Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEKOLAH-


SEKOLAH NEGERI MELAKA
TAHUN 2019

TARIKH :
30 Oktober - 07 November 2019

TEMPAT :
BTPN Melaka

DIKELOLAKAN OLEH :

UNIT MEDIA DAN INOVASI PENDIDIKAN (UMIP)


BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

01 Latar Belakang Pertandingan Mencipta Video Pendek merupakan satu


pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik.
Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah
dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, atau mesej tersirat
mengenai hasrat dan impian murid-murid untuk
mengetengahkan konsep video mengikut tema yang
dikehendaki.
Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua murid sekolah
rendah dan sekolah menengah negeri Melaka. Jangka masa
(durasi) penyertaan adalah antara 2-4 minit dan pada
umumnya membawa impian masa depan murid-murid

1
terhadap pembelajarann di sekolah.
02. Nama Program Pertandingan Video Pendek Sekolah-sekolah Negeri Melaka
Tahun 2019
03. Penganjur / Unit Media dan Inovasi,
Urusetia Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka
04. Tarikh 30 Oktober 2019 - 07 November 2019
05. Masa 8.00 pagi hingga 5.00 petang
06. Tempat BTPN Melaka

07. Matlamat Selaras dengan hasrat Negara untuk menjadi rakyat mendapat
pendidikan sempurna dan tidak berlaku diskriminasi, maka
program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara
langsung kepada pelajar-pelajar. Melalui aktiviti seperti ini,
keyakinan mereka meluahkan hasrat dan impian dalam sistem
pendidikan negara dapat dilihat melalui karya yang dihasilkan
secara seni dan video.
08. Objektif Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk mencapai
objektif yang telah digariskan seperti berikut :
a) Memupuk minat dan kreativiti dalam kalangan murid-
murid sekolah negeri Melaka
b) Mempromosikan agenda pembelajaran abad ke-21 di
sekolah-sekolah berasaskan video
c) Mencetus keterujaan dalam kalangan murid-murid
sekolah terhadap sistem pendidikan di Malaysia

09. Jawatankuasa Penasihat Tn. Haji Nor Hashim bin Hasan


Induk Pengerusi En. Syaharum bin Abdullah
Setiausaha En. Mohd Azli bin Muda
Bendahari En. Kamarul Anuar bin Talib

Urusetia
a) Pn. Zakiah binti Abu Bakar
b) Tn. Hj. Badrul Hisham bin Mohamad

10. Sasaran Murid Sekolah Rendah 100


Murid Sekolah Menengah 100
Jumlah 200

11. Bilangan
En. Syaharum bin Abdullah 1
Tn. Hj. Badrul Hisham bin Mohamad 1
En. Mohd Azli bin Muda 1
Pn. Zakiah binti Abu Bakar 1
Murid Sekolah Rendah 100
Murid Sekolah Menengah 100
Jumlah 204

2
12. Anggaran Perbelanjaan
BIL PERKARA RM
1. Hadiah Sekolah Rendah
Johan
Piala (RM 100.00 X 4) RM 400.00

Naib Johan (Piala)


Piala (RM 70.00 X 4) RM 280.00

Ketiga (Piala) RM 200.00


Piala (RM 50.00 X 4)

Saguhati (Piala) RM 640.00


Piala (RM 40.00 X 16)

6. Hadiah Sekolah Menengah


Johan
Piala (RM 100.00 X 4) RM 400.00

Naib Johan (Piala)


Piala (RM 70.00 X 4) RM 280.00

Ketiga (Piala) RM 200.00


Piala (RM 50.00 X 4)

Saguhati (Piala) RM 640.00


Piala (RM 40.00 X 16)

JUMLAH RM 3,040.00
13. Punca Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka
Kewangan
14. Jadual Rujuk Lampiran 1
Pelaksanaan
15. Penilaian Pemantauan dan khidmat nasihat berterusan oleh BTPN

3
Melaka dan PKG Negeri Melaka
16. Penutup Semoga apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan
lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang
diperoleh daripada video pengajaran ini akan dipraktikkan oleh
murid-murid dalam aktiviti seharian mereka demi untuk
melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.
17. Disediakan oleh

(MOHD AZLI BIN MUDA)


Pegawai Teknologi Pendidikan (UMIP)
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka.

18. Ulasan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri


Melaka.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

(HAJI NOR HASHIM BIN HASAN)


Ketua Penolong Pengarah,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka.

Lampiran 1

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN VIDEO PENDEK


SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI MELAKA TAHUN 2019

4
A. MAKLUMAT PERTANDINGAN
1. Pertandingan Video Pendek Sekolah-sekolah Negeri Melaka ini
adalah anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka.
2. Tempoh pertandingan ini adalah pada 30 Oktober 2019 - 07
November 2019
3. Tema pertandingan ini adalah bebas tetapi perlu mempunyai
elemen-elemen seperti berikut :
a. Nilai-nilai murni
b. Pengajaran
c. Kemasyarakatan

B. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN


1. Pertandingan ini terbuka kepada DUA kategori :
- Sekolah Rendah (7-12 tahun)
- Sekolah Menengah (13-16 tahun)
2. Setiap sekolah boleh menghantar LEBIH DARI SATU penyertaan.
Walau bagaimanapun, setiap peserta hanya layak untuk menerima
satu hadiah sahaja.
3. Penyertaan adalah secara berkumpulan ( 4 orang) dan boleh
dibantu oleh guru.
4. Durasi video adalah 2 hingga 4 minit. Tempoh ini termasuk montaj
dan kredit (penghargaan)
5. Peserta boleh menghasilkan video pendek menggunakan:
i. Bahasa Malaysia, dengan sarikata Bahasa Malaysia; atau
ii. Bahasa Inggeris, dengan sarikata Bahasa Inggeris.
6. Hasil karya hendaklah sesuai untuk diterbit dan dipapar dalam segala
bentuk media video. Format yang dibenarkan adalah AVI, WMV,
MOV, FLV & MP4 dengan resolusi minima video 720p.
7. Pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas royalti. Pihak
penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan
akibat pelanggaran hasil hak cipta.
8. Karya yang dihasilkan adalah manifestasi kreativiti peserta,
mengandungi nilai-nilai murni dan tidak boleh mengandungi unsur-
unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan,
keagamaan, politik dan pemimpin.
9. Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal / asli.

10. Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal


sebelum mendapat kebenaran penganjur.
11. Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah menyertai mana-mana
pertandingan video dan tidak pernah dimuat naik ke mana-mana
medium / portal online atau media massa.
12. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang
dikemukakan tidak asli / diciplak.
13. Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta yang

5
menghantar penyertaan yang lengkap dan memenuhi syarat.

C. CARA PENGHANTARAN VIDEO


1. Muat naik dalam Youtube
2. Pastikan ditanda pada bahagian “Unlisted”
3. “Copy link” atau “share” video yang telah siap melalui pautan
http://gg.gg/video-pendek-btpnm2019
D. TUNTUTAN DAN HAK CIPTA
1. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka (BTPN) memiliki hak
cipta sepenuhnya terhadap karya yang dihasilkan.
2. BTPN Melaka berhak menggunakan karya penyertaan untuk tujuan
promosi program pendidikan dan dalam semua bentuk promosi
pendidikan yang lain.
3. BTPN Melaka berhak untuk membuat suntingan terhadap video
penyertaan bagi tujuan pendidikan, penyiaran dan promosi.

E. HADIAH PERTANDINGAN
Hadiah Sekolah Menengah
Johan x 1
Naib Johan x 1
Ketiga x 1
Saguhati x 4

Hadiah Sekolah Rendah


Johan x 1
Naib Johan x 1
Ketiga x 1
Saguhati x 4
F. AM
1. Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Teknologi
Pendidikan Negeri Melaka
2. Maklumat lanjut boleh didapati pada saluran telegram
http://.t.me/videopendekbtpnm

Anda mungkin juga menyukai