Anda di halaman 1dari 10

Fri, 6 Jun 2008, 10:46 PM

ILMU ISLAM

Ilmu Islam itu merupakan kesatuan ilmu yang berangkai. Walaupun nampak terpecah-pecah,
hakikatnya ia satu. Memahami Islam mesti secara syumul atau secara keseluruhan, bukan hanya
satu-satu bahagian.

Islam ibarat seorang manusia yang padanya terdapat berbagai-bagai juzuk atau bahagian seperti
mata, tangan, mulut, telinga, perut, kaki, jari dan lain-lain. Hakikatnya satu yakni badan tapi
disebut satu-satu juzuk bila disebut peranannya. Jasad itu dikatakan jasad, atas gabungan
keseluruhan anggotanya, bukan satu-satu anggota. Jadi keseluruhan ajaran Islam itu mesti
kesemuanya bukan satu-satu.

Keseluruhan ilmu Islam itu disebut rangkaiannya seperti fekah, aqidah dan tasawuf. Begitu juga
dalam satu suruhan (perintah Tuhan), bukan satu bahagian sahaja yang terlibat tapi semuanya
turut terlibat. Yakni setiap amalan akan terbawa di dalamnya soal aqidah, fekah dan tasawuf.
Semuanya mesti ada.

Islam itu secara seketul. Bila disebut rangkaian atau cabang-cabangnya baru disebut namanya,
seperti iman, Islam dan ihsan. Namun keseluruhannya adalah Islam.

BAHAGIAN-BAHAGIAN DALAM ISLAM

Di antara bahagian-bahagian di dalam Islam yang pernah disebut oleh para ulama ialah:

1. Iman, Islam dan ihsan.


2. Tauhid (usuluddin), fekah, tasawuf.
3. Tauhid, fekah, akhlak.
4. Aqidah, syariat, (tareqat, hakikat, makrifat).
5. Aqidah, (ibadah, muamalah, munakahat, jenayah).
6. Sihatul Aqdi -(aqidah yang betul),
al wafa-u bit andi - (menunaikan janji),
ijtinabul haddi -(menjauhi larangan),
sihatul qasdi - (betul niatnya).
7. Amrum bil makruf ,wanahyun anil mungkar (menyuruh kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran).

Itulah intipati yang mesti difahami dan diamalkan dalam Islam. Ia berangkai-rangkai dan
bermacam-macam peranannya. Masing-masing ada peranannya sendiri. Setiap yang diketahui itu
mesti dilaksanakan atau diapply dalam amalan dan seluruh kehidupan.

ILMU ALAT

Ilmu-ilmu seperti ilmu nahu, saraf, usul filth, qawaldul fiqhiyah, tafsir dan lain-lain, semuanya
dikatakan ilmu alat atau penyampai atau wasilah. Alat digunakan untuk mencapai matlamat. Tetapi
ada orang yang sibuk menggunakan ilmu alat sehingga tidak dapat buah dan tidak tercapai

1 of 10

4/30/2009 19:42:53 a4/p4


matlamat. Mereka mengkaji ilmu alat sehingga tidak dapat matlamatnya iaitu memahami dan
mengamalkan Islam itu sendiri.

Kita ada ilmu dengan tidak melalui alat, tidak salah. Tamsilannya, kita ada alat iaitu tangga dan
galah. Matlamat kita ialah hendak makan buah yang ada di atas pokok. Buah itu matlamat. Tangga
untuk ambil buah itu alat. Yang hendak dimakan itu buah, bukan tangga. Tapi kalau kita asyik
membelek tangga dan galah, tidak sampailah matlamat hendak makan buah. Sedangkan tidak
salah kalau kita tidak mahu menggunakan tangga dan galah. Apa perlunya kita sibuk dengan
tangga. Tangga itu kecil. Buah yang penting. Kalau kita mampu capai buah dengan tangan, maka
akan sampailah matlamat mendapatkan buah. Yang hendak dimakan bukan tangga tapi buah. Jadi
dalam mempelajari ilmu alat ini tidak perlu belajar banyak-banyak kitab. Satu kitab pun sudah
memadai.

PERANAN SETIAP BIDANG DI DALAM ISLAM

Ilmu Islam itu berangkai-rangkai dan bermacam-macam peranannya. Fekah, tasawuf dan tauhid
semua ada peranannya. Yang penting setiap rangkai itu dilaksanakan.

Peringkat bidang-bidang di dalam Islam itu ddalah seperti susunan di bawah:

1. Aqidah
2. Iman
3. Syariat
4. Tasawuf
5. Akhlak

AQIDAH

Definisi aqidah ialah pegangan atau keyakinan yang Allah fardhukan berdasarkan rukun iman
pada setiap mukalaf. Dengan pegangan tersebut sesorang itu menjadi mukmin.

Peranan Aqidah

1. Mengenal Allah secara tepat.


2. Mendorong orang untuk beriman.
3. Memudahkan tujuan beribadah.
4. Mengelakkan daripada syirik. Ada orang Islam tidak syirik tetapi inad - `degil`. Di sini ada
perbezaan.

IMAN

Takrif iman mengikut Hadis Rasulullah SAW:

Maksudnya: "Dibenarkan oleh hati, diikrar oleh lisan dan dilaksanakan dengan perbuatan."
(Riwayat At Tabrani)

Katalah amalan seseorang itu beres tetapi persoalan dalam hatinya seperti kenapa dan mengapa

2 of 10

4/30/2009 19:42:53 a4/p4


dia buat, itu kita tidak tahu. Walaupun dia Islam tapi belum tentu dia beriman. Iman itu penting
kerana dengan iman barulah hidup ada erti. Kalau ada iman, macam kita memiliki dunia dan
seluruh isinya.

Seluruh anggota seperti mata, kaki, tangan, hati dan lain-lain mestilah dijaga supaya tidak
mencacatkan iman. Semua itu mestilah digunakan untuk menyuburkan iman. Sama ada aqidah
kita rosak atau tidak, iman kita rosak atau tidak, puncanya tidak jauh dari kita iaitu tubuh kita
sendiri. Kalau pandai menggunakannya maka akan dapat iman.

Makna iman

Iman sulit hendak diterjemahkan. Iman tidak sama dengan keyakinan kerana iman ada makna
yang tersendiri. Iman tidak sama dengan membenarkan atau mengiakan kerana membenarkan
dikatakan `assiddiqin` . Jika sekadar membenarkan, belum tentu minat dan akan berusaha untuk
mendapatkan iman. Sedangkan iman perlu diusahakan untuk mendapatkannya. Iman unik dan
sulit hendak diterjemahkan. Allah saja yang tahu.

Contohnya: Seorang Badwi berjumpa Rasulullah SAW dan berkata, "Aku beriman ya Rasulullah."

Lalu turunlah wahyu iaitu:

Maksudnya: " Jangan katakan engkau telah beriman tapi katakan engkau telah Islam..." (Al
Hujurat: 14)

Bila seseorang telah mengucapkan dua kalimah syahadah ertinya dia sudah Islam tapi tidak
semestinya dia beriman. Bila mempelajari dan faham asas rukun iman, ia ada hubungan dengan
hati. Apabila ada iman ternafilah kekufuran dan kemunafikan. Bila tidak ada iman, ertinya kufur
walaupun dia alim tentang ilmu Islam.

Orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, jelas kufur. Border antara iman dan kafir
ialah sembahyang. Jika tinggal sembahyang jelas kafir. Iman adalah hakikat hidup manusia. Tidak
ada erti seseorang itu hidup jika tidak ada iman.

Peranan Iman

1. Mencegah daripada kekufuran.


2. Mencegah daripada maksiat.
3. Mendorong membangunkan syariat, tasawuf dan akhlak.
4. Memudahkan menerima peringatan.

Dalam Al Quran, Allah berseru kepada orang beriman yang sifamya mudah lalai supaya
menerima peringatan. Allah berkata, "Wahai orang-orang yang beriman...," Allah tidak
menyebut `orang Islam`. Ertinya, kalau tidak ada iman susah hendak menerima peringatan.
Allah memberi bantuan pun kepada orang yang beriman. Kalau sekadar Islam, Tuhan tidak
akan memberi bantuan. Taqwa pula maknanya ialah orang yang mempunyai iman yang
subur.

3 of 10

4/30/2009 19:42:53 a4/p4


5. Iman mengesahkan amalan kita di semua peringkat yang berhubung dengan syariat, akhlak
dan tasawuf. Contohnya kalau sembahyang tidak ada iman, sembahyang tidak diterima.
Begitu juga jihad, kalau tidak ada iman, ia tidak akan diterima. Pemurah pun kalau tidak ada
iman Thhan tidak terima.
6. Mendorong orang cintakan Allah.
7. Mendorong orang supaya tawakal kepada Allah.
8. Mendorong supaya sabar. Selalunya susah hendak sabardalam semua keadaan, sabar
dalam berjuang, sabar dalam ujian dan sabar dalam nikmat.
9. Mendorong orang takut Allah. Takut Allah itu diperintah. Takut itulah sifat hamba. Jika
semakin banyak ibadah, hati rasa semakin selamat, semakin hilang rasa takut, itu ibadah
yang sudah rosak, yang memusnahkan sifat kehambaannya.
10. Mendorong rasa harap kepada Allah. Dalam takut dia harap. Orang yang tidak harap pada
Allah seolah-olah menuduh Allah zalim.
11. Mendorong seseorang itu redha menerima ketentuan Allah.
12. Kalau mati membawa iman, terlepas daripada kekal di dalam Neraka. Orang yang mati
membawa iman tidak kekal di dalam Neraka.

Cara-Cara Menghidupkan Iman

1. Banyak tafakur.
2. Banyak membaca Al Quran dengan faham makna dan kehendak ayat.
3. Mengamalkan syariat. Syariat lahir banyak membenihkan iman. Apabila lebih banyak
berjuang, lebih banyak sembahyang, maka semakin bertambah iman.
4. Banyak mengingati dosa. Ia akan menyuburkan rasa takut pada Allah. Apabila membuat
ibadah tetapi rasa selamat dan hilang rasa takut, itu adalah istidraj. Ertinya kita tertipu. Kita
sangka dapat iman tapi sebenarnya ghurur (tertipu) di dalam beribadah.

SYARIAT

Apa itu syariat? Syariat adalah dari bahasa Arab. Ia ada bermacam-macam maksud dan erti,
berdasarkan kedudukannya atau fungsinya, iaitu:
Adakalanya disebut jalan.
Adakalanya disebut undang-undang.
Adakalanya disebut peraturan.
Adakalanya disebut disiplin-disiplin.
Adakalanya disebut konsep-konsep dan sistem-sistem.
Adakalanya disebut perlembagaan.
Adakalanya disebut panduan-panduan.
Inilah makna syariat secara lafaz atau perkataan. Tapi syariat Islam ada definisi yang khusus.

Takrif syariat

Takrif syariat mengikut syarak ialah peraturan-peraturan yang mengandungi perintah suruh dan
larang yang Allah sampaikan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui malaikat
Jibril. Ia mengandungi lima hukum iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan mubah (harus).
4 of 10

4/30/2009 19:42:53 a4/p4


Peranan Syariat

1. Melahirkan disiplin.
2. Melahirkan orang yang menghormati undang-undang.
3. Melahirkan kehidupan lahir yang bersih.
4. Menegakkan keadilan.
5. Menyelesaikan masalah.
6. Menjadikan orang yakin pada seseorang itu.
7. Mengelakkan daripada membuat yang sia-sia.

Kedudukan syariat Islam adalah untuk kepentingan dunia dan Akhirat. Peraturannya adalah
mengenai keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di Akhirat. Walaupun setiap zaman
bagi setiap bangsa atau kaum mempunyai syariat atau peraturannya yang tersendiri, kalau ia
bukan datang dan Allah tetapi setakat ciptaan manusia sahaja, maka sangat banyak kekurangan
dan kelemahannya. Faedahnya hanya untuk kehidupan di dunia semata-mata, tidak
dihubungkaitkan dengan Akhirat. Itu pun sangat banyak kelemahan dan kekurangannya.
Selalunya akan membawa kepada kemusnahan, huru-hara, pecah belah dan porak-peranda.
Walaupun ia dibuat untuk tujuan kebaikan dan keselamatan tapi biasanya tidak selamat. Ia
berubah-ubah dan selalu dirasakan tidak kena. Bila timbul tidak aman, diubah dan digubal lagi.
Dibuat yang lain pula. Itulah peraturan ciptaan manusia.

Namun manusia tidak juga mahu tunduk kepada peraturan Tuhan sehingga akhirnya dunia jadi
neraka. Walau bagaimanapun kita yakin, di hujung umur dunia nanti, setelah manusia puas
mencari tetapi gagal menemui peraturan yang sesuai, mereka akan terima syariat Islam, sekalipun
mereka tidak menerima aqidahnya.

Peranan syariat Islam secara ijmali (rangkuman) adalah untuk:

1. Melahirkan orang yang berdisiplin

Bila syariat difahami secara tepat atau diamalkan secara tepat ia akan melahirkan orang yang
berdisiplin. Disiplin semua orang suka sebab ia indah. Kadang-kadang manusia tidak pandai
berdisiplin, tapi dengan mengamalkan syariat, automatik akan melahirkan disiplin.

Sebagai contoh, di dalam makan minum, orang tidak makan kalau bukan waktu makan. Orang
tidak makan kalau tidak lapar. Orang tidak makan benda yang haram.

2. Melahirkan orang yang menghormati undang-undang

Syariat Islam akan menghasilkan orang yang menghormati undang-undang. Semua orang suka.
Bahkan umat Islam diarahkan menghormati undang-undang jalan raya, undang-undang dalam
pentabiran, undang-undang dalam mesyuarat, undang-undang dalam berjual beli dan lain-lain.

Bila orang tidak menghormati undang-undang, hidup akan jadi haru-biru, banyak benda yang
terlanggar dan tersepak. Manusia yang tidak menghormati undang-undang adalah manusia yang
bersifat haiwan. Dia tidak akan patuh, jadi huru-haralah dunia. Mereka akan mencakar,
menendang, menanduk, menyondol dan lain-lain lagi.

5 of 10

4/30/2009 19:42:53 a4/p4


Sekarang, orang yang mencipta undang-undang, merekalah orang yang tidak ikut undang-undang.
Seperti pakar undangundang Islam atau pakar undang-undang syariat pun melanggar undang-
undang dan syariat.

3. Melahirkan kehidupan lahir yang bersih

Yakni bersih daripada perkara haram, riba, penipuan, umpat keji, kata-mengata, fitnah-memfitnah,
pergaulan bebas. Ia meliputi seluruh aspek lahir kehidupan manusia.

4. Menegakkan keadilan

Hasil daripada melaksanakan syariat, dapat menegakkan keadilan. Keadilan ini termasuklah
keadilan perbicaraan, keadilan pusaka dan warisan, keadilan mengagihkan keperluan hidup dalam
negara, keadilan dalam pekerjaan seseorang, keadilan biasiswa, keadilan tempat tinggal, keadilan
memberi nafkah, keadilan dalam menilai urusan hidup kita, keadilan yang macammacam lagi
seperti miliki harta, kenderaan dan lain-lain. Syariat menjadikan seseorang itu adil dalam
mengendalikan dan menggunakan wang. Contohnya, jangan mainan kanak-kanak lebih mahal
daripada kenderaan atau jangan harga cawan lebih mahal daripada periuk. Jangan serban lebih
mahal daripada rumah. Itulah keadilan dalam Islam, ia sangat halus.

5. Menyelesaikan masalah

Syariat sekiranya dilaksanakan bersungguh-sungguh dapat menyelesaikan bermacam-macam


masalah. Antaranya dapat menyelesaikan orang berbalah contohnya antara suami isteri, majikan
dengan buruh atau sesama manusia. Dapat menyelesaikan bermacam-macam kekeliruan, dapat
menyelesaikan perbalahan pembahagian harta, dapat menyelesaikan perbalahan giliran, dapat
menyelesaikan masalah isu semasa bagi orang yang mampu berijtihad, dapat menyelesaikan
masalah yang kusut dan dapat menyelesaikan masalah murid dengan guru.

6. Mengelakkan dari melakukan perkara yang sia-sia

Orang yang faham syariat dia tidak buat perkara yang sia-sia, seperti duduk berjam-jam
bermenung, bermain catur, melangut di kedai kopi, berbincang panjang-panjang, bermain golf atau
bermesyuarat panjang-panjang.

TASAWUF

Tasawuf takrifnya ialah "membersihkan hati dan anggota-anggota lahir daripada dosa-dosa,
kesalahan dan kesilapan".

Ertinya bersih luar dan bersih di dalam.

1. Bersih di dalam:
Maksudnya membersihkan hati daripada riyak, ujub, pendendam dan lain-lain mazmumah,
lebih-lebih lagi daripada syirik.

6 of 10

4/30/2009 19:42:53 a4/p4


2. Bersih di luar:
Maksudnya bersih daripada membuat yang haram, berpakaian yang haram, bercakap yang
haram, menjaga mata, telinga daripada melihat dan mendengar yang haram serta lain-lain.
Bersih daripada kesalahan dan kesilapan lebih sulit lagi. Kadang-kadang kesalahan atau
kesilapan itu kita tidak terasa dosa. Ini yang susah dikesan.

Contohnya:

• Datang tetamu ke rumah tapi kita sembahyang sunat. Sepatutnya waktu itu tidak payah
sembahyang sunat tapi pergi melayan tetamu. Dia memilih perbuatan yang kecil dengan
meninggalkan perkara yang besar. Dia memilih yang sunat dan meninggalkan yang wajib.

• Beri sedekah di tengah orang ramai atau isytihar sedekah dalam media massa. Sepatutnya
dia rasa berdosa, rasa malu sebab berbangga-bangga. Dalam berbuat baik itu berlaku
dosa. Oleh itu kena usahakan dengan cara beri sedekah secara sembunyi-sembunyi atau
minta disampaikan melalui orang lain.

• Bilal sudah iqamah, kita masih leka dan berat hendak bangun mendirikan sembahyang.
Sepatutnya kita jadi macam tentera, bunyi wisel saja terus bingkas. Itulah yang afdhal. Jadi,
bila iqamah saja teruslah bangun untuk menyusun saf. Dalam Islam, selagi saf makmum
tidak lurus, imam tidak boleh angkat takbir. Jika tidak, imam dikira sembahyang seorang,
bukan sembahyang berjemaah.

• Ketika membeli kalau boleh jangan tawar-menawar. Apatah lagi tawar-menawar yang
berlebih-lebihan sehingga menimbulkan rasa tidak senang hati.

• Ketika berdakwah jangan menyebut nama atau menyentuh peribadi orang tertentu atau
memalukan orang lain.

Tasawuf Merupakan Intipati atau Isi Ajaran Islam

Tamsilannya ibarat buah. Kalau syariat lahir merupakan kulit, tasawuf itu adalah isi buah. Kulit
perlu ada sebagai pengawal atau pelindung isi. Walaupun kulit tidak dimakan tapi ia perlu dijaga
supaya baik, barulah isi buah baik dan dapat dimakan. Biasanya orang melihat kulit untuk menilai
isi. Untuk mendapat isi yang baik, biasanya kulit mesti baik. Kalau kulit rosak, tentu isinya rosak.
Biasanya antara kulit dengan isi, lebih susah hendak mendapatkan isi yang baik berbanding kulit
yang baik.

Contohnya buah durian. Kalau kulit rosak, seluruh isinya akan rosak. Sedangkan isi itulah yang
hendak dimakan untuk membangunkan tenaga. Kalau kulit baik pun, belum tentu isinya baik.

Contohnya rasa ikhlas. Malaikat pun tidak tahu. Ini rahsia Allah. Tidak dikaitkan dengan Syurga
atau Neraka, tapi betul-betul kerana Allah atau mardhotillah.

Contohnya: Sembahyang dibuat bukan kerana pahala. Sembahyang dibuat bukan kerana Syurga
dan Neraka. Bukan kerana Allah tapi kerana hendak hadiah daripada Allah. Buat kerana fadhilat.
Banyak menceritakan tentang fadhilat tidak mampu mengubah seseorang.
7 of 10

4/30/2009 19:42:53 a4/p4


Kalau tidak bersyariat bathin tidak ada erti. Syariat lahir macam kulit buah, kalau isinya busuk tak
ada ertinya kulit buah itu walaupun nampaknya cantik.

Tasawuf Dikatakan Juga Syariat Batin

Batin juga perlu bersyariat. Nafsu perlu bersyariat. Akal juga perlu bersyariat. Tasawuf membantu
syariat batin. Kalau tiada tasawuf maka Islam tiada seni dan tiada keindahan. Oleh sebab itu
tasawuf patut diambil berat dan dipelajari sungguh-sungguh.

Hendak membangunkan syariat batin ini amat sulit. Bukan senang hendak syariatkan nafsu, akal
dan hati.
Syariat lahir perlu dibangunkan supaya dengan itu mudah pula dibangunkan syariat batin.

Peranan Tasawuf

1. Membersihkan hati dan jawarih (anggota) daripada dosa, kesalahan dan kesilapan.
2. Menghidupkan rasa kehambaan.
3. Menanamkan rasa keikhlasan.
4. Menghidupkan rasa bertuhan.

Menghidupkan rasa kehambaan


Ilmu tasawuf dapat menghidupkan rasa kehambaan. Untuk kita terasa hamba. Menghidupkan rasa
takut pada Allah yang mesti ada di mana-mana. Rasa malu mesti dihidupkan kerana Allah melihat,
Allah memerhati. Menghidupkan rasa hina diri di hadapan Tuhan. Rasa kehambaan ini bila
dihidupkan, mazmumah akan hilang dengan sendiri. Orang yang terlalu sombong, ego, ujub itu
adalah disebabkan tidak ada rasa kehambaan.

Menghidupkan rasa berTuhan


Hati sentiasa sedar Allah melihat, mengetahui dan Allah sentiasa ada bersama kita. Inilah kunci
kita tidak melakukan dosa. Contohnya dalam majlis raja, kita tidak akan buat salah sekalipun
menguap. Kita amat jaga tingkah laku kerana kita sedar raja yang berkuasa sedang melihat kita.
Maka di hadapan Raja segala raja sepatutnya lebih-lebih lagilah kita malu hendak buat dosa.

Rasa bertuhan mesti bertapak di hati , barulah rasa kehambaan itu diperolehi.

AKHLAK

Takrif akhlak ialah perangai atau tabiat atau sifat-sifat lahir pada diri manusia sama ada yang
positif atau negatif.
Contoh yang positif ialah lemah lembut, timbang rasa, kasih sayang, mengutamakan orang lain,
berani, tenang, sabar, redha.
Contoh yang negatif ialah pemarah, bakhil, kasar, gopohgapah, gelojoh, tamak, mementingkan diri
sendiri dan lain-lain.

Akhlak sama seperti makan minum. Ia jadi basahan, dibuat secara tidak sedar. Kalau kebaikan diri
dia tidak sedar maka itu tanda kebaikan itu sudah jadi sebati dengan dirinya. Akhlak baik amat
8 of 10

4/30/2009 19:42:53 a4/p4


penting dalam kehidupan. Di sinilah letaknya penilaian Allah, Rasul dan manusia.

Ia harga diri manusia, puak atau satu-satu bangsa. Ia bunga diri pada satu-satu bangsa. Akhlak
baik merupakan buah ilmu dan amal. Sifat-sifat mahmudah digemari Allah, Rasul dan manusia.
Inilah keindahan ajaran Islam.

Ajaran Islam kalau difahami, diamalkan secara tepat akan menarik hati dan menenangkan hati
semua orang. Lahir akhlak mulia atau bunga diri dan orang amat ambil perhatian atau senang
pada seseorang itu. Amal ibadah yang tidak membuahkan akhlak mulia tidak ada nilai di sisi
manusia. Orang akan benci. Sebab itu makin banyak beribadah makin dibenci dan orang tidak
pandang besar. Begitu juga ibadah yang tidak membuahkan akhlak, Allah tidak akan pandang.

Contoh:

• Dalam sejarah di zaman Rasulullah SAW pernah seorang perempuan yang banyak ibadah
malam tapi di siangnya menyakiti jiran, Rasulullah menyebut dia adalah penghuni Neraka.
• Seorang Sahabat lain pula membuat ibadah yang fardhu sahaja, dia tidak buat yang sunat-
sunat. Tetapi usahkan hendak hasad dengki dengan manusia, niat hasad dengki pun tidak
ada. Dia dikatakan oleh Rasulullah, ahli Syurga. Oleh sebab itu betulkan iman dan ibadah.
Ia akan membuahkan akhlak mulia itulah taqwa. Kalau tidak berakhlak, ada macam tidak
ada.

Sesungguhnya satu bangsa itu dianggap ada selagi ada akhlak. Kalau sudah tiada akhlak, ia
dianggap tiada. Bahkan ia perosak dunia, perosak masyarakat. Ia petanda bangsa itu akan
terhapus (hapus moral, maruah) dan akan digantikan oleh bangsa yang lain. Dalam Al Quran,
Allah SWT memuji Rasulullah SAW kerana akhlaknya bukan kerana ibadahnya yang banyak dan
bukan kerana perjuangannya yang banyak. Allah berfirman:

Maksudnya: "Sesungguhnya engkau wahai Muhammad mempunyai akhlak yang mulia


(agung)." (Al Qalam: 4)

Di antara rahmat Allah kepada Rasulullah SAW ialah dapat akhlak Al Quran, kasih sayang dan
lemah lembut. Tidak tahu nas Al Quran dan Hadis pun tidak mengapa, tapi cukup dapat berakhlak
Al Quran.

Hadis juga ada menyebut:

Maksudnya: "Sebaik-baik manusia ialah yang paling baik akhlaknya." (Riwayat At Tabrani)

Kalau begitulah besarnya erti akhlak maka akhlak sangat memberi kesan atau peranan dalam
kehidupan manusia.

Peranan Akhlak

1. Kasih sayang
Boleh menjalinkan kasih sayang di antara satu sama lain, sama ada di antara dua orang,
dua kelompok atau dua kaum dan lain-lain.

9 of 10

4/30/2009 19:42:53 a4/p4


2. Harmoni
Boleh melahirkan hidup yang harmoni dan aman damai.
3. Perpaduan
Boleh melahirkan perpaduan. Kalau tidak pun berpadu secara yang sebenar-benarnya,
sekurang-kurangnya dapat mengurangkan perbalahan, mengurangkan krisis dan
pergaduhan.
4. Menjadikan seseorang itu dihormati dan diyakini
Orang berakhlak mulia dihormati dan kerana itu dia dipercayai dan diyakini.
5. Memudahkan menyelesaikan perbalahan
Sekiranya perbalahan diselesaikan oleh orang yang tidak berakhlak makin bertambah
pecah. Keputusan orang yang berakhlak lebih mudah diterima.
6. Menenangkan masyarakat
Akhlak mulia rahsia kasih sayang, perpaduan dan terhindarnya masalah. Sebab itu akhlak
kena jaga, akhlak kumpulan kena jaga, akhlak jemaah kena jaga. Akhlak adalah harga diri
(izzatun nafsi) dan wibawa seseorang. Ada akhlak ada wibawa. Jika tidak ada akhlak tidak
ada wibawa.

Akhlak boleh lahir disebabkan oleh tiga faktor:

1. Akhlak mulia didorong oleh iman.


2. Akhlak mulia didorong oleh ibadah yang tepat.
Kalau watak-watak yang baik itu didorong oleh iman, ia dikatakan akhlak atau dalam
bahasa Melayu dikatakan budi pekerti. Akhlak yang mulia akan melahirkan disiplin.
3. Ada juga watak-watak baik yang bukan didorong oleh faktor-faktor di atas iaitu:

a. Etika
Peraturan-peraturan yang dibuat di kampung-kampung, di pejabat-pejabat atau di tempat-tempat
kerja dipanggil etika (etika kerja), hakikatnya bukan akhlak tapi etika kerana ia didorong oleh faktor
perlu-memerlukan satu sama lain. Kalau tidak, takut orang buang kerja atau orang tolak atau
orang marah. Nampaknya macam baik tapi sebenarnya kerana disiplin kerja. Bila pergi ke tempat
lain, lain pula akhlaknya kerana waktu itu disiplin kerja itu sudah tidak mengikat dirinya. Itu adalah
etika.

b. Watak yang ditempa oleh bi`ah (keadaan sekeliling/ environment)


Orang-orang hidup di bi`ah atau suasana (persekitaran) yang sejuk seperti pokok yang menghijau
biasanya mempunyai watak yang lemah lembut, tidak gelojoh, pemurah dan tenang. Watak ini
bukan akhlak kerana ia tidak lahir dan dorongan iman. Ia tidak tahan dicabar atau diuji. Walau
bagaimanapun orang yang mempunyai watak ini senang atau mudah dididik. Ada pula bi`ah
(suasana) yang membuatkan orang-orang yang hidup di situ jadi berani, agresif, gopoh iaitu tabiat
yang dididik oleh environment (bi`ah) yang panas, kering, gurun, padang pasir dan kehidupan
yang susah. Watak ini tahan lasak, tahan kena cabar dan tahan kena uji. Tapi watak begini susah
untuk dididik.

Sekian.

10 of 10

4/30/2009 19:42:53 a4/p4

Anda mungkin juga menyukai