Anda di halaman 1dari 9

PERBINCANGAN HASIL KAJIAN

Hasil daripada kajian keunikkan perayaan cina , kami telah menemuramah tiga responden
yang berlainan kaum di Malaysia. Responden pertama adalah berbangsa Cina, manakala
responden kedua adalah berbangsa Melayu dan responden ketiga adalah bumiputera. Respondenresponden tersebut telah dipilih dalam kajian ini untuk mengetahui pandangan pelbagai kaum
terhadap perayaan kaum Cina di Malaysia.Antara perayaan kaum Cina yang dikaji dalam kajian
ini ialah perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Kuih Bulan, perayaan Duan Wu, perayaan Ching
Ming dan Hari Wesak. Soalan-soalan yang disediakan dalam kajian ini adalah sebanyak sepuluh
soalan untuk menemuramah tiga responden tersebut.
Soalan pertama: Pada pendapat anda, adakah masyarakat Malaysia bersama-sama
menyambut perayaan Tahun Baru Cina dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain?
Berikan sebab jawapan anda.
Berdasarkan soalan pertama, menurut responden yang berbangsa Cina, melalui adat dan
budaya, masyarakat Malaysia dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain dengan
menyambut sesuatu perayaan seperti Tahun Baru Cina bersama-sama. Hal ini juga dapat
mengelakkan perselisihan faham dan pertelingkahan antara kaum. Antara aktiviti yang dapat
menyatukan masyarakat adalah seperti mengadakan rumah terbuka untuk semua kaum. Selain
itu, hasil daripada temuramah responden berbangsa melayu, Tahun Baru Cina dapat mengeratkan
lagi hubungan antara kaum melalui program seperti Perayaan Tahun Baru Cina 1 Malaysia.
Melalui program ini, rakyat Malaysia akan bersama-sama bergotong-royong, memasak dan
mengemas bagi menjayakan program tersebut. Seterusnya, hasil daripada temuramah responden
bumiputera, responden ini bersetuju bahawa Tahun Baru Cina dapat mengeratkan hubungan

antara satu sama lain kerana setiap kaum akan merasai sendiri perasaan ketika menyambut
perayaan tersebut. Mereka akan lebih menghormati perayaan ini sebagaimana mereka
menghormati perayaan mereka sendiri. Sebagai kesimpulan, ketiga-tiga responden memahami
perayaan Tahun Baru Cinadan bersetuju bahawa Tahun Baru Cina dapat mengeratkan hubungan
antara satu sama lain dalam masyarakat Malaysia dengan mengadakan aktiviti bersama-sama.
Soalan kedua: Sila berikan satu pantang larang dalam perayaan Tahun Baru Cina dan
terangkan pantang larang tersebut berdasarkan kefahaman anda.
Berdasarkan soalan kedua, menurut responden yang berbangsa Cina, pada hari pertama
Tahun Baru Cina, masyarakat Cina dilarang menyapu sampah dilantai kerana perlakuan tersebut
dianggap seperti membuang nasib baik keluar daripada rumah mereka. Di samping itu, menurut
respondenyang berbangsa Melayu, antara pantang larang dalam perayaan Tahun Baru Cina ialah
masyarakat cina dilarang menyapu sampahpada hari pertama Tahun Baru Cina. Hal ini berkaitan
dengan tuah mereka pada tahun itu. Sebagai contoh, jika mereka menyapu sampah ,tuah tidak
akan datang pada tahun tersebut.Seterusnya, menurut responden bumiputera, antara pantang
larang dalam perayaan Tahun Baru Cina adalah tidak dibenarkan menyapu sampah dirumah pada
hari pertama perayaan tersebut. Hal ini kerana perlakuan ini seumpama menghalau kekayaan
yang diberikan oleh Tuhan keluar daripada rumah.Justeru, jawapan yang diberikan oleh ketigatiga responden adalah kurang sama, iaitu masyarakat cina dilarang menyapu sampahpada hari
pertama Tahun Baru Cina. Hal ini mewujudkan bahawamereka mengetahuipantang larang yang
terdapat dalam perayaan Tahun Baru Cina, dan mereka juga dapat memberikan penjelasan
tentang pantang larang tersebut.

Soalan ketiga: Apakah pandangan anda tentang perayaan Kuih Bulan diraikan dalam
masyarakat Cina di Malaysia?
Berdasarkan soalan ketiga, menurut pandangan responden yang berbangsa Cina terhadap
perayaan Kuih Bulan yang diraikan dalam masyarakat Cina di Malaysia, masyarakat kaum Cina
akan pulang ke kampung halaman untuk berkumpul bersama-sama dengan keluarga. Perayaan
ini melambangkan satu keluarga yang lengkap iaitu dengan menjamu kuih bulan dan berbual
sesama ahli keluarga dapat mengukuhkan hubungan kekeluargaan. Selain itu, pandagan
responden yang berbangsa Melayu tentang perayaan Kuih Bulan adalah dalam perayaan Kuih
Bulan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan kuih bulan bersama-sama dan
menyambut perayaan ini.Tambahan pula, responden bumiputera menjelaskan bahawa semasa
perayaan Kuih Bulan, masyarakat Cina akan membeli dan makan kuih bulan bertujuan untuk
mengenangkan kejayaan orang Cina yang berjaya menumpaskan penjajah Mongol pada akhir
zaman Dinasti Yuan. Dengan adanya perayaan ini, generasi muda diberi pendedahan yang lebih
untuk menghormati jasa-jasa pejuang yang telah banyak berkorban suatu masa dahulu. Sebagi
intiha, responden bumiputera mengetahui faktor yang mengukuhkan kewujudanperayaan Kuih
Bulan dalam masyarakat Cina. Ketiga-tiga responden juga mengetahui cara-caramasyarakat
Cina meraikan perayaan Kuih Bulan di Malaysia, iaitu makan kuih bulan bersama dengan ahli
keluarga.
Soalan keempat: Sila berikan contoh aktiviti yang boleh dijalankan bersama-sama oleh
masyarakat Malaysia semasa perayaan Kuih Bulan.
Berdasarkan soalan keempat, menurut pandangan responden yang berbangsa Cina,
aktiviti yang boleh dijalankan bersama-sama oleh masyarakat Malaysia semasa perayaan Kuih

Bulan adalah bermain tanglung bersama-sama. Aktiviti-aktiviti yang lain juga dijalankan semasa
perayaan Kuih Bulan adalah seperti pertandingan membuat tanglung dan teka teki pada tanglung.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan tersebut dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain
dalam masyarakat Malaysia. Di samping itu, menurut respondenyang berbangsa Melayu, antara
aktiviti yang dijalankan pada perayaan ini adalah makan kuih bulan, memasak bersama-sama dan
perarakan membawa tanglung. Tambahan pula, menurut responden bumiputeraantara aktiviti
yang dilakukan semasa perayaan Kuih Bulan seperti menghias rumah dengan menggantungkan
tanglung. Pada sebelah malam pula, mereka akan menikmati pemandangan bulan sambil makan
kuih bulan. Sebagai kesimpulan, ketiga-tiga responden ini mengetahui aktiviti-aktiviti yang
dijalankan pada perayaan Kuih Bulan seperti memakan kuih bulan dan menghias rumah dengan
tanglung.
Soalan kelima: Apakah kepahaman anda tentang masyarakat Cina merayakan perayaan
Duan Wu pada tanggal 5 hari bulan 5 kalendar cina?
Berdasarkan soalan kelima, hasil kajian daripada responden berbangsa Cina ialah
masyarakat cina akanmemarut zhang zi dan ianya akan ditukar sesama masyarakat Cina yang
lain. Perayaan ini juga untuk memperingati tokoh Qu Yuan yang telah mengorbankan
nyawanya sendiri. Pada zaman dahulu, zhang zi akan dibuang ke dalam sungai untuk
mengelakkan sisa Qu Yuan dimakan oleh hidupan aquatik tetapi pada zaman sekarang,
masyarakat Cina hanya akan makan zhang zi setelah diparut untuk mewarisi adat tersebut.
Selain itu, menurut responden berbangsa Melayu tentang perayaan ini responden tidak
mengetahui perayaan ini. Responden ini tidak pernah mendengar perayaan ini ada di Malaysia.
Tambahan pula, menurut responden bumiputera perayaan Duan Wu bertujuan untuk mengingati
penyair masa dahulu yang bernama Qu Yuan. Beliau sanggup mengorbankan diri sendiri demi

menyelamatkan negaranya. Dalam perayaan ini juga, masyarakat Cina akan membuang zhang
zi ke dalam sungai untuk mengelakkan badan Qu Yuan dimakan oleh ikan. Kesimpulanya,
responden Melayu kurang pengetahuan tentang perayaan Duan Wu kerana perayaan ini kurang
terkenal di Malaysia. Perayaan Duan Wu ini bukan perayaan utama masyarakat Cina di
Malaysia. Justeru itu, responden Melayu kurang pengetahuan tentang perayaan ini.
Soalan keenam: Pernahkah anda menyaksikan pertandingan mengayuh perahu naga yang
dijalankan pada perayaan Duan Wu? Berikan pandangan anda tentang pertandingan mengayuh
perahu naga tersebut.
Berdasarkan soalan keenam, hasil temuramah responden berbangsa Cina menurut
responden , pada zaman dahulu, masyarakat Cina akan mengayuh perahu untuk mencari mayat
Qu Yuan tetapi pada zaman sekarang, mereka hanya mengadakan pertandingan mengayuh
perahu naga apabila tiba perayaan Duan Wu tersebut. Di samping itu menurut responden
berbangsa Melayu pula, responden pernah menyaksikan pertandingan pengayuh perahu naga
tetapi tidak mengetahui kepentingan pertandingan tersebut terhadap perayaan Duan Wu. Selain
itu, menurut responden Bumiputera pertandingan mengayuh perahu pada perayaan Duan Wu
ialah pada zaman dahulu perahu digunakan untuk mencari badan Qu Yuan yang telah
membunuh diri di sungai. Mengayuh perayuh dianggap seperti menghalau kemalangan. Oleh itu
semakin laju perahu dikayuh semakin banyak kemalangan di halau. Sebagai kesimpulannya,
responden Melayu kurang peka dengan perayaan yang disambut oleh masyarakat Cina di
Malaysia.
Soalan ketujuh : Perayaan Ching Ming adalah salah satu budaya tradisional masyarakat
Cina untuk memuja nenek moyang. Apakah kefahaman anda tentang perayaan tersebut ?

Berdasarkan soalan di atas, hasil daripada temuramah responden yang berbangsa Cina,
responden ini menyatakan bahawa masyarakat Cina akan menziarahi kubur nenek moyang
mereka pada hari tersebut. Perayaan Ching Ming ini disambut bertujuan untuk bersama dengan
nenek moyang mereka yang sudah meninggal dunia. Masyarakat kaum Cina akan membakar
colok dan membawa buah-buahan untuk diletakkan di atas kubur nenek moyang mereka.
Perayaan ini juga dapat mengeratkan silaturrahim melalui perbualan antara kaum keluarga dan
saudara-mara yang lain. Selain itu, menurut responden yang berbangsa Melayu, beliau kurang
pengetahuan tentang perayaan Ching Ming ini, tetapi kefahaman beliau terhadap perayaan ini
adalah masyarakat Cina akan pergi ke kawasan perkuburan untuk memuja nenek moyang mereka
ataupun ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Seterusnya, menurut penjelasan daripada
responden bumiputera, perayaan Ching Ming bertujuan untuk menyatakan kesyukuran kepada
nenek moyang yang telah meninggal dunia. Pada hari sambutan perayaan ini, masyarakat kaum
Cina akan membawa makanan ke kawasan perkuburan untuk dipersembahkan kepada nenek
moyang mereka. Kesimpulannya, ketiga-tiga responden mengerti bahawa perayaan Ching Ming
ini adalah satu perayaan untuk memperingati nenek moyang ataupun ahli keluarga masyarakat
kaum Cina yang telah meninggal dunia serta dapat mengekalkan hubungan silaturrahim antara
ahli keluarga mahupun sahabat mereka.
Soalan kelapan : Pada pendapat anda, perlukah adat atau perayaan Ching Ming
diteruskan lagi untuk generasi baru dalam masyarakat Cina yang akan datang? Berikan sebab
jawapan anda.
Berdasarkan soalan kelapan, responden yang berbangsa Cina menyatakan bahawa adat
atau perayaan Ching Ming ini haruslah diteruskan lagi supaya adat atau perayaan ini dapat
diwarisi oleh generasi baru dan tidak dilupakan oleh mereka terhadap asal usul kaum mereka

sendiri. Hasil daripada temuramah responden yang berbangsa Melayu, beliau menegaskan
bahawa adat atau perayaan Ching Ming ini harus diteruskan kerana perayaan ini adalah turun
temurun daripada zaman nenek moyang mereka dahulu serta ianya perlulah dikekalkan untuk
generasi yang akan datang. Di samping itu, responden bumiputera juga menjelaskan bahawa adat
atau perayaan Ching Ming ini perlu diteruskan supaya generasi muda mempunyai masa terluang
untuk melawat atau menziarahi kubur nenek moyang mereka. Menurut beliau, aktiviti seperti
melawat atau menziarahi ini adalah salah satu cara untuk memperingati mereka yang sudah
meninggal dunia. Kesimpulannya, semua responden bersetuju bahawa adat atau perayaan Ching
Ming ini perlu diteruskan lagi supaya generasi akan datang tidak melupakan ahli keluarga
mereka yang telah meninggal dunia.
Soalan kesembilan : Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut agama Buddha.
Berdasarkan pandangan anda, bagaimanakah masyarakat Cina menyambut Hari Wesak di
Malaysia?
Berdasarkan soalan di atas, menurut responden yang berbangsa Cina, Hari Wesak
merupakan suatu perayaan yang melambangkan kelahiran dan kematian Gautama Buddha
manakala menurut kefahaman responden Melayu pula, pada awal pagi sambutan Hari Wesak,
masyarakat kaum Cina yang menganut agama Buddha akan pergi ke kuil untuk mengadakan
upacara pemujaan. Beliau juga menyatakan bahawa terdapat perarakan semasa sambutan Hari
Wesak setiap tahun. Hasil temuramah responden bumiputera, beliau menerangkan bahawa
sambutan Hari Wesak di Malaysia khas untuk masyarakat kaum Cina yang menganut agama
Buddha, mereka akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi bertujuan untuk memberi
penghormatan. Menurut beliau, penghormatan ini dari segi aktiviti seperti memandikan patungpatung Buddha dengan air suci sebagai maksud membersihkan diri daripada perkara-perkara

buruk yang pernah dilakukan. Berdasarkan jawapan hasil temuramah di atas, responden yang
berbangsa Cina dan Melayu kurang pengetahuan tentang perayaan ini memandangkan mereka
tidak menyambut dan tidak peka terhadap perayaan yang disambut oleh masyarakat dan
penganut agama lain.
Soalan kesepuluh : Burung-burung akan dibebaskan pada Hari Wesak, apakah kefahaman
amda tentang tindakan tersebut?
Berdasarkan soalan yang terakhir, hasil daripada temuramah responden yang berbangsa
Cina, menurut responden ini, pelepasan burung-burung pada Hari Wesak sebagai salah satu
lambang memberi kebebasan kepada haiwan tersebut. Tindakan ini juga dianggap satu perkara
yang baik supaya mereka yang membebaskan burung tersebut dapat mengumpul nasib baik
mereka sendiri. Seterusnya, responden Melayu menyatakan bahawa beliau tidak pasti atas
tindakan tersebut, tetapi beliau memberitahu bahawa jenis burung yang dilepaskan adalah spesies
burung merpati. Selain itu, responden bumiputera pula menjelaskan bahawa pada sambutan Hari
Wesak, penganut agama Buddha akan melepaskan burung merpati. Beliau turut menerangkan
bahawa burung merpati adalah suatu lambang keamanan. Oleh itu, melepaskan burung merpati
ini seumpama mendoakan keamanan seluruh dunia. Kesimpulannya, kesemua responden
bersetuju bahawa burung merpati adalah salah satu spesies burung yang dilepaskan sebagai satu
lambang keamanan. Walaupun terdapat responden yang kurang jelas pengetahuan mereka
tentang simbol terhadap pelepasan burung merpati pada sambutan Hari Wesak, tetapi mereka
memahami bahawa setiap tindakan yang dilakukan dalam agama masing-masing mempunyai
maksud dan jawapan yang tersendiri.

Oleh hal yang demikian, melalui ketiga-tiga responden yang terdiri daripada pelbagai
kaum ini, kami dapat mengkaji dan menganalisis berdasarkan jawapan hasil temuramah kami.
Melalui jawapan kesemua responden ini juga, kami dapat membezakan pandangan terhadap
persepsi berlainan kaum tentang adat dan perayaan yang disambut oleh masyarakat kaum Cina.
Persepsi ini juga memerlukan pengetahuan yang luas dan menunjukkan tahap kepekaan
seseorang itu terhadap sambutan perayaan dan adat yang diamalkan oleh masyarakat kaum Cina.
Berdasarkan hasil temuramah tersebut juga, kami mendapati bahawa responden berbangsa Cina
dan bumiputera lebih banyak pengetahuan tentang perayaan dan adat yang disambut oleh
masyarakat kaum Cina manakala responden yang berbangsa Melayu kurang peka terhadap adat
dan perayaan yang disambut oleh kaum yang berlainan.

Anda mungkin juga menyukai