Anda di halaman 1dari 4

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

Oleh: Ismail bin Abu Bakar

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan
dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah
s.a.w. seperti berikut;

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di
waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang
membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada
hadis di atas adalah seperti berikut;

(Klik disini untuk mendengar bacaan doa ini)

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti
berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi


2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan
terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang
diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.


2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana
dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak
bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan
petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh,
mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan
sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau
berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang,
bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini
sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala
bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan
seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan
daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi
bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau
pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh
kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau
pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan
bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan
kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada


kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh
berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya
Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka
kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya


mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk
jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan
untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam
masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada
makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan
membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa
ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan
minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan
minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan
kita.

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka
yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan
di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t.
Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan
sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan
sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya
ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang
terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan
makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan.
Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba
pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat
penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas
ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini
berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia
terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali
sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan
makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang
menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan
tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan
merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut
makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di
bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada
gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah
mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang
disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke
dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka
mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-
henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali
kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca
doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang
daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan
mengamalkannya, insya'Allah.

Anda mungkin juga menyukai