Anda di halaman 1dari 8

SUJUD SYUKUR

Sujud syukur ialah satu sunnah yang ditinggalkan kepada kita untuk sujud dalam menunjukkan terima
kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah s.w.t atau atas terhindarnya seseorang dari marabahaya
dan malapetaka. Bila menerima sesuatu yang baik dan menggembirakan, maka kita diajarkan untuk
sujud syukur.
Firman Allah yang bermaksud :
.Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya
terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi
hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (Surah Luqman : 12)
Dan juga sabda Nabi yang bermaksud :
Dari Abu Bakrah r.a.Bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang
menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai berterima kasih
kepada Allah SWT.( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)
Cara untuk melakukannya tidaklah susah sangat nak buat sujud syukur ini.. Tak sampai lima minit
atau kurang lagi.
Rukun sujud syukur adalah seperti berikut:1. Niat 2. Takbiratul Ihram 3. Sujud (sekali sahaja) 4. Salam
Dan syaratnya sama seperti hendak sembahyang fardhu, iaitu dalam wudhu, mengadap kiblat,
menutup aurat dan sebagainya. Ini maknanya, anda boleh mulakan sujud syukur, dalam duduk
(macam duduk antara dua sujud).
Takbiratul ihram dan niat, terus sujud. Selepas bangun dari sujud, beri salam. Mudahkan?
Sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat.
Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh
hadis Baginda tentang kelebihan sujud syukur ini.
Dari itu, Diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya
merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah
Shallallahu alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.
Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :

Maksudnya: Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang
membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta.
Jika anda tak hafal yang ini, dan mahu mengerjakan sujud syukur, masih boleh.
Baca sahaja yang anda selalu baca waktu sujud. Ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud
syukur selalu, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau kecapaian sendiri.

DEFINASI
Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan)
atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yg besar.
Waktunya
Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar
daripada bencana dan sebagainya
Dalilnya
Daripada saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad s.a.w.
Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang
baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala. Hadis diriwayatkan
oleh Abu Daud dan Termidzi r.a.
Rukunnya
1 Niat
2 Takbiratulihram
3 Sujud
4 Memberi salam
Syarat-syaratnya
Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat :
a. Suci dari hadath besar dan kecil
b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat
c. Menghadap ke kiblat
d. Menutup aurat
Cara-cara melakukannya.
Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA
Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR )
Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat
Keempat : Duduk selepas sujud lalu memberi salam.

Bacaan dalam sujud


1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU
AKBAR 3kali
2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau
dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut)
A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU
B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU
BERIKAN KEPADA KAMI
C. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANGORANG YANG BERIMAN
D. YA ALLAH JAUHILAH RUMAH DAN TEMPAT KERJA KAMI DARI BENCANA
DAN MALAPETAKA
E. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU
DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU

SUJUD TILAWAH DAN SUJUD SYUKUR


(Bilangan 113 Bahagian Akhir)
Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

SUJUD TILAWAH DI LUAR SEMBAHYANG

Sepertimana yang telah dijelaskan bahawa sujud tilawah itu sunat juga dilakukan
di luar sembahyang iaitu setelah selesai menghabiskan bacaan ayat sajdah atau
mendengarnya, jika hendak melakukan sujud tilawah hendaklah berniat sujud
tilawah kemudian bertakbir iftitah seperti takbiratul ihram dalam sembahyang.
Niat sujud tilawah ini adalah wajib bersandarkan kepada hadis Baginda Shallallahu
alaihi wasallam :

Maksudnya: Sesungguhnya amal perbuatan itu hanyalah dengan niat

Begitu juga dengan takbir iftitah hukumnya adalah wajib kerana ia adalah
merupakan syarat sujud tilawah itu menurut pendapat al-ashah.
Di samping berniat di dalam hati ia juga disunatkan melafazkan niatnya itu,
seperti:

Ertinya:Sahaja aku melakukan sujud tilawah kerana Allah Taala

Kemudian itu bertakbir sekali lagi untuk melakukan sujud tanpa mengangkat
tangannya. Apabila hendak bangun dari sujud adalah disunatkan ketika
mengangkat kepalanya dengan bertakbir.
Adalah disunatkan menurut pendapat al- shahih memanjangkan bacaan takbir yang
kedua ketika hendak sujud sehingga ia meletakkan dahinya ke tempat sujud, dan
juga bagi takbir yang ke tiga ketika bangkit dari sujud sehingga duduk semula.(AlMajmuk 3/561)
Setelah ia bangun dari sujud maka disudahi dengan salam iaitu dalam keadaan dia
duduk tanpa bertasyahhud. Salam menurut pendapat al-azhar adalah wajib kerana
ia merupakan syarat sebagaimana di dalam kitab Syarah Al-Minhaj.
Kesimpulannya perkara yang dituntut yang juga merupakan rukun sujud tilawah
bagi yang melakukannya bukan di dalam sembahyang ialah niat sujud, takbir
seperti yang dilakukan ketika hendak mengangkat takbir untuk menunaikan
sembahyang, sujud dan juga salam.
Perlu diingat bahawa untuk melakukan sujud tilawah di luar sembahyang ini tidak
disunatkan bangun dari duduk untuk berdiri (qiam) kemudian melaksanakan sujud,
bahkan memadailah hanya dalam keadaan duduk. Sementara itu jika dia dalam
keadaan berdiri maka dilakukan takbiratul ihram dalam keadaan berdirinya itu
kemudian membaca takbir dan sujud.(At-Tibyan Fi Adab Hamalatil Quran 118)

BACAAN ATAU ZIKIR KETIKA SUJUD TILAWAH


Adalah sunat hukumnya membaca zikir ketika di dalam sujud tilawah. Di antara
zikir yang di galakkan itu ialah:

Ertinya: Telah sujud wajahku kepada (Allah,Zat) yang Menciptakannya, yang


Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan
daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah
sebaik-baik Pencipta

Dan zikir yang lain sebagaimana yang di sebut dalam hadis Baginda Shallallahu
alaihi wasallam:

Maksudnya : Ya Allah tuliskan bagi ku dengan sujud ini pahala dan jadikanlah
sujud ini berharga di sisiMu dan hindarkanlah daripadaku dosa dengannya
terimalah ia daripadaku sepertimana Engkau menerima sujud hambaMu Daud
(Hadis riwayat Al-Tirmidzi dan lainnya dengan sanad yang hasan)
Sementara itu Al-Ustaz Ismail Al-Dharir di dalam tafsirnya menaqalkan bahawa
Imam Asy-Syafiie memilih untuk diucapkan di dalam sujud tersebut :

Ertinya: Maha suci tuhan kami, sungguh janji Tuhan kami tetap terlaksana
Walau bagaimanapun adalah harus dibawakan zikir yang biasa digunakan di dalam
sujud sembahyang.
Menurut Imam Al-Qalyubiy bahawa sujud tilawah atau sujud syukur itu boleh
diganti dengan zikir berikut bagi orang yang tidak melakukan sujud walaupun ia
suci dari hadas (dalam keadaan berwudhu) seperti ucapan:

Ertinya:Maha suci Allah dan segala puji-pujian bagiNya, tiada tuhan yang berhak
disembah melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar.
Dibaca zikir tersebut sebanyak empat kali kerana ia boleh menggantikan tempat
tahiyatul masjid.(Al-Fiqhu Al-Islami Wa Adillatuhu 1136)

APA DIA SUJUD SYUKUR ITU ?

Sujud syukur ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang
dilimpahkan Allah Subhanahu wa Taala atau atas terhindarnya seseorang dari
malapetaka.
HUKUM SUJUD SYUKUR
Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan
hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya yang maksudnya :
Sewaktu Nabi Shallallahu alaihi wasallam keluar menuju ke dalam bangunanbangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan
sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat
kepalanya seraya bersabda: Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi
khabar gembira kepadaku. Jibril berkata:Sesungguhnya Allah mengatakan
kepada engkau: Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi
selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan
memberi salam kepadanya Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada
Allah.
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Dalam hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya
bahawa Baginda Shallallahu alaihi wasallam jika sampai kepada Baginda sesuatu
perkara yang menggembirakannya, Baginda akan melakukan sujud.(Syarah AlMinhaj)
Sujud syukur di dalam mazhab Asy-Syafiie tidak boleh dilakukan di dalam
sembahyang. Ianya hanya sunat dilakukan di luar sembahyang ketika seseorang
mendapat limpahan rahmat daripada Allah atau terhindar daripada malapetaka.
Di antara sujud yang dikategorikan sebagai sujud syukur ialah sujud selepas
membaca ayat 25 daripada surah Shad iaitu:

Tafsirnya: Maka Kami mengampuni kesalahannya. Sesungguhnya dia dekat dari


Kami dan mempunyai tempat kembali yang baik.
Dari itu sujud kerana ayat ini tidak boleh dibuat di dalam sembahyang kerana sujud
pada ayat di atas adalah atas dasar syukur dan sujud syukur tidak boleh dilakukan
di dalam sembahyang. Jika dia sujud maka batallah sembahyangnya menurut
pandapat al-ashah, kecualilah jika ia tidak mengetahuinya atau ia terlupa.

BAGAIMANA SUJUD SYUKUR DILAKSANAKAN ?


Sujud syukur dilaksanakan sama halnya seperti melakukan sujud tilawah ketika ia
dilakukan di luar sembahyang iaitu berniat untuk melakukan sujud
syukur,takbir,sujud dan juga salam.
Syarat-syarat sahnya juga sama seperti syarat-syarat yang terkandung di dalam
sujud tilawah iaitu suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap
kiblat.
Dari segi zikir yang sunat dibaca ketika sujud syukur ini adalah sama seperti zikirzikir yang telah dijelaskan di dalam sujud tilawah.
Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah
Subhanahu wa Taala atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan
sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan sembahyang sunat
syukur. ( Mughni Al-Muhtaj 1/219). Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia
menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau sembahyang dua rakaat
maka itu adalah yang lebih baik.
Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di
antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.
PENUTUP
Sujud tilawah dan sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu
ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi
nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda
tentang kelebihan sujud tilawah. Dari itu, sayugialah diingatkan supaya jangan
dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan
tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah
Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.

Anda mungkin juga menyukai