Anda di halaman 1dari 5

FALSAFAH PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang
bergerak pada peringkat kebangsaan, negeri dan daerah di institut pengajian tinggi , maktab-
maktab perguruan serta sekolahsekolah menengah dan rendah. Aktiviti yang dijalankan
sebagai kokurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-
puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan
bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek ,
rohani ,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Usaha
ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan , berketerampilan , berakhlak mulia , bertanggungjawab dan
berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa , masyarakat dan negara selaras dengan
ajaran Islam.

MATLAMAT

Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan bersepadu, PPIM berharap agar
mencapai matlamat seperti :

1. Menyeimbangkan antara perkembangan intelektual , sosial , fizikal dan spiritual puteri-


puteri melalui penyemaian , penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan.

2. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri-puteri.

3. Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerak kerja ko-
kurikulum sekolah, institut , maktab , kolej dan universiti.

4. Meningkatkan disiplin puteri-puteri.

5. Menggalakkan iklim persekolahan terbuka dan menyeronokkan.

6. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan
masyarakat khasnya masyarakat setempat.
OBJEKTIF

Objektif PPIM pada peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan tujuan seperti
berikut :

1. Melahirkan satu masyarakat muda yang

i. Taat kepada Allah , raja dan Negara

ii. Berilmu

iii. Berakhlak mulia

iv. Berbakti kepada masyarakat

2. Membimbing gadis-gadis dari segi akhlak , rohani dan jasmani supaya menjadi insan
kamilah , berilmu mengejar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka
berasakan jalan yang diterima Allah SWT dan dapat berbakti untuk agama , nusa dan bangsa.
3. Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri progresif dan diterima masyarakat.
4. Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.

LAGU PUTERI ISLAM MALAYSIA

Puteri Lembaga Islam riang gembira.

Tetap taat kepada Allah dan raja.

Berkorban untuk Agama dan Negara

Dunia Akhirat mendapat bahagia

Berusaha mencari pengetahuan

Berbakti membuat kebajikan

Belajar mencapai kemajuan

Bersemangat penuh keimanan

Puteri Lembaga Islam riang gembira.


Tetap taat kepada Allah dan raja .

Berkorban untuk Agama dan Negara

Dunia Akhirat mendapat bahagia

SULUH KATA

P atuh kepada ibubapa

U gama/agama berteraskan Al-Quran dan Al-Hadith

T aat kepada Allah dan Rasul

E rat ukhwah Islamiyah

R ela berbakti kerana Allah

I man dipupuk, ilmu dituntut

I nsaf diri: Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali (InnalilLahi wa inna ilayhi rajiun)
S olat ditunai setiap waktu

L arangan Allah dijauhi

A khlak mulia pengukuh keimanan

M uslimah mukminah rakyat seperjuangan

IKRAR

Bahawa kami, ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia, berikrar akan:

1) Taat kepada Allah, Rasul, Pemerintah, guru dan ibu bapa.


2) Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak.
3) Membangunkan diri dengan sempurna.
4) Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri
P atuh kepada ibubapa U gama/agama berteraskan Al-Quran dan Al-Hadith T aat kepada
Allah dan Rasul E rat ukhwah Islamiyah R ela berbakti kerana Allah I man dipupuk ilmu
dituntut I nsaf diri: Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali (InnalilLahi wa inna ilayhi
rajiun) S olat ditunai setiap waktu L arangan Allah dijauhi A khlak mulia pengukuh keimanan
M uslimah Mukminah rakyat seperjuangan

Anda mungkin juga menyukai