Anda di halaman 1dari 20

USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Gender Industry Male Education

Occupation RELIGOUS TEACHER Location PUSAT PENGAJIAN MANHAL-HPA, SUNGAI PETANI, KEDAH., Malaysia

Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997). Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004). Telah Introduction menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan. Kini berkhidmat sepenuh masa dengan HPA sebagai S/U Panel Syariah HPA dan Mudir Am MANHAL-HPA. Pengendali laman soal-jawab agama; www.ilmudanulamak.blogspot.com

CIRI-CIRI SOLAT SEMPURNA Apa yang dimaksudkan dengan solat yang sempurna? Iaitu solat yang dilakukan dengan memenuhi segala rukun-rukun dan sunat-sunatnya dalam keadaan tenang, khusyuk dan penuh penumpuan. ciri-ciri solat yang sempurna ialah; 1. Orang yang melakukannya meyakini bahawa solat yang dilakukannya adalah sebagaimana solat Nabi sallallahu alaihi wasallam-. 2. Setiap pergerakan di dalamnya dilakukan dengan tomaninah (tenang, tertib, sopan dan tidak tergesa-gesa). 3. Lidah menyebut dengan elok dan fasih bacaan-bacaan di dalam solat terutamanya ayat-ayat al-Quran. 4. Bacaan-bacaan di dalam solat difahami maknanya sama ada bacaan itu berupa ayat-ayat al-Quran, zikir atau doa kerana memahami makna membawa kepada penghayatan terhadap apa yang dibaca itu. 5. Hati dalam keadaan khusyuk dan memberi penumpuan kepada solat iaitu tidak lalai atau alpa. Apa hukum mengetahui kaifiyat solat Nabi sallallahu alaihi wasallam-? Bagaimana caranya? Hukumnya adalah wajib kerana Nabi sallallahu alaihi wasallam- bersabda (dalam bentuk perintah); Kerjakanlah solat sama sebagaimana kamu melihat aku mengerjakan solat. (Riwayat Imam al-Bukhari dari Malik bin al-Huwairith radhiyallahu anhu-) Untuk mengetahui kaifiyat solat Nabi, caranya ialah melalui riwayat-riwayat yang soheh dari para sahabat yang menceritakan bagaimana Nabi mengerjakan solat bermula dari niat dan takbiratul-ihram hinggalah kepada memberi salam. Apa persediaan yang perlu dilakukan sebelum menunaikan solat? 1. Bersih dari hadas dan najis. 2. Memakai pakaian menutup aurat 3. Memastikan telah masuk waktu jika solat yang hendak dikerjakan itu solat fardhu atau solat sunat yang berwaktu seperti dhuha atau sebagainya. 4. Memastikan arah qiblat. 5. Persediaan batiniyah; iaitu melapangkan hati dan akal fikiran dari segala urusan dunia dan memberi tumpuan kepada solat sahaja. Apa akibatnya jika solat tidak dilakukan dengan sempurna? Menyebabkan solat tidak sah jika yang tidak disempurnakan itu adalah perkara rukun dan hilang pahala jika yang tidak disempurnakan itu perkara sunat. Di dalam sebuah hadis, Abu Hurairah radhiyallahu anhu- menceritakan; Suatu hari Nabi sallallahu alaihi wasallam- berada di dalam masjid. Masuk seorang lelaki, lalu mengerjakan solat. Kemudian ia datang kepada baginda dan memberi salam. Setelah menjawab salamnya, baginda berkata kepadanya; Ulangi semula solat kamu. Sesungguhnya kamu belum mengerjakan solat (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa solat yang dilakukan tanpa memenuhi rukun-rukunnya sama seperti tidak melakukannya, kerana itu disuruh oleh Nabi supaya mengulanginya semula.

SOLAT (NIAT) Apakah hukum niat? Niat adalah wajib. Tidak sah solat tanpa niat. Kewajipan niat adalah berdasarkan sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam; Sesungguhnya segala amalan bergantung kepada niat. Sesungguhnya bagi setiap diri apa yang diniatkannya. (Riwayat Imam Muslim dari Saidina Umarradhiyallahu anhu-) Bagaimana cara berniat bagi solat fardhu? Apabila kita hendak mengerjakan solat fardhu, hadirkan di dalam hati kita; 1. Kehendak untuk mengerjakan solat 2. Meniatkan bahawa solat yang hendak dikerjakan itu adalah solat fadhu 3. Menentukan mana solat satu fardhu yang hendak dilakukan; subuh atau zohor atau sebagainya. 4. Jika kita berjamaah, niatkan di dalam hati mengikuti orang lain. Niat yang diwajibkan ialah di dalam hati. Adapun melafazkan dengan lidah, ia hanya sunat sahaja mengikut mazhab Syafiie. Ada ulamak berpandangan; bidah melafazkannya dengan lidah kerana tidak pernah dilakukan oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam- atau para sahabat. Bagaimana cara berniat bagi solat sunat? Solat sunat ada dua jenis; 1. Solat sunat yang tidak berwaktu atau bersebab (iaitu solat sunat mutlak) 2. Solat sunat berwaktu dan bersebab; contohnya; solat sunat Dhuha, solat sunat Qabliyah atau Badiyah, solat sunat Kusuf (gerhanan), solat sunat hari raya dan sebagainya. Bagi jenis pertama, memadai dengan kita berniat di dalam hati kehendak untuk mengerjakan solat. Adapun bagi jenis kedua (yakni solat sunat berwaktu dan bersebab), niatnya hendaklah merangkumi; 1. Kehendak hati untuk mengerjakan solat 2. Meniatkan jenis solat solat yang hendak dikerjakan. Contohnya; jika kita ingin mengerjakan solat Dhuha, maka niatkan di dalam hati keinginan kita untuk mengerjakan solat dan bahawa solat yang hendak dikerjakan itu ialah dhuha. Bilakah masanya kita perlu menghadirkan niat? Niat hendaklah dihadirkan semasa mengucapkan takbir. Tidak harus niat dihadirkan sebelum takbir atau selepas habis takbir. Ini adalah pandangan mazhab Syafiie. Ada di kalangan ulamak berpendapat; harus didahulukan niat dari takbir asalkan jarak masa antara niat dan takbir itu tidak lama, iaitu sebaik sahaja berniat, hendaklah terus melafazkan takbir tanpa menunggu lagi. Pandangan kedua ini merupakan mazhab Imam Ahmad dan juga Abu Hanifah. (Al-Mughni, 1/332).

SOLAT (TAKBIRATUL-IHRAM DAN MENGANGKAT TANGAN) Apa hukum memulakan solat dengan bertakbir? Kenapakah takbir di awal solat dinamakan Takbiratul-Ihram? Hukumnya adalah wajib kerana Nabi sallallahu alaihi wasallam- bersabda; Apabila kamu hendak menunaikan solat, maka sempurnakanlah wudhuk, kemudian mengadaplah ke arah qiblat. Setelah itu, ucapkanlah takbir. (Riwayat Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu-). Ia dinamakan Takbiratul-Ihram kerana (takbir yang mengharamkan) kerana ia mengharamkan semua perbuatan yang lain daripada perbuatan-perbuatan yang mesti dilakukan didalam solat, iaitu; apabila mula melafazkan ucapan takbir ini, tidak harus bagi kita untuk melakukan perbuatan-perbuatan diluar solat seperti makan, minum dan sebagainya. Sabda Nabi; Pembuka solat ialah bersuci, yang mengharamkan segala perbuatan yang lain (selain perbuatan solat) ialah takbir dan yang menghalalkannya semula ialah memberi salam. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah dari Ali bin Abi Thalib r.a.). Apa hukum mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram? Bagaimana caranya yang sempurna yang dilakukan oleh Nabi? Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram adalah sunat. Caranya ialah; kedua-dua tangan diangkat hingga setentang dengan dua telinga atau setentang dengan dua bahu, yakni boleh memilih mana satu dari dua cara ini kerana kedua-duanya ada dilakukan oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam-;

Cara pertama; hadis dari Malik bin al-Huwairith radhiyallahu anhu- yang menceritakan; Rasulullah sallallahu alaihi wasallam- apabila baginda bertakbir, baginda mengangkat dua tangan hingga setentang dengan dua telinganya. Dan apabila baginda ruku, baginda mengangkat dua tangan hingga setentang dengan dua telinganya. Apabila mengangkat kepalanya dari ruku, baginda membaca; dengan melakukan seumpama tadi. (Riwayat Imam Muslim) Cara kedua; berdasarkan hadis Abdullah bin Umar radhiyallahu anhu- yang menceritakan; Aku melihat Rasulullah sallallahu alaihi wasallam- apabila memulakan solat, baginda mengangkat dua tangannya hingga setentang dengan dua bahunya, begitu juga sebelum baginda ruku dan apabila baginda bangkit dari Ruku. Namun baginda tidak mengangkat kedua tangannya antara dua sujud. (Riwayat Imam Muslim) Semasa mengangkat tangan itu, tapak tangan hendak di buka atau didedahkan dan dihalakan ke arah kiblat. Jari-jari tangan pula, menurut Imam Syafiie hendaklah diluruskan dengan direnggangkan secara sederhana antara satu sama lain (yakni tidak dirapatkan). Menurut ulamak-ulamak yang lain (antaranya Imam Ahmad), jari-jari tangan hendaklah dirapatkan (yakni tidak direnggangkan).[1] Imam Syafiie berdalilkan hadis dari Abu Hurairah radhiyallahu anhuyang menceritakan; Nabi sallallahu alaihi wasallam- membuka jari-jarinya semasa takbir. (Riwayat Imam Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan al-Hakim dari Abu Hurairah) Imam Ahmad pula berdalilkan hadis dari Abu Hurairah juga yang menceritakan; Nabi sallallahu alaihi wasallamsemasa memasuki solat (yakni memulakan solat) baginda mengangkat dua tangannya dengan meluruskannya (tanpa merenggangkannya). (Riwayat Imam at-Tirmizi). Menurut Imam at-Tirmizi; riwayat yang kedua ini lah yang soheh. Adapun riwayat pertama di atas berlaku kesalahan dalam riwayat (oleh seorang perawi bernama Yahya bin alYaman). Kerana itu, menurut Imam Ibnu Qudamah; pandangan yang tepat dalam masalah ini ialah pandangan kedua (iaitu pandangan Imam Ahmad).[2] Selain dari ketika Takbiratul-Ihram, bilakah lagi kita disunatkan mengangkat tangan? Ada tiga tempat lagi iaitu; 1. Ketika hendak ruku 2. Ketika bangun dari ruku 3. Ketika bangun dari Tahiyat Awal ke rakaat ke tiga. Malik bin al-Huwairith r.a. menceritakan; Bahawa Rasulullah s.a.w. apabila baginda bertakbir, baginda mengangkat dua tangan hingga setentang dengan dua telinganya. Dan apabila baginda ruku, baginda mengangkat dua tangan hingga setentang dengan dua telinganya. Apabila mengangkat kepalanya dari ruku, baginda membaca; tayawiR) uti amapmues nakukalem nagned Imam Muslim). Ibnu Umar radhiyallahu anhu- menceritakan; Adalah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam- apabila beliau bangun selepas (selesai) dua rakaat, beliau akan bertakbir dan mengangkat dua tangannya (Riwayat Imam Abu Daud). Bila masanya tangan hendak diangkat; sebelum takbir atau selepas takbir atau serentak dengan takbir? Ada tiga cara yang ketiga-tiganya disebut oleh hadis; Pertama; mengangkat tangan serentak dengan takbir. Ini berdasarkan hadis dari Nafi (seorang Tabiin) yang menceritakan; Ibnu Umar radhiyallahu anhu- (seorang sahabat Nabi) apabila memasuki solat (yakni memulakannya), beliau bertakbir sambil mengangkat dua tangannyaBeliau (yakni Ibnu Umar) merujuk hal tersebut kepada Nabi sallallahu alaihi wasallam-. (Riwayat Imam al-Bukhari) Kedua; mengangkat tangan terlebih dahulu, kemudian bertakbir. Ini berdasarkan hadis Ibnu Umar radhiyallahu anhu- yang menceritakan; Nabi sallallahu alaihi wasallam- apabila telah berdiri untuk solat, beliau mengangkat dua tangannya setentang dua bahunya, kemudian beliau bertakbir. (Riwayat Imam Muslim) Ketiga; bertakbir terlebih dahulu, kemudian mengangkat tangan. Ini berdasarkan hadis dari Abi Qilabah yang menceritakan bahawa ia telah melihat Malik bin al-Huwairith (seorang sahabat Nabi) radhiyallahu anhu- tatkala

beliau mengerjakan solat, ia mengucapkan takbir, kemudian baru mengangkat kedua tangannya. Malik memberitahu bahawa Rasulullah melakukan sedemikian. (Riwayat Imam Muslim)

Jika kita mengerjakan solat berjamaah, bila masanya kita perlu bertakbir; selepas imam atau bersama-sama dengan imam? Makmum hendaklah bertakbir selepas imamnya selesai bertakbir. Tidak harus ia bertakbir mendahului imamnya atau bertakbir serentak dengan imamnya. Ini kerana Rasulullah sallallahu alaihi wasallam- bersabda; Sesungguhnya imam itu adalah untuk diikuti. Apabila ia bertakbir, barulah kamu turut bertakbir. Apabila ia sujud, barulah kamu turut sujud. (Riwayat Imam Muslim dari Anas bin Malik radhiyallahu anhu-) Apa kelebihan Takbir Pertama (at-Takbiratul-Ula)? Apa maksudnya? Kelebihan Takbir Pertama disebut oleh Rasulullah - sallallahu alahi wasallam- dalam sabdanya; Sesiapa menunaikan solat kerana Allah selama 40 hari berjamaah dengan memperolehi takbir pertama, akan ditulis untuknya dua pembebasan; pembebasan dari neraka dan pembebasan dari nifaq. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Anas radhiyallahu anhu-) Menurut Imam Nawawi; maksud takbir pertama ialah seseorang itu bertakbir sebaik sahaja imamnya selesai bertakbir, yakni ia mengikut imam bermula dari takbiratul-ihram lagi. Ada pandangan berkata; fadhilat takbir pertama itu diperolehi selagi seseorang itu sempat berdiri bersama imam (sebelum imam rukuk). Pandangan lain lagi menyebutkan; kelebihan takbir pertama itu masih dapat diperolehi oleh makmum jika ia mendapat awal ruku bersama imam (pada rakaat pertama).[3] Di mana tangan hendak diletakkan selepas takbiratul-ihram? Bagaimana caranya? Tangan hendaklah di letakkan di bahagian atas dari pusat iaitu di atas dada atau di bawah sedikit dari dada (menurut Imam Syafiie) dengan kedudukan tangan kanan di atas tangan kiri. Ini berdalilkan hadis dari Wail bin Hujrin radhiyallahu anhu- yang menceritakan; Saya menunaikan solat bersama Nabi sallallahu alaihi wasallam- di mana baginda meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya di atas dada. (Riwayat Imam Ibnu Khuzaimah). Jari-jari tangan kanan hendaklah memegang belakang tangan kiri. Ini berdasarkan dari Qubaishah bin Hulb dari bapanya radhiyallahu anhu- yang menceritakan; Rasulullah sallallahu alaihi wasallam- telah mengimami kami di mana baginda memegang tangan kirinya dengan tangan kanannya. (Riwayat Imam at-Tirmizi. Menurut Imam atTirmizi, hadis ini adalah hasan). Ada juga ulamak yang berpandangan; tangan hendaklah diletakkan di bawah pusat. Antara mereka ialah Imam anNakhaie, as-Sauri dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya). Mereka berdalilkan hadis dari Saidina Ali yang berkata; Di antara sunnah di dalam solat ialah meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di bawah pusat. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud). Namun menurut ulamak hadis; hadis ini adalah dhaif, tidak harus dijadikan hujjah. Ke mana kita perlu letakkan pandangan mata kita ketika solat? Mata hendaklah melihat ke tempat sujud. [1] Al-Mughni, 1/333.

[2] Al-Mughni, 1/333. [3] Mugni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 317-318.

SOLAT (DOA IFTITAH) Apa maksud doa Iftitah? Apa hukum membacanya? Doa Iftitah ialah doa yang dibaca sebagai pembuka solat iaitu sebaik saja selesai takbiratul-Ihram dan sebelum membaca al-Fatihah. Abu Hurairah r.a. menceritakan; Adalah Rasulullah s.a.w. apabila telah bertakbir memasuki solat (yakni takbiratul-ihram), baginda senyap seketika sebelum mula membaca (al-Fatihah). Lalu aku bertanya baginda; Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku melihat engkau senyap di antara takbir dan bacaan (al-Fatihah). Apa yang engkau ucapkan?. Baginda menjawab; Aku membaca; Ya Allah! Jauhkanlah aku dari dosa-dosaku sebagaimana Engkau menjauhkan Timur dan Barat. Ya Allah! Bersihkanlah daku dari dosa-dosaku sebagaimana dibersihkan pakaian putih dari kotoran. Ya Allah! Sucikanlah daku dari dosa-dosaku dengan salji, air dan embun. (Riwayat Imam Muslim) Hukum membaca doa Iftitah adalah sunat. Kita boleh memilih mana-mana satu doa Iftitah yang pernah dibaca atau diajar oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam- di dalam hadisnya-. Doa Iftitah ini hendaklah dibaca perlahan (tidak dikuatkan suara). SOLAT (FATIHAH DAN BACAAN AL-QURAN) Apa hukum membaca al-Fatihah di dalam solat? Membaca al-Fatihah adalah wajib pada setiap rakaat solat. Sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam-; Tidak ada solat bagi seorang yang tidak membaca ummul-Quran (yakni surah al-Fatihah) (Riwayat Imam Muslim dari Ubadah bin as-Shamit r.a.). Maksud tidak ada solat ialah; solat tidak sah. Apakah syarat-syarat bacaan al-Fatihah yang sempurna? 1. Membacanya dengan memperdengarkan kepada diri sendiri. Tidak memadai membaca di dalam hati. Adapun bagi orang bisu, memadai dengan menggerakkan lidah dan dua bibirnya sekadar yang mampu. 2. Wajib menjaga makhraj serta tajwidnya. Begitu juga, wajib mengikut susunan dan berturut-turut iaitu tanpa diselangi antara ayat-ayatnya dengan berhenti yang lama. 3. Hendaklah dibaca dengan bahasa Arab. Tidak sah solat jika dibaca dengan bahasa lain, sama ada seseorang itu memahami bahasa Arab atau tidak. Adakah Bismillah sebahagian dari al-Fatihah? Ya. Bismillah adalah sebahagian dari al-Fatihah dan wajib dibaca tatkala membaca al-Fatihah. Dalilnya ialah apa yang tertera di dalam mushaf al-Quran di mana Bismillah ditulis sebagai ayat pertama dari al-Fatihah dan apa yang ditulis di dalam al-Quran merupakan ijmak para Huffaz. Bagi solat jahriyyah (yakni yang sunat diperdengarkan bacaan al-Quran di dalamnya), adakah Bismillah itu perlu dibaca dengan kuat atau dibaca perlahan sahaja? Dalam masalah ini ada dua pandangan; Pandangan pertama; iaitu pandangan ulamak-ulamak mazhab Syafiie; Bismillah wajib dibaca dengan kuat (yakni

diperdengarkan) kerana ia adalah salah satu ayat dari al-Fatihah sebagaimana yang tertera di dalam mushaf. Terdapat hadis dari Ummu Salamah radhiyallahu anha- menceritakan: Rasulullah menghitung Bismillah sebagai satu ayat (dari al-Fatihah). (Riwayat Imam Ibnu Khuzaimah dengan sanad yang soheh. Kedudukan sanad hadis ini sebagai soheh juga ditegaskan oleh Dr. Mustafa al-Khin dan Dr. Mustafa al-Bugha dalam kitab mereka al-FiqhulManhaji (Jil. 1, hlm. 131).). Dalam musnad Imam Syafiie terdapat riwayat dari Soleh Maula at-Tauamah yang menceritakan; Sesungguhnya Abu Hurairah r.a. membuka solatnya dengan membaca Bismillah. (Hadis yang miripnya diriwayatkan juga oleh Abdurrazzaq, ad-Daruqutni, Ibnu al-Jarud, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan alHakim. Darjatnya adalah soheh menurut Imam ad-Daruqutni, al-Baihaqi dan al-Hakim dengan dipersetujui oleh azZahabi. Lihat; Musnad Imam as-Syafiie, ditahqiq dan ditakhrij oleh; Dr. Rifat Fauzi Abdul-Muttalib, jil. 1, hlm. 256, ter. Dar al-Basyair al-Islamiyyah, Beirut (2005)). Pandangan kedua; iaitu pandangan jumhur ulamak; Bismillah hendaklah dibaca secara perlahan, tidak dikuatkan. Mereka berdalilkan hadis dari Anas r.a. yang menceritakan; Aku telah pernah menunaikan solat bersama Rasulullah s.a.w., Abu Bakar, Umar dan Ustman, maka aku tidak pernah mendengar seorang pun dari mereka yang membaca Bismillah. (Riwayat Imam Muslim) Dalam menselarikan antara dua riwayat yang zahirnya kelihatan saling bercanggah itu, ada baiknya kita mengambil pandangan Imam Ibnu Khuzaimah yang menyebutkan; membaca Bismillah dengan kuat atau membacanya dengan perlahan kedua-duanya adalah harus kerana kedua-duanya dilakukan oleh Rasulullah. Tidak ada salah satu darinya yang dilarang. Perbezaan dalam hal ini adalah diharuskan. (Lihat; ulasan Dr. Rifat Fauzi Abdul-Muttalib dalam Musnad Imam as-Syafiie, jil. 1, hlm. 256, ter. Dar al-Basyair al-Islamiyyah, Beirut (2005)). Hal yang sama ditegaskan oleh Imam Ibnul-Qayyim dalam Zadul-Maad; Rasulullah s.a.w. adakalanya baginda membaca Bismillah dengan kuat, namun baginda menyembunyikannya (yakni membacanya dengan suara perlahan) adalah lebih kerap dari menguatkannya. (Lihat; Zadul-Maad, jil. 1) Adakah makmum juga perlu membaca al-Fatihah di belakang imam? Atau memadai dengan bacaan al-Fatihah imamnya? Dalam masalah ini ada dua pandangan ulamak; Pertama; menurut ulamak-ulamak mazhab Imam Syafiie; makmum wajib membaca al-Fatihah di belakang imamnya sama ada di dalam solat sirriyah atau jahriyyah, sama ada ia dapat mendengar bacaan imamnya atau tidak. Mereka berdalilkan hadis dari Abu Hurairah r.a. yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda; Sesiapa menunaikan solat tanpa membaca di dalamnya ummul-Quran (yakni al-Fatihah), maka solatnya adalah cacat (tidak sempurna). Baginda mengulangi sabdanya itu sebanyak tiga kali. Lalu ditanya kepada Abu Hurairah r.a.; Bagaimana jika kami menunaikan solat di belakang imam?. Jawab Abu Hurairah r.a.; Bacalah al-Fatihah itu dalam diri kamu (Riwayat Imam Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah). Kedua; menurut jumhur ulamak (Imam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad); tidak wajib lagi makmum membaca alFatihah kerana al-Fatihahnya telah ditanggung oleh imamnya. Cuma Imam Ahmad membezakan antara dua keadaan; (Pertama); ketika imam tidak membaca dengan kuat atau makmum tidak dapat mendengar bacaannya; maka ketika itu disunatkan makmum membaca al-Fatihah di belakang imamnya. Jika ia tidak membacanya, tidaklah mengapa (yakni solatnya masih sah) kerana ia disunatkan sahaja dan bacaan imam telah memadai untuknya. Begitu juga, disunatkan juga ia membacanya jika imamnya senyap seketika selepas membaca al-Fatihah untuk memberi peluang makmumnya membaca al-Fatihah. (Kedua); jika imam membaca dengan kuat dan makmum dapat mendengar bacaannya, ketika itu tidak disunatkan makmum membacanya (malah dimakruhkan), sebaliknya makmum hendaklah mendengar dan memberi perhatian kepada bacaan imamnya. Ulamak-ulamak mazhab Imam Ahmad berdalilkan ayat al-Quran yang bermaksud; Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengar dengan memberi perhatian kepadanya serta diamlah supaya kamu beroleh rahmat (surah al-Araf, ayat 204). Begitu juga, berdalilkan sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam-; Sesungguhnya dilantik imam itu adalah untuk diikuti. Maka apabila ia bertakbir, maka hendaklah kamu turut bertakbir dan apabila ia membaca (alQuran) hendaklah kamu senyap (dan mendengarnya) (riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu-), dan juga sabdanya; Sesiapa mempunyai imam, maka bacaan imam adalah bacaan untuknya (Riwayat Ibnu Abi Syaibah, ad-Daruqutni dan Ibnu Majah). Mengenai hadis yang dikemukakan oleh ulamak-ulamak mazhab Syafiie di atas, mereka menjawab; hadis itu khusus untuk orang yang mengerjakan solat bersendirian atau untuk makmum yang tidak dapat mendengar bacaan imamnya. Adapun ucapan Abu Hurairah Bacalah al-Fatihah itu dalam diri kamu, ucapan tersebut merupakan pandangan beliau (bukan arahan Nabi), atau mungkin juga bacaan yang beliau maksudkan ialah bacaan ketika imam senyap seketika selepas membaca al-Fatihah untuk memberi peluang kepada makmumnya membaca al-Fatihah. (Al-Mughni, 1/392-393). Adakah imam disunatkan senyap seketika apabila habis membaca al-Fatihah, sebelum meneruskan bacaan ayat atau surah selepasnya? Ya. Sebahagian ulamak antaranya Imam Syafiie dan Imam Ahmad- mensunatkan imam supaya berhenti seketika

selepas membaca al-Fatihah (sebelum meneruskan bacaan ayat atau surah yang lain) bagi memberi peluang kepada makmumnya membaca al-Fatihah di belakangnya. Mereka berdalilkan hadis dari Samurah bin Judub radhiyallahu anhu- yang menceritakan bahawa ia menghafal dari Nabi (yakni dari perbuatan baginda ketika solat) dua saktah (yakni dua ketika di mana baginda sengap); (pertama) selepas baginda mengucapkan Takbiratul-Ihram, dan (kedua) selepas membaca ( yakni selepas membaca al-Fatihah) (riwayat Imam Abu Daud). Namun sebahagian ulamak yang lain antaranya Imam Abu Hanifah dan Imam Malik- memakruhkannya. Menurut mereka hadis di atas adalah dhaif. (Al-Mughni, 1/346). Apa hukum membaca Istiazah sebelum membaca al-Fatitah? Adakah ia perlu di baca di setiap rakaat? Membaca Istiazah disunatkan sebelum membaca al-Quran sama ada di dalam solat atau di luar solat. Firman Allah (bermaksud); Apabila kamu hendak membaca al-Quran, maka hendaklah (terlebih dahulu) kamu memohon perlindungan dengan Allah dari hasutan syaitan yang direjam (al-Nahl: 98). Menurut Imam Syafiie; Istiazah sunat diulangi pada setiap rakaat dan yang paling utama ialah pada rakaat pertama. Imam Abu Hanifah pula berpandangan; Istiazah hanya dibaca pada rakaat pertama sahaja. Tidak sunat diulangi pada rakaat-rakaat yang lain. Apakah lafaz Istiazah yang boleh dibaca di dalam solat? Lafaz pertama; Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.Lafaz ini diambil dari ayat al-Quran tadi. Lafaz kedua; Aku berlindung dengan Allah Tuhan yang maha mendengar lagi mengetahui dari kejahatan syaitan yang direjam; dari kegilaannya, kebongkakannya dan syairnya. Diriwayatkan dari Abi Said al-Khudri radhiyallahu anhu- yang menceritakan bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam- selepas membaca doa Iftitah, baginda membaca Istiazah di atas sebelum membaca al-Fatihah. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi dan lain-lain) Apa hukum mengucapkan aamin selepas membaca al-Fatihah? Adakah makmum mengucapkan aamin serentak dengan imam atau selepas imam mengucapkannya? Mengucapkan aamin selepas membaca al-Fatihah adalah sunat. Ini berdasarkan sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam-; Apabila imam selesai membaca , maka hendaklah kamu membaca; (aamin) (Riwayat Imam Muslim dari Abu Musa radhiyallahu anhu-). Sabda Nabi lagi; Apabila qari (yakni imam) telah membaca , lalu orang di belakangnya (yakni makmum) membaca; dan bertepatan bacaan aminnya dengan bacaan amin penduduk langit (yakni para malaikat), nescaya akan diampunkan dosanya yang telah lalu (Riwayat Imam Muslim). Mengucapkan aamin itu disunatkan kepada orang yang bersolat sendirian, menjadi imam atau menjadi makmum. Dalam solat jahriyyah sunat ucapan aamin diperdengarkan dan dalam solat sirriyyah sunat diperlahankannya iaitu mengikut bacaan al-Fatihah. Dalam solat berjamaah, makmum hendaklah mengucapkan aamin serentak dengan imamnya, iaitu tidak mendahuluinya dan tidak juga selepasnya, akan tetapi bersama-samanya berdalilkan hadis Abu Musa di atas. Apa hukum membaca ayat atau surah selepas al-Fatihah? Hukumnya adalah sunat. Sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam-; Sesiapa yang membaca ummul-Kitab (surah alFatihah), maka mencukupi ummul-Kitab itu baginya (sebagai bacaan al-Quran yang diwajibkan di dalam solat). Dan sesiapa yang menambah (dengan membaca ayat atau surah lain), maka ia adalah paling baik (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu-) Adakah ayat atau surah selepas al-Fatihah itu disunatkan pada setiap rakaat? Tidak. Ia hanya disunatkan pada rakaat pertama dan kedua sahaja. Ini berdasarkan hadis dari Abi Qatadah yang menceritakan; Nabi membaca pada dua rakaat yang awal (yakni rakaat pertama dan kedua) di salam solat Zohor dan Asar al-Fatihah dan satu surah yang lain. Kadang-kadang baginda memperdengarkan kepada kami bacaan ayatnya. Pada dua rakaat yang akhir (yakni rakaat ketiga dan keempat), baginda hanya membaca al-Fatihah sahaja. (Riwayat Imam Muslim).

Adakah disunatkan membaca ayat atau surah selepas al-Fatihah di dalam solat jenazah? Menurut mazhab Imam Syafiie; tidak disunatkan. Adakah sunat bacaan ayat atau surah selepas al-Fatihah itu dimulakan dengan Bismillah? Menurut Imam Ibnu al-Qudamah; disunatkan dan hendaklah dibaca perlahan. Apakah perkara-perkara yang disunatkan ketika membaca ayat atau surah di dalam al-Quran? 1. Disunatkan di dalam solat subuh dan zohor membaca surah-surah dari kelompok . Di dalam solat asar dan isya disunatkan dan disunatkan dalam solat maghrib. 2. Disunatkan bacaan dalam rakaat pertama lebih panjang dari rakaat kedua. Ini berdasarkan hadis riwayat Imam alBukhari dari Abi Qatadah yang menceritakan; Adalah Rasulullah s.a.w. membaca pada dua rakaat pertama dari solat zohor surah al-Fatihah dan dua surah yang lain di mana baginda memanjangkan (bacaan) pada rakaat pertama dan memendekkannya pada rakaat kedua dan adakalanya memperdengarkan ayat kepada kami (yakni membaca dengan kuat hingga didengari oleh kami). Dan baginda membaca dalam solat asar surah al-Fatihah dan dua surah yang lain di mana baginda memanjangkan (bacaan) pada rakaat pertama. Begitu juga, baginda memanjangkan (bacaan) pada rakaat pertama dari solat subuh dan memendekkannya pada rakaat kedua. (Riwayat Imam Bukhari) 3. Membaca satu surah pendek lebih afdhal dari membaca ayat-ayat dengan kadarnya dari surah-surah panjang. Ini berdasarkan hadis-hadis tadi yang menyebutkan; Nabi membaca al-Fatihah dan surah. 4. Disunatkan bacaan mengikut tertib surah dan ayat di dalam mushaf iaitu dibaca dalam rakaat pertama ayat atau surah yang terdahulu susunannya dari ayat atau surah yang akan dibaca dalam rakaat kedua. Makruh melakukan sebaliknya, namun jika dilakukan tidaklah membatalkan solat. 5. Harus membaca di dalam solat mengikut mana-mana wajah qiraat yang tujuh. Adapun wajah qiraat yang syaz, maka tidak harus. Adakah makmun juga disunatkan membaca ayat atau surah selepas al-Fatihah? Jika solat yang ditunaikan secara berjamaah adalah solat sirriyyah (yakni solat yang solat yang tidak diperdengarkan bacaan al-Quran di dalamnya), makmun juga disunatkan membaca ayat atau surah selepas al-Fatihah sebagaimana imamnya juga. Ini berdasarkan hadis dari Jabir radhiyallahu anhu- yang menceritakan; Kami membaca di dalam solat Zohor dan Asar di belakang imam pada dua rakaat yang pertama surah al-Fatihah dan satu surah yang lain. Pada dua rakaat yang lain (yakni rakaat ke tiga dan ke empat), kami hanya membaca al-Fatihah sahaja (Riwayat Imam Ibnu Majah dengan sanad yang soheh). Akan tetapi, janganlah menguatkan bacaan hingga mengganggu ahli jamaah yang lain. Sabda Nabi; Sesungguhnya orang yang menunaikan solat ia sedang bermunajat dengan Tuhannya. Hendaklah ia perhatikan dengan apa ia munajatkan. Janganlah sebahagian kamu mengeraskan suara ke atas sebahagian yang lain tatkala membaca alQuran (Riwayat Imam at-Thabrani dari Abu Hurairah dan Aisyah). Dari Imran bin Hushain r.a. menceritakan; Nabi s.a.w. telah menunaikan solat zohor atau asar- bersama kami. (Lalu seorang lelaki membaca di belakang baginda surah dengan suara yang kuat). Maka (apabila selesai solat) Rasulullah bertanya; Siapakah yang membaca di belakangku surah ? Lelaki itu menjawab; Saya ya Rasulullah! Namun saya tidak bermaksud melainkan dengan tujuan yang baik. Lalu Rasulullah s.a.w. berkata; Sesungguhnya aku mendapati sebahagian dari kamu telah menyanggahiku dengan bacaannya (yakni mengganggu bacaanku dengan bacaannya yang kuat) (Riwayat Imam Muslim). Adapun jika solat yang dikerjakan berjamaah itu adalah solat jahriyyah, maka tidak disunatkan makmum membaca ayat atau surah selepas al-Fatihah. Ia hendaklah mendengar bacaan imam sahaja sebagaimana sabda Nabi; Sesungguhnya dilantik imam itu adalah untuk diikuti. Maka apabila ia bertakbir, maka hendaklah kamu turut bertakbir dan apabila ia membaca (al-Quran) hendaklah kamu senyap (dan mendengarnya) (riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu-). Namun dikecualikan jika makmum berada jauh dari imam dan tidak dapat mendengar bacaannya, maka ketika itu disunatkan ia membaca sendiri ayat atau surah. Apa maksud solat jahriyyah dan solat sirriyyah? Apa kaedah dari Syarak untuk menentukan antara keduanya? Solat jahriyyah bermaksud solat-solat yang mana bacaan al-Quran (yakni al-Fatihah dan ayat atau surah selepasnya) di dalamnya sunat diperdengarkan. Solat Sirriyyah pula ialah solat-solat yang mana bacaan al-Quran di dalamnya sunat diperlahankan atau disembunyikan. Dalam sebuah hadis, Abu Hurairah r.a. menceritakan; Dalam setiap solat ada bacaan. Maka apa yang diperdengarkan kepada kami oleh Nabi s.a.w., maka kami perdengarkan kepada kamu dan apa yang disembunyikannya dari kami, maka kami sembunyikannya dari kamu (Riwayat Imam Muslim). Hadis di

atas menunjukkan bahawa terdapat solat di mana Rasulullah memperdengarkan bacaannya (yakni membaca surah al-Fatihah dan ayat/surah selepasnya dengan suara kuat) dan ada solat di mana baginda menyembunyi (yakni memperlahankan) bacaannya. Bagi solat-solat fardhu, kaedah menentukan antara keduanya adalah seperti berikut; 1. Bagi solat subuh dan solat jumaat, sunat menguat atau memperdengarkan bacaan pada kedua-dua rakaatnya. 2. Bagi solat maghrib dan isyak, sunat menguat atau memperdengarkan bacaan pada dua rakaat yang awal sahaja. Adapun rakaat ketika atau keempat, hendaklah disembunyikan bacaan. 3. Bagi solat zohor dan asar, disunatkan menyembunyikan bacaan pada keseluruhan rakaatnya. Bagi solat sunat pula; kaedahnya ialah; 1. Bagi solat hari-raya dan istisqa disunatkan memperdengarkan bacaan. 2. Solat-solat sunat siang ( ) disunatkan menyembunyikan bacaan. 3. Solat-solat sunat malam ( ;) ada dua pandangan; (pertama) disunatkan memperdengarkan bacaan, (kedua) dibaca secara sederhana antara memperdengar dan menyembunyikannya. Pandangan yang rajih ialah yang kedua. 4. Solat kusuf (gerhana matahari/bulan); jika berlaku gerhana di siang hari, maka disunatkan menyembunyikan bacaan dan jika gerhana pada malam hari, disunatkan memperdengarkan bacaan. Bagi solat qadha, jika solat yang tertinggal adalah solat malam (iaitu maghrib, isya dan subuh), sekiranya diqadha pada malam yang lain, maka sunat diperdengarkan bacaan. Jika diqadha pada waktu siang, sunat disembunyikan bacaan. Jika yang tertinggal adalah solat siang (yakni zohor dan asar) dan diqadha pada siang hari, maka sunat disembunyikan bacaan. Adapun jika diqadha pada malam hari, maka sunat diperdengarkan bacaan. Kesimpulannya, yang dijadikan perkiraan ialah bila solat qadha itu ditunaikan; di waktu siang atau di waktu malam. Adapun solat jenazah, sunat disembunyikan bacaan sama ada dikerjakan pada waktu siang atau malam. Oleh kerana, memperdengar atau menyembunyikan bacaan dalam masalah-masalah di atas hukumnya sunat sahaja, maka jika dicanggahi tidaklah membawa kepada batalnya solat, malah tidak membawa kepada perlunya sujud sahwi. SOLAT (RUKU') Apa hukum ruku? Ruku adalah wajib di dalam solat. Tidak sah solat tanpa ruku. Seorang sahabat Nabi s.a.w. iaitu Huzaifah r.a. pada suatu hari ia melihat seorang lelaki menunaikan solat tanpa melakukan ruku dan sujud dengan sempurna. Maka ia berkata; Engkau sebenarnya tidak mengerjakan solat. Jika engkau mati, engkau mati bukan di atas fitrah Nabi Muhammad s.a.w. (Riwayat oleh Imam al-Bukhari). Bagaimana melakukan ruku dengan sempurna? 1. Sebelum menundukkan badan untuk ruku, ucapkan takbir sambil mengangkat tangan setentang bahu atau telinga-, kemudian barulah turunkan badan. 2. Tapak tangan hendaklah mencapai lutut, jari-jari tangan direnggangkan antara satu sama lain dalam keadaan memegang lutut. Abu Humaid as-Saidi r.a. menceritakan; Nabi tatkala ruku, baginda menjadikan dua tangannya mencapai dua lututnya (Riwayat al-Bukhari). Wail bin Hujrin r.a. menceritakan; Nabi s.a.w. tatkala ruku baginda merenggangkan antara jari-jarinya dan tatkala sujud baginda menghimpunnya (yakni merapatkannya) (Riwayat alHakim). Dalam hadis Ibnu Umar r.a., Nabi memerintahkan; Apabila kamu ruku, letakkan dua tapak tanganmu di atas dua lututmu, kemudian renggangkan antara jari-jari tanganmu dan berikutnya tetapkanlah diri di dalam ruku itu hingga semua anggota berada di dalam posisinya (Riwayat Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah dalam soheh keduanya). 3. Semasa ruku, belakang badan hendaklah diratakan/disamakan dari punggung hingga ke kepala di mana kepala berada dalam keadaan selari dengan belakang; iaitu tidak ditinggi atau didongakkan dan tidak pula ditundukkan, akan tetapi pertengahan. Ini berdasarkan hadis Aisyah r.a. yang menceritakan sifat solat Nabi s.a.w; Apabila ruku, Nabi s.a.w. tidak meninggi atau mendongakkan kepalanya dan tidak juga menunduknya, akan tetapi tengah-tengah antara keduanya (sehingga kepalanya kelihatan rata dengan punggung). (Riwayat Imam Muslim) 4. Siku hendaklah dijauhkan dari rusuk. Abu Humaid r.a. menceritakan; Nabi s.a.w. tatkala ruku, baginda meletakkan dua tangannya ke atas dua lututnya seolah-olah memegangnya, menegangkan (yakni meluruskan) dua tangannya (yakni dari pergelangan hingga bahu-pent.) serta memisahkannya dari dua rusuknya (Riwayat Imam at-Tirmizi. Hadis ini menurut Imam at-Tirmizi adalah hasan soheh). 5. Ruku wajib dikerjakan dengan tomaninah iaitu berada di dalam keadaan tetap dan tenang di dalam posisi ruku di atas sebelum bangun darinya. 5. Semasa ruku disunatkan membaca zikir-zikir yang warid dari Nabi terutamanya tasbih. Apa makna Tomaninah? Apa hukum Tomaninah di dalam solat? Tomaninah bermakna memastikan diri tetap, tenang dan tidak tergesa-gesa dalam sesuatu posisi solat sebelum

berpindah ke posisi yang lain. Sekurang-kurang kadar tomaninah ialah sekali tasbih. Hukum tomaninah adalah wajib semasa ruku, Itidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Sabda Nabi s.a.w. (tatkala baginda mengajar solat kepada seorang lelaki yang salah dalam mengerjakan solatnya); ..kemudian (setelah membaca al-Quran) rukulah sehingga kamu tomaninah (tetap dan tenang) dalam keadaan ruku itu, kemudian bangkitlah dari ruku hingga badan kamu lurus/tegak berdiri, kemudian sujudlah sehingga kamu tomaninah (tetap dan tenang) dalam keadaan sujud itu, kemudian kamu bangkitlah dari sujud sehingga kamu tomaninah (tetap dan tenang) dalam keadaan duduk (antara dua sujud) itu. Seterusnya kamu lakukanlah sedemikian pada (rakaat-rakaat) solat kamu keseluruhannya (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim). Dalam hadis yang lain, Nabi bersabda; Tidak sah solat seorang lelaki yang tidak menetapkan tulang sulbinya semasa ruku dan sujud (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Masud al-Badari r.a.. Hadis ini menurut beliau; hasan soheh). Apa hukum membaca tasbih ketika ruku? Berapakah bilangan Tasbih yang sebaiknya dan berapa had maksimanya? Hukum bertasbih semasa ruku adalah sunat. Selain dari tasbih, harus dibaca zikir-zikir lain yang warid dari Nabi s.a.w. semasa ruku. Sekurang-kurang bilangan tasbih untuk mendapat pahala bertasbih semasa ruku- ialah sekali. Lafaznya ialah, atau . Namun bilangan yang sempurna ialah sekurangkurangnya tiga kali. Dari Uqbah bin Amir r.a. menceritakan; Adalah Nabi s.a.w. apabila ruku baginda membaca; tiga kali dan apabila sujud baginda membaca; tiga kali (Riwayat Imam Abu Daud. Hadis ini dinyatakan oleh Imam as-Suyuti sebagai hasan. Lihat; al-Jami as-Saghier, no. 6710) Bagi yang bersolat sendirian, digalakkan memperbanyakkaan tasbih melebihi tiga kali iaitu lima, tujuh, sembilan sehingga sebelas kali. Jumhur ulamak mazhab Syafiie berpandangan; bilangan sebelas adalah yang maksima. Namun Imam as-Subki berpendapat; ia tidak terikat dengan bilangan tertentu. Siapa menghendaki ia boleh menambah seberapa banyak tasbih yang ia suka. Adapun orang yang menjadi imam, ia tidak digalakkan menambah terlalu banyak tasbih kerana dibimbangi memberatkan sebahagian makmumnya. Sebahagian ulamak berkata; memadai imam bertasbih tiga kali sahaja untuk memberi keringanan kepada makmumnya. Namun Ibnu al-Mubarak berpandangan; digalakkan imam bertasbih lima kali supaya makmum di belakangnya sempat bertasbih tiga kali. (Dalail al-Ahkam, 1/289). Sunat bertasbih semasa ruku itu adalah pandangan jumhur ulamak. Ada di kalangan ulamak yang mewajibkannya, antara mereka ialah Imam Ahmad dan al-Hasan. Adakah harus membaca al-Quran ketika ruku? Tidak harus kerana Nabi s.a.w. menegahnya dengan sabdanya; Ketahuilah! Sesungguhnya aku dilarang membaca al-Quran ketika ruku atau sujud. Adapun di dalam ruku, maka hendaklah kamu agungkan Tuhan kamu. Sementara di dalam sujud, hendaklah kamu bersungguh-sungguh berdoa, nescaya doamu pasti akan diperkenankan (Riwayat Imam Muslim).

SOLAT (I'TIDAL) Apa makna Itidal? Apa hukumnya? Itidal bermaksud; kembali semula selepas ruku kepada keadaan sebelum ruku sama ada seseorang itu menunaikan solat sambil berdiri atau sambil duduk. Jika seseorang itu menunaikan solat dengan berdiri, Itidal ialah dengan ia kembali berdiri lurus/tegak selepas bangkit dari ruku sebelum turun untuk sujud. Hukum Itidal adalah wajib. Tidak sah solat tanpa melakukannya. Dalil kewajipan Itidal ini ialah hadis Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan tentang solat Nabi s.a.w.; Apabila mengangkat kepala dari ruku (yakni bangkit dari ruku), Nabi s.a.w. tidak sujud melainkan setelah berdiri dengan sempurna lebih dahulu (yakni berdiri Itidal). (Riwayat Imam Muslim) Bagaimana melakukan Itidal dengan sempurna? 1. Apabila hendak bangkit dari ruku, ucapkanlah; ( bermaksud; Allah mendengar (dan menjawab) orang yang memujinya) sambil mengangkat kedua tangan setentang bahu atau setentang dua telinga. 2. Apabila telah tegak berdiri, bacalah; Ya Allah! Wahai Tuhan Kami, untukMulah pujian kami, (pujian) yang mengisi sekelian langit dan bumi serta mengisi apa yang Engkau kehendaki dari sesuatu selepasnya (Riwayat Imam Muslim). 3. Itidal wajib dilakukan dengan tomaninah iaitu memastikan diri berada dalam keadaan tetap dan tenang dalam posisi Itidal (berdiri lurus) itu sebelum turun sujud. Jika seseorang membaca zikir di atas semasa Itidalnya, maka ia telah memenuhi tuntutan tomaninah semasa Itidalnya.

Adakah makmum juga disunatkan membaca SAMIALLAHU LIMAN HAMIDAH sebagaimana imam atau atau ia hanya membaca RABBANA LAKAL-HAMDU sahaja? Persoalan ini terdapat khilaf di kalangan ulamak; Pandangan pertama; menurut mazhab Imam Syafiie dan Imam Malik; Disunatkan kepada semua orang yang menunaikan solat sama ada solat sendirian, menjadi imam atau makmum untuk membaca; ( )..... dan ( ) dengan menghimpunkan kedua-duanya iaitu membaca ( ) ketika mula bangkit dari ruku dan membaca ( ....) apabila sudah berada dalam Itidal. Mereka berdalilkan hadis Ibnu Abi Aufa r.a. yang menceritakan; Adalah Rasulullah s.a.w. apabila mengangkat belakangnya dari ruku, baginda mengucapkan; Allah mendengar (dan menjawab) orang yang memujinya. Ya Allah! Wahai Tuhan Kami, untukMulah pujian kami, (pujian) yang mengisi sekelian langit dan bumi serta mengisi apa yang Engkau kehendaki dari sesuatu selepasnya (Riwayat Imam Muslim). Di dalam hadis ini, Nabi membaca kedua-duanya sekali tanpa memisahkannya. Pandangan kedua; menurut sebahagian ulamak antaranya Imam Ahmad dan Ibnu al-Munzir-; ucapan ( ).....dibaca oleh imam sahaja, adapun makmum hendaklah terus membaca ( ....) dan tidak perlu mereka membaca ( .)..... Mereka berdalilkan hadis Abu Hurairah r.a. yang menceritakan Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya; Apabila Imam telah berkata: , maka hendaklah kamu membaca; Ya Allah, wahai Tuhan kami, bagiMulah segala pujian. Maka sesungguhnya siapa yang bacaannya bersamaan dengan bacaan malaikat, nescaya akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu. (Riwayat Imam Muslim) Adakah harus memanjangkan Itidal? Harus, berdalilkan hadis dari Anas r.a. yang menceritakan; Rasulullah s.a.w. setelah mengucapkan Samiallahu liman hamidah, baginda berdiri (begitu lama) sehingga kami berkata; Beliau telah lupa. Kemudian baginda sujud dan duduk di antara dua sujud (dengan begitu lama) hingga kami berkata; Baginda telah lupa (Riwayat Imam alBukhari dan Muslim). Berkata Imam as-Syaukani; hadis ini menjadi dalil keharusan memanjangkan Itidal dan duduk antara dua sujud. (Nailul-Autar, juz. 2, kitab as-Solah).

SOLAT (SUJUD) Apa makna sujud? Apa hukumnya? Sujud bermaksud meletakkan dahi di atas tempat sujud. Sujud adalah wajib di dalam solat. Tidak sah solat tanpa sujud. Sujud yang diwajibkan di dalam solat ialah dua kali pada setiap rakaat dengan diselangi oleh duduk. Dalil kewajipan sujud ini ialah sabda Nabi s.a.w. (tatkala mengajar seorang lelaki yang salah dalam melakukan solat); .Kemudian hendaklah kamu sujud sehingga kamu tomaninah (tetap dan tenang) dalam keadaan sujud, kemudian kamu bangkitlah dari sujud sehingga kamu tomaninah (tetap dan tenang) dalam keadaan duduk, kemudian kamu sujud kembali sehingga kamu tomaninah (tetap dan tenang) dalam keadaan sujud. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim) Apakah anggota-anggota yang terlibat semasa sujud? Sabda Nabi s.a.w.; Aku diperintahkan supaya sujud di atas tujuh tulang (yakni tujuh anggota) iaitu; dahi baginda menunjukkan dengan tangannya ke atas hidungnya-, dua tangan, dua lutut dan jari-jari dari dua kaki (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas r.a.). Berdasarkan hadis ini, anggota sujud hendaklah merangkumi; 1. Dahi 2. Dua tangan 3. Dua lutut 4. Dua kaki Ketika sujud, wajib ke semua tujuh anggota di atas diletakkan di atas lantai. Bagi dahi, memadai meletakkan sebahagian dahi sahaja di atas lantai. Bagi tangan yang dikira ialah tapak tangan dan bagi kaki pula ialah perut-perut anak jari kaki. Memadai dengan meletakkan sebahagian sahaja dari perut-perut anak jari kaki itu. Jika seseorang itu sujud di atas belakang tangan atau belakang anak-anak jari kakinya, tidak sah sujudnya. Adakah hidung juga wajib diletakkan di atas lantai ketika sujud? Terdapat khilaf di kalangan ulamak;

Pertama; menurut Imam Ahmad; dahi dan hidung wajib diletakkan di atas lantai ketika sujud. Tidak cukup hanya dahi sahaja atau hanya hidung sahaja. Beliau berdalilkan hadis di atas di mana Nabi turut menunjukkan kepada hidungnya tatkala menyebutkan tentang dahi sebagai salah satu angota sujud. Selain itu ia berdalilkan juga hadis dari Abu Humaid as-Saidi yang menceritakan; Nabi tatkala sujud, baginda menekan hidung dan dahinya ke tanah, menjauhkan dua tangan dari rusuknya dan meletakkan dua tapak tangan setentang dua bahunya (Riwayat Imam atTirmizi dan Abu Daud. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh). Ibnu Abbas r.a. menceritakan; Nabi telah melihat seorang lelaki menunaikan solat. Ia sujud tanpa meletakkan hidungnya di atas tanah. Lalu Nabi berkata kepadanya; Letakkan hidungmu (ke tanah) supaya ia sujud bersamamu (Riwayat Abu Nuaim dalam Akhbar Asbahan). Kedua; menurut mazhab Syafiie dan Malik; yang wajib ialah meletakkan dahi sahaja. Adapun meletakkan hidung di samping dahi- adalah sunat, tidak wajib. Sah sujud jika seseorang meletakkan dahinya sahaja di atas lantai tanpa meletakkan hidungnya. Bagi pandangan ini, hadis-hadis di atas menunjukkan kepada galakan, bukan kewajipan. Ketiga; menurut Imam Abu Hanifah; boleh memilih sama ada hendak meletakkan dahi atau hidung di atas lantai. Bagi pandangan ini, isyarat Nabi kepada hidung tatkala menyebutkan dahi dalam hadis di atas ialah untuk menunjukkan keharusan memilih antara dahi atau hidung semasa sujud. Adakah wajib semua anggota sujud di atas didedahkan (tanpa berlapik)? Anggota-anggota sujud selain dahi telah sepakat para ulamak menyatakan tidak wajib didedahkan. Yang dituntut hanyalah meletakkannya di atas tanah/lantai. Oleh itu, harus seseorang menunaikan solat dengan memakai sarung tangan atau stokin. Adapun dahi, maka ia terdapat khilaf di kalangan ulamak; Pertama; pandangan ulamak-ulamak mazhab Syafiie; dahi wajib didedahkan dan mengenai secara lansung tempat sujud (tanpa ada penghadang). Tidak sah sujud jika semua bahagian dahi berlapik sehingga tidak ada sedikitpun darinya yang terdedah dan mengenai tempat sujud secara langsung. Termasuk tidak sah ialah lapik dari pakaian yang dipakai ketika solat. Oleh demikian, tidak harus seseorang sujud di atas kain serban yang dipakainya atau di atas lengan bajunya atau di atas kain telekungnya atau benda-benda lain di badannya yang mengikuti pergerakan badannya. Kedua; pandangan jumhur ulamak (termasuk Imam Malik, Abu Hanifah dan Imam Ahmad); dahi sama seperti anggota-anggota sujud yang lain iaitui tidak wajib didedahkan. Yang dituntut hanyalah meletakkannya di atas tempat sujud. Oleh itu, bagi jumhur ulamak, tidak menjadi kesalahan jika seseorang itu sujud di atas kain serbannya atau kain telekungnya. Mereka berdalilkan hadis dari Anas bin Malik r.a. yang menceritakan; Kami mengerjakan solat bersama Rasulullah s.a.w. ketika panas yang bersangatan. Apabila sesiapa dari kami tidak dapat meletakkan dahinya di atas tanah kerana panas, ia bentangkan pakaiannya dan sujud di atasnya. (Riwayat Imam Muslim). (Dalail al-Ahkam, 1/ 298-299). Tatkala turun sujud, mana dulu yang perlu di letakkan di atas lantai; tangan atau lutut? Perkara ini juga terdapat khilaf di kalangan ulamak; Pertama; menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab Imam Abu Hanifah, Syafiie dan Imam Ahmad); disunatkan turun sujud dengan mula meletakkan dua lutut, diikuti dua tangan dan akhirnya muka atau dahi. Ini berdasarkan hadis dari Wail bin Hujrin r.a. yang menceritakan; Aku telah melihat Nabi apabila sujud, baginda meletakkan dua lututnya sebelum dua tangannya dan apabila bangkit dari sujud, baginda mengangkat dua tangannya (terlebih dahulu) sebelum dua lututnya (Riwayat Imam Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban). Kedua; pandangan sebahagian ulamak (antaranya Imam Malik dan al-Auzaie); sunat mendahulukan dua tangan dari dua lutut tatkala turun sujud. Ini berdalilkan sabda Nabi s.a.w.; Jika seseorang dari kamu sujud, janganlah ia berteleku sebagaimana telekunya unta, sebaliknya hendaklah ia meletakkan dua tangannya terlebih dahulu sebelum dua lututnya (Riwayat Abu Daud, at-Nasai dan Ahmad dari Abu Hurairah r.a.). Begitu juga, berdalilkan hadis dari Nafi yang menceritakan bahawa Ibnu Umar r.a. semasa sujud, beliau meletakkan dua tangannya sebelum dua lututnya. Kata beliau (yakni Ibnu Umar); Nabi telah melakukan sedemikian (Riwayat Imam al-Hakim, Ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi dengan sanad yang soheh. Lihat; Zadul-Maad, 1/228) Bagaimana cara sujud yang sempurna? 1. Ketika hendak turun sujud, ucapkan takbir tanpa mengangkat tangan. 2. Ketika sujud, dua tangan hendaklah diletakkan di atas lantai setentang dengan bahu atau telinga, dahi dan hidung hendaklah diletakkan di atas tanah dengan menekannya. Dari Abu Humaid as-Saidi menceritakan; Nabi tatkala sujud, baginda menekan hidung dan dahinya ke tanah, menjauhkan dua tangan dari rusuknya dan meletakkan dua tapak tangan setentang dua bahunya (Riwayat Imam at-Tirmizi dan Abu Daud. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh). Wail bin Hujrin r.a. (tatkala menceritakan sifat solat Nabi) beliau menceritakan; .tatkala sujud, nabi meletakkan dua tangannya setentang dengan dua telinganya (Riwayat Imam Ahmad). 3. Jari-jari dilepaskan menghala ke kiblat dalam keadaan dirapatkan antara satu sama lain. Wail bin Hujrin r.a. menceritakan; Nabi s.a.w. tatkala ruku baginda merenggangkan antara jari-jarinya dan tatkala sujud baginda menghimpunnya (yakni merapatkannya) (Riwayat al-Hakim). 4. Kedua-dua siku diangkat dari tanah (yakni jangan meratakannya di atas tanah) dan dijauhkan dari dua rusuk (yakni tidak merapatkannya ke rusuk). Sabda Nabi; Apabila kamu sujud, letaklah dua tapak tanganmu di atas lantai dan angkatlah dua sikumu (yakni jangan menghamparnya di atas tanah) (Riwayat Imam Muslim dari al-Barra). Sabda Nabi s.a.w. juga; Sempurnakanlah sujudmu. Dan janganlah seseorang kamu menghamparkan dua tangannya (dari

tangan hingga siku) seperti hamparan anjing (yakni; meletakkan kedua-dua tangan dan siku di atas tanah/lantai umpama anjing tidur) (Riwayat Imam Muslim dari Anas r.a.). Menjauhkan tangan dari rusuk adalah berdasarkan hadis at-Tirmizi tadi dan juga hadis dari Buhainah r.a. menceritakan; Nabi semasa menunaikan solat tatkala sujud, baginda memisahkan antara dua tangannya (dari rusuknya) hingga nampak putih dua ketiaknya (Riwayat al-Bukhari dan Muslim/Bulugul-Maram). 5. Jari-jari kaki hendaklah dilipatkan menghala ke arah kiblat. Abu Humaid as-Saidi r.a. tatkala menceritakan sifat solat Nabi s.a.w. beliau menjelaskan; .Ketika sujud Nabi meletakkan kedua tangannya ke bumi tetapi lengannya tidak dihamparkan dan tidak pula dirapatkan ke rusuk dan hujung jari kakinya dihadapkan ke arah qiblat (Riwayat Imam al-Bukhari). 6. Ketika melakukan sujud wajib tomaninah dengan pengertian yang telah diterangkan terdahulu. 7. Ketika sujud disunatkan membaca zikir-zikir yang warid dari Nabi terutamanya tasbih. Begitu juga digalakkan banyak berdoa ketika berada di dalam sujud. Sabda Nabi s.a.w.; Sehampir-hampir seorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika ia sedang sujud. Oleh demikian, perbanyakkanlah oleh kamu sekelian berdoa (ketika sujud) (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.) Adakah harus membaca al-Quran semasa sujud? Tidak harus kerana Nabi s.a.w. menegahnya dengan sabdanya; Ketahuilah! Sesungguhnya aku dilarang membaca al-Quran ketika ruku atau sujud. Adapun di dalam ruku, maka hendaklah kamu agungkan Tuhan kamu. Sementara di dalam sujud, hendaklah kamu bersungguh-sungguh berdoa, nescaya doamu pasti akan diperkenankan (Riwayat Imam Muslim).

SOLAT (DUDUK ANTARA DUA SUJUD DAN ISTIRAHAH) Apa hukum duduk antara dua sujud? Hukumnya adalah wajib. Tidak sah solat tanpa diselangi dua sujud tadi dengan duduk. Ini berdalilkan banyak hadis, antara hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan solat Nabi s.a.w.; Apabila bangkit dari sujud (pertama), Nabi s.a.w. tidak sujud (kali kedua) melainkan setelah duduk dengan sempurna lebih dahulu (Riwayat Imam Muslim). Bagaimana melakukan duduk antara dua sujud yang sempurna? 1. Semasa hendak mengangkat kepada sujud, ucapkan takbir tanpa mengangkat dua tangan. 2. Semasa duduk disunatkan duduk secara iftirasyh iaitu dengan menghamparkan kaki kiri, meletakkan punggung di atas hamparan kaki kiri itu dan kaki kanan pula dipacakkan dengan jari-jarinya menghala ke arah qiblat. Abu Humaid r.a. menceritakan; apabila Nabi mengangkat kepalanya (dari sujud baginda yang pertama), baginda melipat kaki kirinya dan duduk di atasnya (Riwayat Imam Abu Daud). Sabda Nabi (tatkala mengajar seorang yang salah dalam mengerjakan solat); Apabila kamu bangun dari sujud, duduklah di atas pahamu yang kiri (Riwayat Abu Daud dari Rifaah bin Rafi r.a.). 3. Harus juga duduk secara Iqak iaitu duduk dengan meletakkan dua pangkal paha (yakni punggung) di atas dua tumit kaki di mana dua kaki dipacak/ditegakkan di atas jari-jarinya dan kedua lutut diletakkan di atas tanah. Keharusan duduk secara iqak ini berdasarkan hadis dari Thawus yang menceritakan; Kami bertanya Ibnu Abbas r.a. berkenaan duduk al-Iqak di atas dua kaki (semasa mengerjakan solat)?. Maka ia menjawab; Ia adalah sunnah Nabi s.a.w.. (Riwayat Imam Muslim). 4. Duduk antara dua sujud ini wajib dilakukan dengan Tomaninah. 5. Disunatkan semasa duduk antara dua sujud ini kita membaca doa yang warid dari Nabi iaitu; Tuhanku! Kurniakanlah keampunan untukku, rahmatilah daku, perbaikilah diriku, angkatlah darjatku, kurniakanlah rezki kepadaku, berilah hidayah kepadaku dan maafkanlah daku. (Riwayat Imam al-Baihaqi dan Abu Daud. Riwayat Imam Abu Daud dengan sanad yang hasan menurut Imam an-Nawawi. Lihat; al-Azkar, kitab Ma Yaqulu Iza Dakhala fis-Solah). Menurut sebahagian ulamak (termasuk dari mazhab Syafiie); selain dari bacaan yang terdapat dalam hadis, diharuskan untuk berdoa memohon kebaikan dunia dan akhirat ketika duduk antara dua sujud itu. Apa itu duduk istirahah? Duduk istirahah ialah duduk yang ringkas sebelum bangun (ke rakaat kedua atau keempat) selepas sujud kedua bagi rakaat pertama dan ketiga (jika solat empat rakaat). Duduk istirahah ini hukumnya adalah sunat berdalilkan hadis dari Malik bin al-Huwairis al-Laitsi yang menceritakan; Bahawa ia melihat Rasulullah s.a.w. menunaikan solat. Ketika baginda berada dalam rakaat yang ganjil dari solatnya, baginda tidak bangun (untuk ke rakaat seterusnya setelah bangkit dari sujud kedua) melainkan setelah duduk terlebih dahulu. (Riwayat Imam al-Bukhari, Abu Daud, an-Nasai

dan at-Tirmizi). Duduk Istirahah ini hanya sekejap sahaja dan tidak ada sebarang bacaan doa atau zikir yang sunat dibaca ketika duduk itu. Cara duduk yang disunatkan bagi duduk istirahah ini ialah duduk secara Iftirasyh. Tatkala bangun untuk ke rakaat berikutnya, mana dulu yang di angkat; lutut atau tangan? Terdapat dua pandangan dari ulamak; Pertama; pandangan mazhab Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad; dimulai dengan mengangkat muka, kemudian dua tangan dan seterusnya dua lutut, iaitu bangun dengan menekankan dua tangan ke atas dua paha. Cara ini ini adalah sebalik kepada cara ketika turun sujud tadi (mengikut pendapat jumhur). Mereka berdalilkan hadis dari Wail bin Hujrin r.a. tadi yang menceritakan; Aku telah melihat Nabi apabila sujud, baginda meletakkan dua lututnya sebelum dua tangannya dan apabila bangkit dari sujud, baginda mengangkat dua tangannya (terlebih dahulu) sebelum dua lututnya (Riwayat Imam Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban). Kedua; pandangan mazhab Imam Malik dan Syafiie; sunat didahulukan mengangkat dua lutut dari dua tangan, iaitu bangun dengan menekan dua tangan ke atas lantai, bukan dengan menekan dua tangan ke atas dua paha sebagaimana pandangan pertama di atas. Mereka berdalilkan hadis dari Malik bin al-Huwairth yang menceritakan sifat solat Nabi; .apabila mengangkat kepala dari sujud kedua (di rakaat pertama), beliau duduk dengan lurus (yakni duduk istirahah-pent.), kemudian beliau bangun dengan menekan (dua tangan) ke atas tanah (Riwayat Imam al-Bukhari). Begitu juga, hadis dari Nafi yang menceritakan; Ibnu Umar r.a. tatkala bangun dari sujud, beliau menungkat di atas dua tangannya (yakni dengan menekan dua tangan ke atas tanah-pent.) (Riwayat Imam alBaihaqi dalam as-Sunan al-Kubra). (Rujuk; Zadul-Maad, 1/240, as-Solah Ala al-Mazahib al-Arbaah, hlm. 147).

SOLAT (DUDUK TAHIYYAT) Apa yang dimaksudkan duduk Tahiyyat/Tasyahhud? Duduk Tahiyyat/Tasyahhud bermakna duduk di hujung rakaat kedua dan hujung rakaat akhir (yakni rakaat ketiga atau keempat) bagi solat yang melebihi dua rakaat. Tujuan duduk ialah untuk membaca tasyahhud atau tahiyyat dan juga selawat. Jadi duduk tahiyyat di dalam solat ada dua, iaitu; 1. Duduk tahiyyat awal; iaitu duduk di hujung rakaat kedua solat. 2. Duduk tahiyyat akhir; iaitu duduk di hujung rakaat akhir solat. Apa hukum duduk Tahiyyat/Tasyahhud Awal? Para ulamak berbeza pandangan; 1. Pandangan Imam Abu Hanifah, Malik dan Syafiie; duduk Tahiyyat/Tasyahhud dan juga membaca Tahiyyat/Tasyahhud semasa duduk itu hukumnya sunat sahaja (tidak wajib). Jika ditinggalkan tidak membatalkan solat, namun hukumnya makruh dan disunatkan sujud sahwi. Dalil mereka ialah dalam hadis Musi as-Solah di awal tadi (yakni hadis berkenaan seorang lelaki yang salah dalam menunaikan solat, lalu diajar oleh Nabi), Nabi s.a.w. tidak menyebutkan tentang tahiyyat/tasyahhud awal tatkala menerangkan kaifiyat solat. Selian itu, ada hadis menceritakan bahawa Nabi pernah tertinggal tasyahhud awal, namun baginda tidak mengulanginya, akan tetapi menggantinya dengan sujud sahwi sahaja. 2. Pandangan Imam Ahmad; ia adalah wajib.[1] Dalil mereka arahan Nabi s.a.w.; Apabila kamu duduk pada setiap dua rakaat, bacalah; at-Tahiyyatul lillahi was-Solawati wat-Thaiyyibati (Riwayat Imam Ahmad, an-Nasai dan atThabrani dengan sanad yang soheh). Selain itu, ia tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi s.a.w.. (al-Mughni, 1/373) Apa hukum duduk Tahiyyat/Tasyahhud Akhir? Hukum duduk tahiyyat akhir adalah wajib dan merupakan rukun solat. Jika ditinggalkan batallah solat. Apakah cara duduk yang disunatkan ketika duduk Tahiyyat/Tasyahhud? Disunatkan ketika tahiyyat awal duduk secara iftriraysh dan ketika tahiyyat akhir disunatkan duduk secara tawarruk. Duduk iftiraysh ialah dengan menghamparkan kaki kiri sebagai hamparan bagi punggung dan memacakkan kaki kanan. Adapun duduk tawarruk pula ialah dengan mengeluar/menghulurkan kaki kiri ke bawah kaki kanan dan pangkal paha (yakni punggung) diletakkan di atas lantai, adapun kaki kanan dipacakkan. Perbezaan antara dua jenis duduk tersebut berdalilkan hadis dari Abu Humaid r.a. yang menceritakan sifat solat Nabi s.a.w.; Apabila baginda

duduk sesudah dua rakaat, baginda duduk di atas kakinya yang kiri dan menegakkan tapak kakinya yang kanan. Apabila baginda duduk pada rakaat yang akhir, baginda mengulurkan tapak kakinya yang kiri (ke bawah betis kanan) dan menegakkan tapak kakinya yang kanan dan baginda duduk di atas punggungnya (Riwayat Imam Bukhari). Itu adalah pandangan sebahagian ulamak termasuk mazhab Syafiie. Sebahagian ulamak yang lain (antaranya Imam Abu Hanifah) berpandangan; cara duduk semasa Tahiyyat Akhir adalah sama seperti cara duduk semasa Tahiyyat Awal iaitu Iftiraysh. Mereka berdalilkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan sifat solat Nabi s.a.w.; Nabi membaca tahiyyat setiap selesai dua rakaat. Baginda (duduk tahiyyat dengan) menghampar kakinya yang kiri dan menegakkan kakinya yang kanan (Riwayat Imam Muslim). Dalam hadis ini Aisyah r.a. hanya menyebutkan satu jenis duduk sahaja bagi Tahiyyat/Tasyahhud iaitu duduk Itiraysh. Apakah yang dibaca semasa duduk Tahiyyat? 1. Bacaan Tahiyyat 2. Bacaan Selawat Bacaan tahiyyat ialah; Segala kerajaan/kekuasaan, limpahan barakah, selawat dan kalimah-kalimah yang baik adalah milik Allah. Selamat sejahtera ke atas engkau wahai Nabi serta rahmat Allah dan juga keberkatan-keberkatanNya. Selamat sejahtera juga ke atas kami serta ke atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah Rasul Allah. (Riwayat Imam Muslim dari Ibnu Abbas r.a.)

Bacaan Selawat pula ialah; Ya Allah, kurniakanlah selawat ke atas Muhammad dan ke atas ahli Muhammad sebagaimana kamu mengurniakan selawat ke atas Ibrahim dan ke atas ahli Ibrahim. Serta kurniakanlah barakah ke atas Muhammad dan ke atas ahli Muhammad sebagaimana engkau kurniakan barakah ke atas Ibrahim dan ahli Ibrahim dalam seluruh alam. Sesungguhnya Engkau maha terpuji lagi maha mulia. (Riwayat Imam Muslim dari Ibnu Masud) Bagaimana kedudukan jari-jari tangan kita semasa Tahiyyat/Tasyahhud itu? Ketika duduk tahiyyat, sunat kita meletakkan tangan kanan di atas paha kanan dalam keadaan jari hujung (yakni kelingking), jari manis dan jari tengah digenggam, sementara jari telunjuk dilepaskan dan diangkat serta diisyaratkan (menghala ke arah kiblat) ketika menyebutkan ( ) sambil meniatkan di dalam hati tauhid dan ikhlas di mana ia terus diluruskan tanpa meletak atau menjatuhkannya. Ibu jari diletakkan pada jari tengah. Adapun tangan kiri, hendaklah diletakkan di atas paha kiri. Cara kedudukan tangan di atas adalah berdalilkan hadis-hadis berikut; 1. Hadis Ibnu Umar r.a. yang menceritakan; Adalah Rasulullah s.a.w. apabila duduk di dalam solat, baginda meletakkan tapak tangannya yang kanan di atas paha kanannya dan baginda menggenggam semua jarinya dan memberi isyarat dengan jarinya bersebelahan ibu jari (yakni jari telunjuk). Adapun tapak tangan kirinya, baginda letakkan di atas paha kirinya. (Riwayat Imam Muslim) 2. Dari Ali bin Abdirrahman al-Maghafiri yang menceritakan dari Abdullah bin Umar r.a. yang melihat seorang lelaki mengerak-gerakkan batu dengan tangannya ketika ia sedang solat. Apabila lelaki selesai solat, Abdullah berkata kepadanya; Jangan mengerak-gerakkan batu semasa kamu berada dalam solat kerana itu adalah dari Syaitan. Akan tetapi lakukanlah sebagaimana yang dilakukan Rasulullah s.a.w.. Lelaki itu bertanya; Bagaimana yang dilakukan baginda?. Abdullah menjelaskan kepadanya; Baginda meletakkan tangannya yang kanan di atas paha kanannya, mengisyaratkan jarinya yang bersebelahan ibu jari ke arah kiblat dan melontarkan pandangan matanya ke arah jari tersebut. Begitulah yang aku lihat dilakukan Rasulullah s.a.w.. (HR Imam an-Nasai). 3. Diriwayatkan dari Abdullah bin az-Zubair r.a. yang menceritakan; Adalah Rasulullah s.a.w. apabila duduk berdoa (semasa tasyahhud) baginda meletakkan tangannya yang kanan di atas pahanya yang kanan dan tangannya yang kiri di atas pahanya yang kiri. Baginda melakukan isyarat dengan jari telunjuknya, sementara ibu jari baginda letakkan pada jari tengahnya. Adapun tangan kiri, maka baginda meratakannya di atas lutut kirinya. (Riwayat Imam Muslim) 4. Dalam hadis riwayat Abu Daud dan an-Nasai, seorang sahabat bernama Wail bin Hujrin r.a. tatkala menceritakan sifat solat Nabi s.a.w., beliau memberitahu; Semasa Tahiyyat, Rasulullah s.a.w. meletakkan tangan kanannya

(bermula dari siku) di atas paha kanannya, kemudian baginda menggenggam dua jari dari jari-jari tangannya (iaitu jari kelingking dan jari hantu) dan membentuk gelungan (dengan jari tengah/telunjuk dan ibu jarinya), kemudian mengangkat jari (telunjuk)nya. Aku melihat beliau menggerak-gerakkan jari telunjuknya itu sambil berdoa dengannya (HR Imam an-Nasai dan Abu Daud). Di dalam hadis Abdullah bin az-Zubair tadi, diceritakan bahawa Nabi s.a.w. hanya meletakkan sahaja ibu jarinya pada jari tengahnya. Sedang di dalam hadis ini, baginda membentuk gelungan dengan dua jari tersebut.

Perlukah jari telunjuk kanan tadi digerak-gerakkan ketika mengangkat dan mengisyaratkannya tadi? Hal ini terdapat khilaf di kalangan ulamak; a) Pandangan pertama; tidak perlu digerak-gerakkan kerana Nabi s.a.w. tidak melakukannya sebagaimana hadis riwayat Abu Daud dari Abdullah bin az-Zubair r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. memberi isyarat dengan jarinya (yakni jari telunjukkan) tatkala berdoa (semasa tasyahhud) dan baginda tidak menggerak-gerakkannya.[2] b) Pandangan kedua; perlu menggerak-gerakkannya berdalilkan hadis dari Wail bin Hujrin r.a. yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan an-Nasai tadi yang menceritakan; Aku melihat beliau (yakni Nabi s.a.w.) menggerak-gerakkan jari telunjuknya itu (semasa Tasyahhud) sambil berdoa dengannya.[3] Menurut Imam al-Baihaqi; kedua-dua hadis tersebut adalah soheh. (Lihat; Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 240).

SOLAT (DOA SEBELUM MEMBERI SALAM) Adakah disunatkan berdoa sebelum memberi salam? Ya. Disunatkan berdoa antaranya- dengan doa berikut; Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari azab api neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah/ujian ketika hidup dan mati dan dari kejahatan fitnah Dajjal. Dalam riwayat hadis dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; Apabila seseorang kamu selesai dari membaca tasyahhud (yakni tahiyyat) akhir, maka mintalah perlindungan dengan Allah dari empat; dari azab neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah hidup dan mati dan dari kejahatan Dajjal. (Riwayat Imam Muslim) Selain doa di atas, doa lain yang pernah dibaca Nabi s.a.w. ialah; . Ya Allah. Kurniakanlah keampunan untukku terhadap apa sahaja (dosa) yang telah aku lakukan yang terdahulu dan juga yang terkemudian, yang aku sembunyikan dan yang aku nampakkan serta apa sahaja perbuatan sia-sia atau melampau yang telah aku lakukan di mana Engkaulah yang lebih tahu tentangnya dari diriku sendiri. Engkaulah Tuhan yang maha dahulu dan yang maha akhir. Tidak ada Tuhan kecuali Engkau sahaja. (Riwayat Imam Muslim dari Saidina Ali r.a.)

SOLAT (MEMBERI SALAM) Bagaimana menutup solat?


Solat ditutup dengan memberi salam dua kali; sekali ke kanan dan sekali ke kiri. Ini berdalilkan hadis dari Amir bin Saad meriwayatkan dari bapanya yang menceritakan; Aku telah melihat Rasulullah s.a.w. memberi salam ke arah kanan dan ke arah kirinya sehingga aku dapat melihat putihnya pipi baginda (Riwayat Imam Muslim).

Apakah lafaz salam? Lafaz salam ialah; Selamat sejahtera ke atas kamu sekelian berserta rahmat Allah. Lafaz salam ini berpandukan hadis dari Abdullah bin Masud r.a. yang menceritakan; Adalah Rasulullah s.a.w. memberi salam ke kanan dan ke kiri dengan menyebutkan; Selamat sejahtera ke atas kamu sekelian berserta rahmat Allah. (Riwayat Imam at-Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan soheh). Adakah kedua-dua salam diwajibkan? Tidak. Salam yang diwajibkan ialah yang pertama sahaja. Adapun salam yang kedua hukumnya adalah sunat. Bagaimana cara memberi salam yang sempurna? Jika seseorang ingin memberi salam sekali sahaja, disunatkan ia memberi salam tanpa memaling ke kanan atau ke kiri, akan tetapi dengan mengadap ke hadapannya. Adapun jika ia ingin memeri dua kali salam, maka salam pertama ke sebelah kanan dan salam kedua ke sebelah kiri di mana ia memaling mukanya pada setiap kali memberi salam sehingga dapat dilihat pipinya oleh orang yang berada bersebelahan di belakangnya berdasarkan hadis yang disebutkan tadi. Jika ia memberi kedua-dua salam dengan memaling ke kanan sahaja atau ke kiri sahaja atau kedua-duanya ke depan (tanpa memaling sama ada ke kanan atau ke kiri), atau ia memberi salam pertama dengan memaling ke kiri dan memberi salam kedua dengan memaling ke kanan, maka semua cara tersebut tidaklah membatalkan solatnya dan terhasil dua salam baginya namun ia tidak memperolehi pahala melakukan kaifiyat yang betul. Makmum;bila masanya ia memberi salam? Jika seseorang menunaikan solat berjamaah, hendaklah ia memberi salam selepas imamnya memberi salam. Jika ia memberi salam mendahului imamnya, batallah solatnya kecuali ia berniat mufaraqah (berpisah dari imamnya). Jika ia memberi salam serentak dengan imamnya, dalam masalah ini ada dua pandangan dari ulamak-ulamak mazhab Syafiie; (pandangan pertama); batal solatnya kecuali dengan niat mufaraqah, (pandangan kedua); tidak batal. Pandangan yang rajih menurut Imam Nawawi ialah yang kedua.

SUNAT SELEPAS SOLAT Apa yang sunat kita lakukan selepas solat? Disunatkan kita beristighfar, berzikir dan berdoa. Ini berdalilkan hadis di bawah; 1. Tsauban r.a. menceritakan; Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai dari solatnya, baginda beristighfar sebanyak tiga kali (HR Imam Muslim). Ditanya kepada Imam al-Auzaie yang menjadi salah seorang perawi hadis ini-; Bagaimana cara istighfar?. Jawab beliau; ( .al-Azkar, Imam Nawawi). 2. Ibnu Abbas r.a. menceritakan; Kami mengetahui selesainya Rasulullah s.a.w. menunaikan solat dengan bunyi takbir (yakni alunan yang diucapkan sebaik sahaja selesai solat). Dalam riwayat yang lain, Ibnu Abbas juga pernah menceritakan; Sesungguhnya meninggikan suara dengan berzikir apabila orang ramai selesai dari menunaikan solat fardhu adalah biasa dilakukan pada zaman Rasulullah s.a.w.. Ibnu Abbas berkata lagi; Apabila aku mendengarnya maka tahulah aku bahawa mereka sudah selesai menunaikan solat. (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim). 3. Dari Abu Umamah r.a. menceritakan; Telah ditanya kepada Rasulullah s.a.w.; Doa di waktu manakah yang paling didengar oleh Allah?. Jawab Rasulullah s.a.w.; Doa di akhir malam dan doa setiap kali selepas solat fardhu. (Riwayat Imam At-Tirmizi. Menurut beliau; hadis ini adalah hasan).

SOLAT (KHUSYUK) Apa makna khusyuk? Khusyuk pada pengertian bahasa bermaksud tunduk dan merendah diri. Orang yang khusyuk ialah orang yang tunduk dan merendah diri. Adapun pengertian khusyuk di dalam solat, di bawah ini kita kemukakan beberapa pandangan ulamak tentang makna khusyuk di dalam solat; 1. Berkata Saidina Ali r.a.; Khusyuk itu ialah khusyuk hati. Menurut riwayat lain, beliau berkata; Khusyuk itu ialah tidak berpaling ke kanan atau ke kiri. 2. Menurut Imam al-Qurthubi; Khusyuk ialah suatu keadaan di dalam jiwa di mana dia mewujudkan keadaan tetap (tenang) dan merendah diri segala anggota. 3. Menurut Imam Zamakhsyari; Khusuk dalam solat ialah hati berkeadaan takut dan mata selalu tunduk (ke tempat sujud). (al-Kasysyaf) 4. Berkata Imam al-Jurjani; Orang yang khusyuk ialah yang merendah diri kepada Allah dengan hati dan segala anggotanya. (at-Tarifat) 5. Menurut Imam al-Kalbi; Khusyuk itu ialah suatu keadaan di hati di mana dia mempunyai sifat takut, muraqabah (selalu memperhati kan Allah) dan merendah diri kepada kebesaran Allah, kemudian dia mempengaruhi segala anggota yang membawa berkeadaan tetap, seronok melakukan solat, tidak berpaling-paling, menangis dan berdoa. Dari penjelasan para ulamak di atas, dapat kita simpulkan bahawa khusyuk di dalam solat hendaklah menggabungkan dua bentuk khusyuk; 1. Khusyuk batin; iaitu khusyuk hati dengan menghadirkan di dalam hati perasaan takut kepada Allah, rendah diri serta mengharapkan rahmatNya. 2. Khusyuk lahir; iaitu khusyuk kepala dengan cara menundukkannya, khusyuk mata dengan cara tidak menoleh atau berpaling-paling, khusyuk tangan ialah dengan meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri dengan penuh hormat seperti perlakuan seorang hamba dan khusyuk dua kaki ialah dengan tegaknya berpijak dan berkeadaan tetap, tidak bergerak. Khusyuk lahir ini terbit dari khusyuk batin atau hati tadi. Kenapakah khusyuk penting? Khusyuk penting kerana pahala solat bergantung kepadanya. Sabda Nabi s.a.w.; Sesungguhnya seorang lelaki selesai menunaikan solat, namun tidak ditulis pahala untuknya melainkan sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, sepernam, seperlima, seperempat, sepertiga atau seperdua (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Hibban dari Ammar bin Yasir r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini soheh. Lihat. Al-Jami as-Saghier, hadis no. 1978). Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda; Barangkali seorang yang bangun mengerjakan solat di malam hari, habuannya dari solat malamnya hanyalah berjaga malam (yakni tidak ada pahala). Dan barangkai seorang yang berpuasa, habuannya dari puasanya hanyalah lapar dan dahaga. (Riwayat at-Tabrani, Ahmad, al-Hakim dan alBaihaqi dari Abu Hurairah r.a.. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini soheh. Berkata Hafidz al-Iraqi; ia adalah hasan. Menurut Imam al-Haitami; perawi-perawinya adalah siqah. Lihat; al-Jami as-Saghier dan Faidhul-Qadier, hadis no. 4405). Berikah contoh manusia yang khusyuk di dalam solat Contoh manusia yang khusyuk ialah para sahabat. Abdullah bin Umar r.a. salah seorang sahabat Nabi yang masyhur- pernah menceritakan sentang solat para sahabat dengan katanya; Para sahabat Nabi s.a.w. apabila mereka mengerjakan solat, mereka memberi perhatian bersungguh-sungguh kepada solat mereka, mereka menundukkan penglihatan mereka ke tempat-tempat sujud mereka dan mereka menyedari sesungguhnya Allah sedang berhadap kepada mereka, maka tidaklah mereka berpaling ke kanan dan ke kiri. Nyatakan rahsia-rahsia untuk mendapat khusyuk di dalam solat mengikut Imam al-Ghazali Menurut Imam al-Ghazali, untuk menghadirkan khusyuk di dalam solat, ada enam perkara yang perlu kita lakukan semasa mengerjakan solat; Pertama; Hudhur al-Qlabi ( ;) iaitu menghadirkan hati kita ketika menunaikan solat iaitu dengan

membuang dari hati segala yang tidak ada kena-mengena dengan solat kita. Kedua; at-Tafahhum ( ;) iaitu berusaha memahami iaitu melakukan usaha untuk memahami segala perkara yang dilakukan di dalam solat sama ada perbuatan atau yang dibaca/diucapkan. Ketiga; at-Tadziem ( Keempat; al-Haibah ( ;)iaitu merasai kebesaran Allah iaitu dengan merasai diri terlalu kerdil di hadapan Allah. ;)iaitu merasa gerun terhadap keagungan Allah dan siksaanNya.

Kelima; ar-Raja ( ;) iaitu sentiasa menaruh harapan besar kepada Allah mudah-mudahan solat yang dikerjakan akan diterima dan diganjari oleh Allah. Keenam; al-Haya ( ;) iaitu merasa malu terhadap Allah di atas segala kekurangan dan kecacatan yang terdapat di dalam solat.

Bagaimana caranya melakukan mandi wajib yang sempurna? Untuk melakukan mandi wajib dengan sempurna, ikutilah langkah-langkah berikut; Langkah pertama Baca Bismillah sambil menghadirkan niat di dalam hati (iaitu niat melakukan mandi wajib atau niat menghilangkan hadas). Kemudian basuh kedua tangan sebanyak tiga kali. Langkah ke dua Dengan menggunakan tangan kiri, basuh kemaluan (depan dan belakang) dan bersihkan najis atau kekotoran di badan jika ada. Langkah ke tiga Ambil wudhuk dengan sempurna sebagaimana wudhuk untuk mengerjakan solat. Jika ingin menangguhkan basuhan kaki ke hujung mandi diharuskan. Namun yang afdhal ialah menyempurnakannya. Langkah ke empat Kemudian lakukan mandian dengan bermula di bahagian kepala terlebih dahulu. Mula-mula, ambilkan air dan selati celah-celah rambut dengan jari-jari hingga rata air di kulit kepala dan akar-akar rambut. Setelah itu jiruskan air ke atas kepala dan ulanginya sebanyak tiga kali cebukan. Langkah ke lima Berikutnya, lakukan pula mandian di bahagian badan dengan menjirus air ke sebelah kanan terlebih dahulu, kemudian diikuti ke sebelah kiri. Semasa mandi, tangan hendaklah menggosok-gosok badan terutamanya bahagianbahagian yang berlipat yang dikhuatiri tidak sampai air jika tidak digosok. Langkah ke enam

Akhiri mandian dengan membasuh kedua kaki dan menggosok dicelah-celah jarinya. Menurut mazhab Imam Syafiie; Apabila selesai mandian, disunatkan membaca doa sebagaimana doa yang sunat dibaca selepas mengambil wudhuk . Wanita yang mendandan rambut atau mempunyai sanggul; wajibkah ia merungkaikan sanggul atau dandanannya itu ketika mandi? Menurut mazhab Imam Syafiie; jika air dapat membasahi rambut dan dapat sampai ke kulit kepala tanpa merungkainya, maka tidak wajib merungkainya. Jika tidak, wajiblah ia merungkai dandanan atau sangggulnya. Jadi, yang penting ialah memastikan air mengenai rambut dan kulit kepala. Imam Ahmad membezakan antara mandi kerana junub dan mandi kerana haid. Menurut beliau; jika mandi kerana junub, tidak wajib merungkai sanggul atau dandanan itu. Tetapi jika mandi kerana haid, wajiblah dirungkaikannya Ia berdalilkah dua hadis;

Anda mungkin juga menyukai