Anda di halaman 1dari 8

JUJ103/3 - PENDIDIKAN JARAK JAUH DAN LITERASI KOMPUTER

PENGURUS KURSUS:
PROF. MADYA DR. K. RAMANATHAN (Penyelaras Kursus)
E-mail : krama@usm.my
PROF. MADYA DR. AHMAD HJ. MOHAMAD

KANDUNGAN KURSUS:

Pengenalan

Kursus ini mengandungi dua komponen utama iaitu Pendidikan Jarak Jauh dan
Literasi Komputer.

Bagi bahagian Pendidikan Jarak Jauh, topik-topik yang dibincangkan termasuk


falsafah dan teori pendidikan jarak jauh termasuk ciri dan pelaksanaan pelbagai
media dalam proses pengajaran dan pembelajaran jarak jauh. Penekanan akan
diberikan terhadap kaedah pembelajaran kendiri menggunakan modul bercetak dan
bahan pembelajaran lain serta peranan perkhidmatan sokongan dalam sistem
pendidikan jarak jauh dan pembelajaran terbuka.

Bagi bahagian Literasi Komputer, pelajar akan didedahkan kepada perbincangan


tentang penggunaan komputer dan kemudahan Internet sebagai alat pembelajaran
terkini untuk pembelajaran jarak jauh. Dengan mengetengahkan beberapa kelebihan
komputer dan teknologi maklumat, diharapkan ia akan memudah cara kegiatan
pembelajaran, penyimpanan maklumat dan penyelidikan kepada pelajar PJJ USM.
Aspek kemahiran asas dalam penggunaan Internet dan e-learning juga
diperkenalkan dalam kursus ini secara ‘hands-on’, melalui tugasan online yang perlu
diselesaikan oleh setiap pelajar. Pelajar akan berpeluang menggunakan portal
pembelajaran yang disediakan khas oleh PPPJJ.

Sebanyak 4 buah modul teks akan diberi kepada pelajar:

Modul 1:Falsafah, Teori, Konsep dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Jarak


Jauh

Memberi Tumpuan Kepada Falsafah, Teori, Konsep dan Pelaksanaan Sistem


Pendidikan Jarak Jauh. Buku teks yang bertajuk 'Pendidikan Jarak Jauh' akan
dibekalkan.
Antara Perkara yang dibincangkan dalam modul ini ialah:

 Apakah konsep Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)?


 Apakah konsep Pengajian Terbuka (PT)?
 Sejarah perkembangan pendidikan jarak jauh di Institusi Pengajian Tinggi
di luar dan di dalam negara
 Meninjau beberapa teori yang berkaitan dengan pendidikan jarak jauh

1
 Membezakan dan membandingkan pembelajaran jarak jauh dan
pelajaran konvensional (penuh masa) bertatap muka
 Bagaimana pendidikan jarak jauh dilaksanakan: falsafah, amalan dan
soalan kos
 Corak dan susunan organisasi pendidikan jarak jauh
 Penggunaan media dalam pendidikan jarak jauh
 Komunikasi dua hala dalam amalan pendidikan jarak jauh
 Cara dan corak kaunseling akademik bagi pelajar pendidikan jarak jauh
 Proses menentukan kualiti dalam sistem pendidikan jarak jauh
 Penjaminan kualiti dalam sistem pendidikan jarak jauh – kes Rancangan
Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia
 Hala tuju Pendidikan Jarak Jauh di Malaysia

Modul 2: Ciri Perlaksanaan Beraneka Media


Literasi Komputer – Penggunaannya dalam Pembelajaran Jarak
Jauh
Memberi Tumpuan Kepada aspek ciri dan pelaksanaan pelbagai media (dalam
pengajaran dan pembelajaran secara jarak jauh).

 Menerangkan peranan teknologi pendidikan dalam pendidikan jarak jauh


 Menerangkan pelbagai jenis teknologi yang digunakan dalam
pendidikan jarak jauh
 Teknologi Media Cetak
 Media Audio
 Media Televisyen/Video
 Media Komputer
 Perlaksanaan pendidikan jarak jauh di rancangan pendidikan jarak jauh
di USM – kaedah penyampaian, sistem sokongan, sistem penilaian dan
peperiksaan
 Komputer dalam proses pembelajaran jarak jauh
 Mengenali komponen komputer peribadi: hardware, perisian komputer
dan Internet
 Petua penggunaan komputer peribadi dalam hal pembelajaran
pendidikan jarak jauh

Modul 3: Teori Pembelajaran Kendiri

Pembelajaran Kendiri dalam Sistem Pendidikan Jarak Jauh.


Antara perkara yang dibincangkan dalam modul ini ialah:

 Beberapa teori pembelajaran kendiri


 Halangan yang dihadapi oleh pelajar pendidikan jarak jauh
 Menghadapi cabaran dalam hal pembelajaran kendiri dengan
memantapkan gaya pembelajaran dan proses meyakinkan diri sebagai
pelajar pendidikan jarak jauh

2
Modul 4: Perkhidmatan Sokongan Pembelajaran

Perkhidmatan Sokongan Pembelajaran dalam Sistem Pendidikan Jarak Jauh.


Buku teks yang bertajuk 'Khidmat Sokongan Pembelajaran Dalam Sistem
Pendidikan Jarak Jauh’ akan dibekalkan.

 Bagaimana perkhidmatan sokongan pembelajaran harus dijalankan


 Sokongan diri terhadap pembelajaran
 Khidmat sokongan institusi terhadap pembelajaran

SUMBANGAN KERJA KURSUS DAN PEPERIKSAAN AKHIR

Peperiksaan Akhir: 70%

Peperiksaan Berterusan 20%


Kerja kursus:
Tugasan 1 (E-portal JUJ 103) 10%

BENTUK KERJA KURSUS

Kursus ini menekankan aspek teori tentang PJJ dan juga aspek kemahiran yang
berkaitan dengan PJJ khususnya mengikut sistem yang diamalkan oleh Rancangan
PJJ USM. Oleh itu kerja kursus untuk kursus ini terdiri daripada dua bahagian:
bahagian teori dan bahagian kemahiran/praktik.

Bahagian teori dilaksanakan melalui satu peperiksaan berterusan yang akan


diadakan semasa kursus intensif, akan menyumbang sebanyak 20 % kepada
markah keseluruhan kursus ini. Skop peperiksaan berterusan ini merangkumi semua
isi kandungan modul 1 - 4.

SOALAN TUGASAN 1 – MUATAN BAHAN E-PEMBELAJARAN DI DALAM E-


PORTAL KURSUS JUJ 103

Soalan Tugasan akan diberikan kepada pelajar melalui ‘e-portal’. Soalan adalah
berbeza-beza daripada satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Laman Web
JUJ 103 di dalam portal e-pembelajaran hanya boleh di akses selepas 2 Ogos
2010.

Berikut adalah prosedur untuk menyelesaikan tugasan. Sila ikut prosedur ini
untuk menentukan bahawa setiap ahli terlibat sama dalam proses menyelesaikan
tugasan ini.

3
TUGASAN 1 (Berwajaran 10 markah)

i. Anda perlu mengakses e-portal untuk mendapat Tugasan 1. Segala maklumat


lengkap mengenai tugasan akan dimuatkan diruang e-portal untuk secara
asingan.
ii. Tajuk esei ringkas ini akan dimuatkan di e-portal secara berperingkat. Oleh
yang demikian anda di nasihat untuk sentiasa membuka e-portal untuk
mendapatkan tugasan anda.
iii. Peraturan menulis esei berkenaan disediakan secara berasingan online.
iv. Bentuk Tugasan:
(a) Anda perlu menulis sebuah satu esei ringkas (ringkasan eksekutif) sama
ada secara individu atau secara kumpulan (akan ditentukan oleh
Pengurus Kursus kelak).
(b) Tugasan ini tidak melebihi 500 perkataan.
(c) Selepas menulis esei ringkas ini anda (dan kumpulan anda) perlu
menyediakan lima soalan (berbentuk OMR/objektif) yang berkaitan
dengan esei ringkas yang anda telah menyediakan.
v. Markah bagi tugasan ini berwajar 10% daripada markah keseluruhan kursus
ini.
vi. Juga menjadi tanggungjawab anda untuk melapur kepada pengurus kursus
jika anda dapati nama anda tidak disenaraikan di dalam mana-mana
kumpulan.
vii. Jika anda tidak melapur hal tersebut dan tidak membuat tugasan anda
akan mendapat Gred F atau Markah ‘0’.

Tugasan 1 ini bertujuan membantu pelajar menyediakan dan menyesuaikan diri


menjadi pelajar PJJ yang berkesan dengan cepat serta selesa kepada sistem
pengajaran-pembelajaran PJJ yang agak berbeza. Pelajar diharapkan dapat
menyelesaikan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Tugasan ini perlu dimuatkan
di ruang khas yang disediakan untuk tiap-tiap kumpulan tersebut.

PROSEDUR MENYELESAIKAN TUGASAN 1

Langkah 1 :
 Setiap pelajar perlu membiasakan diri dengan menggunakan e-portal. Anda
juga perlu memperkenalkan diri masing-masing dengan meletakkan gambar
anda di forum board. Jika anda tidak meletakkan gambar foto anda – tugasan
anda tidak akan disemak dan anda akan dapat markah ‘0’.

Langkah 2:
 Selepas anda telah mengenali tajuk anda – anda perlu membuat penyelidikan
ke atas tajuk serta menyediakan rangka untuk tajuk anda.

Langkah 3:
 Selepas membuat penyelidikan atas tajuk anda – anda perlu menulis satu
esei ringkas, iaitu tidak melebihi 500 perkataan.

4
 Anda perlu juga sediakan dua soalan yang berbentuk soalan pelbagai pilihan
(5 pilihan (A, B, C, D, E) atau multiple choice question berkaitan dengan esei
ringkas anda. Anda juga perlu sediakan jawapan bagi soalan-soalan
berkenaan.

Langkah 4:
 Esei yang padat dan lengkap serta soalan objektif perlu dimuatkan dalam
ruang yang disediakan di e-portal kursus JUJ 103. Anda perlu meletakkan
gambar foto anda dan kumpulan anda diruang yang berkaitan.
 Tugasan yang tiada gambar foto pelajar tidak akan disemak dan markah ‘0’
akan diberikan.

Langkah 5:
 Anda perlu juga sediakan satu salinan (hard-copy) yang perlu dikirimkan ke
Pejabat PPPJJ semasa kursus Disember 2010.
 Tentukan anda meletakkan nama dan nombor matriks semua ahli kumpulan di
muka hadapan jawapan tugasan. Markah akan diberi hanya kepada nama dan
nombor matriks yang ditulis secara tepat.

Langkah 6:
 Tugasan anda akan dinilai dan gred akan diberikan.

PEPERIKSAAN BERTERUSAN DAN AKHIR

Terdapat dua peperiksaan bagi kursus ini:

1. PEPERIKSAAN BERTERUSAN (20% MARKAH)

 Bentuk peperiksaan berterusan adalah seperti berikut:


 50 soalan objektif pelbagai pilihan (Multiple-choice).
 Merangkumi semua modul yang disediakan.

2. PEPERIKSAAN AKHIR (70% MARKAH)

 Bentuk peperiksaan akhir adalah seperti berikut:


 120 soalan objektif pelbagai pilihan (Multiple-choice).
 Merangkumi semua modul yang disediakan.

KURSUS INTENSIF

Kursus Intensif akan diadakan di kampus Induk USM di Pulau Pinang pada 29hb
November 2010 – 19hb Disember 2010 bertempat di kampus induk Universiti
Sains Malaysia, Minden, Pulau Pinang.

Kehadiran anda ke kursus ini adalah wajib. Kegagalan untuk menghadirkan diri
akan mengakibatkan anda dikenakan dihalang daripada mengambil peperiksaan
akhir.

5
BAHAN-BAHAN RUJUKAN

Bates A.W. (ed) 1984. The Role of Technology in Distance Education. Croom Helm.

Bates. A.W. (1995) Technology, Open Learning and Distance Education. London:
Routledge.

Holmberg B. 1982. Distance Education: A Short Hand Book. Edisi ke-2. Liber
Hermod.

Karsono Ahmad Dasuki 1993. Konsep dan Sistem Pendidikan Jarak Jauh. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Kaye A. dan Rumble G. 1981. Distance Teaching for Higher and Adult Education.
Croom Helm.

Keegan D. 1986. The Foundation of Distance Education. Croom Helm.

Moore M.G. dan Kearsley, G. (1996). Distance Education: A systems View. Belmont
(Calif.) Wadsworth Publishing Company.

Sewart D., Keegan D. dan Holmberg B. (eds) 1983. Distance Education:


International Perspectives. Croom Helm.

Yusup Hashim dan Sharifah Alwiah Alsagoff. 1999. Pendidikan Jarak Jauh: Teori
dan Amalan. Kuala Lumpur: DBP.

Willis, B (1993). Distance Education: A Practical Guide. New Jersey. Educational


Technology Publication.

Jurnal

Distance Education. The American Journal of Distance Adult Education.

Malaysian Journal of Distance Education.

- oooOooo -

JUJ103[PA]2010/11
21.6.2010-KR/sari

6
PUSAT PENGAJIAN
PENDIDIKAN JARAK JAUH
Universiti Sains Malaysia

Perancangan Akademik

JUJ 103
PENDIDIKAN
JARAK JAUH
DAN LITERASI
KOMPUTER
Sidang Akademik 2010/2011

7
8

Anda mungkin juga menyukai