Anda di halaman 1dari 14

Yang berusaha Tuan PPD En Yusri Bin Seman

Timbalan Sektor Pembelajaran Memangku tugasan Timbalan Sektor Perancangan Cik


Hjh Noora Binti Abu bakar

Timbalan Sektor pembangunan Murid memangku tugasan Sektor Pengurusan Sekolah


En Farid bin ishak

Rakan SIPartner+, Rakan SISC+, semua pegawai dan warga PPD.

Apakah matlamat hidup kita? Kita seharusnya mempersoalkan diri kita sendiri sebelum
dipersoalkan nanti. Apakah matlamat kehidupan kita? Adakah hanya untuk mencapai
kejayaan di dunia? Mampukah kita mencapai kejayaan jika akhirat diketepikan?

“Maka apakah kamu mengira bahwa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada
maksud) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu’minun:115)

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.”
Az-Zariyat:56)

Jom! Jadikan diri kita sebagai hamba Allah yang memiliki matlamat yang jelas! Semoga
kita menjadikannya sebagai motivasi dan mengerjakannya untuk mencapai kejayaan di
dunia dan akhirat

Pesanan Mutawif amalkan dlm doa setiap kali sembahyang

1. Mohon Allah ampunkan dosa2 kita dari yang sekecil2 dosa sehingga sebesar2
dosa
2. Berikan rezeki yang halal dan diberkati Allah
3. Berikan anak2 yang soleh
4. Berikan syafaat Rasullah S.A.W
5. Matikan kita dalam keadaan beriman
6. Mudahkan melintas titian siratal mustakim untuk masuk ke syurga Firdausi.

15

Kelebihan Solat Dhuha; Hadiah Istimewa Allah

Selepas mengerjakan solat subuh di pagi hari, dan meneruskan membaca al-Quran,

apakah lagi ibadah yang terbaik untuk diisi di pagi yang indah? Sudah tentu dengan

mendirikan solat sunat dhuha. Apakah solat sunat dhuha itu?

Bilakah Waktu untuk Mendirikan Solat Sunat Dhuha?

Sesuai dengan maknanya, waktu ditunaikannya adalah pagi, dalam waktu matahari

telah naik dengan sempurna sekitar satu galah tingginya (tujuh hasta). Atau lebih

tepatnya selama 20-30 minit selepas matahari terbit.

Lalu, tempoh solat ini berlarutan sehingga hampir gelincirnya matahari atau sebelum

masuk waktu zohor. Setelah masuknya waktu zohor, maka tamatlah waktu Dhuha (10

minit sebelum zohor).


Hukum Solat Sunat Dhuha?

Hukum solat sunat dhuha adalah sunat. Maka ianya tidak diwajibkan ke atas umat

Islam. Namun bagi sesiapa yang melakukannya akan mendapat ganjaran yang besar

bersama-sama kelebihannya

Berapakah Jumlah Rakaat Solat Sunat Dhuha?

Samalah seperti solat sunat yang lain. Solat sunat dhuha boleh didirikan dalam dua,

empat, enam atau lapan rakaat  mahupun 12 rakaat, dengan setiap dua rakaat disertai

satu salam.

Pendapat dua rakaat adalah berdasarkan kepada hadis daripada Ibn Umar r.a yang

berkata bahawa;

“Rasulullah SAW bersabda; Firman Allah dalam hadis kudsi (maksudnya): ‘Hai anak

Adam, solatlah keranaKu dua rakaat dhuha pada awal hari, nescaya Aku jamin

(kesejahteraanmu) hingga akhir hari tersebut’.”

(Riwayat al-Tabarani)

Terdapat juga hadis mengenai pelaksanaan solat dhuha sebanyak lapan rakaat;

“Riwayat daripada Ummu Hani r.a katanya (maksudnya): ‘Bahawa Rasulullah bersolat

Duha sebanyak lapan rakaat pada hari pembukaan kota Makkah. Baginda mengucap

salam setiap kali selesai dua rakaat’.”

 (Riwayat Abu Daud)


Manakala, solat dhuha sebanyak 12 rakaat pula adalah berdasarkan kepada hadis

berikut:

“Daripada Ibn Umar r.a., katanya, ‘Aku berkata kepada Abu Dzar, Hai, pakcik, berikan

nasihat kepada saya’. Jawabnya, ‘Pertanyaanmu itu sama seperti pertanyaanku

kepada Rasulullah SAW’. Lalu Banginda menjawab (maksudnya): ‘Jika anda

laksanakan solat dhuha dua rakaat nescaya anda tidak akan ditulis di kalangan orang

yang lalai. Jika anda laksanakan solat dhuha empat rakaat, nescaya anda ditulis di

kalangan Abidin, jika anda laksanakan solat dhuha enam rakaat nescaya anda tidak

diikuti dengan dosa dan jika anda laksanakan solat dhuha lapan rakaat nescaya anda

ditulis di kalangan Qanitin (sentiasa berdiri untuk beribadat). Manakala seandainya

anda laksanakan solat dhuha 12 rakaat nescaya dibinakan untuk anda istana di dalam

syurga. Setiap tempoh masa, baik siang, malam, atau saat-saat tertentu Allah sentiasa

menghulurkan sedekah kurniaNya kepada mana-mana orang yang dikehendakiNya.

Tiada kurnia lain yang sering disebut-sebut oleh Allah terhadap hambaNya, kerana

kurniaan amalan zikir (yang berterusan) kepada Allah yang dilakukan olehNya’.”

 (Riwayat al-Bazzar)

Bagaimana Caranya Melakukan Solat Dhuha?

1. Niat:

Lafaz Niat Solat Sunat Dhuha:

‫ْن هَّلِل ِ َت َعالَى‬ َ ‫ُأ‬


ِ ‫صلِّيْ ُس َّن َة الضُّحى َر َك َع َتي‬
“Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala.”

2. Rakaat pertama: Membaca surah al-Fatihah dan diikuti oleh surah al-Syams.

3. Rakaat kedua: Membaca surah al-Fatihah dan diikuti surah ad-Dhuha.

Selain membaca surah ini, boleh juga membaca surah-surah lain yang dihafal seperti

surah al-Kafirun dan al-Ikhlas kerana tidak terdapat apa-apa surah yang ditetapkan

khusus untuk solat sunat ini,

Selain itu. Terdapat juga doa yang digalakkan dibaca selepas selesai solat sunat

dhuha, sebagai permintaan kita agar dimurahkan rezeki pada awal hari tersebut.

 
“Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan itu ialah

kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu

kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah jika rezekiku masih di

atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar

mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu

dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada

kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.”

Dari segi bahasa, ‘Dhuha’ bererti ‘matahari’ atau ‘cahaya matahari’, manakala dari segi

syarak pula, solat sunat dhuha adalah  solat yang dilakukan pada waktu matahari baru

terbit.

Solat sunat dhuha adalah solat yang ditunaikan setelah naik matahari pada waktu pagi, 

iaitu sekitar pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari, iaitu sebelum tiba waktu zuhur.

Dalam waktu dhuha ini,  kebanyakan orang berada dalam kesibukan duniawi, ada yang

sedang bekerja, melakukan rutin harian dan sebagainya, maka dengan itulah Allah

SWT menjanjikan nikmat dan pulangan yang cukup besar bagi sesiapa yang merebut

masa ini untuk mendirikan solat sunat dhuha.

Allah bukan sahaja menyayangi sesiapa yang melazimi dhuha, bahkan sentiasa

mencukupkan rezekinya dengan berlipat kali ganda. Maka rugilah sesiapa yang

sengaja melepaskan keistimewaan ini.

Selain itu, terdapat banyak lagi nikmat dan kelebihan dalam menunaikan solat sunat

dhuha, antaranya;
1. Disukai Allah SWT

Allah sangat menyukai golongan hambaNya yang mengerjakan solat dhuha, walaupun

hanyalah dua rakaat sahaja tetapi ianya ibadah yang membuatkan pelakunya sentiasa

disayangi oleh Allah SWT.

“Amalan yang paling disukai oleh Allah SWT adalah yang berterusan dilakukan oleh

pelakunya walaupun ia sedikit.”

(Hadis Riwayat Muslim)

2. Sebagai Sedekah Yang Tak Disedari

Daripada Abi Zar r.a, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda

“Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada

sedekah. Maka setiap tasbih (Subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid

(Alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (Allahuakbar) itu adalah sedekah,

menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang

mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu)

dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat dhuha.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Ini bermakna, setiap  bacaan dan tindakan dalam solat dhuha dianggap sebagai

sedekah. Dengan bersolat dua rakaat sahaja kita sudah turut sama mendapat pahala

bersedekah, baiknya Allah.

3. Memberi Kesihatan Yang Baik


Umum sedia tahu bahawa perbuatan solat adalah senaman yang baik untuk

menyihatkan tubuh badan manusia. Setiap pergerakan seperti rukuk dan sujud

mempunyai fungsi masing-masing, contohnya dapat meregangkan otot.

Lalu jika dengan banyak mendirikan solat sunat juga bermna telah menambah gerakan

senaman secara tidak langsung. Bukan sahaja kesihatan fizikal, solat juga memberi

kesihatan kepada mentaliti, iaitu ketenangan jiwa dan fikiran.

4. Ganjaran Pahala Berlipat Ganda

Pahala dalam menunaikan solat sunat adalah sangat besar, apatah lagi solat sunat

yang sangat disukai oleh Allah SWT.  

5. Diampunkan Kesalahan dan Dosa

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhaNya, nescaya diampuni Allah baginya

aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

Ini bermakna, dosa yang paling besar juga dapat diampunkan asbab dengan

mendirikan solat dhuha, selain dapat menutup dosa-dosa kecil, dosa besar termasuklah

dosa terdahulu.

6. Disiapkan Rumah di Syurga


Sabda Nabi SAW;

“Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya,

maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.”

(al-Jami’: 634)

Beruntunglah sesiapa yang melazimi harinya dengan mendirikan solat ini, kerana Allah

SWT  telah berjanji untuk membangunkan sebuah mahligai di syurga untuknya kelak.

7. Dicukupkan Rezeki Setiap Hari

Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, 

“Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam,

janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan

solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di

akhir harimu.”

(Hadis Riwayat Abu Dawud)

Rezeki akan sentiasa dicukupkan oleh Allah pada hari itu dan seterusnya, seperti yang

sering dikatakan umum bahawa solat dhuha adalah solat pembuka pintu rezeki.

Bahkan Allah akan menurunkan rezeki yang tidak disangka-sangka, bukan dari bentuk

makanan sahaja, tetapi tubuh badan yang sihat, anak-anak yang soleh dan bijak,

keluarga yang bahagia, bidang pekerjaan yang baik dan sebagainya.

8. Mendapat Keuntungan yang Besar


Rasulullah SAW bersabda;

“Barangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan

solat dhuha, dialah yang paling dekat tujuannya (tempat perangnya), lebih banyak

ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya.”

(Sahih al-Targhib : 666)

Begitu Allah memberi keuntungan yang besar kepada mereka yang mengamalkan solat

dhuha. Namun begitu, kusyuk dan fokus dalam melazimi solat suant dhuha tanpa

hanya  memikirnya rezeki harta semata-mata tetapi ekuntungan rezeki yang lain,

seperti kesihatan.

9. Mendapat Pahala Umpama Menunaikan Umrah

Daripada Abu Umamah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan

solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa

yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang

melaksanakan umrah.”

(Sahih al-Targhib: 673)

Bayangkanlah pahala mengerjakan umrah boleh diperoleh dengan mendirikan solat

dhuha yang boleh didirikan dengan dua rakaat itu, begitu Allah menganugerahkan

ganjaran yang benar-benar istimewa  untuk hambaNya. Dan sepatutnya kita tak punya

alasan lagi untuk tidak melazimi solat sunat ini. Sungguh Allah SWT maha pemberi

rahmat.
10. Menenangkan Hati

Kelebihan solat dhuha setiap hari menjadikan jiwa dan hati anda lebih tenang. Segala

kerisauan dan gundah gulana akan hilang, seterusnya menjadikan kehidupan lebih

terurus dan tersusun.

11. Urusan Menjadi Lebih Mudah

Setiap urusan yang dilakukan akan mendapat keberkatan dari Allah SWT,  mudah dan

lancar. Kelebihan solat dhuha pada waktu pagi banyak membantu seseorang itu untuk

menjadikan kehidupan yang berjaya sepanjang hari.

12. Masuk Syurga Dari Pintu Istimewa

Golongan yang melazimi solat sunat ini akan dapat masuk syurga melalui pintu khas

iaitu pintu dhuha. Ia menunjukkan golongan ini mendapat keistimewaan tersendiri yang

tidak dimiliki oleh semua orang.

“Sesungguhnya dalam syurga, terdapat sebuah pintu bernama pintu dhuha. Apabila

kiamat telah tiba, maka akan ada suara yang berseru:”

“Dimanakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat dhuha?

Ini adalah pintu buat kalian, masuklah dengan rahmat Allah SWT.”

(Hadis Riwayat at-Thabrani)

13. Menarik Minda dan Aura Positif


Perasan atau tidak golongan yang kerap mendirikan solat sunat dhuha lebih positif,

bersikap tenang, serta lebih yakin dengan apa-apa yang dijalaninya. Ini kerana apabila

mendekatkan diri dengan Allah SWT keyakinannya hanyalah padaNya sahaja, bahkan

meletakkan segala sangka baik kepadaNya.

Golongan yang melazimi dhuha juga lebih disenangi dan didekati oleh sesama

manusia, bukan Allah SWT sahaja.

14. Doa Mudah Dimakbulkan

Doa golongan yang mendirikan solat dhuha mudah dimakbulkan oleh Allah SWT. Jadi

berdoalah berseungguh-sungguh kepada Allah SWT agar mengurniakan apa-apa yang

dinginkan.

15. Amalan Paling Mudah Dilakukan

Solat sunat dhuha adalah antara amalan ibadah yang mudah dilakukan tetapi

ganjarannya besar. Ini bermaksud solat ini didirikan dengan dua rakaat dan waktunya

pada siang hari, berbanding dengan solat di tengah malam yang agak berat dilakukan

bagi sesetengah orang.

Itulah 15 kelebihan solat dhuha yang ramai masih belum ketahui. Walaupun hanyalah

solat sunat tetapi keistimewaan dan ganjarannya sangatlah besar yang akan dapat

membantu menambah pahala kebaikan dalam hidup seseorang. Semoga kita semua

lebih melazimi solat dhuha selepas ini serta menghayati kelebihannya. 

Tiga fasa yang melucukan dalam kehidupan. Di umur remaja, kamu miliki masa dan tenaga tapi
kamu tidak mempunyai harta. 
Ketika fasa bekerja, kamu miliki harta dan tenaga tapi kamu tidak mempunyai masa. Ketika fasa
usia warga emas, kamu miliki harta dan masa tapi kamu tidak mempunyai tenaga. Inilah
namanya kehidupan. 

Ketika dianugerahkan sesuatu kepada kamu, tapi akan di ambil sesuatu yang lain dari kamu. Kita
selalu percaya kehidupan orang lain lebih baik daripada kita. 

Tapi, orang lain pula percaya kehidupan kita lebih baik daripada mereka. Ini semua itu terjadi
kerana kita kehilangan sesuatu yang penting dalam kehidupan kita dan ia adalah:

Qanaah, iaitu merasa cukup!

Jika kita ingin tahu kedudukan kita di sisi Allah, perhatikanlah kedudukan Allah dalam hati kita.
Yang hidup di kampung akan merasa nak ke bandar. 

Manakala, yang duduk di bandar pula ingin pulang ke kampung.

Bila hujan, kita tanya bila laaa nak kemarau. Tapi, bila musim kemarau pula kita tanya bila la
hujan nak turun. Bila duduk di rumah, kita rasa nak keluar. 

Tapi, bila keluar  pula rasa ingin pulang ke rumah. Waktu sunyi kita nak kepada orang ramai.
Tapi, bila ramai orang pula jadi serabut perut, kita merasa nak kepada kesunyian.

Ketika bujang mengeluh bila nak nikah. Tapi, bila dah nikah, sibuk pula nak nikah satu lagi.
Ehemmm emmm. 

Setelah berkeluarga, mengeluh belum dapat anak. Tapi, bila dah ada anak, mengeluh pula
mengenai perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki. Bila telah dimiliki lain pula ceritanya.

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi
mengabaikan apa yang sudah kita miliki. 

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki.

Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini. Sedangkan menutup
telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar. 

Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun.

Begitu juga bila hati di tutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan
di mana-mana, bumi ini sekalipun akan nampak buruk. 

Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma sehujung kuku.
Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakanNya kerana hidup adalah
waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki. 

Bersyukur atas keluarga yang kita miliki. 

Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki. 

Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki. 

Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki. Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam
segala perkara.

Jauhilah sifat sombong dgn apa yg kita miliki. Ianya bukan milik kita, ianya milik Allah Yang
Maha Esa. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah!

Anda mungkin juga menyukai