Anda di halaman 1dari 5

Contoh Soalan VIVA dari DR OT dan contoh Jawapan dari saya

1. What is the topic / discipline of your research area?

Pembentukan kurikulum dari sudut perkembangan kerjaya

2. What is your study about?

Laluan Perkembangan kerjaya pelajar kolej komuniti dalam kurikulum KK bagi menghasilkan
lulusan yang berpendapatan tinggi

3. What made you think that your study is worth doing?

Berkait dengan dasar negara iaitu Wawasan 2020 yang bermatlamat Malaysia sebagai
negara maju dan berpendapatan tinggi tanpa meminggirkan mana-mana kumpulan
termasuk golongan berpencapaian sederhana seperti pelajar KK

4. What is the main problem / issue are you going to tackle?

Majoriti lulusan KK mempunyai kematangan kerjaya yang rendah dan tiada kesedaran
kerjaya yang baik. Mereka mempunyai kebolehpasaran kerjaya yang baik tapi ramai
berpendapatan rendah (bawah RM1000) yang tidak menggambarkan signifikan KK dalam
mencapai Wawasan 2020. Kurikulum KK lebih menekankan kemahiran dan langsung tidak
mementingkan perkembangan kerjaya pelajarnya sedangkan perkembangan kerjaya yang
dibimbing akan membantu mencapai kematangan kerjaya. Pelajar yang mempunyai
kematangan pelajar mampu membuat keputusan kerjaya yang baik dan mencapai kerjaya
berpendapatan tinggi

5. What is the main debates related to the problem/issue?

1. Ketidakmampuan kurikulum KK untuk menghasilkan lulusan yang berpendapatan tinggi

2. Kurikulum KK tidak memberi bimbingan kerjaya kepada pelajar KK

6. What is the current debates related to the problem/issue?

Lulusan KK kurang daya saing dari segi KI, kematangan kerjaya dan kemampuan untuk
membuat keputusan kerjaya bagi bersaing dalam pasaran pekerjaan

7. Generally, what the literature says about the problem / issue?


Lulusan KK tidak menghadapi masalah dalam kebolehpasaran pekerjaan tetapi kurang
mampu menghasilkan lulusan yang berpendapatan tinggi. Beberapa faktor dikaitkan dengan
permasalahan ini antaranya kurang kematangan kerjaya dan kurang bimbingan kerjaya

8. How are you going to tackle the problem / issue?

Menghasilkan satu panduan atau laluan kerjaya untuk membimbing kerjaya pelajar KK
berdasarkan pengalaman kerjaya lulusan KK yang berpendapatan tinggi

9. What is the contribution (to the body of knowledge) of your study in your field?

Panduan bimbingan kerjaya dalam kurikulum KK sama ada secara formal atau tidak formal

10. What are the main problem statement for your study?

Kegagalan kurikulum KK untuk menghasilkan lulusan mempunyai kematangan kerjaya dan


ini menyebabkan mereka tidak mampu untuk mendapatkan kerjaya yang berpendapatan
tinggi

11. What is your expected finding before starting your study?

Laluan perkembangan kerjaya untuk pelajar KK yang mampu membantu pelajar KK dalam
perkembangan kerjaya mereka

12. How did you review previous studies?

Kajian-kajian lepas banyak memperkatakan tentang kelemahan pelajar KK dalam


kematangan kerjaya

13. Who is the main authors / experts / leading researcher in the area of your investigation?

Sharf/Super/Laluan perkembangan Kerjaya/Wiggins dan McThige/ Model Kurikulum


berbalik

14. Can you mention 3 main journals you have reviewed related to your field?

Community College Review; The Career Development Quarterly; Journal of Career


Development
15. Now, can you mention the title of your study

INDIKATOR LALUAN PERKEMBANGAN KERJAYA BERASASKAN KOMUNITI


BERPENDAPATAN TINGGI DALAM KALANGAN LULUSAN KOLEJ KOMUNITI

16. What is the ‘novel’ / "original' aspect of your study?

Laluan perkembangan kerjaya yang berdasarkan penerokaan pengalaman sebenar kerjaya


lulusan KK yang berpendapatan tinggi yang tidak pernah dilakukan oleh pengkaji sebelum ini

17. What are the variables involved in your study, and why you decided to choose them?

Perkembangan kerjaya pelajar KK- kerana ia mempunyai pengaruh yang besar pada
perkembangan kerjaya pelajar di masa depan

18. Briefly explain the theoretical / conceptual framework underpinnings your study?

Berdasarkan struktur dalam Career Development Inventory, Teori Aspirasi Kerjaya, model
kurikulum berbalik dan kajian literatur yang berkaitan perkembangan kerjaya

19. What is the research design of you study? Why used quantitative not qualitative or not
mixed method (or vice versa)

Pendekatan kajian kualitatif menggunakan temu bual teknik Delphi

Kualitatif digunakan kerana kajian ini ingin meneroka dan membangunkan laluan
perkembangan kerjaya yang belum wujud dan bukan menguji atau menilai kerberkesanan
kerangka

20. What instrument are you going to use – pilot test, validity and reliability?

Semua kaedah pengumpulan data seperti temu bual teknik Delphi (2 pusingan) dan FGI
telah diadakan Pilot Test

Kesahan – pengesahan pakar untuk semua instrumen bagi protokol temu bual dan protokol
temu bual berfokus

Reliability – interrater untuk thematic analysis menggunakan pakar / Audit trail untuk
perjalanan temu bual / member check untuk transkrip perbualan
 

21. How did you analyse your data?

Persoalan 1 – Thematic analysis pada temu bual secara individu

Persoalan 2 – Thematic analysis pada semua 15 orang peserta kajian

Persoalan 3 – Analisis Fuzzy Delphi

Persoalan 4 – Analisis tema dan Analisis interaksi kumpulan

22. How the statistical analysis used in your study appropriate to answer your research
questions?

Digunakan dalam analisis Fuzzy Delphi bagi mencari nilai treshold (d), nilai persepakatan
delphi (KD) dan α-value untuk melihat persepakatan dan kedudukan ranking sesuatu faktor
kritikal

23. Have you tested all the assumption related to your data?

Nope -

24. How did you get your sample? What is your sampling technique?

Persampelan bertujuan – melalui senarai alumni KK yang berjaya dan berpendapatan tinggi

25. How far can you generalise the finding?

Tak boleh, ia hanya sebagai asas panduan pembangunan kurikulum KK untuk menghasilkan
lulusan yang berpendapatan tinggi

26. Can you summarize the main finding of your study?

Profil perkembangan kerjaya individu, indikator perkembangan kerjaya pelajar KK, Faktor
kritikal untuk mencapai indikator dan kerangka laluan perkembangan kerjaya

27. Is there any direct impact in term of the practical implication of the finding?
Perkembangan kerjaya pelajar KK merentasi kurikulum

28. Are you satisfied with the outcome of your study – If not, how could you improve your
study / procedure / framework?

Berpuas hati namun perlu kajian lanjut untuk membuktikan keberkesanannya dalam
membimbing kerjaya pelajar KK

29. What aspects of your methodology differ from others?

Temu bual teknik Delphi yang disokong oleh FGI

30. Have you faced any difficulty in conducting your study, and how did you overcome it?

Untuk mendapatkan temu bual berdasarkan teknik Delphi kerana peserta kajian merupakan
tokoh yang sibuk dan berjawatan

Membuat analisis Fuzzy Delphi yang memberi peluang untuk menjimatkan pusingan Delphi

31. What is the best advice or recommendation can you give to the future candidate related
to this topic?

Cari peserta kajian yang betul-betul menepati ciri kajian dan jalinkan hubungan sosial yang
erat terlebih dahulu barulah jalankan kajian Delphi ke atas mereka

32. Can you now consider yourself as an expert in this field? Why?

Yes…saya telah mendalami enam perkara asas yang diperlukan untuk membentuk satu
laluan perkembangan kerjaya bagi pelajar kolej komuniti dan telah melakukan kajian dan
analisis terperinci berkaitan konstruk-konstruk ini

33. Why do you think that your thesis has achieved the PhD /Master standard / level?

Kajian ini telah menghasilkan satu laluan perkembangan kerjaya yang sangat diperlukan
oleh pelajar KK dalam pengajian mereka di KK. Kajian ini berpotensi besar untuk
dikembangkan lagi bagi membentuk sebuah modul atau kurikulum formal untuk
membimbing kematangan kerjaya pelajar kolej komuniti

Anda mungkin juga menyukai