Anda di halaman 1dari 10

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

PERANCANGAN AKADEMIK
SEMESTER JULAI SESI 2018 (JJ182)

SADE 1013
ASAS KEUSAHAWANAN

PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

1
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

KOD KURSUS : SADE1013


KURSUS : ASAS KEUSAHAWANAN
JAM KREDIT : 3

SINOPSIS

Kursus ini menekankan kepada aspek pemupukan budaya keusahawanan di kalangan pelajar supaya mereka
dapat menghayati nilai-nilai keusahawanan dalam kehidupan seharian. Pelajar akan diberi pendedahan
terhadap asas-asas keusahawanan dari segi sejarah, konsep dan teori, dan pembangunan individu usahawan
dari segi kemahiran-kemahiran dan gelagat untuk menjadi usahawan yang berjaya. Para pelajar juga
didedahkan kepada pembangunan kemahiran kreatif dan inovatif yang membolehkan mereka mengenal pasti
peluang-peluang perniagaan dan bukan perniagaan. Kursus ini juga akan mendedahkan pelajar kepada
beberapa kaedah memulakan perniagaan yang dapat dimanfaatkan oleh peniaga-peniaga kecil dan sederhana.

OBJEKTIF

Di akhir kursus, para pelajar akan dapat :

1.1 Memahami sejarah, konsep dan teori keusahawanan.


1.2 Membentuk budaya keusahawanan dalam sebarang profesion.
1.3 Meghuraikan konsep kreativiti dan inovasi, pengambilan risiko, asas-asas pengurusan perniagaan.
1.4 Mengenal pasti peluang-peluang keusahawanan dan pendekatan bagi mewujudkan usaha teroka.
1.5 Mengenal pasti kaedah-kaedah kontemporari untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan

PENGENDALIAN KURSUS

Kursus ini dikendalikan secara pembelajaran kendiri di mana pelajaran akan dibekalkan dengan modul khusus
sebagai rujukan utama. Di dalam modul ini pelajar telah pun dilengkapkan dengan soalan latihan dan penilaian
kendiri sebagai tambahan kepada nota. Bagi memperolehi pemahaman yang berkesan, pelajar dinasihatkan
untuk membaca rujukan lain (sebarang buku berkenaan Asas Keusahawanan). Pelajar juga dinasihatkan untuk
menjawab soalan-soalan tambahan yang selalunya disediakan di hujung setiap bab di dalam buku rujukan.
Cara ini akan dapat menolong pelajar untuk memahami dengan lebih jelas serta dapat meningkatkan kemahiran
pelajar menggunakan teori-teori yang dipelajari dalam menganalisa hal yang berkaitan.

Di samping pembelajaran kendiri melalui modul khusus yang dibekalkan, LIMA SESI PERJUMPAAN termasuk
peperiksaan akhir antara pelajar dengan tenaga pengajar telah diatur dan jadual perjumpaan telah ditetapkan.
Di dalam setiap pertemuan yang telah dijadualkan, penumpuan akan lebih diberikan kepada sesi perbincangan
dan soal jawab. Maka, dengan itu adalah menjadi KEWAJIPAN pelajar membuat beberapa persediaan berikut
sebelum hadir ke setiap sesi perjumpaan:

I. Membaca terlebih dahulu topik-topik yang telah ditetapkan untuk setiap sesi pertemuan.
II. Membuat rujukan tambahan tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan pembelajaran (misalnya rencana
akhbar, majalah atau jurnal) yang boleh dibincangkan di dalam kelas.
III. Memberi kerjasama dan bersedia untuk melibatkan diri dalam sesi perbincangan yang dikendalikan.

Jadual sesi pertemuan disertakan dalam bahagian seterusnya. Walaubagaimanapun adalah diingatkan
bahawa jadual tersebut tertakluk kepada pindaan. Oleh itu, pelajar diminta sentiasa berhubung dengan
pensyarah dan penyelia pusat untuk mendapatkan maklumat terkini.
2
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

PENILAIAN KURSUS

Penilaian ini akan dilakukan berdasarkan kepada:

Tugasan Individu/ Kumpulan (tiga orang) 30%


Peperiksaan Pertengahan Semester 20%
Kuiz/Tugasan kedua 10%
Peperiksaan Akhir 40%
JUMLAH 100%

TUGASAN INDIVIDU 1 (30%)

Tugasan akan diberikan kepada pelajar pada pertemuan pertama. Tugasan berkenaan disediakan secara
INDIVIDU yang membawa 30% markah daripada markah keseluruhan.

Bagi memudahkan penyerahan tugasan, maka semua pelajar telah ditetapkan untuk menghantar sendiri semua
tugasan kepada pensyarah pada tarikh yang ditetapkan. Tugasan perlu diserahkan pada pertemuan ketiga.
Pelajar dikehendaki menyediakan tugasan mengikut format yang telah ditetapkan. (Serahan tugasan mestilah
disertakan dengan CD tugasan). Plagiat bagi tugasan adalah DILARANG dan boleh mengakibatkan pelajar
mendapat status GAGAL bagi tugasan tersebut.

Sila rujuk kepada panduan tugasan yang disediakan.

PERINGATAN: Kelewatan menyerahkan tugasan akan dikenakan penalti dalam bentuk potongan markah.

KUIZ / TUGASAN ONLINE (10%)

Kuiz akan diadakan pada pertemuaan KEEMPAT. Soalan kuiz akan disediakan oleh pensyarah pusat masing-
masing mengikut yang dipelajari (antara bab 7-9). Sekiranya pelajar tidak dapat hadir ke kuiz (atas alasan yang
munasabah), pensyarah boleh menggantikan kuiz tersebut dengan tugasan online. Format adalah bebas
kepada pensyarah yang dilantik.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER (20%)

Peperiksaan pertengahan semester akan diadakan pada pertemuan ketiga di pusat pengajian masing-masing.
Ianya akan merangkumi pelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5 sahaja. Peperiksaan ini akan membawa 25% daripada
markah keseluruhan. Format soalan ialah berbentuk OBJEKTIF di mana sebanyak 50 SOALAN OBJEKTIF
akan disoal bagi peperiksaan pertengahan semester. Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan di ruang
jawapan yang disediakan.

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER (40%)

Peperiksaan akhir semester akan diadakan pada pertemuan kelima (DITENTUKAN OLEH HEA &
DIMAKLUMKAN OLEH PACE). Pelajar akan dimaklumkan kemudian berkenaan dengan tarikh, masa dan
tempat peperiksaan. Peperiksaan akhir adalah merangkumi 100 SOALAN berbentuk OBJEKTIF dari bab 1
hingga 11 yang telah dipelajari sepanjang semester. Format soalan adalah berbentuk OBJEKTIF. Masa yang
diperuntukkan adalah 2 Jam. Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan yang dikemukakan.

3
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

RUJUKAN UTAMA

Siri Modul Kendiri PJJ (2011). Asas Keusahawanan, Edisi Kelima,. Universiti Utara Malaysia. PACE, UUM.

RUJUKAN TAMBAHAN

Ab. Aziz Yusof & Zakaria Yusof. (2004). Prinsip Keusahawanan, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Prentice Hall.

Asas Keusahawanan. (2000). Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC).

Robert A. Baron. & Scott A. Shane. (2007). Entrepreneurship: A Process Perspective. (2nd ed.) Cengage
Learning.

Coulter, M. (2002). Entrepreneurship in Action. (2nd ed.). New Jersey: Prentice Hall.

Robert Hisrich., Michael Peters. & Dean Shepherd. (2012). Entrepreneurship. (9th ed.). US: McGraw-Hill
Education.

Donald F. Kuratko. (2013). Entrepreneurship – Theory, Process and Practice. (9th ed.). US: South-Western
College Pub

Bruce R. Barringer. & R. Duane Ireland. (2011). Entrepreneurship: Successfully Launching New Ventures (4th
ed.). Prentice Hall

Rosli Mahmood et al., (2010). Prinsip-prinsip Keusahawanan: Pendekatan Gunaan (edisi kedua). Singapore:
Cengage Learning Asia Pte Ltd.

4
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

PANDUAN BELAJAR

Kursus SADE1013 Asas Keusahawanan merupakan kursus yang membincangkan prinsip-prinsip keusahawanan
dan perniagaan yang berkaitan dengan seseorang individu dan organisasi. Selain dari itu, kursus ini juga akan
menerangkan konsep dan fungsi bidang keusahawanan serta kepentingan bidang ini terhadap pembangunan
negara.

Pelajar boleh menggunakan objektif pembelajaran pada awal setiap pelajaran sebagai panduan untuk mengikuti
kandungan perbincangan sesuatu pelajaran. Objektif ini juga boleh dijadikan sebagai kayu pengukur terhadap
tahap pemahaman pelajar di akhir sesuatu pelajaran. Khususnya, pelajar harus bertanya kepada diri sendiri
sama ada beliau sudah mengetahui dan memahami setiap objektif yang tertulis. Sekiranya pelajar mendapati
bahawa beliau kurang faham atau gagal mencapai objektif-objektif tersebut, maka pelajar perlu membaca
semula pelajaran tersebut dan tandakan para atau pun ayat yang tidak difahami. Pelajar boleh mengajukan
sebarang pertanyaan yang ada kepada pensyarah semasa sesi pertemuan yang diadakan setiap bulan atau
berhubung melalui e-mel. Selain itu, pelajar juga digalakkan untuk berbincang dengan rakan-rakan sekursus
untuk mendapatkan pemahaman yang lebih, di samping berkongsi pendapat.

Tugasan yang diberikan harus mendapat perhatian yang serius dari pelajar. Pelajar harus mempunyai iltizam
untuk menghasilkan kerja tugasan yang baik, impak tinggi dan berkualiti . Ini adalah kerana tugasan bukan
sahaja boleh membantu memudahkan proses pembelajaran dan persediaan untuk menghadapi peperiksaan;
tetapi ia juga akan menyumbangkan kepada gred akhir pelajar untuk kursus ini.

Kesimpulannya, pelajar adalah diingatkan bahawa persediaan awal sebelum menghadiri perjumpaan/kuliah dan
komitmen pelajar terhadap kursus ini amat penting. Hanya dengan persediaan awal dan komitmen yang tinggi
daripada pelajar sahaja keputusan yang cemerlang akan dapat dikecapi pelajar.

5
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH


SEMESTER JULAI SESI 2018 (JJ182)

JADUAL SESI PERTEMUAN, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER DAN PEPERIKSAAN AKHIR

Tarikh/Tempat Pertemuan Modul Tempoh


UUM MAIN CAMPUS Pertemuan 1  Penerangan 4 jam
keseluruhan
27/7/2018 2.30pm-6.30pm kursus
(DKG 5/3)  Syarahan/Perbincan
gan Pelajaran Bab 1, 2
&3
 Perbincangan
tugasan
UUM MAIN CAMPUS Pertemuan 2  Syarahan/Perbincan 4 jam
gan Pelajaran Bab 4, 5,
17/8/2018 2.30pm-6.30pm 6, & 7
(DKG 5/3)
UUM MAIN CAMPUS Pertemuan 3  Syarahan/Perbincan 2 1/2 jam
gan Pelajaran Bab 8 &
21/9/2018 2.30pm-6.30pm 9
(DKG 5/3)  Peperiksaan
Pertengahan Semester 1 jam
(Bab 1,2,3,4 &5)
 (5.00pm-6.00pm)
 Penyerahan
Tugasan

UUM MAIN CAMPUS Pertemuan 4  Syarahan/Perbincan 4 jam


gan Pelajaran Bab 10 &
12/10/2018 2.30pm-6.30pm 11
(DKG 5/3)  Ulangkaji
 Kuiz
UUM MAIN CAMPUS Pertemuan 5  Peperiksaan Akhir 2 jam
Semester
27/11 – 4/12/2018* (Bab 1- 11)
 100 soalan aneka pilihan.

Ini merupakan perancangan awal yang ditentukan berdasarkan tarikh yang diberikan oleh PACE.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pensyarah-pensyarah
berkenaan.

Kehadiran pelajar ke kuliah ada WAJIB.

Peperiksaan pertengahan semester dan peperiksaan akhir adalah wajib dihadiri oleh setiap
pelajar mengikut pertemuan yang ditetapkan.

SENARAI TENAGA PENGAJAR

6
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

Nama Pensyarah No. Telefon/No. Bilik Waktu Rundingan


E-mel
SYAHRINA BINTI 04-9287514/ syahrina@uum.edu.my Selasa – 2.00-4.00 pm
ABDULLAH 013-5104189
Bangunan Utama
COB 226

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


KOLEJ PERNIAGAAN
PANDUAN DAN ARAHAN PENYEDIAAN TUGASAN

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN


--------------------------------------------------------------------------------------------------------

TUGASAN INDIVIDU/ KUMPULAN

PENDAHULUAN

Tujuan tugasan ini adalah untuk menyedarkan dan melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan tentang
senario dan persekitaran keusahawanan di Malaysia pada masa kini. Tambahan pula, tugasan ini akan
meyakinkan pelajar keluar ke dunia nyata perniagaan dengan pengumpulan maklumat melalui jaringan
keusahawanan, pencarian maklumat dari internet, kemahiran temu duga dan sebagainya.

GARIS PANDUAN UNTUK PELAJAR

1. Anda dikehendaki menjawab soalan tugasan yang diberikan.

2. Pelajar diminta untuk mendaftarkan perniagaan yang dipilih kepada pensyarah melalui emel atau perisian
WhatsApp secepat mungkin.

SOALAN TUGASAN

a. Pelajar dikehendaki memilih satu perniagaan keluarga/IKS yang berkembang dan menggunakan
medium ‘online business marketing’ dalam perniagaan. Pelajar perlu menemubual pemilik perniagaan
tersebut dan menyediakan laporan tentang perkembangan, isu, cabaran dan masalah semasa yang
dihadapi oleh pemilik perniagaan kini.

Huraian, perbincangan dan cadangan perlu mengandungi:


i. Pengenalan: Sejarah penubuhan perniagaan.
ii. Matlamat, misi dan visi perniagaan.
iii. Ciri-ciri usahawan terdapat dalam diri pemilik perniagaan.
iv. Strategi perniagaan yang digunakan.
v. Kaedah pemasaran ‘online’ yang digunakan dan keberkesanannya.
vi. Isu/Cabaran/halangan penggunaan pemasaran ‘online’.

7
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

vii. Faktor-faktor kejayaan perniagaan.


viii. Kesimpulan/Penutup.
ix. Lampiran: Gambar temubual, rekod temubual dan lain-lain dokumen yang dianggap releven.

8
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

FORMAT TUGASAN:

1. Bahan rujukan anda perlulah yang TERBARU (keluaran 2009-2018).

2. Siri Modul Kendiri PJJ tidak boleh digunakan sebagai rujukan.

3. Bahan rujukan perlulah difotostat dan disertakan sebagai lampiran dan dijilidkan bersama tugasan
tersebut. Rujukan perlu mengikut format AMERICAN PSYCHOLOGICAL ASSOCIATION (APA).

4. Pelajar dikehendaki mengikut turutan yang disenaraikan di bawah dalam laporan tugasan:

i. Muka depan (tajuk, kod/nama kursus, nama pensyarah, nama/nombor matriks dan tarikh
serahan).
ii. Skema markah (Sila lihat Lampiran 1)
iii. Senarai kandungan
iv. Kandungan Tugasan (Pengenalan, Isi dan kesimpulan.)
v. Rujukan
vi. Lampiran

5. Tugasan hendaklah bertaip menggunakan kertas A4 dengan langkau 1.5 baris (1.5 spacing).

6. Gunakan tulisan (font) Arial berskala 12 point.

7. Jumlah muka surat ialah 10-30 muka surat sahaja.

8. Setiap helaian kertas jawapan perlu ditaipkan nombor muka surat, kod kursus dan nama kursus.

9. Anda dibenarkan membuat tugasan ini sama ada dalam Bahasa Malaysia ATAU Bahasa Inggeris.

10. Sila gunakan tanda bacaan yang betul.

11. Markah keseluruhan tugasan anda akan dipotong jika terdapat kesalahan menaip (typo error),
kesalahan ejaan (spelling error) dan kesalahan tatabahasa (grammatical error).

12. Sebarang alasan di atas kelewatan menghantar tugasan tidak akan diterima.

13. Sebarang tugasan yang terbukti ada unsur-unsur plagiarisme, peniruan atau persamaan isi kandungan,
susunan ayat dan sebarang bentuk kecurangan akademik tidak akan diberi sebarang markah.

14. Jika didapati tugasan anda tidak memenuhi mana-mana syarat yang ditetapkan di atas, maka markah
keseluruhan tugasan akan dipotong dengan sewajarnya.

15. Sebarang permasalahan atau persoalan, sila rujuk pensyarah anda.

**PELAJAR DIWAJIBKAN MENYEDIAKAN TUGASAN SEPERTIMANA DALAM ARAHAN FORMAT TUGASAN.

9
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

LAMPIRAN 1

PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SEMESTER JULAI SESI 2017 (JJ182)

SADE1013- ASAS KEUSAHAWANAN

SKEMA MARKAH

NO Penilaian Markah yang Markah yang


diperuntukkan diperolehi
1 Pengenalan 3
2 Huraian, perbincangan dan 20
cadangan
3 Kesimpulan dan kualiti 5
penulisan
4 Rujukan dan lampiran 2

Jumlah markah 30 markah

Komen:

Tandatangan Pemeriksa : _________________________

Nama Pemeriksa : _________________________

Tarikh : _________________________

10

Anda mungkin juga menyukai