Anda di halaman 1dari 6

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI

PERTANDINGAN INOVASI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG


DENGAN KERJASAMA LEMBAGA PELABUHAN JOHOR 2018

1.0 TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan untuk membantu pihak pengurusan sekolah berhubung pelaksanaan kegiatan kelab
persatuan sekolah melalui penghasilan projek berinovasi sebagai kegiatan mingguan secara terancang dan teratur
dari aspek pelaksanaannya.

2.0 DEFINISI INOVASI

Inovasi adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovasi dalam mana-mana aspek kerja yang dilaksanakan
dalam aktiviti kelab/persatuan di sekolah dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti kelab/persatuan,
Pelaksanaan idea-idea ini dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian, perkhidmatan
serta memberi faedah kepada warga sekolah dan komuniti setempat. Idea-idea ini, boleh merangkumi apa-apa
perubahan dalam bentuk sistem, prosedur, kaedah dan cara bekerja mahu pun pengenalan teknologi yang terkini.

3.0 PENGENALAN

Bidang kokurikulum yang merangkumi kegiatan pasukan badan beruniform; kelab dan persatuan dan; 1Murid
1Sukan adalah sebahagian ilmu yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam sistem pendidikan negara (Akta
Pendidikan 1996). Selain berperanan sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dalam bilik darjah,
bidang ilmu yang dijalankan di luar bilik darjah juga berperanan dalam membentuk perwatakan dan jati diri individu
serta memupuk semangat patriotisme dan perpaduan.

Budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan murid lebih sesuai didedahkan melalui kegiatan kokurikulum kerana
kegiatan ini berlaku di luar bilik darjah dan boleh dilaksanakan di dalam dan di luar waktu sekolah. Pendedahan awal
dan kepelbagaian aktiviti secara kumpulan yang ada terutama dalam kegiatan kelab dan persatuan sekolah akan
memberi peluang kepada murid untuk meneroka, mencuba atau mencuba jaya sesuatu tugasan/projek yang
dipertanggungjawabkan, apatah lagi jika kerja yang dilakukan itu memenuhi citarasa dan minat serta kebolehan diri
yang ada pada mereka. Ini terbukti dengan kejayaan murid-murid dalam pembuatan projek seperti Program Robotik
dan F1 In School maka amatlah wajar pembelajaran di peringkat sekolah yang mengarah kepada inovasi
diperluaskan.

Maklum balas Bahagian Naziran KPM (2010) yang mengkaji tentang pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah-
sekolah mendapati bahawa kegiatan kokurikulum yang berunsurkan kelab dan persatuan kurang digemari oleh
murid. Di antara faktor penyebabnya ialah ketiadaan kurikulum yang lengkap, guru kurang berinisiatif dan aktiviti
yang tidak menarik dan mencabar. Dapatan ini disokong oleh hasil tinjauan yang dibuat oleh Bahagian Kokurikulum
dan Kesenian, KPM (2011) ke sekolah-sekolah di seluruh negara yang melihat kegiatan kelab dan persatuan tidak
popular sebagaimana kegiatan badan beruniform dan sukan/permainan. Isu ini memerlukan penelitian yang
menyeluruh terhadap pelaksanaan kegiatan kelab dan persatuan di sekolah agar suatu arah tuju yang baru selaras
dengan keperluan negara di masa akan datang dapat dihasilkan.

4.0 KONSEP

Projek inovasi kelab/persatuan merupakan sesuatu penghasilan projek berinovasi dalam kelab/persatuan sebagai
kegiatan mingguan di sekolah-sekolah. Pelaksanaan sepenuhnya oleh murid secara maksimum dengan mendapat
bantuan dari aspek pengurusan dan kewangan dari pihak sekolah secara minimum.

1
5.0 MATLAMAT

Melahirkan modal insan yang berinovatif dan kreatif melalui penghasilan projek secara menyeluruh bagi setiap murid
dalam kegiatan kelab/persatuan di sekolah-sekolah sepanjang tahun.

6.0 OBJEKTIF

6.1 Menggunakan pengetahuan kefahaman dan kemahiran praktikal yang yang diperolehi semasa P&P.

6.2 Memupuk budaya kreatif dan inovatif melalui kerja secara berpasukan dikalangan murid.

6.3 Mengenalpasti ruang bagi penambahbaikan ke atas aktiviti kelab dan persatuan.

6.4 Berkomunikasi dengan berkesan dan menyampaikan maklumat, idea, masalah, penyelesaian secara
jelas dan menyakinkan.

6.5 Penyediaan ke arah kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) bagi murid-murid dan warga sekolah.

6.6 Memenuhi objektif Plan Pembangunan Pendidikan ke arah tranfomasi pendidikan yang dapat
memenuhi aspek aspirasi sistem dan murid bagi membentuk hala tuju yang jelas untuk
menghasilkan pendidikan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa.

6.7 Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas yang dapat
membentuk keseimbangan murid dari aspek intelek, jasmani ,emosi, rohani dan sosial.

6.8 Memberikan ruang dan peluang kepada murid-murid untuk memperkembangkan bakat, minat dan
potensi dalam menghasilkan projek inovasi dengan mengikut kreativiti murid berdasarkan garis
panduan yang disediakan.

7.0 TAFSIRAN

Dalam melaksanakan Projek Inovasi Kelab/Persatuan, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:

“kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.

“murid” ertinya seseorang tanpa mengira umurnya, yang kepadanya pendidikan atau latihan sedang diberikan di
sesuatu institusi pendidikan;

“murid berkeperluan khas” ertinya mana-mana murid yang mempunyai masalah pembelajaran, masalah
pendengaran dan masalah penglihatan;

“kelab/persatuan” ertinya Sesuatu kumpulan yang berstruktur, berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan
yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang
sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan
aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi
memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat persatuan atau pihak sekolah dengan mengikut kecenderungan
kebitraan sekolah masing-masing.

2
“guru penasihat” ertinya mana-mana guru yang dilantik atau mana-mana guru yang di arahkan oleh pihak sekolah
untuk mengurus dan mengendalikan projek inovasi sekolah pada tahun semasa.

8.0 TATACARA PELAKSANAAN

Perlu menyediakan kertas cadangan projek terlebih dahulu sebelum sesuatu projek dilaksanakan.

8.1 Kandungan kertas cadangan projek adalah seperti berikut;

 Tajuk projek
 Pengenalan
 Rasional projek
 Pernyataan masalah projek atau persoalan kajian
 Objektif projek
 Skop dan limitasi projek
 Kepentingan dan impak projek
 Anggaran kos projek
 Tinjauan / Kajian literature
 Kaedah penyelidikan atau metodologi projek
 Pelan perancangan projek
 Kesimpulan

8.2 Maklumat tambahan

 Tema 2018: “GO GREEN, SAVE ENERGY” / “ENVIRONMENT”


 Satu pasukan: maksimum 6 orang pelajar dan dua orang guru.
 Semua pelajar di dalam kumpulan terlibat dalam sesi pembentangan.
 Guru hanya akan membantu pelajar di awal persediaan pembentangan.
 Kertas cadangan hendaklah dihantar seminggu sebelum tarikh pertandingan. (tarikh pertandingan dijangka
pada bulan Oktober, akan dimaklumkan kelak)
 Jika menggunakan produk inovasi yang sama pada tahun lepas atau tahun-tahun sebelumnya, sila
nyatakan penambahbaikan dalam produk. Jika tidak, ia tidak dikira sebagai inovasi.
 Peringkat saringan: 10 sekolah rendah / 10 sekolah menengah terpilih
 Pertandingan Inovasi Sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang 2018
- 10 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah akan membentangkan produk inovasi
- 5 anugerah emas sekolah rendah dan 5 anugerah emas sekolah menengah dipilih ke Minggu
Pelabuhan LPJ yang dijangkakan pada akhir bulan Oktober di Plaza Angsana, Johor Bahru.
- 1 Johan Anugerah Inovasi Sekolah Rendah / 1 Johan Anugerah Inovasi Sekolah Menengah
diumumkan semasa Minggu Pelabuhan LPJ
 Hadiah: sijil, trofi dan wang tunai

9.0 PERANAN MURID

 Berusaha mencapai kualiti dan hasil pembelajaran mengikut standard yang ditetapkan.

 Bertemu dengan guru pembimbing atau menghadiri sesi pembelajaran mengikut jadual yang telah
ditetapkan.

 Membuat kajian awal dalam menentukan pemilihan tajuk, keaslian idea, hala tuju projek yang
mempunyai nilai komersial.

3
 Projek yang dihasilkan mestilah memperlihatkan pengetahuan dan kemahiran analitikal yang
diperolehi sepanjang pengajian dan menunjukkan kebolehan dalam menyepadukan semua.

 Melengkapkan borang-borang kemajuan murid dan dokumen-dokumen lain sekiranya perlu.

 Menyediakan laporan akhir projek berserta produk untuk proses penilaian.

10.0 PERANAN GURU PENASIHAT

 Memastikan pelajar memilih projek yang selaras dengan objektif Projek Inovasi.

 Melantik dan memandu jawatankuasa menjalankan tugas.

 Menguruskan permohonan kelulusan kewangan melaksanakan projek, kebenaran waris,


kebenaran penglibatan pihak luar daripada pengurusan sekolah dan stakeholder.

 Merancang dan memastikan strategi dan jadual operasi projek dengan kerjasama pelajar.

 Memastikan jawatankuasa menguruskan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.

 Menentukan pelajar melaksanakan projek dengan berkesan.

 Memastikan jawatankuasa menyediakan minit mesyuarat dan mendokumentasikan laporan


projek.
 Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan di luar kawasan sekolah .

 Bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan laporan kehadiran ahli dan laporan


kewangan.

 Memastikan aspek bimbingan, pengawasan disiplin dan keselamatan kepada ahli-ahli dititikberatkan.

 Penghargaan kepada pelajar dalam bentuk hadiah dan sijil.

 Merakamkan penghargaan kepada pihak luar yang menyumbangkan bantuan khidmat terhadap
pelaksanaan projek.

11.0 PERANAN PENGETUA / GURU BESAR

 Membincangkan pelaksanaan projek inovasi dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk Kokurikulum dan
jawatankuasa lain seperti JK Pemantauan dan Penilaian Kokurikulum.

 Mempertimbang dan meluluskan permohonan melaksanakan projek.

 Melantik jawatankuasa pelaksana di peringkat kelab dan persatuan.

 Memantau pelaksanaan projek dan peruntukan kewangan.

 Menyemak dan mengesahkan penilaian penghasilan projek inovasi.


4
 Menyelaras bantuan khidmat agensi luar, pihak swasta , dan komuniti setempat.

12.0 PENILAIAN PROJEK INOVASI

Penilaian projek inovasi murid dilakukan secara berterusan bagi menilai pencapaian dan kebolehan murid dalam
menyiapkan sesuatu projek. Ini akhirnya akan memberikan markah akhir penglibatan murid dalam kokurikulum.

Bentuk Penilaian adalah berdasarkan kepada aspek-aspek seperti berikut:

 Kertas Cadangan
Kertas cadangan untuk mengadakan atau menjalankan sesuatu projek.

 Laporan Projek
Satu kenyataan formal hasil daripada sesuatu penyelidikan atau maklumat lengkap tentang sesuatu
hal yang disampaikan oleh ahli projek.

 Pembentangan
Murid dikehendaki membentangkan hasil projek dalam sesi pembentangan yang telah ditetapkan.
Sesi pembentangan ini memberi peluang kepada murid untuk berhujah mempertahankan hasil projek
serta bertukar pendapat secara ilmiah.

Hasil Projek

 Potfolio
Pengumpulan sistematik hasil kerja murid yang mempamerkan keupayaan perkembangan dan
pencapaian dalam projek yang dijalankan.

 Manual Pengguna
Dokumen komunikasi teknikal yang bertujuan untuk memberi bantuan kepada pengguna
menggunakan sistem tertentu. Kebanyakkan manual pengguna mengandungi kedua-dua panduan
bertulis dan imej-imej berkaitan.

 Perisian
Arahan-arahan lengkap dalam bentuk carta alir dan prosedur yang mengawal, mengurus dan
menyokong sistem komputer serta aktiviti-aktiviti pemprosesan maklumat.

 Bahan Fizikal

 Perkhidmatan

PENUTUP

Semua pihak dikehendaki mematuhi tatacara dan prosedur inovasi kelab dan persatuan. Semua pihak dimestikan
mengikuti sebarang peraturan yang terkandung dalam Surat Pekeliling Iktisas yang sedang berkuatkuasa
terutamanya yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan kewangan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan
berhubung pelaksanaan inovasi kelab dan persatuan bolehlah menghubungi Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

5
PROSES PELAKSANAAN PROJEK

Mula

Taklimat Projek Guru Pembimbing Projek

Pemilihan Tajuk Projek dan Murid


6
Penyediaan Kertas Cadangan
Penyerahan hasil projek
Menyemak
dan draf laporan dan
laporan
TIDAK
TIDAK Tamat
Diterim
Diterim
Penambahbaikan
Pembetulan menilai hasilYA
Membentang
Menghantar
Aktiviti Projek YA
laporan
projek Panel/Guru
Guru
KetuaPembimbing
Murid
Kumpulan
Pembimbing
aa?
?

Anda mungkin juga menyukai