Anda di halaman 1dari 5

SUJUD TILAWAH & SUJUD SYUKUR

SUJUD TILAWAH DI LUAR SEMBAHYANG

Sepertimana yang telah dijelaskan bahawa sujud tilawah itu sunat juga
dilakukan di luar sembahyang iaitu setelah selesai menghabiskan bacaan ayat
sajdah atau mendengarnya, jika hendak melakukan sujud tilawah hendaklah
berniat sujud tilawah kemudian bertakbir iftitah seperti takbiratul ihram dalam
sembahyang.

Niat sujud tilawah ini adalah wajib bersandarkan kepada hadis Baginda
Shallallahu ‘alaihi wasallam :

Maksudnya: “Sesungguhnya amal perbuatan itu hanyalah dengan niat”

Begitu juga dengan takbir iftitah hukumnya adalah wajib kerana ia adalah
merupakan syarat sujud tilawah itu menurut pendapat al-ashah.

Di samping berniat di dalam hati ia juga disunatkan melafazkan niatnya itu,


seperti:

Ertinya:“Sahaja aku melakukan sujud tilawah kerana Allah Ta‘ala”

Kemudian itu bertakbir sekali lagi untuk melakukan sujud tanpa mengangkat
tangannya. Apabila hendak bangun dari sujud adalah disunatkan ketika
mengangkat kepalanya dengan bertakbir.

Adalah disunatkan menurut pendapat al- shahih memanjangkan bacaan takbir


yang kedua ketika hendak sujud sehingga ia meletakkan dahinya ke tempat
sujud, dan juga bagi takbir yang ke tiga ketika bangkit dari sujud sehingga
duduk semula.(Al-Majmuk 3/561)
Setelah ia bangun dari sujud maka disudahi dengan salam iaitu dalam keadaan
dia duduk tanpa bertasyahhud. Salam menurut pendapat al-azhar adalah wajib
kerana ia merupakan syarat sebagaimana di dalam kitab Syarah Al-Minhaj.

Kesimpulannya perkara yang dituntut yang juga merupakan rukun sujud


tilawah bagi yang melakukannya bukan di dalam sembahyang ialah niat sujud,
takbir seperti yang dilakukan ketika hendak mengangkat takbir untuk
menunaikan sembahyang, sujud dan juga salam.

Perlu diingat bahawa untuk melakukan sujud tilawah di luar sembahyang ini
tidak disunatkan bangun dari duduk untuk berdiri (qiam) kemudian
melaksanakan sujud, bahkan memadailah hanya dalam keadaan duduk.
Sementara itu jika dia dalam keadaan berdiri maka dilakukan takbiratul ihram
dalam keadaan berdirinya itu kemudian membaca takbir dan sujud.(At-Tibyan
Fi Adab Hamalatil Quran 118)

BACAAN ATAU ZIKIR KETIKA SUJUD TILAWAH

Adalah sunat hukumnya membaca zikir ketika di dalam sujud tilawah. Di


antara zikir yang di galakkan itu ialah:

Ertinya: “Telah sujud wajahku kepada (Allah,Zat) yang Menciptakannya, yang


Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya
dengan daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah
kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta”

Dan zikir yang lain sebagaimana yang di sebut dalam hadis Baginda
Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya : “Ya Allah tuliskan bagi ku dengan sujud ini pahala dan jadikanlah
sujud ini berharga di sisiMu dan hindarkanlah daripadaku dosa dengannya
terimalah ia daripadaku sepertimana Engkau menerima sujud hambaMu Daud”

(Hadis riwayat Al-Tirmidzi dan lainnya dengan sanad yang hasan)

Sementara itu Al-Ustaz Ismail Al-Dharir di dalam tafsirnya menaqalkan


bahawa Imam Asy-Syafi‘ie memilih untuk diucapkan di dalam sujud tersebut :

Ertinya: “Maha suci tuhan kami, sungguh janji Tuhan kami tetap terlaksana”

Walau bagaimanapun adalah harus dibawakan zikir yang biasa digunakan di


dalam sujud sembahyang.

Menurut Imam Al-Qalyubiy bahawa sujud tilawah atau sujud syukur itu boleh
diganti dengan zikir berikut bagi orang yang tidak melakukan sujud walaupun
ia suci dari hadas (dalam keadaan berwudhu) seperti ucapan:

Ertinya:“Maha suci Allah dan segala puji-pujian bagiNya, tiada tuhan yang
berhak disembah melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar”.

Dibaca zikir tersebut sebanyak empat kali kerana ia boleh menggantikan tempat
tahiyatul masjid.(Al-Fiqhu Al-Islami Wa Adillatuhu 1136)
APA DIA SUJUD SYUKUR ITU ?

Sujud syukur ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang
dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau atas terhindarnya seseorang dari
malapetaka.

HUKUM SUJUD SYUKUR

Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan
hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya yang maksudnya
:

“Sewaktu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju ke dalam


bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap
kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda
mengangkat kepalanya seraya bersabda: “Sesungguhnya Jibril mendatangiku
dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata:“Sesungguhnya Allah
mengatakan kepada engkau: “Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku
akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada
engkau, Aku akan memberi salam kepadanya” Lalu saya bersujud sebagai
tanda syukur kepada Allah”.

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Dalam hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya
bahawa Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam jika sampai kepada Baginda
sesuatu perkara yang menggembirakannya, Baginda akan melakukan
sujud.(Syarah Al-Minhaj)

Sujud syukur di dalam mazhab Asy-Syafi‘ie tidak boleh dilakukan di dalam


sembahyang. Ianya hanya sunat dilakukan di luar sembahyang ketika seseorang
mendapat limpahan rahmat daripada Allah atau terhindar daripada malapetaka.

Di antara sujud yang dikategorikan sebagai sujud syukur ialah sujud selepas
membaca ayat 25 daripada surah Shad iaitu:

Tafsirnya: “Maka Kami mengampuni kesalahannya. Sesungguhnya dia dekat


dari Kami dan mempunyai tempat kembali yang baik”.
Dari itu sujud kerana ayat ini tidak boleh dibuat di dalam sembahyang kerana
sujud pada ayat di atas adalah atas dasar syukur dan sujud syukur tidak boleh
dilakukan di dalam sembahyang. Jika dia sujud maka batallah sembahyangnya
menurut pandapat al-ashah, kecualilah jika ia tidak mengetahuinya atau ia
terlupa.

BAGAIMANA SUJUD SYUKUR DILAKSANAKAN ?

Sujud syukur dilaksanakan sama halnya seperti melakukan sujud tilawah ketika
ia dilakukan di luar sembahyang iaitu berniat untuk melakukan sujud
syukur,takbir,sujud dan juga salam.

Syarat-syarat sahnya juga sama seperti syarat-syarat yang terkandung di dalam


sujud tilawah iaitu suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan
menghadap kiblat.

Dari segi zikir yang sunat dibaca ketika sujud syukur ini adalah sama seperti
zikir-zikir yang telah dijelaskan di dalam sujud tilawah.

Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat


Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau terlepas daripada bala. Di samping sunat
melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan
sembahyang sunat syukur. ( Mughni Al-Muhtaj 1/219). Menurut Al-
Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah
atau sembahyang dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.

Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak
di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.

PENUTUP

Sujud tilawah dan sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu
ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi
nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda
tentang kelebihan sujud tilawah. Dari itu, sayugialah diingatkan supaya jangan
dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan
tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran
Islam.

Anda mungkin juga menyukai