Anda di halaman 1dari 2

GELARAN JAWATAN : PEMBANTU PEMAJU MASYARAKAT

SUKARELA
NAMA : SHAMSIAH BINTI LAHMAN
TARIKH MULA BERKHIDMAT : 1/ 4/ 2019

Tugas dan tanggungjawab Pemaju Masyarakat (PM) Taman Bimbingan Kanak-Kanak


(TABIKA) adalah seperti berikut :

1. PENYEDIAAN MAKANAN TAMBAHAN KANAK-KANAK


a. Menyedia dan memasak makanan tambahan yang seimbang dan berkhasiat
mengikut menu.
b. Menggunakan bahan makanan segar dan memasaknya dengan cara yang betul,
selamat dan bersih.
c. Menyedia dan menghidang makanan tambahan kepada kanak-kanak dengan
cara yang betul.
d. Memastikan penyediaan makanan tambahan sebelum dan selepas dalam
keadaan yang bersih dan tersusun rapi.
e. Membersih dan mengemas ruang tempat makan kanak-kanak.
f. Membersih dan mengemas ruang dapur.
g. Membersih dan mengemas peti sejuk.
h. Membantu Pemaju Masyarakat merekod dan mengemaskini stok makanan
kering di dalam Buku Daftar Stok dan Kad Petak KEW.PA.

2. KEBERSIHAN DAN KECERIAAN


a. Membersih dan memastikan ruang dalam (dapur, tempat makan kanak-kanak,
ruang pembelajaran, stor penyimpanan bahan kering, stor peralatan dan
tandas) tabika sebelum sesi pembelajaran dan pengajaran sentiasa bersih dan
tersusun rapi.
b. Membersih dan memastikan ruang luar seperti landskap, kebun dapur,
longkang dan lain-lain sentiasa bersih dan ceria.
c. Membantu Pemaju Masyarakat dalam pengasuhan dan pengurusan kanak-
kanak Tabika.

3. PENGAWASAN KANAK-KANAK
a. Membantu Pemaju Masyarakat mengawasi dan menjaga keselamatan kanak-
kanak semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan selepas siap
membuat tugas-tugas membersih, memasak, dan lain-lain tugas di dapur.
b. Membantu Pemaju Masyarakat membimbing dan mengawasi kanak-kanak
semasa aktiviti ko-kurikulum dikelolakan di dalam kelas, luar kelas, atau
semasa lawatan sambil belajar.

4. KESELAMATAN
a. Memastikan suis peralatan elektrik dimatikan setelah tidak digunakan.
b. Memastikan tingkap bertutup dan kelas berkunci. (Jika Pemaju Masyarakat
bertugas di luar kawasan)

DISAHKAN OLEH:

_________________________
( )
Pemaju Masyarakat
Tabika KEMAS …………………………….

Anda mungkin juga menyukai