Anda di halaman 1dari 7

BPME 3033- E-DAGANG PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)

PERANCANGAN AKADEMIK
SEMESTER JAN 2022/2023(JA221)

BPME3033 E-Dagang

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE),


UUM

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)


1
BPME 3033- E-DAGANG PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)

KOD KURSUS : BPME3033


KURSUS : E-Dagang
JAM KREDIT :3

SINOPSIS

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan


pelajar dalam bidang pengurusan perniaggan dan keusahawanan tentang e-
dagang, Pelajar akan diperkenalkan kepada pelbagai kegunaan dan isu-isu e-
dagang yang berkaitan dengan sektor ekonomi seperti pembuatan, borong,
peruncitan dan perkhidmatan. Di samping itu, pelajar-pelajar juga didedahkan
kepada sifat pervasive teknologi web dalam bentuk mobile location based dan
sosial commerce yang memberi kesan ketara kepada urusan perniagaan pada
masakini dan akan datang.

OBJEKTIF MODUL

Di akhir pembelajaran modul ini, anda seharusnya dapat:

Di akhir kursus ini pelajar-pelajar akan dapat:

1) Mendifinisi konsep-konsep dan istilah-istilah berkaitan dengan e-


dagang.
2) Menjelaskan kepentingan e-dagang dalam urusan perniagaan masakini.
3) Hubung-kait aplikasi-aplikasi e-dagang yang digunakan dalam
perniagaan.
4) Menyusun proses membangun dan mengurus laman web e-dagang.

PENGENDALIAN KURSUS

Bagi memperolehi pemahaman yang berkesan, pelajar dinasihatkan untuk


membaca rujukan lain (sebarang buku berkenaan Keusahawanan). Pelajar
juga dinasihatkan untuk menjawab soalan-soalan tambahan yang selalunya
disediakan di hujung setiap bab di dalam buku rujukan. Cara ini akan dapat
menolong pelajar untuk memahami dengan lebih jelas serta dapat
meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan teori-teori yang dipelajari
dalam menganalisa hal yang berkaitan.

Di samping pembelajaran kendiri melalui modul khusus yang dibekalkan,


empat sesi perjumpaan antara pelajar dengan tenaga pengajar telah diatur dan
jadual perjumpaan telah ditetapkan. Di dalam setiap pertemuan yang telah
dijadualkan, penumpuan akan lebih diberikan kepada sesi perbincangan dan
soal jawab. Maka, dengan itu adalah menjadi KEWAJIPAN pelajar membuat
beberapa persediaan berikut sebelum hadir ke setiap sesi perjumpaan:

2
BPME 3033- E-DAGANG PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)

I. Membaca terlebih dahulu topik-topik yang telah ditetapkan untuk setiap sesi
pertemuan.
II. Membuat rujukan tambahan tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan
pembelajaran (misalnya rencana akhbar, majalah atau jurnal) yang boleh
dibincangkan di dalam kelas.
III. Memberi kerjasama dan bersedia untuk melibatkan diri dalam sesi
perbincangan yang dikendalikan.

Jadual sesi pertemuan disertakan dalam bahagian seterusnya.


Walaubagaimanapun adalah diingatkan bahawa jadual tersebut tertakluk
kepada pindaan dan kemungkinan berbeza mengikut pusat. Oleh itu,
pelajar diminta sentiasa berhubung dengan pensyarah dan penyelia pusat
untuk mendapatkan maklumat terkini.

Pentaksiran 100% Kerja Kursus dan akan dilakukan berdasarkan kepada:

Tugasan 1 – B2C (Individu) 25%


Tugasan 2 - B2B (Kumpulan) 25%
Peperiksaan Pertengahan Semester (Atas Talian) 25%
B2B Business Pitching Video (Kumpulan – Penilaian Individu) 25%
JUMLAH 100%

TUGASAN & PITCHING VIDEO LINK (75%)

Terdapat DUA Tugasan yang akan diberikan kepada pelajar pada pertemuan
pertama. Tugasan pertama ialah menyediakan jawapan bagi soalan-soalan
yang diberikan dalam bentuk hujahan. Tugasan Individu ini membawa kepada
25% markah daripada jumlah markah keseluruhan. Tugasan kedua berkenaan
dengan penyediaan analisa perniagaan B2B ELECTRONIC MARKETPLACE
yang membawa kepada 25% markah daripada markah keseluruhan. B2B
Business Pitching Video (25%) adalah merupakan pembentangan ke atas
analisa perniagaan B2B yang telah dijalankan oleh para pelajar dalam Tugasan
2. Penilaian adalah dilakukan ke atas pencapaian individu dalam mengolah
analisa berkenaan walaupun penghantaran link video dibuat secara
berkumpulan. Pelajar diingatkan agar menepati tarikh akhir penghantaran
tugasan-tugasan tersebut.

Bagi memudahkan penyerahan tugasan, maka semua pelajar telah ditetapkan


untuk menghantar sendiri tugasan (Hantar Atas Talian (Online)) kepada
pensyarah pada PERTEMUAN KEDUA (Tugasan Pertama) dan KEEMPAT
(Tugasan Kedua & Pitching Video). Plagiat bagi tugasan adalah DILARANG
dan boleh mengakibatkan pelajar mendapat status GAGAL bagi tugasan
tersebut.

3
BPME 3033- E-DAGANG PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)

PERINGATAN: Kelewatan menyerahkan tugasan akan dikenakan penalti


dalam bentuk potongan markah.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER (25%) (Atas Talian)

Peperiksaan pertengahan semester akan diadakan pada pertemuan ketiga di


pusat pengajian masing-masing. Ianya akan merangkumi pelajaran 1, 2, 3, 4
dan 5 sahaja . Peperiksaan ini akan membawa 25% daripada markah
keseluruhan. Format soalan ialah berbentuk objektif di mana sebanyak 50
soalan objektif akan disoal bagi peperiksaan pertengahan semester. Masa
yang diperuntukkan adalah 60 minit sahaja. Pelajar dikehendaki menjawab
semua soalan yang disediakan.

RUJUKAN UTAMA

Turban, E., Outland, J., King, D., Lee, J.K., Liang, T.-P., Turban, D.C
(2018) Electronic Commerce: A Managerial and Social Networks
Perspective, 9th ed., Springer.

RUJUKAN TAMBAHAN

Laudon, K. C. and Traver, C. G. (2018) E-Commerce: Business,


Technology, Society, 14th ed., Pearson.

Schneider, G. P. (2011) E-Business, 9th ed., Cengage Learning.

Chaffey, D. (2007) E-commerce and E-Commerce Management, 3rd ed.,


Prentice Hall.

4
BPME 3033- E-DAGANG PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)

PANDUAN BELAJAR

Kursus BPME3033 E-Dagang merupakan kursus yang membincangkan


perniagaan dan aktiviti keusahawan melalui elektronik yang berkaitan dengan
seseorang individu dan organisasi

Pelajar boleh menggunakan objektif pembelajaran pada awal setiap pelajaran


sebagai panduan untuk mengikuti kandungan perbincangan sesuatu pelajaran.
Objektif ini juga boleh dijadikan sebagai kayu pengukur terhadap tahap
pemahaman pelajar di akhir sesuatu pelajaran. Khususnya, pelajar harus
bertanya kepada diri sendiri sama ada beliau sudah mengetahui dan
memahami setiap objektif yang tertulis. Sekiranya pelajar mendapati bahawa
beliau kurang faham atau gagal mencapai objektif-objektif tersebut, maka
pelajar perlu membaca semula pelajaran tersebut dan tandakan para atau pun
ayat yang tidak difahami. Pelajar boleh mengajukan sebarang pertanyaan
yang ada kepada pensyarah semasa sesi pertemuan yang diadakan setiap
bulan atau berhubung melalui e-mel. Selain itu, pelajar juga digalakkan untuk
berbincang dengan rakan-rakan sekursus untuk mendapatkan pemahaman
yang lebih, di samping berkongsi pendapat.

Tugasan yang diberikan harus mendapat perhatian yang serius daripada


pelajar. Pelajar harus mempunyai iltizam untuk menghasilkan kerja tugasan
yang baik dan berkualiti. Ini adalah kerana tugasan bukan sahaja boleh
membantu memudahkan proses pembelajaran dan persediaan untuk
menghadapi peperiksaan; tetapi ia juga akan menyumbangkan kepada gred
akhir pelajar untuk kursus ini.

Akhir kata, pelajar adalah diingatkan bahawa persediaan awal sebelum


menghadiri perjumpaan/kuliah dan komitmen pelajar terhadap kursus ini amat
penting. Hanya dengan persediaan awal dan komitmen yang tinggi daripada
pelajar sahaja keputusan yang cemerlang akan dapat dikecapi pelajar.

5
BPME 3033- E-DAGANG PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE), UUM


PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)

SEMESTER JULAI 2021/2022 (JJ212)

JADUAL SESI PERTEMUAN, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

Tarikh/Tempat Pertemuan Modul Tempoh


Pertemuan 1  Penerangan keseluruhan 4 jam
kursus
29/1/2022 2.30pm-  Kuliah dan perbincangan
(Sabtu) 6.30pm BAB 1, 2 & 3
 Perbincangan tugasan

Pertemuan 2  Kuliah dan perbincangan 4 jam


19/2/2022 4,5 & 6
(Sabtu) 2.30pm-  Perbincangan tugasan
6.30pm
Pertemuan 3  Kuliah dan perbincangan 4 jam
26/03/2022 7,8 & 9
2.30pm-  Peperiksaan Pertengahan
(Sabtu) 6.30pm Semester (Atas Talian)
(Bab 1,2,3,4, 5 & 6)

Pertemuan 4  Kuliah dan perbincangan 4 jam


16/04/2022 10,11 & 12
(Sabtu) 2.30pm-  Ulangkaji
6.30pm

* Tarikh dan Tempat Peperiksaan Akhir Akan Dimaklumkan Kemudian

TENAGA PENGAJAR

Nama Pensyarah No. Telefon E-mel


Prof. Madya Dr. 013-4288666 syahadah75@gmail.com
Sahadah Haji Abdullah
6
BPME 3033- E-DAGANG PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)

Anda mungkin juga menyukai