Anda di halaman 1dari 13

Kerangka Model Sekolah Rimba Murid Orang Asli : Aplikasi teknik Fuzzy Delphi

1
Che Lah bin Che Mamat
2
Ramlan Mustpha
1,2
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Pahang
E-mail: mujahidpahang@gmail.com
lah_jip@yahoo.com

Abstrak:

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persetujuan dan pandangan pakar mengenai
elemen-elemen kerangka model sekolah rimba dalam kalangan murid-murid sekolah
orang Asli. Kajian ini menggunakan kaedah Fuzzy Delphi menggunakan skala Likert 7
untuk mengumpul maklum balas daripada 8 pakar dalam pelbagai bidang pendidikan di
universiti awam di Malaysia. Sebanyak 4 elemen utama dan 13 sub item elemen soal
selidik telah diberikan kepada pakar-pakar untuk penilaian. Kaedah Fuzzy Delphi telah
digunakan untuk analisis data. Data dianalisis dengan menggunakan triangular fuzzy
number dan kedudukan (ranking) dengan setiap elemen model ditentukan menggunakan
proses 'defuzzication'. Keputusan analisis terhadap kesepakatan dan konsensus pakar
menunjukkan nilai kesepakatan berada pada tahap yang baik. Ini menunjukkan elemen-
elemen kerangka sekolah rimba telah mendapat kesepakatan pakar-pakar yang baik.
Elemen-elemen yang disepakati oleh pakar secara konsensus disusun mengikut keutamaan
(ranking) iaitu motivasi, pemikiran kreatif dan pemikiran kritikal, keakraban dan
pembangunan personel dan sosial.

Kata kunci : Fuzzy Delphi, kesepakatan pakar, elemen sekolah rimba, murid sekolah
orang Asli
PENDAHULUAN

Sekolah rimba menjadi satu fenomena yang penting sejak beberapa dekad yang lalu. Model sekolah
rimba mula mengambil tempat dan menjadi popular di Britain dan beberapa negara membangun seperti
Brazil, Indonesia, Kepulauan Caribbean dan Amerika Latin (Blackwell & Nawaz, 2014). Pendekatan
model sekolah rimba mula diperkenalkan oleh kepulauan Scandinavian dan pada awal 1950 an dan
diambil alih secara pragmatik oleh British dan di ubahsuai dengan kaedah kepulauan British (Blackwell
et al.2014). Pada prinsipnya, sekolah rimba bertujuan untuk membangunkan konsep kendiri, keyakinan
diri dan pelbagai kemahiran di samping menggalakkan kanak-kanak menghargai dan menjaga alam
sekitar (Maynard, 2007 ).

Konsep sekolah rimba berpusatkan kepada pembelajaran di luar konteks bilik darjah dalam
memupuk minat pembelajaran dalam kalangan masyarakat pendalaman. Konsep ini berupaya memupuk
minat pelajar untuk belajar dengan cara mengkordinasikan dengan alam sekitar, persekitaran di luar
bilik darjah, kolaborasi dan eksplorasi persekitaran luar darjah di kawasan persekitaran kehidupan
mereka (Savery et al, 2016). Selain itu juga, pendekatan ini berpaksi kepada pendekatan pembelajaran
luar bilik darjah yang lebih bersifat alami dan praktikal dengan menggunakan hutan dan sumbernya
sebagai lokasi dan bahan pembelajaran (O‟Brien, 2009 ; O‟Brien & Murray, 2007).Pendekatan ini
ternyata berkesan dalam membentuk dan membuka ruang pembelajaran kepada kanak-kanak dan muda
mudi untuk memperkembangkan bakat, kendiri dan pencapaian diri masing-masing (Nur Bahiyah,
Maryati, Azman, & Najib Haron, 2013; Borradaile, 2006; Kirkham,2006).

Kementerian Pendidikan Malaysia dengan inisiatif Pelan Strategik Interim 2011-2020


menggerakkan transformasi dalam meningkatkan kompetensi pelajar dan murid dengan membawa
kurikulum KSSR dan KSSM sebagai wadah utama (Nur Bahiyah et al. 2013). Namun demikian,
transformasi yang dijalankan perlulah dalam kerangka keseluruhan yang melibatkan semua kaum tanpa
prejudis. Aspirasi transformasi kurikulum perlu juga melihat dan mengambil kira penglibatan kaum
minoriti di Malaysia termasuklah Orang Asli yang dilihat ketinggalan dalam penyertaan pendidikan.
Peranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Kemajauan Orang Asli (JAKOA)
misalnya masih belum mencukupi dalam memberi perubahan ketara dalam pembangunan dan
penyertaan pendidikan kaum orang asli di Malaysia (Nur Bahiyah et al.2013).Oleh itu, kaedah yang
sesuai dalam bidang pendidikan bagi mendekati golongan minoriti ini khasnya murid-murid Orang Asli
perlu diberi perhatian sewajarnya. Pendekatan tradisional perlu diubah kepada pendekatan yang lebih
mesra Orang Asli agar peningkatan minat untuk pembelajaran dapat ditingkatkan.

Oleh yang demikian, satu pendekatan komprehensif perlu diambil dalam mengatasi masalah
ini. Menurut Smith & Sobel (2010), pendekatan pembelajaran yang lebih sesuai dan konstruktif seperti
pembelajaran di luar bilik darjah sesuai dengan persekitaran kehidupan masyarakat tertentu berupaya
membina pembelajaran yang baik dan dinamik serta berupaya meneroka kemampuan dan kebolehan
murid. Oleh yang demikian, pembinaan kerangka model ini dilihat signifikan dalam merangka
pembelajaran yang sesuai dan berupaya menarik minat masyarakat Orang Asli.
PENYATAAN MASALAH

Sasaran menjadi negara maju menjelang tahun 2020 semakin hampir, namun murid orang Asli masih
menghadapi pelbagai masalah yang mempengaruhi pembelajaran. Pencapaian akademik murid Orang
Asli dalam pendidikan masih terlalu rendah jika dibanding dengan pencapaian warga Malaysia yang
lain (Toh Kit Siang et al., 2008). Menurut Mohd Johdi (2009), pencapaian akademik yang rendah
disebabkan oleh beberapa faktor seperti sifat dan personaliti pelajar, keluarga, masyarakat, geografi dan
pemakanan. Berkaitan dengan personaliti pelajar, beliau menghujahkan bahawa antara sifat pelajar
yang melemahkan mereka dalam akademik termasuklah memiliki konsep kendiri yang rendah ( pemalu
dan mudah sensitif ), hiperaktif dan mudah jemu dan gagal memberi fokus untuk tempuh yang lama.

Selain itu, masalah keciciran membelengu murid Orang Asli ( Nicholas, 2006; Hassan Mat
Nor, 1997; Doris, 2012; Nor Fariha,Nurul Nadia &, Soffian, 2015). Pelbagai faktor telah dikaitkan
dengan faktor keciciran ini. Antaranya kegagalan masyarakat Orang Asli untuk beradaptasi dengan
kaum yang lain, kurikulum sekolah yang diajar tidak sesuai dengan budaya masyarakat Orang Asli,
stereotaip orang Melayu terhadap Orang Asli dan sikap ibu bapa (Juli Edo, 2006). Dari perspektif
geografi pula, lokasi petempatan Orang Asli yang berselerak dan kebanyakannya jauh di pedalaman
menyebabkan darjah aksesibiliti mereka kepada kemudahan pendidikan agak rendah (Mazdi Marzuki,
Jabil Mapjabil & Rosmiza Mohd Zainol, 2014) .

Peranan yang dimainkan oleh KPM dan JAKOA khususnya dalam membangunkan pendidikan
orang asli tidak dapat dinafikan. KPM menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyediakan
pendidikan untuk semua termasuk murid Orang Asli ke arah mencapai kesamarataan peluang
pendidikan (Kamarulzaman Kamaruddin & Osman Jusoh, 2008 ). Usaha memasukkan murid Orang
Asli ke dalam arus perdana pendidikan yang dimulai pada tahun 1995 adalah sebagai permulaan ke
arah memastikan kesamarataan serta pendidikan yang lebih berkualiti diberikan kepada mereka . Sejak
itu, pelbagai program telah diatur ke arah meningkatkan penyertaan murid Orang Asli dalam
pendidikan arus perdana, mengurangkan kadar keciciran, meningkatkan pencapaian akademik dan
mengatasi masalah literasi dan numerasi (Hassan Mat Nor, 1998). KPM telah memperkenalkan
Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M), Kurikulum Asli dan Penan KAP
(KAP) serta model sekolah komprehensif yang dikenali sebagai Sekolah K9 yang bertujuan
mengurangkan kadar keciciran murid Orang Asli ke sekolah menengah. Ia diharap mampu
meningkatkan penyertaan murid Orang Asli dalam pendidikan arus perdana.

Walaupun telah banyak program yang telah di laksanakan namun anak-anak orang asli masih
kurang berminat dengan aktiviti pembelajaran (Nur Bahiyah et al, 2013). Aspek pendidikan masih
dipandang mudah dan tidak memainkan peranan dalam pembentukan masyarakat orang asli (Ahmad &
Mohd Jelas, 2009). Menurut mereka sebahagian besar ibu-bapa orang asli tidak mengambil berat
tentang kehadiran anak-anak mereka ke sekolah(Nur Bahiyah et al, 2013). Mereka juga berpandangan
juga bahawa jika tidak mempunyai pendidikan yang tinggi mereka masih boleh meneruskan kehidupan
( Harun, 2003). Hassan, Saharudin & Aziz (2001) berpendapat bahawa kanak-kanak orang asli kurang
berminat untuk ke sekolah disebabkan oleh kurang memahami pelajaran, kurang minat, dan faktor
kegagalan dalam mata pelajaran menjadi faktor penyebab kesukaran mereka ke sekolah. Menurut
Ma‟rof & Sarjit (2008) faktor kurang minat, kurang budaya belajar, kurang motivasi dan sukar
memahami maklumat yang disampaikan menyebabkan mereka kurang berminat untuk belajar dan
menguasai bidang pendidikan. Dapatan kajian mereka disahkan oleh Laporan Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Malaysia ( SUHAKAM ) yang mendakwa bahawa kaedah pendidikan arus perdana yang tidak
bersesuaian dengan tahap kefahaman, penggunaan bahasa serta budaya orang Asli. Kaedah pengajaran
membosankan, bahan pengajaran kurang sesuai, Pusat Sumber Sekolah (PSS) kurang mempunyai buku,
guru kurang berpengalaman mengajar murid Orang Asli dan pengajaran guru terlalu terikat dengan
sukatan pelajaran dan peperiksaan awam. Penempatan guru besar dan guru-guru yang kurang komited
dan motivasi. Terlalu ramai guru baru yang tidak berpengalaman. Ini menyebabkan ramai murid belum
menguasai kemahiran 3M (SUHAKAM, 2010).

Jesteru itu, pembinaan satu model yang khusus perlu dilakukan dalam menggalakkan
minat dalam kalangan masyarakat orang asli. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk merangka
satu kerangka model sekolah rimba yang boleh disesuaikan dengan konteks anak-anak masyarakat
orang asli dalam memupuk minat mereka terhadap pelajaran.

KERANGKA MODEL KAJIAN

Fasa Keakraban (engagement)

Fasa motivasi
Model sekolah Rimba
Fasa kreativiti dan pemikiran
kritikal

Pembangunan sosial dan


personel

Rajah 1: Kerangka model kajian


Adaptasi daripada : ( Early Education, 2012; Slade Lowery & Bland, 2013;O‟Brian & Murray, 2006).

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengesahkan dan mendapatkan kesepakatan pakar terhadap elemen-
elemen model sekolah rimba dalam pembelajaran murid Orang Asli. Pengesahan ini dilakukan oleh
pakar-pakar yang terpilih dan dianalisis menggunakan teknik Fuzzy Delphi.
METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggabungkan dua pendekatan iaitu Fuzzy Delphi (FDM) dalam mendapatkan konsensus
pakar terhadap elemen-elemen model sekolah rimba khusus untuk murid-murid asli. Kajian ini
mengandungi dua fasa iaitu, fasa pertama pengkaji membuat analisis literatur dalam mengenal pasti
elemen-elemen yang sesuai dalam pembentukan kerangka model kajian.Setelah kesemua faktor
diperoleh, pengkaji membentuk satu soal selidik pakar 7 poin dan seterusnya diagihkan kepada 12
orang pakar yang mempunyai kepakaran-kepakaran yang tertentu. Setelah kesemua faktor diperoleh,
pengkaji membentuk satu soal selidik pakar 7 poin dan seterusnya diagihkan kepada 12 orang pakar
yang mempunyai kepakaran-kepakaran dan pengalaman yang luas dengan pendidikan dalam kalangan
murid Orang Asli.

Responden kajian dan pensampelan kajian

Kajian ini menggunakan pensampelan bertujuan (purposive sampling). Kaedah ini adalah paling sesuai
memandangkan pengkaji ingin mendapatkan pandangan dan konsensus pakar terhadap sesuatu perkara.
Menurut Hasson, Keeney & Mc Kenna (2000) kaedah yang paling sesuai dalam FDM adalah
pensampelan bertujuan. Sementara itu, seramai 12 orang pakar terlibat dalam kajian ini. Dalam kajian
ini kriteria pemilihan pakar yang digunakan oleh pengkaji berdasarkan saranan Clayton (1997) yang
menyatakan jika pakar yang terlibat bersifat homogenous maka jumlah pakar yang diperlukan memadai
seramai 5-10. Adler dan Ziglio (1996) bilangan pakar yang sesuai dalam kaedah Delphi adalah di antara
10 hingga 15 orang jika terdapat tahap keseragaman (homogenous). Menurut Cavalli dan Ortolano
(1984) menyatakan bahawa sampel bagi FDM adalah di antara 8 hingga 12 jika sampel bersifat
Homogenous dan adalah mencukupi begitu juga dengan pendapat Philip (2000) menyatakan sampel
pakar di antara 7 hingga 12. Oleh yang demikian pengkaji menggunakan seramai 8 orang pakar dalam
kajian ini di atas sebab dan kekangan dalam mengenal pasti pakar.

Pengumpulan dan analisis data

Dalam teknik Fuzzy Delphi (FDM) ada dua istilah yang perlu difahami iaitu Triangular Fuzzy
Numberdan proses Defuzzification. Triangular Fuzzy Numbermewakili nilai m1, m2 dan m3 dan ia
ditulis seperti ini (m1, m2, m3). Nilai m1 mewakili nilai minimum, nilai m2 mewakili nilai munasabah
manakala nilai m3 mewakili nilai maksimum. Manakala Triangular Fuzzy Numberdigunakan untuk
menghasilkan skala Fuzzy (yang sama seperti skala Likert) bagi tujuan menterjemahkan pemboleh ubah
linguistik kepada nombor fuzzy. Bilangan tahap bagi skala Fuzzy adalah dalam bilangan ganjil. Lebih
tinggi skala Fuzzy, lebih tepat data yang diperoleh. Ia dapat dijelaskan dalam Rajah 1.

Rajah 2 triangular fuzzy number (M1 = nilai minimum; M2= nilai sederhana; M3= nilai maksimum.)
Dalam kajian ini, proses pengumpulan data dan analisis menggunakan teknik Fuzzy Delphi
dilaksanakan setelah pakar diberikan soal selidik dan setiap instrumen diwakili oleh skala Likert serta
ruangan untuk komen serta cadangan pakar. Data skala Likert yang diperoleh akan dianalisis dengan
menggunakan program MicrosoftExcel. Semua data ditukarkan ke dalam bentuk Triangular Fuzzy
Number. Skala Fuzzy tujuh poin digunakan dalam kajian ini. Skala yang digunakan seperti dalam jadual
berikut:

Jadual 2
Skala Fuzzy 7 poin

Aras persetujuan pakar Skala fuzzy


Sangat-sangat tidak setuju (0.0. 0.0, 0.1)
Sangat tidak setuju (0.0, 0.1, 0.3)
Tidak setuju (0.0,0.3, 0.5)
Tidak pasti (0.3, 0.5, 0.7)
Setuju (0.5, 0.7, 0.9)
Sangat setuju (0.7, 0.9, 1.0)
Sangat-sangat setuju (0.9, 1.0, 1.0)
Sumber : (Chang, Hsu & Chang 2011)

Seterusnya Data-data yang diperolehi kemudian di analisis untuk mendapatkan nilai Fuzzy
(n1, n2, n3) , nilai purata Fuzzy (m1, m2, m3) , mendapatkan nilai threshold, peratusan konsensus
pakar, defuzzicationdan ranking item. Bagi tujuan mendapatkan kesepakatan pakar untuk setiap item,
nilai thresholdtidak melebihi 0.2. Peratusan persetujuan pakar pula perlu melebihi nilai 75% manakala
nilai defuzzicationbagi setiap item perlu melebihi nilai α-cut = 0.5.

Nilai threshold, ditentukan dengan menggunakan formula berikut iaitu :

Langkah seterusnya ialah mengenal pasti tahap agregat penilaian fuzzy setelah kesepakatan
pakar diperoleh dengan menambah nombor fuzzy bagi setiap item (Ridhwan et al, 2013). Pengiraan dan
penentuan nilai fuzzy adalah dengan menggunakan rumus: Amax = (m1+2m2 + m3).

Langkah seterusnya, ialah fasa defuzzication. Proses defuzzificationturut dilakukan dalam


proses penganalisaan data kajian teknik Fuzzy Delphi. Ia adalah proses menentukan kedudukan atau
keutamaan bagi setiap item atau untuk menentukan kedudukan bagi setiap pembolehubah mahupun
sub-pembolehubah. Dalam proses ini, terdapat tiga rumus iaitu :

i. A = 1/3 * (m1 + m2 + m3) , atau ;


ii. A = ¼ * (m1 + 2m2 + m3) , atau ;
iii. A = 1/6 * (m1 + 4m2 + m3).
Nilai α-cut = nilai median bagi „0‟ dan „1‟, dimana α-cut = (0+1)/2 = 0.5. Sekiranya nilai A terhasil
kurang dari nilai α-cut = 0.5, item akan ditolak kerana ia tidak menunjukkan kesepakatan pakar.
Menurut Bojdanova (2006) nilai alpha cut hendaklah melebihi 0.5. Ianya disokong oleh Tang & Wu
(2010) yang menyatakan nilai α-cut hendaklah melebihi 0.5.

Langkah terakhir adalah penentuan ranking. Proses penentuan kedudukan adalah dengan cara
memilih nilai defuzzication berdasarkan kesepakatan pakar yang mana elemen yang mempunyai nilai
tertinggi ditentukan kedudukan yang paling utama (Fortemps dan Roubens, 1996).

DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kepada analisis literatur (rujuk rajah 1) disenaraikan elemen-elemen model yang
mendasari model sekolah rimba yang boleh disesuaikan dengan masyarakat orang asli di Malaysia:

Jadual 3
Elemen dan sub elemen awal model sekolah rimba
Elemen model Sub elemen
 Mengetahui dan meneroka persekitaran
Fasa keakraban (engagement)  Bermain dengan apa yang mereka kenali
 Bersedia untuk melakukan sendiri dan mempunyai
sifat kendiri
 Memberi tumpuan dan melibatkan diri dalam
Fasa motivasi aktiviti
 Peka dan sentiasa mencuba
 Menikmati apa yang mereka ingin lakukan
 Memperkenalkan idea tersendiri
Fasa kreativiti dan pemikiran kritikal  Membuat perkaitan dengan pengalaman, idea dan
agakan
 Membuat pemilihan cara dan kaedah baru dalam
melakukan sesuatu
 Membentuk hubungan dengan rakan dan
Pembangunan sosial dan personel persekitaran
 Membentuk keyakinan kendiri dan kesedaran
kendiri
 Mengurus perasaan dan kelakuan
Konsensus pakar terhadap elemen model sekolah rimba.

Jadual 4
Nilai threshold (d), peratusan konsensus pakar, defuzzication dan ranking

Elemen model

PAKAR

1 2 3 4
1 0.0153 0.000 0.000 0.015
2 0.0153 0.000 0.000 0.015
3 0.0153 0.000 0.000 0.015
4 0.0153 0.000 0.000 0.015
5 0.0153 0.000 0.000 0.015
6 0.0153 0.000 0.000 0.015
7 0.1375 0.000 0.000 0.015
8 0.0153 0.000 0.000 0.015
9 0.0153 0.000 0.000 0.137
10 0.0153 0.000 0.000 0.015
Nilai d setiap item 0.275 0.000 0.000 0.275
Nilai d total item 0.027
Nilai d konstruk 0.137

Rajah 5
Peratusan kesepakatan pakar
1 2 3 4
Bilangan Item d ≤0.2 10 10 10 10
Peratus Setiap Item d ≤ 0.2 100% 100% 100% 100%
Total Item d ≤ 0.2 40

Peratus Keseluruhan Item d ≤ 0.2 100%


Rajah 7
Defuzzication process dan ranking

NILAI SKOR
ITEM KEDUDUKAN
FUZZY EVALUATION AVERAGE OF FUZZY NUMBER
1 6.400 0.640 3
2 7.000 0.700 1
3 6.800 0.680 2
4 4.600 0.560 4

1) Nilai Threshold (d) ≤ 0.2


2) Peratus Kesepakatan Kumpulan Pakar ≥ 75%
3) Semua nilai alpha –Cut bagi setiap item melebihi α = 0.5

Keputusan analisis terhadap kesepakatan dan konsensus pakar menunjukkan nilai kesepakatan berada
pada tahap yang baik. Berdasarkan jadual 5,,tiada nilai threshold yang dihitamkan melebihi nilai
threshold 0.2 (> 0.2). Ini bermaksud tidak terdapat pendapat pakar yang tidak seiring atau sekata dan
tidak mencapai konsensus terhadap elemen-elemen tertentu.Namun demikian nilai purata kesemua
elemen sekolah rimba menunjukkan nilai threshold (d) < 0.2 iaitu 0.137. Jika nilai purata threshold (d)
diperoleh kurang daripada 0.2, maka item tersebut telah mencapai kesepakatan pakar yang baik (Cheng
dan Lin, 2002; Chang, Hsu dan Chang, 2011). Sementara ini peratusan keseluruhan kesepakatan pakar
berada pada nilai 100% kesepakatan iaitu melebihi (> 75%) bermaksud memenuhi syarat kesepakatan
pakar terhadap item ini. Selain itu, kesemua nilai defuzzication Alpha-Cut (average of fuzzy response)
melebihi α-cut = > 0.5.Menurut Tang dan Wu, (2010) nilai alpha cut hendaklah melebihi 0.5 dan
sekiranya kurang daripada 0.5, maka ia hendaklah digugurkan. Dapatan analisis ini menunjukkan
elemen-elemen kerangka sekolah rimba telah mendapat kesepakatan pakar-pakar yang baik. Elemen-
elemen yang disepakati secara konsensus pakar disusun mengikut keutamaan (ranking) seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 1 berikut:
 Memberi tumpuan dan
melibatkan diri dalam aktiviti
 Peka dan sentiasa mencuba

• Menikmati apa yang mereka ingin


MOTIVASI lakukan
 Memperkenalkan idea tersendiri
 Membuat perkaitan dengan
MODEL KONSEP SEKOLAH

pengalaman, idea dan agakan


 Membuat pemilihan cara dan
kaedah baru dalam melakukan
PEMIKIRAN KREATIF sesuatu
DAN PEMIKIRAN
RIMBA

KRITIKAL

 Mengetahui dan meneroka


KEAKRABAN
persekitaran
 Bermain dengan apa yang mereka
kenali
 Bersedia untuk melakukan sendiri
dan mempunyai sifat kendiri
PEMBANGUNAN
PERSONEL DAN SOSIAL
 Membentuk hubungan dengan
rakan dan persekitaran
 Membentuk keyakinan kendiri
dan kesedaran kendiri
 Mengurus perasaan dan kelakuan

Rajah 3 : Kerangka Model akhir Sekolah Rimba


Rumusan

Kini, terdapat keperluan kepada pembinaan model khusus sekolah rimba di Malaysia khususnya dalam
kalangan masyarakat orang Asli. Model ini penting dalam merangka dan memberi gambaran khusus
dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran murid orang Asli. Konsep sekolah rimba ini dilihat
penting dalam mengembangkan keupayaan, dan membuka ruang dan membuka peluang individu yang
terlibat untuk lebih kreatif, berimiginatif, bersosial dan meningkatkan sifat inkuiri (Parsons, 2011).
Malahan, Sekolah Rimba adalah satu bentuk pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) yang dapat
memperkembangkan pencapaian, keyakinan dan kendiri melalui proses pembelajaran yang
menggunakan hutan dan sumbernya sebagai lokasi dan bahan pembelajaran (O‟Brien, 2009). Masalah-
masalah yang dihadapi oleh murid Orang Asli ini seperti tidak berminat ke sekolah, mudah putus asa,
tiada kemahiran belajar, mudah jemu, sensitif dan pemalu merupakan antara faktor yang menyebabkan
mereka ketinggalan jauh dalam arus pendidikan perdana di negara ini. Oleh yang demikian, usaha dan
inisiatif untuk menarik golongan orang Asli ini agar sama-sama mendukung aspirasi pendidikan negara
tidak boleh dipandang ringan dan wajar diberi perhatian khusus. Mendekati golongan ini menggunakan
pendekatan pendidikan yang menarik dan sesuai dengan keperluan mereka adalah perlu .Oleh yang
demikian, pembinaan kerangka model sekolah rimba ini sedikit sebanyak boleh menjadi panduan dan
rujukan pihak –pihak yang berkenaan dalam merangka sesi pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan
tema dan kehendak murid orang asli itu sendiri.

Rujukan

Abdul Razaq Ahmad & Zalizan Mohd Jelas. (2009). Masyarakat Orang Asli. Perspektif Pendidikan
dan Sosiobudaya. Bangi:UKM

Bodjanova, S. (2006). Median alpha-levels of a fuzzy number. Fuzzy Sets and Systems, 157(7), 879–
891. doi:10.1016/j.fss.2005.10.015

Borradaile, L. (2006). Forest School Scotland: An Evaluation. Report to Forestry Commission Scotland
and Forest Education Initiative.

S.Blackwell,andNawaz,H. (2014).„Perceptions about Forest Schools: Encouraging and Promoting


Archimedes Forest Schools‟,Academic Journals,vol.9.no15pp.498--‐503

Cavalli-Sforza, V., Ortolano, L., Cavalli‐Sforza, V., & Ortolano, L. (1984). Delphi Forecasts of Land
Use: Transportation Interactions. Journal of Transportation Engineering, 110(3), 324–339.
doi:10.1061/(ASCE)0733-947X(1984)110:3(324)

Chang, P.-L., Hsu, C.-W., & Chang, P.-C. (2011). Fuzzy Delphi method for evaluating hydrogen
production technologies. International Journal of Hydrogen Energy, 36(21), 14172–14179.
doi:10.1016/j.ijhydene.2011.05.045

Clayton, M.J. (1997). Delphi: A technique to harness expert opinion for critical decision-making task in
education. Educational psychology, 17(4), 373-384
Doris Padmini Selvaratnam, Abdul Hamid Jaafar, Norlida Hanim Mohd Salleh, Redzuan Othman, Siti
Hajar Idris (2012) Transformasi modal insan melalui peningkatan pendidikan: Kajian kes
komuniti Orang Asli di Cameron Highlands, Pahang. Prosiding PERKEM vii, jilid 2, pp. 1215–
1224.

Fortemps, P., &Reubens, M. (1996). Ranking and dlfuzzications methods based area compensation.
Fuzzy sets and system, 82(3), 319-330.Kenan Institute for Ethics, Duke University

Hassan Mat Nor. (1998). Laporan Keciciran di kalangan Pelajar Orang Asli. Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi

Kamarulzaman Kamaruddin & Osman Jusoh ( 2008 ). Educational Policy and Opportunities of Orang
Asli: A Study on Indigenious People in Malaysia. The Journal of Human Resource and Adult
Learning Vol. 4, Num. 1, June 2008

Kirkham, L. (2005). Forest School in Wales: Duffryn infant and junior school. Environmental
Education. 80: 5-9

Maynard, T (2007) Forest Schools in Great Britain: an initial exploration . Contemporary Issues in
Early Childhood Volume 8, Number 4, 2007 www.wwwords.co.uk/CIEC

Mazdi Marzuki, Jabil Mapjabil & Rosmiza Mohd Zainol (2014). Mengupas keciciran pelajar Orang
Asli Malaysia: Suatu tinjauan ke dalam isu aksesibiliti sekolah. GEOGRAFIA OnlineTM
Malaysian Journal of Society and Space 10 issue 2 (189 - 198) 189 © 2014, ISSN 2180-2491

Mohamad Johdi Salleh, Norul Khairiah Idris, Nur Awanis Abd Aziz, Nurul HudaYusuf & Siti Aisyah
Binti Hashim ( 2009). Kajian Terhadap Kesedaran Pendidikan Di Kalangan Masyarakat Orang
Asli. “Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009”, 3 – 5 Februari 2009, Hotel
Baverly, Kota Kinabalu, Sabah. Anjuran: Sekolah Pembangunan dan Pendidikan Sosial, UMS
Sabah.

Mohd. RidhuanMohd. Jamil, ZaharahHussin, NurulRabihah Mat Noh, Ahmad Arifin Sapar &Norlidah
Alias. (2013). Application of Fuzzy Delphi Method in Educational Research. Design and
Developmental Research.Dlm. SaedahSiraj, Norlidah Alias, Dorothy DeWitt &ZaharahHussin
(pnyt). Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn.Bhd.

Ma‟rof, R. & Sarjit S., G. eds., (2008). Orang Asli:Isu, Transformasi dan Cabaran, Selangor: Penerbit
UniversitiPutra Malaysia.

Nicholas C (2006) The State of Orang Asli Education and its problems. Consultancy report presented at
Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM). 21 July 2006. Kuala Lumpur.

Nor Fariha Aniza Md Isa,Nurul Nadia Ahmad Sobri & Soffian Bin Hashnuddin ( 2015 ).
Analisis Trend Penyertaan Dan Keciciran Di Kalangan Pelajar Orang Asli. UKM.

Nur Bahiyah Binti Abdul Wahab, Maryati Mohamed, Azman Hassan, Mohd. NajibHaron (2013).
Penerapan Elemen Sekolah Rimba Malaysia Dalam Kalangan Murid Orang Asli. 2nd
International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013)
O‟Brien, L. (2009). Learning outdoors: the Forest School Approach. Routledge. 37 (1): 45-60.

O‟Brien, L & Murray, R. (2007). A marvellous opportunity for children to learn: a participatory
evaluation of Forest School in England and Wales. Hampshire: Forest Research.

Philip, R.(2000). New Application for Delphi Technique, Annual “San Diego” Pfeifer & Company, Vol
2, 191-196

Savery .A. , Tim Cain, Jo Garner, Tracy Jones, Emily Kynaston, KirstenMould, Laura Nicholson,
Sophie Proctor, Rosanne Pugh, Emma Rickard &Deborah Wilson (2016). Does engagement in
Forest School influence perceptions of risk, held by children, their parents,and their school
staff?,International Journal of Primary, Elementary and Early Years Education, EDUCATION 3-
13.

Smith, G., &Sobel, D. (2010). Place and Community Based Education in School. United Kingdom:
Routledge Taylor & Francis

Simkin, M. G., & McLeod, A. (2010). Why do college students cheat? Journal of Business Ethics,
94(3), 441–453. doi:10.1007/s10551-009-0275-x

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). (2010). Laporan status hak pendidikan
kanak-kanak orang Asli. Kuala Lumpur: SUHAKAM

Tang, C. W. & Wu. C. T. (2010). Obtaining a picture of undergraduate education quality: A voice from
inside the university. Higher Education, 60, 269–286.

Toh Kit Siang et al (2008) Pendidikan Orang Asli. Projek Sarjana Muda. Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Anda mungkin juga menyukai