Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN

KERTAS KERJA
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KEDUA
MURID ASRAMA
2019

ANJURAN

UNIT ASRAMA
SK PANDAN, SEBAUH.

`
KERTAS KERJA CADANGAN
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

1.0 PENDAHULUAN

Institusi Asrama sinonim sebagai tempat alternatif bagi pelajar untuk


menfokuskan diri dalam proses pembelajaran dan bebas daripada gangguan-
gangguan di rumah. Sehubungan dengan itu, mereka juga lebih terdedah
kepada memahami teori semata-mata tanpa pendedahan kepada
pengalaman sebenar. Oleh itu, Unit Asrama SK PANDAN akan mengadakan
lawatan sambil belajar ke Bintulu dengan harapan para pelajar ini boleh
mendapat pengetahuan berkaitan adat dan budaya masyarakat Malaysia.
Begitu juga murid dapat mengetahui dan mengenalan kehidupan liar di
Tumbina.

2.0 RASIONAL PROGRAM

Selaras dengan hasrat Negara, maka program ini diadakan untuk memberi
pendedahan secara langsung kepada murid-murid sekolah rendah asrama.
Melalui aktiviti-aktiviti seperti ini murid-murid asrama memperolehi
pembelajaran di luar bilik darjah dan melihat persekitaran sebenar hidupan
haiwan dan budaya masyarakat sekeliling.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

a. Mendedahkan murid asrama mengenai dunia sebenar hidupan haiwan di zoo.


b. Menambah ilmu pengetahuan tentang adat, budaya dan agama masyakat di
Sarawak.
c. Menyemai nilai murni menghormati adat, budaya dan agama orang lain.
d. Sebagai pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah.

4.0 MATLAMAT PROGRAM

Melahirkan pelajar asrama yang berpengetahuan tinggi berkaitan kehidupan


habitat haiwan dan budaya masyarakat sekitar.

5.0 KUMPULAN SASARAN

26 orang murid asrama.

6.0 TENTATIF PROGRAM

0700  Taklimat perjalanan

0715  Bertolak Ke Bintulu

0815  Melawat Masjid

11 Oktober 2019
 Melawat Gereja

1130  Melawat tempat beribadat Budha

1230  Balik Ke homestay

 Makan tengahari

 Berehat

1345  Bersolat

 Taklimat Lawatan Ke Kedai Jual Pakaian


Tradisional Sarawak
1400
 Bertolak ke Commerce Square

 Sampai di Commerce

 Melawat 3 buat kedai menjual pakaian


tradisional Sarawak
1530
 Bertolak balik ke Homestay
1600
 Minum petang

1700  Berehat

1830  Mandi

 Makan malam

 Bersolat
2000
 Aktiviti berkumpul dengan menceritakan
adat, budaya dan agama yang terdapat di
Sarawak.

 Pembentangan hasil kumpulan

2200  Membuat rumusan

2230  Minum malam

 Tidur

0545  Bangun/ Solat

 Mandi
12 Oktober 2019
0630  Minum pagi
0730
 Taklimat lawatan ke Tumbina Bintulu
0750  Bertolak ke Tumbina Bintulu

0800  Sampai di Tumbina Bintulu

 Taklimat Pegawai Tumbina Bintulu

 Melawat di sekitar Tumbina Bintulu

 Sesi bergambar

 Bertolak Ke Homestay
1030
 Kemas barang untuk keluar dari
Homestay

 Bertolak ke Tanjung Batu


1145
 Sampai di Tanjung Batu

 Makan Tengahari
1230
 Refleksi lawatan ke Tumbina Bintulu
1330 secara berkumpulan

 Pembentangan hasil refleksi


berkumpulam

 Membuat rumusan lawatan sambil belajar


selama dua hari

 Berjalan sekitar Tanjung Batu

 Pertandingan melukis pemandangan


Tanjung Batu

 Pembentangan hasil karya

 Rumusan lawatan di Tanjung Batu

 Berkemas balik ke SK Pandan


1700
 Bertolak ke SK Pandan
1730
 Sampai di SK Pandan
1830

7.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Aishah Binti Yusup


Guru Besar
Naib Pengerusi : Marylin Anak Entawamat
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Setiausaha :Nuing Anak Kayan
Bendahari : Susan Anak Micheal Mani
AJK
1) Pengangkutan Esther Gerang

2) Makanan dan Minuman Simu Binti Abu Seman

3) Displin Siti Nur Kamilah Binti Mihamed Hanif


4) Dokumentasi Susan Kiya Yu
5) Buku Program
Dorothy Anak Nam

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


8.1 Sumbangan daripada tabung PIBK
8.2 Kewangan Perjalanan Murid Asrama

Bil Perkara Kos Seunit Jumlah


1. Makanan Murid Asrama RM 20 x 20 org x RM 800.00
- Sumbangan PIBK 2hari
2. Pengngkutan murid
Sebauh ke Masjid, RM750
Gereja, Tempat beribadat
Budha dan terus ke
Homestay Bintulu

Homestay ke RM300 RM 1,700.00


Commerce Square ke
Homestay (ulangalik)

Homestay ke RM650
Tumbina Tanjung Batu
ke Tanjung Batu
SK Pandan
3 Homestay Bintulu RM300 RM300.00
4 Cendarahati RM40 RM40.00
Jumlah keseluruhan RM 2,040.00

9.0 PENILAIAN

Sepanjang lawatan berlangsung, murid-murid akan diberikan misi yang mesti


dilaksanakan di tempat-tempat lawatan dan soalan-soalan yang perlu dijawab
tentang tempat lawatan dalam kumpulan. Setiap misi dan jawapan akan dikutip oleh
di akhir lawatan dan akan dinilai. Misi yang berjaya dilaksanakan berdasarkan
kehendak soalan dan soalan yang berjaya dijawab akan mendatangkan markah
kepada kumpulan tersebut. Kumpulan yang berjaya akan diberi hadiah di akhir
lawatan.

10.0 PENUTUP

Program ini diharapkan dapat menaikkan lagi semangat para pelajar asrama dan
mendorong mereka kepada kecemerlangan yang berterusan. Selain itu program ini
yang banyak mendapat ilmu pengetahuan baharu dan memahamii kehidupan
haiwan serta kehidupan masyarakat disekeliling mereka.

Disediakan oleh Disemak oleh

……………………………….. ………………………………………
(NUING ANAK KAYAN) (MARYLIN ANAK ENTAWAMAT)
Setiausaha Unit Asrama, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SK Pandan, Sebauh. SK Pandan, Sebauh

Diluluskan oleh :

………………………….
(AISHAH BINTI YUSUP)
Guru Besar,
SK Pandan, Sebauh

Anda mungkin juga menyukai