pembelajaran dan Pentaksiran antara pelajar dengan tenaga pengajar seperti
jadual di lampiran 1. Walau bagaimanpun perubahan kepada kaedah Perlaksanaan Pengajaran, Pembelajaran
dan Pentaksiran adalah bergantung kepada pemgumuman selanjutnya daripada Pengurusan UUM dan PACE
dari masa kesemasa.

Setiap pertemuan yang telah dijadualkan, penumpuan akan lebih diberikan kepada sesi perbincangan dan soal
jawab. Maka, dengan itu adalah menjadi KEWAJIPAN pelajar membuat beberapa persediaan berikut sebelum
hadir ke setiap sesi perjumpaan:

2
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN JJ201 2020/2021

I. Membaca terlebih dahulu topik-topik yang telah ditetapkan untuk setiap sesi pertemuan.
II. Membuat rujukan tambahan tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan pembelajaran (misalnya rencana
akhbar, majalah atau jurnal) yang boleh dibincangkan di dalam kelas.
III. Memberi kerjasama dan bersedia untuk melibatkan diri dalam sesi perbincangan yang dikendalikan.

PENILAIAN KURSUS: PENTAKSIRAN 100% KERJA KURSUS

Penilaian ini akan dilakukan berdasarkan kepada:

Tugasan Individu 20%


Tugasan Kumpulan 30%
Kuiz 10%
Peperiksaan Akhir Semester 40%
JUMLAH 100%

TUGASAN INDIVIDU (20%) & KUMPULAN 30%) = 50%


Tugasan individu dan kumpulan akan dimuat turun dalam online learning pelajar. Tugasan perlu disediakan
secara INDIVIDU yang membawa 20% markah dan juga secara KUMPULAN yang terdiri daripada 5 orang
pelajar yang membawa 30% markah daripada markah keseluruhan.

Bagi memudahkan penyerahan tugasan, maka semua pelajar telah ditetapkan untuk menghantar sendiri semua
tugasan kepada pensyarah di pusat masing-masing melalui email. Tugasan Individu hendaklah diserahkan
sebelum atau pada PERTEMUAN KEDUA Tugasan Kumpulan hendaklah diserahkan sebelum atau pada
PERTEMUAN KETIGA. Pelajar dikehendaki menyediakan tugasan mengikut format yang telah ditetapkan.
Plagiat bagi tugasan adalah DILARANG dan boleh mengakibatkan pelajar mendapat status GAGAL bagi
tugasan tersebut.Sila rujuk kepada panduan tugasan yang disediakan.
PERINGATAN: Kelewatan menyerahkan tugasan akan dikenakan penalti dalam bentuk potongan markah.

KUIZ 1 Secara Atas Talian (10%)


Kuiz 1 (10%) akan diadakan pada pertemuaan KEDUA dan. Soalan kuiz akan disediakan oleh pensyarah pusat
masing-masing mengikut yang dipelajari. Format adalah bebas kepada pensyarah yang dilantik.

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER (40%)

Peperiksaan akhir semester akan diadakan pada pertemuan kelima (DITENTUKAN OLEH HEA &
DIMAKLUMKAN OLEH PACE). Pelajar akan dimaklumkan kemudian berkenaan dengan tarikh, masa dan
tempat peperiksaan. Peperiksaan akhir adalah merangkumi 80 SOALAN berbentuk OBJEKTIF dan 2 soalan
berbentuk STRUKTUR dari semua bab yang telah dipelajari sepanjang semester. Masa yang diperuntukkan
adalah 2 Jam. Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan yang dikemukakan.

Siri Modul Kendiri PJJ (2011). Asas Keusahawanan, Edisi Kelima,. Universiti Utara Malaysia. PACE, UUM
RUJUKAN TAMBAHAN

Ab. Aziz Yusof & Zakaria Yusof. (2004). Prinsip Keusahawanan, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Prentice Hall.

Robert A. Baron. & Scott A. Shane. (2007). Entrepreneurship: A Process Perspective. (2nd ed.) Cengage
Learning.

3
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN JJ201 2020/2021

Coulter, M. (2002). Entrepreneurship in Action. (2nd ed.). New Jersey: Prentice Hall.

Robert Hisrich., Michael Peters. & Dean Shepherd. (2012). Entrepreneurship. (9th ed.). US: McGraw-Hill
Education.

Donald F. Kuratko. (2013). Entrepreneurship – Theory, Process and Practice. (9th ed.). US: South-Western
College Pub

Bruce R. Barringer. & R. Duane Ireland. (2011). Entrepreneurship: Successfully Launching New Ventures (4th
ed.). Prentice Hall

Rosli Mahmood et al., (2010). Prinsip-prinsip Keusahawanan: Pendekatan Gunaan (edisi kedua). Singapore:
Cengage Learning Asia Pte Ltd.

Syahrir Rahim et., al. (2016). Asas Keusahawanan. Penerbit UUM, Sintok, Kedah

PANDUAN BELAJAR

Kursus SADE1013 Asas Keusahawanan merupakan kursus yang membincangkan prinsip-prinsip keusahawanan
dan perniagaan yang berkaitan dengan seseorang individu dan organisasi. Selain dari itu, kursus ini juga akan
menerangkan konsep dan fungsi bidang keusahawanan serta kepentingan bidang ini terhadap pembangunan
negara.

Pelajar boleh menggunakan objektif pembelajaran pada awal setiap pelajaran sebagai panduan untuk mengikuti
kandungan perbincangan sesuatu pelajaran. Objektif ini juga boleh dijadikan sebagai kayu pengukur terhadap
tahap pemahaman pelajar di akhir sesuatu pelajaran. Khususnya, pelajar harus bertanya kepada diri sendiri
sama ada beliau sudah mengetahui dan memahami setiap objektif yang tertulis. Sekiranya pelajar mendapati
bahawa beliau kurang faham atau gagal mencapai objektif-objektif tersebut, maka pelajar perlu membaca
semula pelajaran tersebut dan tandakan para atau pun ayat yang tidak difahami. Pelajar boleh mengajukan
sebarang pertanyaan yang ada kepada pensyarah semasa sesi pertemuan yang diadakan setiap bulan atau
berhubung melalui e-mel. Selain itu, pelajar juga digalakkan untuk berbincang dengan rakan-rakan sekursus
untuk mendapatkan pemahaman yang lebih, di samping berkongsi pendapat.

Tugasan yang diberikan harus mendapat perhatian yang serius dari pelajar. Pelajar harus mempunyai iltizam
untuk menghasilkan kerja tugasan yang baik, impak tinggi dan berkualiti . Ini adalah kerana tugasan bukan
sahaja boleh membantu memudahkan proses pembelajaran dan persediaan untuk menghadapi peperiksaan;
tetapi ia juga akan menyumbangkan kepada gred akhir pelajar untuk kursus ini.

Kesimpulannya, pelajar adalah diingatkan bahawa persediaan awal sebelum menghadiri perjumpaan/kuliah dan
komitmen pelajar terhadap kursus ini amat penting. Hanya dengan persediaan awal dan komitmen yang tinggi
daripada pelajar sahaja keputusan yang cemerlang akan dapat dikecapi pelajar.

LAMPIRAN 1
PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH
SEMESTER APRIL SESI 20172020/2021 (JA201)

4
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN JJ201 2020/2021

JADUAL SESI PERTEMUAN, PENGAJARAN & PEMBELAJARAN YANG DIKEMASKIN


Tarikh/Tempat Pertemuan Modul Tempoh Kaedah
UUM, JB, KB, LGKW Pertemuan 1  Penerangan 4 jam RL/OL
25/7/2020 keseluruhan
WEBEX 8.00am-12.00pm kursus
 Syarahan/Perbincanga
KL,MLK,KCG,KK,SB, n Pelajaran Bab 1 & 9
KTN,IPOH, YBR,Miri  Perbincangan tugasan
26/7/2020

UUM, JB, KB, LGKW Pertemuan 2  Syarahan/Perbincanga 4 jam RL/OL


15/8/2020 n Pelajaran Bab 2, 3, & 4
WEBEX 8.00am-12.00pm  Kuiz 1

KL,MLK,KCG,KK,SB,  Serahan Tugasan


KTN,IPOH, YBR,Miri Individu
16/8/2020 Sebelum atau pada
Pertemuan Kedua
UUM, JB, KB, LGKW Pertemuan 3  Syarahan/Perbincanga 4 jam RL/OL
26/9/2020 n Pelajaran
WEBEX 8.00am-12.00pm  Bab 5, 6 & 7

KL,MLK,KCG,KK,SB,  Serahan Tugasan


KTN,IPOH,YBR,Miri Kmpulan
27/9/2020 Sebelum atau pada
Pertemuan Ketiga

UUM, JB, KB, LGKW Pertemuan 4  Syarahan/Perbincanga RL/OL


17/10/2020 n
WEBEX 8.00am-12.00pm (Pelajaran Bab 8, 10 & 11)

KL,MLK,KCG,KK,SB,
KTN,IPOH,YBR,Miri
18/10/2020
UUM, JB, KB, LGKW Pertemuan 5  Peperiksaan Akhir
16-23/11/2020 Semester (Semua Bab) 2 JAM
WEBEX
 80 soalan aneka pilihan.
KL,MLK,KCG,KK,SB, 2 soalan struktur
KTN,IPOH,YBR,Miri
16-23/11/2020

Kehadiran pelajar ke kuliah dan pembelajaran secara Remote Learning seperti yang dijadualkan
adalah WAJIB.

SENARAI TENAGA PENGAJAR/PENYELARAS

5
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN JJ201 2020/2021

Nama Pensyarah No. Telefon/No. Bilik E-mel Waktu Rundingan


Dr. Abdul Rahman Jaaffar ajaaffar@uum.edu.my -
010-4078028
Bangunan East Wing
SBM COB 234

LAMPIRAN 2

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


KOLEJ PERNIAGAAN
PANDUAN DAN ARAHAN PENYEDIAAN TUGASAN
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
TUGASAN INDIVIDU (20%)
(ANALISIS FIRMA PKS)

ARAHAN TUGASAN, FORMAT DAN GARIS PANDUAN UNTUK PELAJAR

Pelajar bebas memilih mana-mana firma Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) untuk dianalisis
daripada mana-mana laman web (sekurang-kurangnya berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) atau SME Corp. Malaysia. Walau bagaimanapun, firma yang dipilih mestilah terdiri
dari firma dalam kategori kecil dan sederhana (sila rujuk definisi PKS di laman web SME Corp.
Malaysia). Firma yang dipilih perlu mendapat persetujuan daripada pensyarah sebelum meneruskan
tugasan ini.

Pelajar perlulah mengikut format seperti di bawah;

i. Muka surat hadapan termasuk logo dan nama UUM, kursus dan kod kursus, nama pelajar,
kumpulan dan nama pensyarah.
ii. Isi Kandungan laporan
iii. Abstrak – ringkasan keseluruhan tentang kandungan tugasan (tidak lebih dari 500 patah
perkataan)

6
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN JJ201 2020/2021

iv. Latar belakang firma atau perniagaan yang dipilih (maklumat boleh diperolehi menerusi
internet atau laman web usahawan atau firma yang dipilih)
a) Pengasas atau pemilik firma
b) Jenis/Status firma
c) Visi/Misi dan Matlatmat
v. Siapakah pelanggan utama firma?
vi. Pesaing utama firma?
vii. Kaedah pemasaran yang dilakukan oleh firma
viii. Melakukan SWOT analisis ke atas firma usahawan
ix. Cabaran atau halangan yang dihadapi oleh firma tersebut (situasi sekarang).
x. Cadangan tindakan kreatif atau inovatif yang boleh dilakukan oleh firma tersebut sama ada
diperingkat input, tranformasi atau output untuk menghadapi cabaran, kelemahan atau
masalah. (cadangan mestilah realistik dan kompetitif).
xi. Kesimpulan
xii. Rujukan menggunakan format AMERICAN PSYCHOLOGICAL ASSOCIATION
(APA)
xiii. Lampiran

1. Tugasan hendaklah bertaip menggunakan kertas ukuran A4, langkau 1½ baris (1½ spacing), Font
12, dan Huruf Times New Roman atau Arial dengan siap dibinding.

2. Tugasan hendaklah dalam lingkungan 10 muka surat tidak termasuk lampiran.

3. Penilaian akan dibuat berdasarkan kepada kreativiti pelajar dari segi pemilihan firma, kandungan
yang mantap, stail penulisan laporan, jumlah rujukan dan juga gaya bahasa.

4. Tugasan yang menjurus kepada praktikal atau realiti lebih digalakkan dan akan mendapat markah
yang lebih baik.

5. Muka surat depan tugasan perlulah mengandungi logo dan nama Universiti Utara Malaysia, nama
kursus, tajuk tugasan, nama pensyarah, nama para pelajar beserta nombor matrik dan tarikh
serahan tugasan.

6. Serahan tugasan perlu dilakukan sebelum atau pada pertemuan ke DUA 15/8/2020

7
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN JJ201 2020/2021

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH


SEMESTER JANUARI SESI 2020/2021 (JJ201)
SADE1013- ASAS KEUSAHAWANAN
SKEMA MARKAH
TUGASAN INDIVIDU
ANALISIS FIRMA PKS (20%)

Nama Pelajar :_____________________________________

No Metrik :____________________________

NO Penilaian Markah yang Markah yang


diperuntukkan diperolehi
1 Muka hadapan, TOC dan Abstrak 4
2 Pengenalan dan latarbelakang firma 8
3 Analisis pasaran dan pemasaran Firma 12
4 Cabaran dan Cadangan 8
5 Kesimpulan dan Rujukan 4
6 Format dan Lampiran 4

Jumlah markah 40 markah

( ____/40)x20%

= _________

Komen:

8
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN JJ201 2020/2021

Tandatangan Pemeriksa : _________________________

Nama Pemeriksa : _________________________

Tarikh : ________________________

9
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN JJ201 2020/2021

LAMPIRAN 3

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


KOLEJ PERNIAGAAN
PANDUAN DAN ARAHAN PENYEDIAAN TUGASAN
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
TUGASAN KUMPULAN (30%)

PENDAHULUAN

Tujuan tugasan ini adalah untuk mendedahkan pelajar-pelajar PJJ kepada pengetahuan isu-isu semasa di
Malaysia tentang “Penularan wabak COVID19, Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
berkuatkuasa 18 Mac 2020 dan Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Perihatin Rakyat dan Perusahaan
Kecil Sederhana (PKS) melibatkan peruntukan sebanyak RM270 bilion pada 27 Mac dan 6 April 2020” . Isu-isu
ini dipercayai boleh mempengaruhi faktor-faktor persekitaran perniagaan dan seterusnya boleh memberikan
impak kepada prestasi bidang keusahawanan.

Sehubungan itu, pelajar dan kumpulan ditugaskan untuk membincangkan bagaimanakah isu-isu semasa yang
dinyatakan di atas dapat mempengaruhi faktor-faktor persekitaran perniagaan dan memberi kesan kepada
Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) di Malaysia.

Nota: Faktor-faktor persekitaran perniagaan ini telah pun dibincangkan pada pertemuan ketiga, rujuk Bab 6 siri
modul kendiri PJJ - asas keusahwanan.

ARAHAN TUGASAN, FORMAT DAN GARIS PANDUAN UNTUK PELAJAR

1. Pelajar dikehendaki mengumpulkan maklumat dan memahami tentang isu-isu semasa penularan
wabak COVID19, pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pakej Rangsangan Ekonomi
Perihatin Rakyat dan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) melibatkan peruntukan sebanyak RM270
bilion oleh Perdana Menteri Malaysia serta faktor-faktor persekitaran perniagaan. Pengumpulan
maklumat ini perlu dilakukan secara penyelidikan atas talian sahaja (online research).

2. Perbincangan pelajar adalah terhad kepada faktor-faktor persekitaran yang dikenal pasti sahaja seperti
yang terdapat dalam TEMPLAT laporan yang disedaikan. Perbincangan juga terhad dan perlu
dilakukan secara atas talian sahaja melalui telefon, Whatsapp, Instagram, email, Webex. Perbincangan
secara Face to Face tidak dibenarkan.

3. Laporan tugasan perlu dilakukan dalam TEMPLAT yang disediakan oleh pensyarah. Templat ini boleh
dicapai dalam online-learning pelajar.

4. Serahan laporan perlu dilakukan sebelum atau pada pertemuan ke TIGA 26/9/2020
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN JJ201 2020/2021

5. Format;

 Gunakan tulisan (font) Times New Roman berskala 12 point

 Markah tugasan kumpulan akan dipotong jika terdapat kesalahan menaip (typo error), kesalahan
ejaan (spelling error) dan kesalahan tatabahasa (grammatical error).

 Kelewatan menghantar tugasan tidak akan diterima.

 Sebarang tugasan yang terbukti ada unsur-unsur plagiarisme, peniruan atau persamaan isi
kandungan, susunan ayat dan sebarang bentuk kecurangan akademik tidak akan diberi sebarang
markah.

 Jika didapati tugasan pelajar tidak memenuhi mana-mana syarat yang ditetapkan di atas, maka
markah keseluruhan tugasan akan dipotong dengan sewajarnya.

 Bahan rujukan perlulah difotostat dan disertakan sebagai lampiran dan dijilidkan bersama tugasan.

 Rujukan perlu mengikut format AMERICAN PSYCHOLOGICAL ASSOCIATION (APA).


SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN JJ201 2020/2021

SKEMA MARKAH
TUGASAN KUMPULAN (30%)

Nama Pelajar/ :_________________________________________________________

Kumpulan _________________________________________________________

No Metrik :____________________________

SADE 1013 :Kumpulan ________________

Pusat PJJ : ____________________________________

NO Penilaian Markah yang Markah yang


diperuntukkan diperolehi
1 Pengenalan 8

2 Pengaruh isu-isu ke atas 18


persekitaran luaran khusus
3 Pengaruh isu-isu ke atas 12
persekitaran dalaman
4 Rumusan 5

5 Rujukan dan kreativiti 7

(__ /50) x 30%


Jumlah markah 50 markah _
____________

Komen:

Tandatangan Pemeriksa : _________________________

Nama Pemeriksa : _________________________

Tarikh : _________________________

Anda mungkin juga menyukai